BAB 25

Humor Completed 411630

"So..Kau dah sedia? No worries dear, uncle aku tu baik orangnya..Masih bujang trang tang tang.. Boleh tackle kalau berkenaan.." Dr Fiona mengusik sambil sengih beruk.

Pagi itu kebetulan Dr Fiona perlu menghadiri ceramah kesihatan dan merupakan salah seorang panel penceramah, jadi dia tak perlu rushing ke hospital seperti hari-hari biasa. Dr Fiona sempat menyediakan sarapan dan memaksa Lana untuk bersarapan bersama.

Dr Fiona yang merekomenkan Lana untuk mengisi jawatan kosong di syarikat milik pakciknya. Sebuah syarikat besar yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Hari ini merupakan hari temuduga Lana, tapi yang over excited bukanlah dia..

"Kalau uncle aku tu macam-macam nanti, kau lapor je kat aku huh? Biar aku kerjakan pakcik tua terlajak tu cukup-cukup."

Kan dah cakap? Minah ni je balun semua cerita di meja makan. Malas nak kepoh, Lana malar terangguk-angguk sedari tadi.

"Ni satu lagi, jangan ambil hati sangat tau dengan mulut pakcik tua tu..Memang level longkang, tapi hati setulus kanvas putih I tell you..Dia ni baik sebenarnya.."

"Lagi satu...Aku syak pakcik aku ni ada masalah mental, semua nak yang paling sempurna. Frankly speaking..Mana ada yang sempurna dalam dunia kan?"

"Hah, satu lagi..."

"Dah dahh dahh..Doc, aku rasa nak gerak sekarang, risau sangkut dalam jem..Nanti terlambat."

"No worries, no worries! Aku call je pakcik tua tu bagitau kau mungkin lambat..Okay punyalaa.."

Aduh!

Tak dapat nak bayangkan bagaimana pesakit Dr Fiona ni hadap mulut pot pet dia tu!

"Eh tak eloklah macam tu doc, ni kan temuduga. Mana boleh datang lambat."

Dr Fiona diam sejenak. Kepala terangguk-angguk.

"Ya tak ya pula kan..Hah, pergilah..Apa-apa hal nanti just call me okay?"

"Sure..Thanks a lot doc.."

Lana terus bingkas berdiri, mengukir senyum lebar pada Dr Fiona lalu pergi. Tidak dinafikan, kehadiran Dr Fiona banyak mempermudahkan segala kesulitan Lana. Walaupun Ryu Rozzan menolak secara terang-terangan perletakan jawatan Lana, tapi dia sudah nekad untuk berhenti! Tak kisah tak merasa gaji sebulan, tak kisah jika terpaksa bayar kerugian tiga bulan seperti yang tertera dalam perjanjian

Dia mampu bayar..Tapi tula, ansuran huhu.. Cash sudah tentu tak mampu, duit simpanan pun tinggal sejemput! Nak harapkan keluarga di kampung, mereka juga kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Memang ada juga hasil tuaian kelapa sawit dan getah di ladang sekangkang kera bapak tapi kebanyakan digunakan untuk pendidikan adik-adiknya yang masih bersekolah.

Lana tiba di sebuah bangunan pencakar langit. Selepas memberitahu tujuan kedatangannya, dia dibawa oleh gadis yang berada di kaunter depan menuju ke lift.

"Cik tekan tingkat 15. Nanti cik akan dibawa ke sebuah bilik mesyuarat di situ."

"Terima kasih."

Lana bersandar di dinding lift, cuba menghafal berberapa skrip jawapan dalam buku temuduga yang pernah dibaca. Dia sendiri tak tahu apa jawatan yang dipohon, semua Dr Fiona yang uruskan.

Seperti yang dikata oleh penyambut tetamu tadi, seorang gadis sudah menanti Lana di pintu lift. Dia terus dibawa menuju ke bilik mesyuarat.

