BAB 8

Humor Completed 411630

Masam mencuka wajah tampan Ryu Rozzan sebaik sahaja keluar dari bilik doktor. Dahi bertampal dengan bandage berwarna putih. Kelat sungguh, macam singa baru beranak!

Rasa bersalah melihat keadaan Ryu, namun mulut tetap terkunci rapat. Laju Lana mengejar Ryu yang terus melangkah lurus keluar dari bangunan hospital swasta itu tanpa menoleh sedikitpun ke arah Lana. Marah benarlah tu!

"Ryu!! Tungguu!!"

Tak dipedulikan langsung! Niat hati memang nak minta maaf, tapi masalahnya tak tahu bagaimana nak mulakan huhu..

"Ryu Rozzan!!" Tak putus asa, Lana gigih mengejar.

Sememangnya dia benar-benar rasa bersalah, hati tak tenang selagi tak meminta maaf. Ryu Rozzan tak salahpun, dia terlalu mengikut perasaan lantaran dikuasai rasa marah! Kasihan dahi yang tak bersalah tu, terkoyak gara-gara kasut tumit tinggi Lana..

"Ryu!!" Pergelangan tangan Ryu disambar, langsung membuatkan lelaki itu menghentikan langkah.

Ryu memaling wajah, menghadap Lisa Alana.
Renungan tajam menikam, buat seketul Lana kecut, salah tingkah jadinya.

"A...Aku nak minta maaf! Aku salah...Sorry..." Pantas Lana bersuara, sebelum sempat Ryu menyembur kemarahan.

Tercengang seketul Ryu Rozzan bila Lisa Alana merenggut kunci kereta di tangannya.

"Kau sakit kan? As your PA, aku bertanggungjawab jaga keselamatan kau kan? I'll drive as a token of my apology.""

Ryu Rozzan terkedu!

Sakit? Takat koyak tak sampai seinci kulit dahi je pon, jauh lagi dari jantung! Hanya menurut bila Lana tolak belakang Ryu masuk ke bahagian penumpang depan, bersebelahan pemandu.

"So, where do you wanna go, boss?"

Ryu yang kelihatan selesa duduk menyandar sambil peluk tubuh mengerling sekilas.

"Ke rumah Pak Samad boleh?"

"Eh, nak ke rumah Pak Samad buat pe? Nak kena kerat 16 bahagian ke?" Dibalas dengan perlian sinis!

"Nak masuk meminang anak dara dia kat sebelah ni hah.."

Terkejut hingga hampir menabrak kereta di depan. Bolehnya Lana tersilap, mahu pijak pedal brek terpijak pula pedal minyak huhu!

"Boss!!! Benda macam tu tolong jangan buat gurau!"

Wajah Ryu tetap polos tanpa ekspresi.

"Kena tangkap polis ke?"

"Tak baik boss, mahunya jadi kenyataan hishh... Mohon dijauhkan.."

Okay, kali ni wajah Ryu berubah..Tegang, ketat.. Mencuka! Panahan bola mata menikam sampai ke jantung ketika menoleh, memandang Lana.

"Kau tak nak? Aku boleh dikategorikan sebagai calon suami rebutan tau..Bapak tu kemain bersungguh-sungguh mahu bermenantukan aku. Betul kau tak nak?"

"Itu bapak, bukan anak dara dia! Anak dara dia ni dah ada calon suami terbaik tau. Kau jangan nak kacau line pulak!" Fuhh!! Siap bagi amaran keras!

Ryu tiba-tiba ketawa..Berdekah-dekah pulak tu, tak cover langsung mengejek Lisa Alana yang dia anggap sangat bodoh, dah nampak depan mata masih mahu pertahankan kekasih, bodohlah tu!

"Daripada kau setia dengan lelaki tak guna tu, lebih baik kau curang dengan aku Lisa..At least aku tak buat-buat baik depan orang!"

"Aizaff Nafees baik orangnya..Kau tau apa? Kenal pun tidak! Jangan memandai jadi ahli surga menilai seseorang hanya melalui satu peristiwa yang masih samar. Aku dah lama kenal dengan Zaff, aku yakin dia dan perempuan itu tiada hubungan istimewa!"

