“Aduhhh!!!”
Semua mata yang ada di situ terus dipaku ke arah suara yang terjerit kesakitan itu.
Ryu Rozzan!
Tertunduk sambil memegang perut. Lana menjongket tinggi sebelah kening. Elok je tadi, siap melengking tak nak bagi dia keluar dengan Fiona bagai. Dah tu tetiba pulak macam disula lembing batu pehal? Nak buat drama apa lagilah mamat ni!
“Ehhh? Pehal Ryu Rozzan? Dah nak bersalin ke tu?” Hampir je semua yang ada di situ tergelak mendengar sindiran Fiona. Namun, melihat wajah Ryu yang merah mencuka, masing-masing tahan ketawa.
Haraees yang baru turun dari pokok mempelam turut menghampiri bila dengar jeritan Ryu sambil menjinjing beberapa biji buah yang dijatuhkan dari pokok tadi.
“Aduh!!!” Tanpa mempedulikan kata-kata pedas Fiona, Ryu terus menjerit kesakitan. Badan terbongkok-bongkok, seperti sedang menanggung kesakitan yang teramat.
Lana yang mulai dilanda kerisauan juga cepat-cepat menghampiri. Malangnya, Fiona terlebih dahulu maju dan berdiri di hadapan Ryu Rozzan.
“Nak terberanak dah ni! Normal atau cesarean?” Ryu mengetap rahang, benci betul dengan doktor bermulut laser di depannya itu. Leher dipanjangkan. Bola mata bergolek mencari kelibat Lisa Alana yang terlindung di sebalik tubuh doktor Fiona.
“Lisa Alana! I need to rest now. Bawa aku balik ke bilik sekarang!” Bagi arahan macam dialah raja segala raja! Tercebik terus bibir Lana. Dalam hati terbit rasa kasihan pada Ryu waima dia sendiri tak yakin adakah Ryu betul-betul sedang kesakitan atau saja buat helah.
“Pakcik tua, tolong bawa orang yang dah nak terberanak ni masuk. Hantar terus ke dewan bersalin lagi bagus. Hari ini, Lana milik aku! Selamat bersalin Ryu Rozzan, harap baby sihat walafiatlah hendaknya ya!” Fiona terus tarik tangan Lana untuk beredar. Tak tunggu dan tak nak lihat respon Ryu Rozzan langsung!
“Aku juga ke yang kena kupas kulit mangga ni?” Haraees bergumam pada diri sendiri, namun sangat jelas di pendengaran.
“Raees! Dari mana kau pungut anak buah macam tu hah? Mulut dia ya Allah, takde insurans langsung!”
“Lucky for you Ryu, baru hari ni hadap Fiona tu. Aku ni sejak dia lahir kau tau tak?” Tanpa disuruh, Haraees dengan rela pula menolak kerusi roda Ryu menuju ke arah pintu.
“Kau buat apa ni Raees? Takyah ah hishhh…” Tangan Haraees Ryu tepis kasar.
“Aku tak cacat! Aku boleh je gerak sendiri. Ni, nampak ni?” Ryu terus gerak-gerakkan kerusi roda tersebut ke depan dan ke belakang beberapa kali. Haraees melongo, hanya memandang dengan wajah reda!
“Bukan aku yang patut kau risaukan sekarang! Tuuu! Tak dengar apa kata anak buah kau tadi? Mereka nak ke pub Raees! Pub di mana banyak lelaki buaya bermata keranjang bersarang! Kau nak biarkan?” Haraees diam sejenak sambil menggosok dagu.
“Kau tahu Ryu, setiap malam aku berdoa agar Fiona tu kahwin cepat-cepat dan tak menyusahkan aku lagi! So, biarkan jela. Siapa tahu dia bertemu jodoh di sana, aku adalah manusia yang paling gembira kalau itu terjadi!” Sambil berkata, senyuman kian melebar di wajah terukir sempurna Haraees. Siap membayangkan hari bahagia saat Fiona nyah dari hidupnya.
Tak sedar langsung wajah marak berapi Ryu Rozzan. Sampai bergeser gigi geraham menahan amarah.
“Raees! Bawa aku keluar dari sini, cepat!” Haraees memandang Ryu sambil mengangkat tinggi kedua kening. Wajah menunjukkan riak tidak yakin dengan apa yang didengar dari bibir Ryu.
“Serius Raees. Cepat sikit sebelum kita tertangkap oleh papa kau!”
“Kau betul-betul menyusahkan aku Ryu!” Mulut bising, tapi tangan terus menolak kerusi Ryu dengan kelajuan terkawal menuju ke tempat letak kereta.
“Puan Sri pasti bawa polis dan tuduh aku culik kau. Sedar tak akibat perbuatan kau ni? Kau bakal buat aku masuk penjara.” Ryu hanya mendiamkan diri bila Haraees mula membebel.
Selesai membantu Ryu masuk ke dalam kereta, kerusi roda dilipat dan Haraees masukkan ke dalam bonet kereta. Selepas menghidupkan enjin, Haraees memandang Ryu di sebelah sebentar.
“Kau nak ke mana?” Ryu membuang nafas kuat. Berfikir sejenak sebelum mahu jawab soalan Haraees.
“Butik. Aku perlu tukar baju hospital ni dulu.” Akhirnya Ryu jawab sambil memandang jelik pakaian hospital yang membungkus tubuhnya.
Dikerling Haraees di sebelah lalu memutar sebal bola mata. Koyak teruk kalau macam ni! Terus bergumam dalam hati. Haraees dengan lugunya mengangguk lalu mulai memandu menuju ke destinasi yang dipinta. Langsung tak sedar bertapa teruk dia dikutuk oleh Ryu dalam hati. Tampil-tampil je segak di mata Ryu Rozzan, siapa suruhkan, mendapatlah!
Selepas pakaian ditukar, sekali lagi Haraees memandang Ryu dengan wajah terpamer bosan dan jengkel. Dahlah penat sorong Ryu ke hulu ke hilir dengan cerewetnya yang mengalahkan mak datin, hampir satu bangunan pencakar langit itu diterokai semata-mata mahu cari pakaian yang bertepatan dengan citarasa seketul Ryu Rozzan.
“Now where Ryu Rozzan?” Geramnya Haraees bila lihat Ryu masih kelihatan tenang berfikir. Dia dah setengah mampus menahan lenguh kaki!
“Pusat hiburan!” Haraees mengerling sebal. Ada hati! Tak sedar ke keadaan diri yang masih bersimen sana sini tu? Haraees mati-mati mengutuk dalam hati.
“Details Ryu. Kau tahukan ada berapa punya banyak pusat hiburan kat sini?”
“Aku nak pusat hiburan di mana dua manusia tu pergi. Kau banyak kawan kan? Siasatlah mana Fiona tu pergi.” Stereng kereta Haraees genggam kuat. Di mata dia saat itu, Ryu Rozzan kecil je terlihat. Sekali je dijentik dengan jari, pasti terpelanting ke hujung dunia. Geram!
“Kau tak boleh buat ke? Asyik mengarah aku je, kau ingat aku ni kuli kau?” Haraees sudah memanas. Suara juga mulai meninggi.
“Aku takde telefon bimbit. Mummy sembunyikan entah dekat mana.” Haraees membuang keluh. Merenung sebentar pada Ryu Rozzan. Simpati mulai terbit. Kasihan Ryu, dah tua bangka pun masih di bawah kawalan seorang ibu.
Mengalah akhirnya, Haraees menyeluk telefon bimbit dari dalam poket seluar. Panggilan dibuat. Setelah beberapa ketika bercakap dengan seseorang dalam telefon, henfon disimpan semula. Kepala dipusing ke sebelah.
“Kelab Permata!” Usai berkata, Haraees mengemudi kereta. Ryu bersandar kasar di penyandar lalu memeluk tubuh. Sakit betul hati saat itu, entah mengapa!
“Kau dah ingat ke siapa Lana tu?” Haraees tiba-tiba menyoal tanpa mengalihkan mata dari lebuh raya.
“Tak, malah memori antara kami berdua dalam kotak memori aku adalah zero! Tapi, ada sesuatu tentang perempuan itu Raees. Setiap kali aku sebut namanya, dada aku bergetar. Bila aku dengar dia nak ke pub, hati aku sakit. Apa jadi pada Lana? Adakah dia sedang mengandungkan anak aku?” Haraees terkedu sebentar. Minda mencongak. Perlukah dia ceritakan perkara sebenar atau buat tak tahu dan biarkan Ryu dengar sendiri dari mulut Lisa Alana?
“Dia pernah mengandung, tapi keguguran bila mummy kau datang dan serang dia.” Memang setakat itu yang Haraees tahu. Ryu tunduk memandang hujung kaki.
Terhiris pedih hati. Sekarang fahamlah dia maksud Lana ketika berkata ia sepatutnya kembar. Argh! Ryu mengepal penumbuk. Lisa Alana memang sedang mengandung! Dan kini mungkin sedang bergembira dengan Fiona meneguk air alkohol dan menari sakan di pentas dansa, berganti-ganti pasangan. Pasti ramai yang berebut mahu menari dengan Lana. Minda liar berimaginasi. Akhirnya sakit hati sampai dada hampir nak meletup. Takkan dia biarkan!
“Raees! Asal pandu selow sangat macam siput ni? Laju skit boleh tak?” Haraees mengherot bibir. Sabar jela dengan perangai hantu Ryu Rozzan!
“Aku pandu macam siput ek? Apa kata kau ganti tempat aku dan kasi terbang melayang di udara kereta aku ni?” Giliran Ryu membiutkan bibir. Dalam hati mengutuk, Haraees dan Fiona ni sebijik betul perangai tau. Mulut longkang!
“Raees. Kau ada heli kan? Kau punya lesen kan? Apa kata…”
“Ah sudahlah Ryu! Otak kau dah terbalik kot lepas kemalangan tu. Kau tak diam, ini akan jadi kali terakhir aku tolong kau!” Mati terus kata-kata Ryu Rozzan.
Sambil berdecit, wajah dibuang ke arah sisi. Memandang kosong ke luar jendela. Cuba menenangkan diri dan mengosongkan fikiran.
“Have you been to Permata before?” Haraees bertanya, memecahkan kebisuan antara mereka. Ryu geleng. Tak dijawab kerana mood sudah ke laut. Haraees mengerling sekilas.
“It’s not a pub, lebih kepada pusat hiburan. Legal gambling machine, games and karaoke. Ada pool di bumbung bangunan. A very nice place.”
“Asal tahu? Kau selalu ke situ?”
“Ia milik keluarga aku.”
Tambah bengkak bernanah hati mendengarnya. Adakah ini konspirasi keluarga Haraees? Hati mulai giat menebak. Mahu tawan Lisa Alana dengan memperlihatkan pada gadis itu bertapa kaya rayanya keluarga Haraees Reza? Adakah Lisa Alana juga sama seperti gadis-gadis mata duitan di luar sana? Seperti Aileen Qarlisa yang belum lagi dikahwini sudah berani meminta itu ini siap minta kad kredit dia?
Haraees meletakkan kenderaan di parkir khas yang hanya boleh diakses oleh orang-orang tertentu. Kereta diletakkan bersebelahan dengan kereta Fiona. Kemudian, dia menolak Ryu menuju ke lift.
“Mereka berada di dalam bilik vip. Kau nak terjah terus ke atau macamana?” Haraees bertanya.
“Tak, mana boleh macam tu. Kita datang bukan nak ganggu mereka berseronok. Kau ni Raees, jangan terlalu mengongkong anak buah kau tu boleh tak? Kita datang cuma nak mengawasi mereka. Yela, tempat macam ni, kena lagi mereka dua-dua perempuan, macam-macam boleh berlaku kan?”
Setan punya Ryu Rozzan! Kita lagi dia kenakan! Haraees ketap rahang. Dia menolak kasar kerusi roda Ryu Rozzan, habis semua bonggol sengaja dilanggar kuat, biar berbirat punggung Ryu akibat terhentak kuat!
“Jadi kau datang ni kononnya cuma nak memantau?”
“Bukan memantau, menjaga dalam diam.” Amboi! Masih nak menegakkan benang yang basah.
Malas mahu berbalah, Haraees pilih untuk diam. Mereka menuju ke pusat karaoke yang menyediakan kawasan terbuka juga bilik untuk yang inginkan privasi. Melintasi setiap bilik-bilik vip seolah satu penyeksaan pada corong telinga.
Ada yang menyanyi macam tertelan kaset, merdu hingga terbuai seketika dengan kesedapan suara. Ada yang out of tune, mendatar atau terover high pitchnya. Paling sadis, suara macam katak kodok tercekik! Melolong-lolong dengan melodi berterabur, tak selari dengan muzik! Tercengang sampai saling berbalas pandang Haraees dan Ryu.
“Inilah masanya!!! Jom lepaskan semuanya. Rasa marah! Kecewa! Dikhianati! Semualah!” Terjerit-jerit tu takpe, tapi yang siap pergi jerit dekat mikrofon tu pehal?
“I hate my lifeee!!!”
“All men in this world are suck!!!”
Ryu dan Haraees sekali lagi berbalas pandangan. Hampir serentak kepala keduanya tergeleng.
“I agree walaupun aku tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki! Yes, men are suck, untrustable, annoying!!!”
Wajah Haraees dan Ryu mulai menegang ketat. Siapalah dekat dalam bilik itu ya? Mahu saja diterjah dan diajar mulut celupar yang sedap-sedap saja mengutuk kaum adam ni. Tak sedar ke tanpa lelaki mereka takkan wujud di dunia ni?
Haraees menolak kerusi Ryu, mahu cepat-cepat pergi dari situ sebelum kesabaran menipis dengar carutan manusia-manusia di dalam bilik tersebut. Baru selangkah, tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak luas.
“Now I’m happy let’s go…owh myyy!!! Why are you here?!”
Lapan pasang mata saling berbalas pandang. Wajah masing-masing kelihatan sangat terkejut! Ryu tiba-tiba memusingkan kerusi roda, mahu pergi dari situ. Haraees melihat lalu pantas tangannya mencapai pemegang kerusi, menahan Ryu dari melarikan diri.
“Korang datang ni nak mengintip ek?” Fiona terus menghambur kata dengan sinisnya.
“Ini idea Raees bukan aku!”
Celaka Ryu Rozzan! Haraees menjeling dengan mata serigala jadian. Mahu saja diterkam mamat mumia berbungkus simen yang tak sedar diri itu!
“Raees?” Fiona berpeluk tubuh sambil bola mata tekun meneliti Haraees. Kepala tergeleng. Bola mata berkalih pada Ryu Rozzan. Penuh mengejek!
“Raees bukan bersikap seperti ini Ryu Rozzan! Dia tak kisah hal sekeliling, dunia dia cuma kerja. Aku kagum dengan kau sebenarnya. Bagaimana kau berjaya bawa Raees berkomplot dengan kau buat kerja gila ni?”
Terketap rahang Ryu. Sakit hati dikoyakkan oleh Fiona di depan Lisa Alana!
“Kau jangan nak perasan. Kita datang nak berhibur! Siapa tahu rupanya boleh terserempak dengan korang di sini?” Masih mahu berdalih. Tak mahu kalah malu depan dua gadis itu.
“Dengan keadaan kau macam ni?” Fiona menyindir dalam nada mengejek.
“Ada salah?” Ryu jawab dengan suara tegas.
“Dahlah korang, tak perlu gaduh. Jom blah Fiona. Kau kata tadi nak ke pool kan?”
What?! Laju kepala Ryu terangkat lalu merenung tajam pada Lisa Alana yang tiba-tiba menyampuk kerana mahu menyabarkan mereka berdua.
“Yela, jom Lana!” Fiona terus memaut lengan Lana.
“Tunggu!!!” Ryu mara menghalang laluan mereka berdua.
“Terlanjur bertemu ni, apa kata kita masuk ke dalam dan berhibur bersama-sama? The more the merrier kan?”
Ahh, Ryu Rozzan! Hati menggerutu. Perbuatannya sesungguhnya benar-benar mencemar duli, semua kerana terdesak!
“Good idea! Aku dah penat gila bawa kau ke hulu ke hilir. Jom masuk Fiona! Aku lapor pada abang long kalau kau ingkar!” Fiona yang baru hendak membantah terus terdiam bila Haraees bersuara tegas.
Muncung sedepa bibir Fiona ketika Haraees merenungnya dengan tajam. Satu-satunya kekalahan Fiona ialah bila Haraees Reza ugut guna ayah Fiona. Ngeri!
Akhirnya, mereka berempat masuk semula ke dalam bilik karaoke. Masing-masing mengambil tempat duduk. Lana dan Fiona duduk bersebelahan manakala Haraees duduk bertentangan. Ryu berpindah dari kerusi roda ke sofa di sebelah Haraees.
“Oii! Kau tak perlu nyanyi!” Pantas Ryu menegur bila lihat Fiona mengambil mikrofon di atas meja. Terus terherot tinggi bibir Fiona.
“Kau jangan nak cari pasal dengan aku ya! Kau pandai sangat ke? Kau nyanyilah!” Cabar Fiona dengan wajah tegang. Ryu ukir senyum senget.
“Aku boleh je nyanyi, tapi aku tak nak!” Ah, mengada sungguh jawapan yang diberi.
“Tak nak nyanyi jangan bunyi faham! Masuk sini kalau setakat nak jadi perhiasan hodoh menyakitkan mata, baik pulang rumah dan tidur!”
Ryu ketap rahang. Perhiasan hodoh dia dikata? Celaka betul minah mulut longkang ni tau! Bertambah sakit hati bila lihat Lisa Alana dan Haraees terkekek ketawa.
“Lana jom duet!” Tanpa mempedulikan wajah kelat Ryu, Fiona terus mengambil sebuah lagi mikrofon lalu diserahkan pada Lana.
“Hahh, lagu yang kita suka tadi tu Lana. Tapi perlu duet dengan lelaki kan? Raees! Jom!” Terkelu seketul Haraees bila Fiona datang lalu menarik lengan dia untuk bangun. Mikrofon diserahkan pada Haraees.
“Siapa kata aku nak nyanyi hah?!” Marah Haraees. Sebal sungguh dengan perangai Fiona.
“Kau nak aku call atuk dan bagitahu kau dah larikan salah seorang patientnya?” Arghhh! Si licik tu memulangkan paku buah keras pada Haraees!
Mahu tak mahu, Haraees menurut dengan wajah masam. Bermula dengan lagu Inggeris, asalnya penyanyi duet cuma dua orang tapi hasil kekreatifan otak Fiona, jadi tiga penyanyi. Fiona paling banyak membabaskan tune lagu, sampai Ryu tekap telinga.
“Korang berdua teruskan dulu, aku nak ke tandas kejap!” Ketika lagu kedua dimainkan, Fiona tiba-tiba meminta diri.
Tinggallah Haraees dan Lana di depan skrin besar, menunggu lagu kedua. Bila muzik mulai bergema, hampir serentak bola mata Haraees dan Lana bergolek lalu bertaut. Serius Fiona? Lagu ni? Hati kecil Lana bergumam.
Ryu sedari tadi duduk berpeluk tubuh dengan bola mata mencerlung seperti seekor serigala pemburu tidak berkalih terpaku ke arah mereka berdua. Dengar saja muzik selow, dia sudah tahu pasti lagu jiwang karat cinta cintun yang bakal didendangkan oleh dua manusia di depannya itu.
‘Tuhan memberikan ku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu’
Dengar saja suara Haraees dengan lirik yang meremangkan bulu tengkuk, Ryu sudah mula tak betah duduk. Panas betul hatinya saat itu.
‘Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir buatku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah’
Tak sedar, Ryu terberdiri dengan tegaknya tanpa bantuan sesiapa! Semua kerana lagu tersebut! Laju jari menyambar remote di atas meja.
Pause!
Lana dan Haraees menoleh hairan. Fiona yang baru muncul turut tercengang! Apa-apaan ini? Satu persatu wajah yang ada di situ Fiona tenung.
“Lisa Alana! Kau kata kau masih isteri aku yang sah bukan?”
Haraees membuang nafas sebal. Baru dia faham mengapa tiba-tiba Ryu menghentikan lagu tersebut. Belakang tengkuk digosok perlahan.
“It’s just a song Ryu Rozzan!” Haraees cuba membela Lana, melontar suara penuh jengkel.
“Just a song, tapi nyanyi dengan penuh penghayatan tu apa maksud?”
Laaa…Haraees terus garu kepala yang tak gatal. Ryu Rozzan memang memeningkan kepala!
“Fiona! Aku hantar kau balik. Bagi kunci kereta kau pada Lana. Biar Lana uruskan Ryu Rozzan. I’ve enough of this!”
Tambah tercengang Fiona dibuatnya. Melihat wajah serius Haraees, dia langsung tak berani bertanya. Kunci kereta terus diserahkan pada Lana. Kemudian, Haraees menarik lengan Fiona pergi dari situ.
Lana berdiri menghadap Ryu Rozzan. Lengan disilang di dada. Bola mata mencerlung dingin. Ryu bercekak pinggang, tidak mahu kalah!
“Kau dah ingat siapa aku?” Sinis nada suara terlontar.
“No Lisa Alana, kau tiada dalam kotak memori aku!” Takde perasaan langsung. Bernanah hati Lana mendengarnya.
“Baguslah, kerana aku dah buat keputusan untuk pergi jauh Ryu. Tapi, aku kena selesaikan hal kita berdua dahulu.”
“Hal kita berdua? Kau takkan aku ceraikan Lana. Kau tengah mengandungkan anak aku!”
“Aku akan bertegas dan bawa perkara ke mahkamah sekiranya kau masih berkeras Ryu. Tolong jangan sulitkan lagi keadaan, lafazkan talak sekarang. Lepas aku bersalin, kita sah bercerai. Hanya itu aku pinta. Aku takkan halang kau bertemu anak kau Ryu, aku cuma tak mahu sesuatu yang buruk berlaku bila aku terus bersama kau. Aku perlu jaga keselamatan bayi ini.”
Ryu diam menekur lantai. Jemari terkepal erat. Hati bagai dihiris-hiris sembilu tajam.
“Kau pasti akan lupakan aku Ryu, mudah kerana aku tak pernah wujud dalam hidup kau selepas kemalangan itu bukan? Demi keselamatan anak kau, aku mohon Ryu Rozzan.”
“Aku perlukan masa Lana. Perkara ini terlalu mendadak dan aku…”
“Ryu Rozzan!!!” Tiba-tiba Haraees meluru masuk diikuti Fiona.
“Mampus!!! Seperti yang aku jangkakan, mummy kau sedang sibuk bawa polis ke hulu ke hilir mencari kau!”
Ryu terlopong! Lana telan air liur perit. Masing-masing terdiam memikirkan bala apakah yang bakal menimpa mereka.
Share this novel