"Cik boleh tunggu kat sini ya. Boss belum sampai, flight dari Melbourne tu akan tiba pukul 9. Dua hari boss berada di luar negara atas urusan kerja."

Aah? Terkebil-kebil Lana. Sekarang belum pun pukul 8..Argh! Kenapa Dr Fiona tak maklumkan awal-awal? Kalau tahu, tak perlu kot dia rushing datang huhu.

Lana menarik keluar henfon dalam beg. Layan drama dalam Netflix dululah, lagipun cuma dia sorang kat situ..Seram walaupun bilik sederhana besarnya itu terang benderang.

Dan sesungguhnya Netflix adalah ubat paling berkesan untuk bosan..Terleka hingga hampir terlupa tentang masa.

PANG!!

Bunyi benda terjatuh di luar mengejutkan Lisa Alana. Henfon pantas ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg. Seorang lelaki memakai T Shirt polos warna putih dan seluar jeans koyak lutut meluru masuk sambil membawa sebatang penyapu lebar. Wajah terselindung di sebalik topi dan cermin mata. Lana pandang sekeliling. Dah berkilat macam cermin muka pun masih nak bersihkan ke?

"Hey girl over there! Get me a hot coffee, two spoons of coffee powder, half a spoon of sugar, full hot water with no cream..Faster!!"

Lana terkebil-kebil!

Dahlah rasa terkejut dengan kemunculan tiba-tiba, siap demand lagi mengalahkan tuan punya bangunan. Dia ingat dia siapa? Berbunyi gigi geraham menahan rasa geram.

"Hoi!!! Pekak?!!"

Melampau ahh mat cleaner ni!!

"Hoii?!! Tak belajar adab ke? Satu lagi, kau ingat kau ni anak raja ke nak arah-arah orang? Tak cacat kan? Pergilah buat sendiri!!"

"Kau..Kauu!!!"

"Cow takde...monyet tak belajar disiplin ada! You know monyet..Yang terkinja-kinja masuk kebun orang dan rosakkan tanaman tu.." Kemain tajam muncung Lana, meluat sungguh dia dengan manusia tak sedar diri itu.

"Siapa nama kau? Asal kau boleh masuk dekat sini hah?" Melengking suara!

Tak beri kesan sedikitpun pada Lana. Orang tu dah kurang ajar dulu kan, takkan dia nak biarkan kepala dipijak sesuka hati!

"Sorry..Aku manusia beradab, tak faham bahasa monyet hutan!" Lana menjuih bibir lalu paling muka, tengok henfon lagi berfaedah dari layan monyet hutan tu. Dahlah wajah serabai dipenuhi misai..Lengan berbulu halus, pasti dada juga dipenuhi bulu..Huh! Ni spesis monyet overdose hair growth serum barangkali!

TOK! TOK!

Hampir serentak Lana dan lelaki yang sedang merenung Lana dengan pandangan berapi itu menoleh ke arah pintu. Gadis yang membawa Lana ke bilik mesyuarat tersebut melangkah masuk sambil menjinjing sepasang sut lengkap yang pastinya sangat mahal dan buatan tangan profesional.

"Boss, ni pakaian yang boss minta tu..Err...Asal pegang penyapu ni boss?"

Glup!

Matilanak!! Kepala Lana automatik ditarik ke bawah, macamlah dia seekor kura-kura yang bisa menyembunyikan wajah di dalam cengkerang. Jemari naik ke wajah, lalu pura-pura melihat ke sisi. Mampus!!

"Cari cleaner yang tinggalkan penyapu ni kat luar sekarang!! Aku hampir jatuh tersepak benda ni tau tak?!?"

Gadis itu cepat-cepat mengangguk dengan wajah pucat lesi. Terkocoh-kocoh keluar mencari cleaner yang dimaksudkan.

"So..What'ya waiting for? Blahhh!!!""

Terhenjut bahu dengar suara melengking itu! Ah, lepas tahu rupanya lelaki itulah boss kat situ, baru terasa tempurung lutut mulai berlaga. Dengan muka separuh mati ditebalkan, Lana lakar senyum paling manis, moga lelaki di depannya sejuk hati melihat.

"Boss..Boss nak kopi tadi kan? Sekarang juga saya buatkan.."

Tanpa menghiraukan Lana, sut disarung ke badan. Topi dan cermin mata dibuka lalu diletak di atas meja. Lana cepat-cepat melarikan mata bila bola mata lelaki itu memburu bola matanya. Celaka! Dr Fiona ni dah buta ke? Pakcik tua? Ni bukan pakcik tua Fiona oii..Ni spesis lelaki idaman Malaya huhu...

"Go out from my building..Now!!"

Arghh!! Tak mungkin, dia buntu kerja ni..

"Tapi boss..Dr Fiona yang suruh saya datang. Nanti apa saya nak bagitahu dia? Maaf, pakcik doktor usir saya? Bolehke macam tu boss? Risau pula nanti Dr Fiona salahkan boss pula kan.."

Lelaki itu terpegun sesaat. Jemari naik mengusap belakang tengkuk.

"So..You're that girl...Damn you Fiona!!"

Lana buat-buat tak dengar.

"Fine!! Now get me the coffee!!"

Yess!!! Thank you Fiona hehe...Lana bingkas bangun.

"Coming boss!"

Sampai di muka pintu, langkah terhenti. Bungkam sekejap. Kepala dipusing melihat figura bertubuh padat yang sedang duduk itu.

"Tapi boss..Saya kerja sebagai apa ya?" Nak tahu juga kan, supaya boleh buat ulangkaji di rumah.

"Kuli aku!"

Damn!!

Dan seharian masa Lana dihabiskan naik turun lift untuk memenuhi kemahuan boss barunya itu. Kadang-kadang terfikir yang lelaki itu memang sengaja mahu kenakan dia, namun terpaksa tahan hati buat sementara waktu, kalau tak fikir pasal akaun yang dah hampir mencecah zero, pasti dah lama dihempuk kepala lelaki berlagak nak mampus itu.

Hampir melonjak kegembiraan Lana bila jarum menunjukkan waktu kepulangan. Punggung pantas diangkat dari kerusi. Ketika sibuk mengemas, henfon berdering.

"Lisa Alana..So how's your first day with Haraees Reza, pakcik hot aku tu?"

"Mampuih naa! Nak patah tulang aku tau.."

"Hah?!! Raees dera kau ke?"

Ops!! Lana cekup mulut.

"Ehh taklah mana ada..Maksud aku kerja aku ni hah, banyak bergerak. Tak biasa lagi kot.. Lama-lama oklah tu."

Terdengar gelak kecil di corong speaker.

"Hah, kalau pakcik aku tu macam-macam bagitahu aku tau..Dah, aku ada slot kejap lagi ni..bye!"

"Bye!"

Usai menyimpan henfon dalam beg, Lana bergegas pergi. Dia tak mahu terserempak dengan boss hantu tu..Kang macam-macam lagi arahan tak masuk akal diberi.

"Lanaa!!"

Sebaik saja kaki memijak lantai di luar bangunan, namanya dilaung kuat oleh seseorang. Mengeluh perlahan, kenal benar dengan pemilik suara tersebut.

"Dah habis kerja?" Lelaki itu berlari anak menghampiri.

"Kau tunggu aku ke? Macamana tahu aku kerja kat...Ahh, tau! Tak perlu jawab!"

Mestilah Aizaff Nafees tahu, dia dan Fiona kan rakan sekerja. Ishh..Lana mengutuk diri sendiri!

"Kau tak busy ke? Aku tengok Dr Fiona sibuk memanjang, tak macam kau.."

"Laa, aku baru habis kerjalah..Aku belanja makan nak? Sebagai meraikan kau dapat kerja baru..Kau balik awal pun bukannya ada teman kau kat rumah tu. Dr Fiona esok baru balik kan? Aku belanja, kurang sikit kerja kau balik nak masak lagi kan?"

Lana menjongket sebelah kening. Betul juga, boleh jimat Maggi kat rumah hehe..

"Kat mana?"

Lebar sampai telinga sengihan Aizaff Nafees bila Lana terus bersetuju tanpa banyak songeh.

"Aku dah booked satu restoran ni, steak dan seafood dia memang terkenal enaknya. Kau nak bawa kereta sendiri ke atau tumpang aku?"

"Aku bawa kereta akulah.."

"No prob! Follow aku rapat-rapat tau.."

Malas melayan karenah Aizaff, Lana hanya angguk.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di perkarangam sebuah restoran berkonsepkan barat yang kelihatan sangat mewah. Aizaff ni saja nak berlagak kan? Lana menggerutu dalam hati namun tak disuarakan. Orang dah mendesak nak memberi, terima jelaa dengan hati terbuka kan. Banyak komplen nanti jadi tak ikhlas, tak baik!

"That's your table sir, miss..Please come with me.." Pelayan yang penuh sopan santun tersebut membawa mereka berdua menuju ke sebuah meja kosong.

"Nak makan apa?" Aizaff tetiba jadi romantis, macam zaman mereka bercinta cintun dahulu.

Lana terkejung, kembang segala bulu roma! Memori lama segera terpampang di layar mata.. Argh!! Lana pantas menurunkan wajah, cuba mengusir kenangan manis antara mereka berdua. Mulai timbul penyesalan kerana bersetuju keluar bersama Aizaff huhu..

"Hey..It's you!! We meet again.." Satu suara tiba-tiba menyapa dari belakang.

Lana menoleh, diikuti oleh Aizaff. Guess who? Lana cuba mengawal rasa yang mulai bergelodak dalam jiwa. Jemari di bawah meja dikepal erat. Lelaki yang berdiri di sebelah gadis cantik itu juga kelihatan sangat terkejut. Wajah Lana dan Aizaff direnung silih berganti.

"Oh..New girl...Again huh?" Good job Aizaff, baru kali ini Lana benar-benar menyokong tindakan Aizaff tau, siap perli dengan suara sinis!

Berubah terus wajah Ryu Rozzan. Gadis di sebelah mulai tidak keruan bila menyedari suasana tegang antara mereka.

"What do you mean new girl? Aku dan Ryu dah bersama sejak kecil tau." Terus dipeluk mesra lengan Ryu, siap melentokkan kepala di bahu sasa lelaki itu, sengaja nak marakkan suasana yang sedia teganglah tu, memang busuk hatilah perempuan ni, harap wajah je cantik!

"Well..Same here!" Masih sinis nada suara Aizaff menjawab, jemari merayap si bawah meja, cuba mencari jemari Lana untuk digenggam, namun pantas ditepis oleh Lana. Siap bagi jelingan maut dekat Aizaff. Aizaff tersenyum kelat.

"Let's go Ryu.." Gadis yang mulai kelihatan meluat itu lantas menarik lengan Ryu untuk pergi. Malangnya, Ryu tetap tidak berganjak.

"Ryu.." Meleret manja suara si gadis, hampir merayu pun ada..

"Why not....We share table?"

Hampir terbalik dari kerusi mendengar cadangan tak masuk akal Ryu Rozzan. Lana terus membeliakkan mata ke arah Ryu. Ryu Rozzan mengukir secebis senyum sinis.

"I don't think it's wrong kan?" Tanpa disuruh, Ryu terus menarik kerusi di sebelah Lana lalu duduk dengan tak malunya.

"Ryu Rozzan!!" Melengking si gadis cantik itu, wajah penuh kerutan, bola mata marak menyala.

Lana dan Aizaff berbalas pandang, hilang kosa kata melihat perangai dua manusia itu!

"Just sit down Aileen Qarlisa or you can leave!"

Sekali lagi bola mata Lana dan Aizaff bertaut. Aizaff terus angkat bahu. Lana menggeleng perlahan..Ryu tetap Ryu! Tak pernah melayan perempuan dengan baik..Entah apalah yang buat wanita-wanita cantik terkejar-kejar lelaki playboy tu..

"Fine, I'll sit!" Aileen Qarlisa terus menghempas punggung, bersebelahan dengan Aizaff..Wajah masam mencuka!

"So..Korang dah order?" Selamba bertanya sambil pegang menu, Ryu Rozzan memang tak tahu malu! Lana sudah ketap bibir, menahan rasa sebal yang mencanak tinggi!

"Please..Go ahead!" Aizaff masih beriak sinis, namun masih tetap tenang di posisi.

Hanya Ryu dan Qarlisa yang macam cacing kepanasan, riak wajah macam barusan kena langgar garuda..Lana menyilang lengan di dada, kalau begitu kekok dan sungguh tak selesa, mengapa tak angkat punggung saja..Tiada yang menghalang pulak tu, ni dahlah duduk tak dijemput..Wajah kelat macam nak baham orang, selera makan langsung mati terus melihat!

"So..Korang berdua ni..Dah get back together ke?" Ada bau-bau cemburu, riak wajah juga langsung tidak disembunyikan, marak dengan api cemburu.

"So what if we're getting back together? It's none of your business Ryu Rozzan..You...Are... Very..Busy...!! That you forgot the rarest jewel you had because you're busy chasing the prettiest but fake ones, aren't you?"

Menegang semua otot-otot di wajah Ryu Rozzan menahan marah disindir pedas oleh Aizaff. Celaka! Kutuknya dalam hati..Tak sedar diri betullah mat romeo seekor ni! Ryu ketap bibir...Tak dinafikan kata-kata Aizaff sedikit sebanyak menjentik hati..Melihat sendiri Aizaff setengah mati meroyan mengejar kembali cinta Lisa Alana, dia sendiri mulai berfikir.

Sebelum ini mati-mati mengejek Aizaff, tapi kini..Dia sendiri mulai ragu dengan diri..Adakah dia juga bakal jadi seperti Aizaff Nafees? Ridiculous!! Dia takkan jadi segila Aizaff demi untuk seorang Lisa Alana, dahlah kejam..Mulut longkang pulak tu! Ryu menjuih bibir, sebal dengan diri sendiri!! Lalu, pehal dia duduk dekat situ? Haishhh!!!

"Hahh, baguslah kalau dah berbaik semula. Jangan tunggu lama, terus kahwin. Aku ada banyak kawan yang bekerja sebagai wedding planner, aku boleh rekomen yang terbaik. Aku dan Ryu juga sedang merancang mahu menghalalkan percintaan puluh tahun kitorang ni.." Sengaja ditekan puluh tahun tu, takut je orang tak perasan agaknya.

Aizaff tersenyum bahagia. Lana hanya mengerling penuh sebal.

"Aku tengah tunggu persetujuan Lana je sekarang ni.."

"So..Korang memang rancang nak kahwin?" Pantas Ryu menyampuk berserta riak wajah kurang senangnya.

"Plan nak kahwin dah lama Ryu, kalau bukan disebabkan ada pengacau..Lana dah lama jadi isteri aku..."

Ryu bingkas bangun. Mata mencerlung, seolah mahu menelan Aizaff!

"Kau jangan melampau Aizaff!! Kau takkan kehilangan Lana kalau kau tak pergi menggatal dengan perempuan lain!!"

"Aku dah tak buat benda tu. Ya, aku silap kerana terlalu ikutkan perasaan. Tapi aku dah berpisah dengan perempuan tu, aku sedar aku terlalu mencintai Lana!!"

"Kau jangan nak mengarut!! Lana tak cintakan kau Aizaff!!"

"Are you sure?" Cabar Aizaff dengan wajah penuh konfiden.

Menegang otot rahang Ryu akibat dikancing kuat. Ketibaan beberapa pelayan membawa makanan mereka serta merta menghentikan perdebatan Ryu dan Aizaff. Ryu menghempas punggung dengan kasar. Wajah mencuka. Lengan naik bersilang di dada. kedua belah kaki terhenjut-henjut, mungkin mahu mengawal rasa marah yang membuak-buak.

Lana yang sedari tadi memang sedang menahan lapar menarik pinggan berisi makanan yang dipesan. Melihat Lana, Qarlisa turut melakukan perbuatan yang sama. Mereka berdua mulai makan sambil bola mata dipaku silih berganti pada dua lelaki yang saling bertatapan dengan bola mata marak berapi.

Melihat keadaan semakin merunsingkan, Lana pantas menendang kaki Aizaff dari bawah meja. Pantas Aizaff merenung tidak mengerti ke arah Lana. Lana terus memuncungkan bibir ke arah makanan, mahu menyuruh Aizaff cepat-cepat makan supaya mereka boleh blah cepat-cepat dari situ. Aizaff angguk perlahan lalu menarik pinggan mendekatinya.

"You love broccoli.." Aizaff memindahkan beberapa ketul broccoli di pinggan ke pinggan Lana.

"Thanks Zaff.."

Tak sedar ke perbuatan dua ketul ni benar-benar membuatkan seseorang yang mulai rasa terpinggir terbakar seluruh jiwa raga?

Baru hendak disua ke dalam mulut, pantas garpu di tangan Lana direnggut oleh Ryu. Tak cukup menyumbat broccoli yang melekat di garpu, habis dipungut broccoli di pinggan Lana lalu disumbat ke dalam mulut. Terpinga-pinga tiga ketul yang ada di situ melihat gelagat Ryu! Sampai berketul-ketul pipi Ryu dipenuhi broccoli!

"Ryu!!" Qarlisa terus menegur!

Aizaff buat-buat tak nampak. Steak di pinggan dipotong kecil-kecil sesuai dengan saiz mulut. Separuh ketulan daging tersebut kemudian Aizaff pindahkan ke pinggan Lana. Aizaff senyum bila Lana merenung tajam padanya. Lana nampak je Aizaff letak sos pedas pada daging tu..Why? Aizaff kenyit mata.

Belum sempat Lana menyentuh hirisan daging steak tersebut, Ryu tiba-tiba merebut pinggan Lana. Habis semua isi pinggan ditumpahkan ke dalam mulut hingga mereka bertiga ternganga memandang. Ryu memang dah sah gila!!

"Uhukss huks!!"

Merah padam wajah Ryu. Dada ditepuk beberapa kali. Habis gelas berisi air putih miliknya diteguk, gelas Lana jadi mangsa.

"Kau nak bunuh aku ke Aizaff?" Melengking terus!

"Laa..Tu untuk Lana, yang kau pergi rembat pehal?"

"Kau nak bagi Lana mampus ke? Itu pedas gilaaa Aizaff!!"

"Lana okay je..Satu sudu cili api dia balun macam tu je. Kau tak tahu?"

Terkena lagi!!

Bengkak bernanah hati seketul Ryu Rozzan! Bingkas berdiri sambil mencengkam pergelangan tangan Lana.

"We need to talk Lisa Alana!!" Lana cuba menarik tangannya namun Ryu terus mengheretnya pergi.

Terjerit-jerit Qarlisa cuba mengejar namun langsung tidak dipedulikan oleh Ryu. Ketika hampir berada di pintu masuk, tiba-tiba Ryu melepaskan cengkaman lalu berdiri kaku di situ. Lana menggosok-gosok pergelangan tangan sambil memaku pandangan ke arah bola mata Ryu.

"Ryu..Why are you here? Lisa mana?" Sepasang suami isteri melangkah masuk.

Ryu berundur setapak.

"M..Mummy!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience