BAB 31

Humor Completed 411630

Terkocoh-kocoh Lisa Alana masuk ke dalam perut lift lalu ditekan nombor paling besar, iaitu tingkat paling atas, yakni tingkat yang hanya dihuni oleh Mr Presiden, Tuan Haraees Reza.

Dalam kepala otak sekarang sedang ligat mereka alasan kerana bukan hanya sejam, hampir dua jam dia terlewat. Semua gara-gara Ryu Rozzan. Puas bertekak, akhirnya Ryu hantar juga Lana ke situ, tu pun siap tarik wajah monyok, lalatpun tak lalu nak tengok!

Sampai-sampai je di meja kerja, terus buat-buat sibuk macam dialah tok penghulu di kawasan itu. Kalaulah Raees berada di dalam bilik pejabatnya, eya pastilah Raees melihat Lana di sebalik dinding kaca hitam itu. Lana memang tak nampak, tapi kalau dari dalam bilik Haraees semua jadi lutsinar. Apa pakcik hot itu sedang memerhati ke? Hati berdetak!

“Hoi!!! Monyet hutan tak berdisiplin! Come inside in three…two…” Speaker interkom bergema oleh suara bernada kasar dan keras.

“Waittt!!! Coming bossku!!!”

Hampir jatuh terjelepok Lana akibat kelam kabut berlari lalu meluru masuk ke dalam pejabat Haraees tanpa sempat memberi ketukan dan salam.

Haraees Reza, yang digelar pakcik tua oleh doktor Fiona sedang duduk di kerusi kerja empuknya, berpeluk tubuh menyerlahkan ketulan-ketulan padat di tubuh, sedang merenung Lana dengan mata serigala yang bersedia mahu membaham!

“Saya hadir melapor diri tuan! Maaf atas kelewatan yang tak dapat dielakkan. Saya janji perkara ini takkan berulang semula tuan!” Siap angkat tangan paras dada, macam baca ‘Aku Janji’ Lana buat depan Haraees Reza.

“Monyet hutan… Kau masuk kerja jam berapa?”

“Sembilan tuan!” Tahan hati sambil menjawab. Kurang asam punya pakcik…Berani dia panggil Lana monyet hutan? Kalau bukan kerana gaji, dah lama kasut tumit tinggi Lana disumbat masuk ke dalam mulut jahat itu!

“Habis tu kau sampai tadi jam berapa?”

“Err…Sebelas tuan!”

“Haah, tula pasal! Sekarang jangan tanya apa-apa, kemas barang kau dan kosongkan meja kat luar tu. Aku dengan ini akan mencutikan kau buat selama-lamanya!”

Terbuntang luas bola mata Lana. Hanya dua hari dia dah digoreng sotong? Tak pernah ada rekod keturunan Pak Samad benda memalukan macam ni tau! Kalau saja bapak tahu, kompom kena libas dengan samurai legend!

“Tuan cakap apa tadi? Ah, susun fail dekat luar tu kan? Baik, hari ini juga saya siapkan tuan! Siap letak tag ikut abjad lagi. Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.”

“Hoiii! Tak faham baha…”

“Mohon permisi tuan!” Terus terkocoh-kocoh keluar tanpa beri kesempatan langsung untuk Haraees menamatkan kata-kata!

Terpinga-pinga Haraees Reza diperlakukan seperti itu oleh seketul Lisa Alana! Kelu lidah, hilang kosa kata…

Bersungguh-sungguh Lana bekerja, mahu tunjukkan bahawa dia pekerja yang cemerlang kononnya, supaya boss yang mungkin saja sedang memerhati di sebalik cermin dinding lutsinar itu akan mulai rasa ragu-ragu mahu memecat dia.

“Hoi monyet!!!”

Celaka betul! Hampir buat gimnastik terbalik Lana akibat terkejut tiba-tiba disergah oleh speaker interkom di atas meja kerjanya. Double celaka kerana gelaran yang diberi. Butake pakcik hot itu? Begini punya cantik disamakan dengan monyet?!!!

“Asal tak blah lagi?! You are fired!!!”

Lana kelam kabut menekan punat interkom.

“Baik boss, your hot coffee with two spoons of powdered coffee, half spoon of sugar with no cream is on the way!” Tak tunggu balasan, Lana bergegas menuju ke pantri yang terletak di bahagian hujung.

Persetan dengan tanggapan boss pada dia. Yang penting, dia perlukan kerja supaya duit masuk setiap bulan. Nak harapkan laki kaya raya dia tu? Dengan mak mertua dan bekas teman wanita yang mengada-ngada?

No! Dia masih punya sekerat tulang yang akan dikerah untuk mencari duit. Tak rela maruah diperkotak-katikkan semata-mata kerana bersuamikan anak orang kaya.

Kopi tersedap di muka bumi kini ditatang atas dulang bulat dan dibawa menuju ke pejabat Haraees Reza. Kalau tak lembut juga hati pakcik tu, tau taulah nak cakap apa!

Pintu diketuk. Tanpa menunggu sahutan dari dalam, Lana masuk dengan riak wajah bersungguh-sungguh dimaniskan. Senyum meleret-leret walaupun Haraees Reza langsung tak angkat sikitpun wajah untuk memandang Lana.

“Kopinya dah siap tuan.” Tanpa disuruh, Lana letak cawan berisi air kopi yang masih berasap itu di atas meja Haraees. Aroma kopi yang membangkitkan selera mulai memenuhi bilik tersebut.

“Baik!” Haraees mendongak, menentang bola mata Lana dengan tajam.

“You asked for it monyet!” Usai berkata dengan nada sinis, Haraees bingkas berdiri lalu mencapai kot yang tergantung di penyangkut.

“Follow me!” Langkah kaki dibuka besar-besar menuju ke pintu. Kelam kabut Lana mengejar.

“Ta…Tapi kopinya tuan…”

“Idiot! Who drinks coffee when it’s almost lunch time?!”

Tercebik terus bibir Lana. Well, dia sanggup minum daripada membazir! Benci betul dengan pakcik berlagak ni!

“Kita nak ke mana tuan?” Sempat lagi Lana sambar buku nota dan handbag dia di atas meja kerja sebelum berlari anak mengejar Haraees..

“Lawat site!” Haraees menjawab pendek.

Sempat terpinga sekejap Lana dibuatnya! Ada kaitan dengan kerja dia ke tu? Arghh! Ni memang boss sengaja mahu kenakan dia kan? Duhai hati… Bertabahlah!

Bukan dekat-dekat tempat yang Haraees nak pergi. Sampai naik lenguh punggung Lana duduk di dalam kereta. Haraees Reza memang sengaja nak dera dia kut. Dibawanya Lana round satu kawasan tapak projek, dari hujung ke hujung di tengah-tengah terik mentari. Sampai berpinar-pinar pandangan Lana.

Pakcik busuk hati itu bukan main selesa berjalan dipayungi oleh manager yang sedang mengawal selia pekerja di situ. Tak benarkan langsung Lana berdiri di tempat yang teduh, sengaja biarkan Lana jadi ikan masin!

“Boss, saya nak ke tandas sekejap.” Bila sudah tak tahan di bawah terik mentari, Lana mencari alasan mahu melarikan diri buat seketika.

Haraees langsung tak beri perhatian kerana sedang sibuk bercakap dengan manager di sebelahnya. Lana anggap je lelaki itu dengar dan terus berlalu tanpa pamitan.

Setelah bertanya pada salah seorang pekerja di situ, Lana terus mengatur langkah menuju ke sebuah rumah batu sederhana besarnya yang merupakan pejabat pentadbiran di situ.

Alangkah bahagia rasanya bila kulit disapa oleh penghawa dingin yang sejuk sebaik sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. Ah, rasanya tak mahu keluar dari situ, biarlah sampai selesai dahulu urusan pakcik tu baru dia keluar.

Tapi bila ingat ugutan Haraees, Lana cepat-cepat masuk ke dalam tandas menyudahkan urusan seri paduka bagindanya kemudian bergegas keluar.

Bola mata bergolek-golek mencari kelibat Haraees. Hanya tinggal manager yang sedang bercakap-cakap dengan beberapa pekerja di situ. Lana cepat-cepat menghampiri.

“Tuan manager, boss mana?” Laju mulut bertanya.

“Tuan Raees dah jalan tadi. Ingatkan cik ikut tuan. Takkanlah tuan Raees terlupa?”

Arghh!!!

Lana memegang dahi. Hati bagai dipulas-pulas! Haraees tak guna tu memang sengaja nak kenakan dia! Tak guna punya pakcik!!!

“Ada teksi atau Grab ke yang sampai kat sini?” Nada suara mulai risau. Takkanlah dia nak bermalam dekat situ pula kan?

“Rasanya takde kot. Kalau cik nak, cik boleh tumpang saya. Tapi tula, cik kena tunggulah sampai petang.”

“Terima kasih tuan, saya ikut tuan saja sampai ke bandar ya.”

“Kalau macam tu, cik tunggu dekat ofis jela. Kat luar ni panas.”

Laju je kepala Lana diangguk. Terus bergegas menuju ke rumah batu itu semula. Dia memang sudah tak tahan berjemur di bawah matahari, terasa kulit muka dan badan mulai berdenyut-denyut dimamah haba panas.

Mereka bergerak pergi bila matahari sudah hampir terbenam. Mujurlah manager itu seorang yang jujur dan baik hati. Lana meminta diturunkan di pusat bandar saja dan menaiki teksi untuk balik ke rumah.

Hari sudah lewat petang ketika Lana tiba di villa Ryu Rozzan. Ketika mahu menaiki tangga ke tingkat atas, Puan Sri muncul dari arah dapur. Terus tarik muka kelat bila terpandang Lana.

“Hoi perempuan! Time-time macam ni baru kau muncul? Isteri apa macam tu hah? Isteri neraka!!! Aku dah hampir kebulur, satu apapun takde untuk dimakan! Kau pergi masak sekarang! Nanti anak aku balik, dia nak makan apa hah? Air liur?”

Langkah kaki yang baru dibuka untuk menaiki anak tangga terhenti. Dahlah Lana penat seharian berjemur di bawah terik mentari, balik-balik saja nak kena hadap lagi manusia mengalahkan permaisuri kayangan tu! Sampai bila dia mampu bersabar? Rasa hormat semakin hari semakin menipis!

“Maaf, hari ni saya memang tak larat nak masak, penat sangat. Apa kata kita order je?” Masih mampu bercakap dengan nada lembut, walaupun hati mulai memanas.

Tercebik bibir Puan Sri Helena. Mata serigalanya hampir terjegil keluar.

“Kau nak aku makan makanan dari luar? Kau memang sengaja nak aku mampus awal ke hah? Makanan entah apa-apa, tahap kebersihan pun tak tahu. Itu kau nak aku makan? Habis tu kau dalam rumah ni apa fungsi hah? Jadi mem besar? Macam puteri?”

Lana ketap bibir. Penumbuk sudah tergenggam erat. Kesabaran semakin teruji.

“Puan Sri kan boleh je pilih mana-mana restoran kesukaan Puan Sri? Restoran mewah, mustahil tiada delivery, Food Panda ke, Grab Food ke kan? Tak pun peti sejuk tu penuh rasanya. Apalah setakat tanak nasi dan goreng ikan atau ayam kan? Lagipun Puan Sri…Saya kan dilarang memasak untuk Puan Sri. Nanti keracunan! Saya naik dulu!” Lana bergegas naik, takut lama sikit diganyang pula mulut tak berinsuran Puan Sri tu.

“Hey!! Kau jangan berani melangkah setapak wahai perempuan! Kurang ajar betul kau sekarang ni ya! Berhenti aku kata!!!”

Lana tetap meneruskan langkah. Tak dipedulikan langsung Puan Sri Helena yang terjerit-jerit mengejar di belakang. Nak berhenti buat apa kan? Pasti Puan Sri akan kerjakan dia teruk-teruk.

“Berhenti! Kurang ajar betul!!!” Siap dibagi bonus makian.

Memang nahaslah jawabnya kalau Lana ikut arahan tu. Ketika kaki memijak anak tangga yang terakhir, tiba-tiba Puan Sri Helena menjerit lalu kedengaran bunyi seperti nangka busuk jatuh bergolek-golek. Pantas Lana menoleh.

“Ya Allah! Puan Sri!!!” Lana menjerit kaget bila lihat tubuh Puan Sri Helena berguling-guling menuruni anak tangga lalu terhempas di atas lantai marmar.

“Ya Allah! Mummy!!!”

Lana yang sedang berlari menuruni anak tangga terus terhenti. Bola mata terangkat. Ryu Rozzan berlari panik dari arah pintu mendapatkan Puan Sri Helena. Sedang mengekori di belakang Ryu ialah Aileen Qarlisa. Lana terus terpaku. Hanya bola mata merenung tajam.

“Mummy!! Apa terjadi ni? Perempuan tu tolak mummy ke? Jahat betul!!! Sejak awal-awal lagi Lisa dah punya firasat yang perempuan tu ada niat tak baik pada keluarga ni. Kesian mummy. Sayang, lebih baik kita bawa mummy ke hospital cepat!”

Ryu Rozzan duduk mencangkung lalu mengangkat separuh tubuh Puan Sri Helena dan diletakkan di atas ribanya.

“Mummy…Mummy!” Sambil memanggil, bahu Puan Sri Ryu goncang perlahan.

Melihat Puan Sri tidak memberi sebarang respon, Ryu mendongak memandang Aileen yang sudah berada di sebelahnya.

“Lisa, hidupkan enjin kereta. Kita ke hospital!” Laju kepala Aileen terangguk.

Ryu mencempung tubuh Puan Sri lalu bergegas keluar diikuti oleh Aileen Qarlisa. Sikitpun tak menoleh pada Lana yang masih tercengat memerhati dengan mulut terkunci rapat.

Rasa sedih yang menerpa cepat-cepat Lana tepis jauh-jauh. Dengan lutut menggeletar, Lana gagahkan diri memanjat naik semula. Dia sudah terlalu letih untuk semua drama di villa itu.

Andai Ryu menyalahkan dia sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini pada Puan Sri pun, dia akan menelan semuanya dan tidak akan membela diri. Penat nak hadap semua ini!

Usai membersihkan diri, Lana terus baring di atas katil. Rasa risau mulai mengulit diri. Sejahat-jahat dia, tetap juga risau bila memikirkan bagaimana keadaan ibu Ryu. Hampir sejam berlalu, masih tiada khabar diterima.

Lana mencapai telefon bimbit. Berkira-kira mahu menelefon Ryu tetapi risau pula menganggu. Mungkin pada waktu ini Ryu sedang menjaga ibunya yang tengah beristirehat ke apa kan, nanti terbangun orang tua tu dia jugak disalahkan.

Akhirnya, Lana letak semula telefon bimbitnya lalu mengambil keputusan untuk tidur saja. Hanya doa yang mampu dipanjatkan berharap agar Puan Sri baik-baik saja.

Ketika mata dibuka bila pagi menjengah, tilam di sebelah kosong tidak berpenghuni. Tiada langsung tanda-tanda kawasan tersebut dicerobohi. Risau, Lana terus mendail nombor Ryu Rozzan. Tiga kali panggilan dibuat. Hanya dibiarkan sepi!

Dengan hati yang berat, Lana bersiap untuk keluar bekerja. Mungkin Ryu tengah tidur, takpun tengah sibuk menguruskan keperluan ibunya yang sememangnya sangatlah cerewet itu. Hati dipujuk dengan berfikir positif.

Walaupun mood sudah terbenam ke dasar laut, Lana masih mampu mengukir senyum semanis lollipop ketika muncul di depan Haraees Reza pagi itu sambil menatang secawan kopi panas. Apabila sedang bekerja, kenalah sentiasa profesional kan!

“Kopi tersedap untuk santapan tuan di pagi yang indah ini!”

Haraees hanya menjeling sekilas. Riak wajah beku, takde sikitpun rasa bersalah atas apa yang telah dilakukan pada Lana kemarin. Keji betul!

“Kalau dah takde apa-apa, saya keluar dulu tuan!”

“Nyet! Kita buat kerja amal sikit hari ni!”

Kuang ajo betul pakcik ni! Sejak kapan nama secantik Lisa Alana tetiba jadi Nyet?!!! Itu apa coba? Sambal Nyet? Ayam penyet?!

“Lana tuan! Bukan Nyet…” Anggap positif. Mungkin Haraees tersilap dengar, dari Lana jadi Nyet, sebab itu Lana cuba perbetulkan.

“Betullah, monyet tu kan panjang, aku pendekkan jadi nyet.”

Aduh jantungku! Hampir kena stroke dengar explaination Haraees. Dasar jembalang hutan!

Haraees menghirup perlahan kopi yang masih berasap tebal itu. Entah macamana, tertumpah sedikit ke atas kot yang dipakai. Ketulahan ler tu, mengapa tak tumpah habis biar melecur dada berotot pejal tu…Lana menyumpah dalam hati.

Haraees meletakkan cawan di atas meja lalu membuka kotnya dan dibuang ke arah Lana. Buk! Habis satu kot membungkus wajah Lana. Mujur wangi huhu!

“Hantar ke dobi!”

Walaupun hati bagai diperah-perah, Lana tetap angguk. Sedaya upaya diketap rapat bibir agar tiada kata-kata makian keluar dari mulut. Fuh! Menguji kesabaran betul pakcik ni!

“Ikut aku sekarang!” Lana terpaksa akur lalu mengekori Haraees Reza di belakang.

Ternganga luas mulut Lana bila kereta mewah Haraees berhenti betul-betul di depan pintu masuk sebuah bangunan yang sangat dikenali. Di belakang, menyusul sebuah truck yang tertulis nama syarikat Haraees Reza.

Berpuluh-puluh hamper dan hadiah mulai diturunkan dari truck tersebut dan dipindahkan di dalam troli.

“Kita nak buat apa tuan?” Lana bertanya bingung.

“Kerja amal!” Haraees jawab acuh tak acuh.

“Urgh! I hate hospital!” Sempat Haraees bergumam sendirian sebelum mengatur langkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Lana terkocoh-kocoh mengekori. Kemunculan Haraees Reza nyata menjadi perhatian di lobi hospital. Persis dewa kacak zaman Greek! Bertubuh tegap sasa, berambut hitam pekat, iris mata besar juga warna hitam pekat, bulu mata lebat juga kumis nipis ditrim sempurna! One in a million.

“Pakcik ais batu Kutub Selatan!” Doktor Fiona menghampiri sambil meleretkan senyum.

“Pakcik kepala hotak kau! Aku tak punya banyak masa ni. Tu semua…” Bola mata Haraees melirik pada troli-troli yang penuh tersusun kemas.

“Aku kena bagi satu-satu ke macamana?”

“Eyalah. Dah namanya beramal. Kenalah jumpa setiap patient dan serahkan sendiri. Biar dorang lihat bertapa kacak pakcik I ni, kot-kot bertemu jodoh di hospital kan?”

“Tak payah nak sibuk bercakap tentang jodoh aku! Kau urus diri sendiri dulu! Dah, malas aku nak cakap dengan kau. Cepat, kita gerak sekarang!” Haraees terus beri signal pada beberapa pekerja yang dibawa dari syarikat.

“Yela pakcik! Jom ikut aku.” Doktor Fiona memandang Lana.

“Lana, sinilah. Toksah ikut sangat cakap pakcik tua tu!” Sempat lagi dikutuk Haraees. Nak gelak, takut digoreng kaw kaw!

Tak tahulah mengapa doktor Fiona kata Haraees tu pakcik tua. Tak tua pun, umur dalam 30an or plus tapi taklah lepas 35. Fiona ni sengaja nak sakitkan hati Haraees kot!

Haraees Reza menjeling tajam pada Lana, seolah memberi amaran pada Lana. Sengih lebar di wajah Lana serta merta menyenget. Langkah yang baru mahu diorak mendekati doktor Fiona terus terbantut.

“Mohon beri laluan pada pesakit! Mohon beri laluan!” Jeritan dari arah belakang menyentakkan Lana. Belum sempat berpaling untuk melihat, terasa bahunya ditarik kasar.

Lana hilang keseimbangan badan. Kaki terpeleot. Terasa sebuah tangan kekar memaut pinggang dia sebelum belakang badannya menghempap sebuah tubuh sasa berotot dan berbau sangat harum.

Sebuah katil beroda untuk pesakit meluncur laju melintasi mereka. Terkebil-kebil Lana memerhati hingga tak sedar bila masa doktor Fiona tercengat di hadapan dia.

“Hurm…Something fishy laa korang berdua ni…”

Tersedar sesuatu, Lana terus dongak wajah lalu ditoleh ke belakang.

“Nyet…Get off me!” Bisikan lembut tetapi sangat tajam menusuk kalbu itu benar-benar buat Lana mahu korek kubur dan menanam diri sendiri.

Dengan pantas, Lana menjauhkan diri. Wajah merah bak tomato ranum itu terus ditundukkan.

“Maaf bos, tak sengaja.”

“Well…Frankly speaking, korang berdua memang sepadan.” Doktor Fiona mencelah lalu menyungging senyuman penuh makna.

Lana buat-buat tak dengar. Dalam hati mati-mati mengutuk kecuaian diri. Sempat dikerling wajah tampan boss, semakin beku dengan bola mata dipenuhi percikan api huhu…Bakal digoreng sotong cili api ke dia nanti?

“Move faster! Buang masa lagi, aku tinggalkan tempat ni Fiona!” Kata ugutan bernada keras Haraees Reza mematikan senyuman Fiona.

Lana kelam kabut mengorak langkah, bila belakang bahu ditolak kasar oleh Haraees. Sebaik wajah diangkat untuk memandang ke depan, langkah kaki Lisa Alana mati serta merta.

Tidak jauh di depan mereka, Ryu Rozzan tercengat memerhati. Aizaff Nafees, masih menyarung uniform doktor juga berada tidak jauh dari mereka, sedang memaku pandangan tajam menikam.

Lana telan air liur yang terasa sepahit hempedu! Adegan terpeluk dia dan Haraees tadi…Adakah telah dilihat oleh dua jejaka tampan itu? Why Lana dipandang macam pesalah di kandang mahkamah? Terasa macam dia terciduk curanglah pulak! Tak mahu tapi tercurang ke?

Hye morning uolls...Jom sedekah senyum pagi. Ada yang rindu Lana & Ryu ndak? Lama deorang ni menyepi hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience