"Huarghh..hmphh.." Kedua belah tangan diluruskan di atas kepala, manakala mulut ternganga seluas lapangan terbang, hampir kejung rahang!
"Dah bangun?"
Mata kelam kabut dicelik bila dengar suara maskulin sedikit serak yang menyapa pendengaran.
Omak!!!
Hampir tertonggeng Lana di atas tilam sebaik sahaja bola mata bertaut dengan sepasang mata panda kuyu tanpa cahaya. Apa dah jadi dengan mamat ni? Rambut serabai, rona gelap mengelilingi mata yang merah... Macam tak tidur berhari-hari. Ingatkan mayat bangkit dari kubur, buat terkejut je!
"Kau..Kau..Buat apa dekat bilik aku? Ma.. Macamana kau boleh masuk hah?!!"
Ryu Rozzan bingkas bangun dari sofa. sambil menyeluk poket, melangkah longlai ke arah Lana. Nampak sungguh Ryu keletihan dan kurang bermaya. Mujur baju T kolar bulat warna putih yang ngam-ngam di badan serta joggers kelabu longgar menutup kekurangan di wajah.. Badan saja pun...Fuhh!! Boleh tersembur darah dari hidung!
"Tak ingat?" Ryu sudah berdiri di depan Lana, merenungnya sambil senyum senget.
Apa? Lana bingung sebentar, cuba mengingat apa berlaku. Perlahan, badan ditegakkan untuk menyandar di kepala katil. Selimut yang membaluti tubuh melorot jatuh. Kening Ryu terjongket tinggi, makin lebar senyuman di wajah. Melihat renungan gedik Ryu baru Lana perasaan sesuatu.. Celaka!! Mengapa tubuh hanya dibaluti pakaian dalam?
"Arghhh!!!!" Terjerit panik bila lihat tubuh separuh bogel. Makin panik bila bola mata Ryu tertancap di dada yang hanya ditutupi sepasang bra berspan nipis berenda warna merah garang. Setan!!!
Pantas Lana tarik selimut menutupi bahagian yang terdedah.
"Setann!! Kau buat apa dekat aku semalam hahh?!!"
"Kau panggil suami kau setan? Dosa Lana..Dah ke mana isteri solehah abang tu?" Selamba, Ryu duduk di sebelah Lana.
Terangkat tinggi kaki Lana di sebalik selimut, mahu menendang Ryu, tak rela lelaki itu berada dekat-dekat dengannya. Dasar playboy, mengambil kesempatan dalam keadaan dia langsung tak sedarkan diri!! Keji! Hantu puakaa!! Arghhh..Benciii!!!
Malangnya Ryu seolah dapat membaca niat jahat Lana, pantas kepala lutut Lana ditangkap.
"Sayang nak jadi isteri derhaka ke?"
"Kau!! Kau buat apa dekat aku Ryu?!! Kau.. Kau rogol aku ke? Huwaaaa....Tak nakkk..Tak nakkk!!" Meraung siap hentak-hentak kaki atas tilam tanda protes!
"Lana..Lana...Kata lulusan U, benda asas macam tu pun kau tak tahu ke? Aku tak buat..Kalau aku buat, kau takkan bangun dengan penuh bertenaga dan masih mampu angkat kaki seperti sekarang ni tau." Terus terhenti raungan membingitkan itu!
Lana renung Ryu yang sedang menggelengkan kepala. Ya tak ya jugak, dia tak rasa sakit mahupun ngilu kat kawasan sensitif tu.
"Jadi mana pakaian aku? Diterbangkan angin berpuaka?" Menyempat dengan sarkasnya!
"Kau tak ingat ler tu..Satu malam suami mithali kau ni bersekang mata jaga kau yang asyik meracau macam kena sampuk jembalang gunung, panas macam kena panggang tau badan kau. Aku buka pakaian kau dan balut tubuh kau dengan tuala yang aku basahkan dengan air suam..At least tu yang Mr Google ajar aku. Nasib berkesan, demam kau kebah akhirnya. Thank me with a good morning kiss.. Come on..Here!" Playboy tetap playboy, gatal nak mampus. Siap tunjuk bibir sendiri!
Lana juih bibir. Boleh percaya ke lelaki ni langsung tak ambil kesempatan? Apa kejadahnya playboy ni menelanjangkan dia dengan hanya tinggalkan pakaian dalam mengalahkan bayi demam sawan?Mentang-mentanglah Lana langsung tak sedar.
"Sayang.." Panggil Ryu sambil memuncungkan bibir. Siap buat bunyi mendecit gedik!
Eiii..Gatal!!!
"Cepatlah..I'm tired, aku perlu suntikan semangat ni.."
"Tak nak!"
Mencerlung bola mata Ryu..Savagenya minah ni!! Takde timbang rasa langsung huhu..
"Why?!"
"Because..Because..." Nak cakap ke tak? Nanti dikata mengada-ngada pulak..
"Hmphh..I'm listening.." Ryu tenung penuh khusyuk, siap menopang dagu atas lengan menunggu Lana menghabiskan kata-katanya.
"Kau tak percayakan aku. Kau tuduh aku macam-macam..Aku tak nak jadi isteri solehah untuk kau.."
"Lana.." Jemari Lana ditarik lalu Ryu genggam erat.
"Maafkan abang..Memang silap abang terlalu ikutkan perasaan. Abang tak suka milik abang disentuh oleh orang lain. Lepas ni abang akan berusaha untuk kawal diri..Maafkan abang.."
Lana renung wajah kacak itu beberapa saat. Ikhlaskah kata-kata maaf itu diucapkan? Macam takleh percaya je jenis manusia macam Ryu Rozzan ni, mulut semanis madu tiruan tertumpah berkilo-kilo gula huhu...
"So..Lana ni milik abang?"
Ryu angguk, siap buat muka ala-ala Puss in Boots..Arghh!! Lana pantas buang wajah...Tak rela tergoda!
"Jadi..Abang tetap nak teruskan perkahwinan tanpa cinta ni?"
Membulat mata Ryu. Terus merapatkan badan pada Lana. Tersentak lalu terkejung otot Lana. Nak undur, badan dah melekat pada kepala katil. Aduh..Cemas ni! Perlukah dia melompat dan lari keluar? Dengan badan hanya berbungkus bra dan celana katak? Serius?!! Hell no!!
"Sayang yakin sangat ke tiada cinta yang hadir?" Panahan mata penuh menggoda itu terlalu sukar untuk ditangkis.
Arghh!! Jangan berani kau tertewas duhai Lisa Alana!! Kuatkan semangat..Chaiyook!! Ryu memang sengaja, lihat saja senyum licik yang terpamer di wajah tampan itu. Pasti punya muslihat..Nak kenakan dia ke? Jangan harap!!
Entah dari mana Lana dapat kekuatan, belakang tengkuk Ryu dipaut mesra. Terbeliak bola mata Ryu, terus tertelan air liur depan Lana..Aduh! Nampaknya dia yang bakal tertewas kalau macam ni!
"Abang nak ada cinta antara kita ke? Serius ni? Lana jenis setia nak mampus tau..Abang sanggup ke nak setia sampai putus nafas hanya untuk Lana sorang?" Ryu gigit bibir bawah, celaka...Gedik nak mampus!
Pantas tangan Ryu naik, cuba menepis pautan hangat Lisa Alana. Lain macam dah gelora yang melanda dalam jiwa. Lisa Alana ni melebih betul, dia buat sikit-sikit je, sekali minah ni balas balik, sampai menitis air liur! Gilaa...
"La..Lana! Kau..Kau.." Berdas-das air liur merembes keluar bila Lana terusan merapatkan wajah, hingga dahi bertemu dahi, hujung hidung mancung Ryu hampir penyet dihimpit hidung Lana.
"Nak sangat kan? Dah tergagap tu kenapa? Kalau nak ada cinta, kita kenalah bercinta..Tak gitu?"
Glup!!
Mati sengihan miang seketul Ryu Rozzan.. Terkesima tak bergerak merenung Lisa Alana. Seingat Ryu, dia tak bagi apa-apa pun pada Lana semalam, tiada walau setitik ubat pun. Dah semalaman Lana langsung tak sedarkan diri. Ni bangun-bangun tetiba macam tertelan pil kuda mengawan pehal?
"La..Lana...". Argh..Dia hampir tertewas!
Kalau dia pulun bibir merah basah tu agak-agak makan penampar tak? Hati kecil Ryu mulai berkira-kira.
"Nak bercinta dengan isteri sendiri tak? Buat keputusan sekarang sebelum kita pergi lebih jauh Ryu Rozzan.."
"Ber...cinta?" Fikiran Ryu sudah menerawang jauh, bola mata sedari tadi melekat terus pada bibir merah delima yang hampir menyentuh hujung bibirnya.
"Yup..Kalau tak nak, bubarkan perkahwinan ini. Aku...Juga mahu jaga hati aku Ryu..Cukuplah sekali ia dilukai.."
Kata-kata Lana seakan sebuah belati tajam yang menusuk hingga ke relung hati Ryu Rozzan. Ryu merenung dalam ke bola mata Lana.
"Bubarkan?"
Lana mengecilkan bola mata. Dah kenapa dengan Ryu Rozzan ni? Macam kena sampuk saka, asyik ulang balik apa yang dia kata. Hati seakan digeletek melihat gelagat Ryu, cepat sungguh mamat playboy ni tertewas rupanya. Lisa Alana..Ternyata kau masih berbisa! Kata-kata bapak bahawa dia anak dara tua tak laku dah tak terpakai tau, ni hahh..Lelaki idaman satu Malaya..Macam termakan nasi kangkang, ni baru sikit kemahiran yang ditunjukkan haha..
"Abang.." Lana petik jari depan wajah Ryu. Nampak sungguh Ryu tidak fokus di situ.
Ryu kerut dahi, kening hampir bercantum. Segera ditangkap jemari Lana. Riak wajah berubah jadi super serius.
"Lisa Alana..Terus terang dengan abang..Dekat sini..." Sebelah tangan Ryu menekap di dada Lana.
Tahap terkejut Lana..Sampai hampir terlupa menyedut oksigen! Tak kau panik, ingatkan Ryu nak pegang kat mana tadi..Hampir keluar silat mentadak Lana!
"Ada ruang untuk abang tak?"
Ohhh noo!!
Ini memang tak baik untuk hati! Nak jawab jujur ke tak? Kerana sejujurnya Lana masih tak pasti..Payah soalan Ryu ni. Macam soalan berkonsepkan HOTS (High Order Thinking Skills)..Kalau dihurai tentang perasaan, mana cukup setakat selembar dua kertas kajang.
"Abang perlu tahu kerana abang tak terfikirpun nak bubarkan perkahwinan ni. Tapi abang faham isi hati Lana, dan abang takkan paksa jika Lana tak ingin teruskan." Ryu mengelus lembut rambut yang jatuh atas dahi Lana, merenung wajah Lana beberapa saat sebelum menyambung kata..
"Lana isteri abang kan? Tanggungjawab abang untuk jaga keperluan zahir dan batin.. Jaga yang merangkumi semua, keperluan.. Kehendak.. Keselesaan... Ketenangan... Kebahagiaan.. Kalau abang tak mampu buat, untuk apa abang jadi suami kan?"
Lana telan perit air liur. Masih sabar menunggu. Ryu Rozzan tak jawab lagi pertanyaan asal yang Lana ajukan huhu..
"Kita tak perlu terburu-buru Lana. Kita berdua adalah manusia yang pernah terluka oleh cinta, masing-masing sedang cuba bangun dan membina tembok dalam diri kerana takut dikecewakan sekali lagi. It's not easy, but time heals.."
Lana renung Ryu tak berkelip. Sedikit tersentak dengar kata-kata Ryu.
"Abang...Pernah dikecewakan?"
Ryu menyungging senyum senget.
"Trust me, it hurt like hell..Abang tahu rasa itu, abang juga pernah tersungkur akibat rasa itu sayang. That's why for now, what we need mostly is time to heal everything.."
Jadi..Nak bercinta ke tak? Getus hati kecil Lana. Nak suarakan dia malu! Kalau tak lebih baik jangan teruskan perkahwinan ni. Ryu Rozzan bukan jenis yang mudah dijangka, tengoklah perangai buruk mamat ni. Semua yang Lana mati-mati jaga untuk disajikan pada suami tercinta dah dirasmikan oleh sepasang mata bahkan juga sepasang tangan Ryu Rozzan. Tak pernah terfikir mahu Ryu lihat semuanya walaupun Ryu halal untuknya.
Sebabnya mudah..Tiada cinta antara mereka! Hubungan tanpa cinta lama-kelamaan pasti akan berakhir, itu pendapat Lana! Untuk apa dia serahkan semua miliknya pada lelaki yang suatu waktu akan pergi dari hidupnya bukan? Itu bangang tahap moyang kungkang namanya!
"So..That's it...Jom berpisah Ryu Rozzan.."
"Nope...." Pantas jemari Ryu naik mencekup bibir Lana. Tercengang tahap babun kena flash kamera terus Lisa Alana dibuatnya!
"I said..Give us time...Bagi peluang untuk diri kita saling mengenali dan bermesra..." Mata dikenyit, senyum miang tersungging..dasar kan!
"What about six months from now? Aku nak kau terus jadi isteri solehah dan aku akan berusaha untuk jadi suami mithali terbaik untuk kau. After six months..Kalau masih tiada cinta antara kita, then we'll make final decision about this."
Lana angguk perlahan-lahan. Ertinya, Ryu menolak ajakan dia untuk bercintalah kan? Ryu pilih jalan selamat, jatuh cinta secara natural bukan paksaan. Ryu sebenarnya sama seperti dia, takut untuk bercinta lagi..Bezanya, Ryu melepaskan perasaan dengan mempermainkan perempuan. Kejam! Tapi bila fikir balik, rata--rata perempuan yang mengejar Ryu tu bukanlah kategori perempuan solehah..Semua ular berbisa yang nampak saja lemah, tapi bila mematuk mampus terus!
Dan Lana sendiri, kerana sedar diri hampir tewas dengan pesona playboy ni, mahu satu jaminan untuk dia meneruskan rasa yang mulai berputik atau lupakan sahaja sebelum ianya semakin melarat. Dia juga seperti Ryu, cuma berhati-hati kerana tidak mahu dikecewakan sekali lagi.
"Dah selesai kan? Boleh keluar tak?" Lana menolak tubuh Ryu menjauh. Tak guna, tiba-tiba dia mula termalu sendiri bila ingat kegedikan melampau dia tadi huhu..
"Tak selesai lagi sayang..Abang belum dapat pelukan dan ciuman selamat pagi."
Adedehhh..Gaya!! Tak penat ke mamat ni asyik nak mengatal eh?
"Cepatlah.." Ryu depa tangan luas-luas.
Merah pipi Lana menahan malu. Ryu ni sengaja kan? Dah tahu dia separuh bogel dan bersungguh-sungguh tutup badan dengan selimut, masih mendesak nak peluk bagai! Tak mahu Ryu bertindak di luar jangkaan, Lana merapatkan badan lalu menempel di badan Ryu.
"Peluk sayang..Peluk! Macam ni hah.." Ryu menarik kedua-dua belah tangan Lana.
Melorot jatuh selimut yang membaluti tubuh. Sempat tersengih miang, sempat bola mata melirik dada Lana sebelum Lana ditarik dan tangan Lana disangkutkan di bahu Ryu. Bertambah merah seperti tomato ranum wajah Lana.
"Now, my good morning kiss." Ryu menoleh ke sisi, menayangkan pipi pada Lana.
Pantas bibir Lana meluru, mahu mencium pipi Ryu supaya semua penderaan ini berakhir, dan Ryu akan cepat-cepat blah dari situ.
Chup!
Satu ciuman hinggap di pipi Ryu.
"Lajunya..Tak sempat nak rasa. Sekali lagi.."
Amboi!!
Mengada tahap merak gedik nak mengawan!
Lana mendekatkan wajah semula ke pipi Ryu. Belum sempat bibir menyentuh pipi, tiba-tiba Ryu berpaling lantas memagut bibir Lana.
Celaka! I should've known it!
Ryu Rozzan memang sejenis ular licik!! Keturunan ular yang dibuang dari surga. Benci! Tapi yang lebih menyebalkan, dia hampir membalas ciuman Ryu..Arghh!!! Tak mungkin terjadi! Ryu menarik wajah lalu menjilat bibir dengan gedik.
"Isteri abang sedap..Lepas ni bolehlah tidur sebilik dengan abang.."
"Abang..Jangan..Lana tak bersedia.."
Ryu katup bibir rapat-rapat bila Lana mulai menggeletar. Jelas jemari Lana menggigil ketika cuba menarik selimut menutupi badan yang terdedah. Pantas Ryu pegang bahu Lana.
"Sayang..Bertenang..Ini abang, tengok..Ini abang, suami Lana..Abang janji, abang takkan apa-apakan sayang.."
"Maaf abang.." Lana menarik nafas dalam-dalam, cuba menyingkirkan rasa panik yang tiba-tiba menyerang.
Ryu mengusap lembut atas kepala Lana.. Dahi berkerut seribu, seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Sayang..Bersiap cepat!"
Lana tenung Ryu dengan wajah penuh hairan.
"Nak ke mana? Hari ni hari sabtu kan, tak kerja."
"Jom kita belasah orang!"
"Aah?!"
"Cepat, abang tunggu dekat bawah."
Bingung-bingung, Lana bingkas bangun sebaik sahaja Ryu menghilang di sebalik daun pintu. Mandi dan bersiap seadanya, Lana cepat-cepat turun ke bawah kerana tidak mahu Ryu masuk ke dalam biliknya semula kalau misalnya dia lambat.
Ryu sedang berdiri bercekak pinggang sambil bercakap dalam telefon guna Airpods. Menyedari kehadiran Lana, suara diperlahankan. Lana memicingkan mata sambil ketap bibir. Gaya-gaya begitu, bercakap dengan perempuanlah tu..Menyampah!!
"Dah sedia?" Ryu berpaling sebaik panggilan ditamatkan, memandang Lana atas bawah sekejap sebelum menghampiri Lana.
"Abang cakap dengan siapa tadi?" Ahh, dia dah tak dapat tahan, berdenyut-denyut urat kepala menahan rasa ingin tahu.
"Cemburu?"
Hish..Tak kuasa! Muncung naik sedepa. Pantas Lana pusing badan lalu melangkah laju menuju ke pintu. Ryu tergelak kecil melihat gelagat Lana, sempat menggeleng kepala sebelum berlari anak mengejar.
"Sayang..Tunggulah!"
-
-
"Tuann!! Maafkan saya!!! Ampunkan saya tuann!!"
Lana yang menggigil ketakutan terus bersembunyi di belakang Ryu. Baju Ryu digenggam kuat, peluh sejuk merembes laju membasahi badan, malahan tapak tangan juga sudah basah.
"Kau buat apa dengan isteri aku Amir?"
"Saya tak buat apa-apa tuan, sumpah!!" Ryu mengerling lelaki yang sedang memegang bahu Amir Khan yang dipaksa melutut di depan Ryu dan Lana.
Lelaki itu mengeluarkan sebuah ipad lalu ditunjukkan pada Amir rakaman cctv yang diambil dari restoran mewah itu. Terbelalak biji mata Amir melihatnya.
"Kau!!" Ryu mengalihkan mata pada isteri Amir di sebelah yang sedang menggonggong menangis.
"Berani kau pukul isteri aku?" Makin kuat raungan wanita itu.
"Aku akan pastikan kau berdua membusuk dalam penjara. How dare you hurt her!" Kaki Ryu terayun deras dan tepat melekat di wajah Amir.
Tergolek Amir Khan diiringi jeritan kesakitan.
"Tuann!! Ampun tuannn!! Saya silap tuann!! Tolong jangan bunuh saya tuannn!!!"
Amir bingkas bangun, melutut semula di depan Ryu lalu berulangkali menundukkan badan, menyembah seolah Ryu adalah malaikat pencabut nyawa.
Ryu menoleh ke belakang. Lisa Alana menyembam wajah di belakang Ryu, badan menggigil hebat.
"Lana..Okay tak ni?" Ada kerisauan pada nada suara itu.
Lana angguk kemudian geleng. Dia panik! Bila panik, rasa takut menguasai apatah lagi melihat wajah Amir Khan..Tak semena-mena, peristiwa celaka itu terimbas semula di layar minda. Hampir tidak dapat bernafas! Kalau saja tiada Ryu, pasti sudah lama dia pitam.
"Tak teringin nak belasah setan tu ke?" Ryu berbisik perlahan di telinga.
Lana angguk. Siapa tak nak? Dia mahu hancurkan wajah miang yang memandangnya seolah dia sedang bogel. Dia mahu mencacatkan tangan yang meraba seluruh tubuhnya, paling penting..Biar senjata lelaki itu dicacatkan supaya tidak mampu berfungsi dan cuma jadi perhiasan tak berguna!
Tapi Lana tak mampu. Nak gerakkan kaki pun dia tak boleh, menggeletar seluruh badan. Ryu berpaling lalu menggengam kedua-dua jemari Lana.
"It's okay, I'm with you..Come on!" Ryu menarik Lana mendekati dua manusia yang telah berbuat onar pada isterinya itu.
Sakit hati, ikutkan mahu dibunuh saja dua manusia keji itu. Namun teringat ada yang lebih penting, semangat Lisa Alana perlu dipulihkan terlebih dahulu.
"Kau....Kauuu!!!" Menggeletar tubuh bila tangan diangkat tinggi.
Pap!!!
Sebuah tamparan deras hinggap di pipi Amir. Hampir terlompat Lana, sakitnya tapak tangan saat itu hanya Tuhan yang tahu.
"Ampunnn Cik Lana!! Saya berdosa..Tolong maafkan saya..Tolong Cik Lanaa..Lepaskan saya.."
"Setannnn!!!"
Kali ini bukan saja tangan, malah kaki ikut sekali mengerjakan tubuh montel Amir Khan. Sampai bergolek sekujur tubuh bulat itu dikerjakan Lana.
"Ampunnn!! Ampunnnn!!!"
Ryu menakup mulut, cuba berlagak selamba walhal dia sendiri begitu terkejut melihat Lana mengerjakan si tua miang keladi itu. Ganas sungguh!! Tapi kau takkan nampak aksi tumbukan deras dan flying kick, apa yang disajikan depan mata ialah jeritan tahap bergolek taik telinga berserta adegan tarik rambut, tampar menampar dan tendang menendang semberono yang lebih banyak mengena angin dari target. Kasihan pula lihat Amir Khan, dahlah rambut cuma tinggal sejemput, bersungguh-sungguh Lana pegi tarik huhu..Jap lagi botaklah malaun tua tu!
"Lanaa..Dah dahh!!" Akhirnya Ryu mendekati lalu menarik Lana menjauhi Amir.
Sempat lagi kaki Lana melayang dan menyepak celah kelangkang Amir. Mak aii!! bersungguh-sungguh nak memandulkan orang ke Lana oii!!
"Cukuplah tu..Kita serahkan pada polis je.." Pujuk Ryu perlahan.
"Kauu!!" Mak aii!! Ryu menjauhkan wajah. Minah ni punya jeritan, boleh tuli!
Lana merenung tajam pada isteri Amir Khan yang sedari tadi hanya menangis ketakutan.
"Jadi perempuan jangan bodoh sangat!! Terang-terang laki tak guna kau tu simpan perempuan sana sini, kau butakan mata kerana cinta? Kau nak tunggu sampai kau dapat penyakit dan tunggu mampus baru nak menyesal?"
Wanita itu mulai meraung. Lana gigit bibir bawah, geram betul bila lihat bertapa bodohnya isteri Amir Khan. Mustahil selama ini perbuatan Amir tidak terciduk kecuali wanita itu butakan mata!
"Kau patut bagi pengajaran bukan hanya menerima dengan pasrah!! Untuk lelaki macam Amir ni, lebih baik kena potong je anu dia!!"
Glup!
Ryu pulak yang naik seram mendengar, sampai tertelan segumpal air liur. Pantas, pergelangan tangan Lana ditarik. Bahaya ni, nanti makin melalut minah sorang ni.
"Dahh..Jom blah.. Kevin! Uruskan Amir dan isteri dia ni. Pastikan mereka berdua mereput dalam penjara!"
Lana terus ditarik keluar. Sebaik menghampiri kereta, henfon Ryu berdering. Ryu menghentikan langkah, lalu memberi isyarat pada Lana supaya masuk ke dalam kereta dahulu. Lana mencebik, nak berahsia bagai ler tu..Menyampah tau!!
"Apaa?!! Bunuh diri?!!!"
Ahh sudah!!
Ryu Rozzan..Apa kau dah buat ni?!!
Aummm ciaciaciaaa
Share this novel