Makin kuat tawa Ryu sebagai balasan pada kata-kata Lana. Sebal!! Hilang terus rasa simpati yang bergumpal buat Ryu masa melihat dahinya yang berbalut dekat hospital tadi. Timbul penyesalan, patut Lana biarkan je Ryu kan? Tengoklah sekarang, kita baru nak buat baik..Terbantut terus bila lihat perangai Ryu Rozzan!

"Lisa..Lisa...Kau tak boleh baca ekspresi muka deorang ke? Atau kau buat-buat tak nampak? Yang sorang nampak serba salah, yang sorang pulak nampak cemburu..Kalau setakat kawan biasa, kau sebagai orang luar akan buat tak tahu kan? Tak nak ambil tahu or kau tampil dan terangkan hal sebenar. Ini tidak, kelam kabut pergi, jelas mahu mengelak seolah menyembunyikan sesuatu."

Terus kejang rahang Lana! Hati berdetak. Akal mengiyakan dalam masa yang sama hati pula menidakkan..

"Aku percaya Zaff akan hubungi aku dan jelaskan semuanya nanti." Yakin sungguh!

Ryu Rozzan geleng kepala lalu membuang pandangan ke luar jendela. Sebal! Buat sayang air liur je cakap dengan seorang Lisa Alana. Masalah sendiri pun tak settle lagi, toksah nak menyibuk hal orang lain! Buatnya bertambah-tambah stress..Hati mengeluh!

Lisa Alana diam bila Ryu tidak memberi sebarang respon. Ah, lebih baik begitu. Kalau diteruskan, pasti perang mulut terjadi. Lana bukan apa, dia tidak suka bila kekasih hati diperburuk-burukkan, dia sangat mengenali Aizaff dan selagi dia tidak dengar dari mulut Aizaff, dia akan terus yakin dan menaruh kepercayaan pada tunang tak sahihnya itu.

"Err...boss...Kita nak ke mana ni?" Bingung bila memandu tanpa tujuan.

"Balik pejabat aku!" Pendek dan kedengaran malas huhu..

"Err..Pejabat boss kat mana?"

Timbul keriput-keriput halus di wajah tampan Ryu. Lana menyeringai, buat muka dek!

"Tanya Lisa!"

Aik? Lana kebingungan sekejap! Jari telunjuk terus dihala ke dada sendiri sambil memandang Ryu.

"Lisaaa!!" Ryu jerit kuat, nak tunjuk marah ler tu!

"Coming sweetheart."

Oh mak kau jingga!!
. Hampir terbalik Lisa Alana dibuatnya! Bukan kerana suara dari corong speaker kereta yang menjawab, tapi nama yang disebut dan balasan yang diterima. Lisa? Sweetheart?!! Apa maksudnya ini dibilang coba? Pantas Lana hantar pandangan membunuh pada Ryu.

"Direction to Ryu's office." Ryu buat-buat tak nampak, arahan dilontar dengan riak selamba.

"Direction to Ryu's office. Go straight along Merak Highway about twenty minutes.."

Urghh!!

"Lisa hah?"

"Yup, meet my wife, Lisa!"

Menyampah!

Lisa Alana terus buang wajah, pandangan diluruskan ke depan. Cuba berfikiran positif. Mungkin saja kebetulan kan? Logiknya, manusia seperti Ryu Rozzan takkan mahu pandang gadis kampung seperti dia, setakat peneman buat geli-geli je, kalau sampai mahu dijadikan teman seumur hidup, dalam mimpi pun takkan terjadi. Mereka berdua bagai langit dengan bumi, baik taraf hidup mahupun perangai! Anggap je kebetulan, lagipun dia Lana bukan Lisa hahaha..

"Lisa..Nama yang sangat sweet kan? Semanis Lisa Surihani...Secantik Lisa Blackpink, sekali senyum..Cair jiwa..." Ahh..Mula dah!! Mula dahh mamat ni berjiwang karat!!

Dalam hati mengutuk! Silap orang kot, Lana bukan sejenis manusia yang mudah cair kalau setakat air liur basi dicurah.

"Itu betul, tak dinafikan! Malangnya Lisa Surihani dah dimiliki..Lisa Blackpink, sampai berjanggut putih pun tak mungkin kau dapat jentik even sehelai rambutpun."

"Hurm..Bagaimana dengan Cik Lisa kat sebelah kita ni?"

Arghhh!!! Tak habis lagi?!

"Lana!!"

Ryu tersenyum...Celaka! Mengapa kacak sangat!!

"Lalisa!" Dia pegi gabung pulak! Hampehh!!

Lana kunci mulut, tumpukan perhatian pada jalanraya. Layan sangat kepala senget Shrek hijau ni boleh sakit jiwa.

"Jangan laju sangat!" Ishh..Betul-betul cari pasal kan?

Setakat 80km/j dikata laju? Bukan cari pasal ke namanya tu? Ke perli? Dahlah terketar lutut bawa kereta mewah ni, sampai tersilap pijak pedal.. Seumur hidup tak pernah termimpi bawa kereta mahal..Kemain tau berhati-hati di jalanraya pemanduan Lana, siap kena hon dari belakang dia buat tak tahu..Dengan wajah tak bersalah, Ryu boleh kata macam tu? Tak nampak ke bertapa sungguh-sungguh Lana nak jaga kereta mahal dia ni?

"Baik boss..." Kelajuan diturunkan ke 60km/j. Lebuhraya kot, maunya tak mengamuk kereta di belakang. Pasti berkarung sumpahan dilontar.

Lana senyum senget bila lihat Ryu Rozzan sudah tidak betah duduk di sebelah. Hambik kau! Nak sangat kan?!!

"Err...Lisa.."

"Lana!!"

"Lana...Jangan bikin malu boleh tak? Kereta mahal buatan jenama terkemuka, limited edition lagi tapi jalan cuma bawah 100 kilometer per hour? Kau nak kereta aku viral di med soc ke?"

Lana melemparkan sebuah senyuman yang sangat sinis.

"Ah..Naik naikkan kelajuan ke boss? Berapa agak-agak tu ya?"

Ryu ketap rahang.

"Maksima!"

"Okay, kita kasi terbang ya boss?"

"Yup! Kasi terbang melayang dan landing terus di hatimu!"

Adehh!!!

Dasar playboy!! Mati terus senyuman mengejek Lisa Alana. Tak berani bersuara, kelajuan ditingkatkan.. Pandangan lurus ke depan, tak toleh kiri lagi sehinggalah kereta berhenti di depan pintu sebuah bangunan besar dan luas, tinggi mencanak di udara!

"Boss!! Tak nak turun ke?" Setelah hampir seminit menunggu, Ryu masih statik tak bergerak Lana terus bertanya.

"Bukakanlah pintu tu untuk aku Lisa. Tak nampak ke orang tengah cedera ni? Sakit sampai ke jantung tau!"

Dear alam semesta, cuba try test hantar kilat pada boss hijau ni, dah tak tahan nak hadap! Macam nak tanam je mamat ni hidup-hidup.. Arghh!!! Sakit hati, namun dibukakan juga pintu. Ryu keluar dengan megahnya, siap tangan masuk kocek.

"Bagi kunci kat sekuriti. Kau ikut aku!" Siap dengan arahan lengkap!

Geram!

Nak bertekak, asyik-asyik Lana terkena. Diam lebih baik dari sakit hati kan. Jadi Lana pilih untuk kunci mulut dan menurut dalam keterpaksaan. Takpe, yang penting bank terisi tiap-tiap bulan!

"As my Personal Assistant, kau kena tahu bidang tugas kau Lisa Alana. Aku tak perlu terangkan tentang tu, pandai-pandailah kau cari maklumat. Asal kerja kau siap, sistematik dan tak menimbulkan masalah then it's okay. Satu saja yang paling penting, kau kena ada di sisi bila aku perlukan kau, anytime..anywhere. Is that clear?"

Eh?! Dah macam bini pulak kalau macam tu kan? Anytime..Anywhere? Means tak kira siang ke malam, even di luar mahupun dalam rumah? Anywhere itu merangkumi dalam bilik juga ke? Takleh jadi ni!

"Anytime means tak kira siang ke, malam ke, subuh ke..Bila kau perlukan aku, aku kena datang..Macam tu ke?"

"Aku tak perlukan kau waktu malam, lainlah kalau kau bini aku Lisa!"

Merah padam wajah Lana..Celaka! Ryu tergelak kecil.

"Tapi tak semestinya aku tak kerja waktu malam, ada kemungkinan kau kena temankan aku. Yang pasti bukan dekat rumah aku kalau itu yang merisaukan kau."

"As long as ianya berkaitan dengan kerja aku tak kisah boss." Putus Lana.

"Nope! Bukan semuanya tentang kerja.. Aku banyak masalah peribadi juga, as my PA.. Kau kena bantu aku selesaikan!"

Lana mencebik, dasar playboy! Nak jadikan dia kambing hitam seperti selalulah tu!

"Sampai bila boss nak jadi macam tu? Tak baik mempermainkan hati orang yang betul-betul ikhlas mahukan boss. Aku...Rasa bersalah tau bersubahat dengan boss."

Ryu diam sejenak. Hanya bola mata bergerak dan dipaku tepat ke mata Lana.

"Sampai aku jatuh cinta dan belajar untuk setia.."

Lana terpaku. Hilang kata-kata! Hanya bola mata saling bertaut, entahlah..Masing-masing cuba menyelami perasaan kot!

"Err...Saya kerja dululah boss!" Cepat-cepat badan dipusing lalu hampir berlari anak menuju ke pintu bilik pejabat Ryu.

Getar yang lain macam tetiba hadir dalam hati membuat Lana gelisah dan panik. Mengapa ada rasa itu? Arghh!! Shuuhhh!! Cepat-cepat Lana usir jauh-jauh..Jangan mendekat please..Dia orang paling setia di dunia kan?

Henfon dikeluarkan dari dalam tas tangan. Nombor Aizaff didail...

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.."

Lana tidak putus asa. Dicuba berkali-kali, jawapan tetap sama. Segera nombor Fazura dicari.

"Faz, hari tu kau pernah cerita tentang sepupu kau yang pernah terserempak dengan Zaff di Hospital Kuching kan?"

"Yup! Aizaff macam kerja kat situ, tapi sering dipinjam oleh hospital jauh seperti Hospital Daro, Dalat dan Lawas lantaran kekurangan doktor."

"Tapi sepatutnya memang Zaff di Hospital Kuching kan?"

"Ha'ah kot, nanti aku confirm balik dengan sepupu aku. Kenapa Lana? Kau nak ke sana ke?"

"Kalau Zaff tak punya masa untuk aku, aku akan cuba luangkan masa untuk dia Faz. Kau doakan yang baik-baik untuk aku ya."

"Hey! Kau nak pergi dengan siapa? Kau tak pernah jejak kaki kat Sarawak sebelum ni kan? Tak takut ke? Macam ni, aku akan cuba apply cuti dan temankan kau."

"Ok juga macam tu. Cepat call aku balik nanti tau, aku nak beli tiket."

"Yela, nanti aku call lepas jumpa Tuan Amir."

Seram hingga mencanak bulu roma dengar nama tu. Huishh! Teringat perut buncit yang bergegar-gegar bila orang tua gatal tu bergelek tanpa baju masa dekat lobi hotel. Entah kenapa tetiba berperangai aneh, macam overdose pil Viagra!

Lana menghampiri sebuah meja yang dilengkapi dengan komputer yang terletak berhampiran dengan pintu masuk pejabat Ryu Rozzan. Di belakang, tersusun kemas kabinet dan rak berisi fail. Tertanya juga siapa penghuni meja tersebut sebelum ini, takkan tiada kan? Ryu Rozzan tiba-tiba muncul lalu menariknya ke situ tanpa ikut prosedur yang betul. Takde temuduga, takde tempoh percubaan sebelum diserap menjadi staff sepenuhnya malahan kad kerja pun tiada!

Agaknya kalau dah pangkat boss, pemilik syarikat lagi memang gitu, suka hati je kan. Lana menghidupkan komputer..Dah kenapa dia sesakkan fikiran dengan boss baru dia tu? Huishh! Mohon menjauh!! Baru mahu memeriksa jadual Ryu, henfon berdering.

"Lana..Maaf, Tuan Amir tak kasi cuti..Jahaman betul orang tua miang tu, tak cukup staff katanya. Macam melepaskan geram je aku tengok, sakit hati betul orang tua tu kau dah pergi tau.."

Kembang lubang telinga dengar kata-kata Fazura.

"Hishh, jangan cerita tentang orang tua tu.. Seram! Kalau macam tu aku beli tiket untuk sorang jela."

"Aku risau tau kau pergi sorang-sorang. Kau ada bagitau bapak kau dekat kampung ke? Bawalah adik lelaki kau, sekurang-kurangnya ada kawan kau nanti."

"Eh, kau gila? Mampus aku kalau bapak tau.. Kau jangan bagitau dorang pulak..Aku okay, jangan risau. Taulah aku jaga diri. Dahlah, aku nak beli tiket dulu.."

"Hey..Tunggulah, aku cuba call sepupu aku untuk ambik kau dekat airport nanti. Aku akan minta dia tolong urus supaya kau dapat hotel yang berdekatan dengan hospital tu..Nanti aku whatsapp kau details dan nombor telefon sepupu aku tu."

"Yela, thank you Faz..Kau memang sahabat yang baik..Muah ciket.."

"Ahh ngada!"

Lana tergelak kuat. Terhibur dengan suara meluat Fazura. Dapat dia bayangkan wajah kelat Fazura, kalau berdepan pasti lengannya jadi mangsa tamparan tapak tangan Fazura.

"Yela, aku off dulu ya, nak cari tiket.."

"Kau nak ke mana?"

Belum sempat fon dilarikan dari telinga, Ryu Rozzan sudah tercengat di depan Lana sambil peluk tubuh. Mata merenung Lana dengan penuh tanda tanya. Terkejut Lana dibuatnya. Bila masa boss hijau ni ada dekat situ?

"Err...Boss nak tahu jugak ke?"

"Of course, kau pekerja aku."

Lana garu dahi. Nak jawab macamana ya?

"Aku nak ke Sarawak, tapi belum beli tiket jadi belum dapat tentukan bila nak cuti. Kalau aku minta cuti sehari dua, boss bagi tak?"

"Amboii, baru kerja dah nak cuti ke Lisa?"

Lana mengoyakkan senyuman paling manis dan comel, siap pakej kelip-kelip mata lagi. Bukan menggoda, cuma memujuk guna keistimewaan yang dimiliki haha.. Terbengkok terus kening Ryu Rozzan.

"Aku janji akan siapkan semua kerja sebelum cuti boss..Bolehkan?" Siap angkat sebelah tangan paras bahu macam mahu baca ikrar Rukun Negara.

"Kau ke sarawak buat apa Lisa? Jauh tu! Bapak tau ke?" Arghh!! Mamat ni nak menyibuk pehal? Mati-mati mengutuk dalam hati.

Celakanya pantas pulak Lana geleng, macam terhipnosis..Aduii!!

"Habis tu, kau pergi dengan siapa? Boyfriend tak guna kau tu ke?"

Ah! Ini dah bikin panas! Dahlah menyibuk hal orang, siap kutuk kekasih kita pulak ya?!!

"Tak Mister penyibuk! Aku tak ke Sarawak untuk menggatal, aku nak kejar balik cinta aku!" Suara naik seoktaf, tanda darah hampir mendidih tu!

Ryu Rozzan tiba-tiba tergelak, kuat pula tu! Sengaja nak bagi kita panas ler tu!

"Kejar cinta? Kau jangan nak buat lawaklah, kau cuma akan saksikan satu-persatu kecurangan jantan tu Lisa..Kau dah bersedia untuk terluka ke?"

Arghh!! Tak suka!! Tak sukaaa!!!

Ryu Rozzan sedang cuba menyucuk jarum pada hubungan dia dan Zaff kan? Why?!! Mengapa asyik memburuk-burukkan Aizaff?

"Kau suka aku ke Ryu?" Hahh!! Tanya terus tanpa selindung!

Mati senyuman Ryu. Wajah berubah serius.

"Nope, aku kasihan kat kau..Dibutakan kerana cinta..Manusia macam tu pengakhiranya cuma kecundang..Terluka!"

Lana terpempan!

Mengapa kata-kata Ryu Rozzan menusuk sampai ke dasar hati?

"Aku akan terus berjuang selagi masih wujud rasa percaya.." Masih yakin, Lana terus bertegas!

"Terpulang...Satu je, kau kena jaga hati kau sebelum jaga hati orang lain Lana. Utamakan diri sendiri, kerana kau penting bagi diri kau.. Bertanggungjawablah pada diri sendiri!"

Terkelu!

Tak sangka Mr Playboy terulung boleh keluarkan kata-kata yang mampu menyentuh hati, lalu menghadirkan getar dalam jiwa seorang Lisa Alana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience