BAB 27

Humor Completed 411630

Apalah malangnya nasib. Dahlah kena paksa kahwin dengan Mr Playboy tu, sekarang nak kena hadap lagi datin berlagak macam permaisuri kayangan itu. Lana mengeluh sendirian, tubuh bersandar pada dinding di luar bilik tetamu yang dulunya milik dia, sebelum pindah keluar dan dibiarkan kosong, malangnya kini dihuni oleh mak dan bapa Ryu Rozzan.

Mata melorot merenung seketika semangkuk bubur ayam yang masih kelihatan berkepul-kepul asapnya di atas dulang bulat yang dia jinjing. Sebuah keluhan kesal terlepas dari bibir. Susah payah tau dia bergegas ke dapur dan bertungkus lumus menyediakan juadah ketika Ryu memutuskan untuk membawa maknya yang jatuh pengsan di restoran balik ke rumah mereka.

“Kau pasti bubuh racun dalam makanan tu kan? Bawa keluar cepat! Dengan kau-kau sekali keluar! Aku tak nak tengok muka kau!!” Keikhlasan hati dibalas dengan kata-kata kesat dari bibir tebal disaluti gincu jenama Dior limited edition warna merah garang. Kau rasa?!

Sedih hati Lana. Terasa usahanya mahu berbaik sia-sia! Bubur ayam dipandang sayu. Membazir.. Mujur hanya dimasak dalam kuantiti sedikit. Takpe Lana..Kau je balun satu periuk saiz kecil tu sampai licin, biar sampai pagi kekenyangan..Hati memujuk diri sendiri.

Perlahan, langkah diatur menuruni anak tangga. Niat hati mahu terus ke meja makan dan meratah bubur yang sepatutnya diberikan pada mak Ryu. Tapi orang tak sudi, nak buat macamana kan? Karang lapar pandai-pandai jela, suruh je anak lelaki kesayangan dia tu masak! Rungut Lana dalam hati.

“Lana anak menantu papa!”

Huiish..Hampir terlepas dulang yang dipegang! Pantas kepala diteleng. Papa Ryu yang sedang duduk di sofa ruang tamu bingkas bangun lalu menghampiri. Bola mata sempat turun melihat isi mangkuk di atas dulang sebelum naik semula memburu bola mata Lana.

“Mummy tak nak makan ke?” Papa Ryu terus menyoal, riak wajah terpamer sedikit jengkel.

“Biarkan jela mummy dengan perangai tak semenggah dia tu. Nampak sedap pula bubur tu. Ada lagi tak? Papa tiba-tiba rasa lapar pula.”

Lana terkejung sesaat. Tak menyangka yang papa Ryu begitu mesra orangnya, siap menawarkan diri mahu makan masakan ala kadar dia pulak tu. Segan jadinya.

“A..Ada..Kat…Pot!” Tergagap-gagap menjawab!

Tan Sri Danial tersenyum lebar lalu menggosok perut yang hanya timbul sedikit, tak boroi pun. Masih nampak sasa walaupun sudah dimamah separuh usia. Pasti Tan Sri ni rajin ke gym huhu..

“Pa…Err…Papa duduklah dulu..Nanti Lana hidangkan..” Aduh, janggal rasanya mahu menyebut perkataan ‘papa’ tu, tak biasa lagi!

Tan Sri Danial mengangguk cepat lalu bergegas menuju ke meja makan. Melihat kelakuan Tan Sri, Lana terkocoh-kocoh menuju ke dapur.. Bubur yang masih panas disenduk ke dalam sebuah lagi mangkuk kosong untuk diberikan pada papa Ryu. Sempat dibancuh seteko teh kurang manis lalu disusun kemas di atas dulang dan dibawa ke meja makan.

“Jemputlah makan Ta..Eh..Papa..” Lana garu kulit kepala yang tak gatal, cuba mengusir rasa kekok yang terusan mengulit diri.

“Eh, Lana makanlah sekali dengan papa.” Tan Sri terus menegur bila lihat Lana hanya tercengat tegak di tepi meja usai menghidangkan makanan berserta minuman di atas meja.

“Eh tak..Papa makanlah dulu. Lana tak lapar lagi.” Cuba berdalih, lapar juga sebenarnya cuma segan amat!

“Duduk Lana!” Arahan bernada tegas itu buat seketul Lisa Alana kelam kabut melabuhkan punggung bertentangan dengan lelaki separuh abad itu.

Menggerunkan!

Tan Sri Danial ni seolah punya satu aura yang bisa buat seseorang terus patuh setiap kali lelaki itu bersuara. Dengar suara je pun dah kecut perut!

“Sedaplah Lana, rugi betul mummy tak rasa masakan Lana ni tau..” Tan Sri makan dengan penuh berselera, bibir tak henti-henti memuji masakan Lana padahal bubur ayam je pun huhu..

Lana hanya tersenyum simpul, sudu disua ke mulut sendiri lalu makan dengan penuh tertib.

“Untungnya anak papa dapat isteri yang pandai memasak macam Lana ni. Tu, isteri papa merangkap mak mentua Lana tu, kupas kulit bawang pun tak reti. Masa mula-mula kahwin je dulu bersungguh betul mummy korang tu masuk dapur..Tak sampai seminggu, habis semua periuk belanga digantung!”

Hampir tersedak Lana bila melihat Puan Sri Helena tiba-tiba muncul tanpa disedari oleh Tan Sri kerana badannya yang membelakangi pintu dapur. Mahu memberi isyarat mata pada Tan Sri, malangnya lelaki itu begitu tekun menikmati makanan.

“Mummy kau tu Lana..Goreng telur pun boleh terbakar dapur…” Makin bersemangat pula Tan Sri ni membuka cerita.

Nak buat-buat tak dengar, rasanya macam tak sopanlah pulak kan. Nak dibiarkan, terasa pandangan Puan Sri seakan tembus dan memanggang jiwa. Aduh, bingung jadinya!

“Kadang-kadang, papa rasa menyesal tau. Mungkin silap papa, sejak mula dah manjakan mummy tu. Apa je kemahuan dia papa turutkan, malas masak papa ambil pembantu, malas urus rumahtangga papa tutup mata dek kerana sayang..Ryu tu, membesar dengan kasih sayang Kak Seha, penbantu rumah. Mummy Ryu asyik sibuk memanjang menghabiskan harta.”

Adui bapaknya Ryu, tak sedar ke ada hati yang sedang marak terbakar kat belakang tu? Lana telan air liur. Seram sejuk memikirkan apa yang bakal berlaku.

“Mummy Ryu tu…”

“Patutlah kita terbersin-bersin kat atas tadi. Kemain papa kutuk mummy ya?!!”

Tak sempat Tan Sri menghabiskan ayat, dah dicantas laju oleh Puan Sri. Siap bercekak pinggang di belakang Tan Sri. Bola mata marak menyala. Sekonyong-konyong menegak sekujur tubuh Tan Sri mendengar sergahan sang isteri.

“Ehh, bila sayang papa sampai ni? Tak sedar pula hehe..Sayang dah sihat ke? Dah, jangan marah-marah ya, tak elok untuk jantung sayang tu..Papa bukan apa, cuma berbual kosong dengan menantu kita ni. Mana ada papa kutuk mummy, kan Lana kaaann?”

Sekali lagi Lana menelan air liur. Ni yang tak best ni, Tan Sri nak lepaskan diri tapi nak libatkan orang lain..Sebijik macam anak terunanya tu tau!

“Err…Eya P..Puan…”

“Laa, apa pulak puan-puan ni Lana? Panggil mummy jelaa..Papa..Mummy..” Tan Sri Danial memintas laju, siap tunjuk diri sendiri dan Puan Sri di sebelah di penghujung kata.

Puan Sri Helena terus mencebik mendengar kata-kata Tan Sri. Wajah masam mencuka.

“Ryu tak upah pembantu rumah ke? Saya dah lapar ni, dahlah dekat restoran tadi tak sempat jamah apapun!” Kasar nada suara sambil bola mata berguling mencari kelibat orang lain di dalam rumah tersebut.

“Aik? Tadi Lana hantar makanan jual mahal, ingatkan sayang tak lapar. Papa dan Lana dah habiskan. Sayang pergilah masak kalau lapar, bagi lebih sikit tau. Manalah tahu papa dan Lana nak merasa hehe..” Tan Sri menoleh ke arah Lana lantas mengenit mata siap pamer senyum mengejek.

Adehh orang tua ni..Nak kenakan bini agak-agaklah woi, tak perlulah libatkan orang lain! Dahlah hubungan dia dan Puan Sri tak baik. Ni balik-balik pula Tan Sri petik nama dia, tak lihat ke wajah Puan Sri yang dah macam tertelan sebakul lemon?

“Hahh!! Apa guna ada perempuan dalam rumah ni kalau tak reti nak masak?!! Aku tak nak anak yang aku tatang bagai minyak penuh tu kekurangan zat makanan, kau faham kan?” Mata tertancap tajam ke arah Lana.

Lana angguk, sekadar nak bagi Puan Sri puas hati walhal dalam hati kemain dia mengutuk. Eyalah, barusan tadi Tan Sri cerita yang Ryu bukanlah dibesarkan oleh Puan Helena. Tapi dia punya claim tu..Mengalahkan ibu mithali huhu..

“Dahh..Pergi masak, buat sakit mata aku tengok kau kat sini! Ni..Masakkan aku steak..Nak kambing bukan lembu tau..Hurm..Nak makan dengan nasi jugalah, nanti tengah malam lapar payah..Ni, aku nak nasi pelangi..alaa..yang warna warni tu, kalau tak tau pegi google! Kan kau gadis kampung, makanan macam ni tak pernah makan kot!”

“Sayang!! Tak boleh cakap baik sikit ke?” Tan Sri mulai rasa meluat dengan perangai mengada isteri terus menegur dengan suara agak keras.

Puan Sri menjeling sebal. Bibir muncung sedepa. Sakit pula hati bila suami bela perempuan yang tiba-tiba muncul dalam keluarga kecil mereka.

“Betullah apa saya cakap kan? Dia sendiri cakap pula yang dia ni asal dari kampung!” Sinis dan mengejek nada suara terlontar, siap terbiut-biut bibir Puan Sri kerana benar-benar rasa meluat.

“Lena..Lena…Asal kampung ke, asal bandar ke… Kita semua sama sayang, jangan sesekali lupa diri yang kita semua asalnya dari tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua.”

Bravoo bapak mentuaku!!! Kemain Lana bertepuk girang dalam hati. Tak sangka betul Tan Sri ni lain sikit peelnya berbanding dengan orang-orang kaya dan berpangkat yang pernah ditemui. Terharu bila ada seseorang yang tampil membela diri dari terusan dihina! Bukan tidak mahu melawan, tapi bila terfikir penyakit Puan Sri, Lana pilih untuk berdiam diri..Kang mati terkejung orang tua itu dibuatnya, parah!

Puan Sri terdiam sejenak, terpukul dengan kata-kata suami. Hanya bola mata mencerlung tajam pada Lana. Hati masih rasa tak puas nak kenakan gadis kampung tu, tapi ditahan bila lihat wajah suami terpamer amaran merbahaya.

“Pergilah masak cepat! Aku dah lapar ni! Apa kau nak tunggu aku mati kebulur baru kau nak masak ke hah?!” Terus mengherdik dengan suara lantang!

Lana ukir senyum lebar. Bukan tak sedar datin licik tu cuma mahu kenakan dia, riak wajah yang terpampang tu hah, sebijik macam makcik-makcik bawangrian kat kampung Lana hahaha!

“Ya betul Puan Sri, Lana memang asal kampung, Lana mengaku Lana memang anak kampung dan Lana bangga tau dilahirkan di kampung. Budaya kat kampung dan bandar jauh berbeza tau, tu yang buat Lana asyik teringatkan kampung halaman setiap kali berhadapan dengan manusia-manusia dekat bandar ni..” Ah, kena setepak!

“Ah, don’t get me wrong ya..Lana tak maksudkan semua..Sesetengah je, yang terlupa bahawa dunia ini cuma pinjaman sementara je. Hurm..Begini aja Puan Sri, oleh kerana Lana ni orang kampung yang tak tahu apa-apa seperti kata Puan Sri tadi, apa kata kita sama-sama masuk dapur dan menyediakan juadah seperti yang Puan Sri minta tu? Bolehlah Lana berguru dengan Puan Sri dan jadi isteri sempurna dan solehah buat Ryu Rozzan, tak gitu?” Sindiran maha pedas hingga menggelupur cacing dalam perut dibuatnya!

Mendidih terus darah Puan Helena! Hati terasa dipulas-pulas..Ni kalilah baru betul, buku bertemu ruas..Lana menyungging senyum sinis, wajah tetap dimaniskan. Tak jalan cara kasar, dia buat cara halus. Lembut gemersik lontaran suara, tapi pedas berapi! Terus terkekek Tan Sri dengan suara tertahan-tahan, siap menunjukkan buku lima dengan ibu jari mencanak pada Lana.

"Kau perli aku kan?!!"

"Eh takk!! Takkanlah Lana berani buat pada ibu mentua Lana yang Lana dah anggap macam mak Lana sendiri. Lana kagum dengan Puan Sri sebenarnya, bukankah kejayaan seorang ibu itu boleh dilihat dari keberhasilan anak-anaknya? Tengok saja Ryu Rozzan..Wahh..Tumbuh membesar menjadi seorang teruna yang berjaya dan menjadi kegilaan bukan sahaja anak dara, andartu, janda, isteri orang malah nenek-nenek pun nak try market..Super mantul! Puan Sri memang ibu terhebat tau, tu belum lagi masuk skill dalam dapur kan, yela..Bak kata orang, setiap butir makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh seorang isteri dan ibulah yang memberi berkat dalam sesebuah rumahtangga dan keluarga."

Terus terkelu Puan Sri, hilang kosa kata! Celaka betul, dari mana aja Ryu pungut minah otak bergeliga ni?!! Habis dia dikenakan!! Rahang terketap rapat, hingga menegang otot pipi!

"Wahh..Lana memang anak menantu terbaik, bravo!" Tan Sri memandang penuh kagum dengan bola mata bersinar-sinar.

"Aduh.." Puan Sri terus pegang perut dengan badan terbongkok sedikit.

Pantas Tan Sri dan Lana menghampiri.

"Sayang.."

"Cepatlah suruh perempuan tu pegi masak abang, saya dah takde tenaga ni.."

Ahh..Dia buat drama TV3 dah! Tan Sri pandang Lana dengan riak wajah serba salah. Lana senyum lalu angguk mengerti. Tak banyak cakap, Lana bergerak menuju ke dapur. Takde masalah nak masak sebenarnya bila ilmu cukup di dada, cuma sengaja mahu mengajar Puan Sri yang berlagak nak mampus itu!

Tengah sibuk menyediakan bahan, tiba-tiba badan dipeluk dari arah belakang. Terlompat katak Lana dibuatnya. Celaka! Pantas Lana pusing badan akibat terkejut. Tak sedar pisau pemotong sayur tergenggam erat di tangan.

"L..Lisa!!" Pantas Ryu melepaskan pelukan lalu melompat setapak ke belakang. Hampir terhiris baju kemeja yang membalut tubuh!

"L..Lepaskan dulu pisau tu Lisa!"

"Lana Ryu Rozzan!!!" Terbakar hati mendengar nama yang disebut! Pisau dihunus ke arah Ryu dengan mata marak menyala.

"L..Lana! Sorry...I mean Lana.. My wife Lana.."

"One more..Don't touch me Ryu Rozzan.."

Ryu mengeluh perlahan. Masih marah rupanya..

"Letak dulu pisau tu Lana, bahaya.."

Lana mengherot bibir dengan sebal, dah tau bahaya asal tetiba muncul siap peluk bagai?! Mengada betul! Ke Ryu ni saja nak tunjuk hubungan mereka mesra depan mak bapak dia tu?! Lana pusing badan lalu meneruskan kerja menghiris bahan-bahan yang diperlukan untuk juadahnya..Ryu berdiri di samping, memanjangkan leher mengintai.

"So, Lana dah pindahkan masuk barang-barang Lana kat dalam bilik abang ke?" Tambah berdepa-depa muncung Lana mendengar soalan Ryu.

Bersungguh nak bawa mak dia tinggal serumah, siap bagi bilik yang sebelum ini dihuni oleh Lana, kemudian paksa Lana balik semula ke rumah, lepas tu pindah ke bilik Ryu dengan alasan keluarga tak perlu tahu perjanjian mereka sebelum ni atas alasan ibu Ryu yang tak sihat..Itu semua muslihat Ryu Rozzan kan?! Nak kenakan dia kan?!! Macamlah dia ni lurus bendul sangat!

"Macam yang aku cakap, kita kena berlagak seperti suami isteri yang sebenar.." Ryu merapat lalu berbisik dengan nada menggoda di telinga Lana. Habis semua bulu di badan mencanak, seram sejuk jadinya..Huish!

Tak sedar tangan sudah berhenti menghiris, pisau diangkat.

"Kau cakap apa ni Ryu?" Masih mampu dikawal lontaran suara, walau darah hampir ke paras mendidih!

"Na'aahh..Lupa? Abang..Kita dekat rumah sayang.." Eiii! Bola mata Lana bergolek melihat meja kabinet dapur. Mujur takde cili api, kalau tak dah disumbat masuk ke dalam mulut Ryu. Benci!

"Na'ahh! Syarat. tu dah tak terpakai duhai Ryu Rozzan..Aku dah kata, aku rela lepaskan kau.. Pergilah kahwin dengan the real Lisa kau tu, aku cuma Lisa bayangan kau je kan? Aku bukan bodoh Ryu, aku takkan menangis merayu untuk seorang lelaki playboy macam kau. Lelaki yang cuma pentingkan diri sendiri, bila senang kau layan aku dengan baik, bila ada masalah kau pergi begitu sahaja tinggalkan aku. Seperti kata ibu kau, kau terlalu sempurna untuk aku... Sejak kau tinggalkan aku hari tu, pintu hati aku dah....."

"Shut up Lisa Alana!!"

Terkedu seketul Lana bila tapak tangan Ryu melekap di mulut Lana!

"I clearly said I'll never let you go. And..Kau bukan bayangan seorang Aileen Qarlisa, Lana. Kau jauh berbeza dengan Lisa..Aku cuma sukakan nama tu, pengertian sebaris nama tu sangat baik dan sesuai benar dengan kau." Tangan kekar Ryu terasa melingkar di pinggang Lana, memautnya merapat hingga tubuh hampir melekap di badan Ryu.

"And one more thing you should know Lana.." Arghh!! Kenapa perlu berbisik bagai dengan suara serak-serak basah yang super seksi kedengaran di telinga duhai Ryu Rozzan? Bencii!!

"Aku akui, suatu waktu dahulu aku memang pernah terlalu mencintai Aileen Qarlisa. Ketika Lisa pergi tinggalkan aku demi mengejar cita-cita, aku benar-benar tersungkur hingga hampir tak mampu nak bangun untuk teruskan hidup. Tapi itu dahulu Lana, seperti kau dan Aizaff..Semua hanya tinggal kenangan..Untuk kembali, aku serik..Aku tahu kau juga serik dengan Aizaff.." Dagu Lana dipaut lembut lalu didongakkan selaras dengan wajah Ryu.

"I'll be better Lana, I promise..Aku akui aku dayus kerana takut sekiranya aku bertindak ikut hati, mummy mungkin terkesan..Tolong, bagi aku masa selesaikan hal ini..Aku silap kerana tinggalkan kau bersama Aizaff, ketika itu cuma Aizaff je yang ada dalam kepala aku kerana kau tidak punya sesiapa di bandar ni Lana. Tapi tindakan aku ternyata memakan diri sendiri. Aku..." Ryu berhenti sebentar lalu merenung dalam ke anak mata Lana.

"Aku...." Wajah Ryu merapat, mengecilkan jurang antara mereka. Lana hampir pengsan, tak tahu harus buat apa mata terus ditutup rapat, tak berani memikirkan apa yang bakal terjadi lepas itu.

"Ehem!!"

Sapaan dari arah pintu dapur automatik menjarakkan Ryu dan Lana. Merah padam wajah keduanya.

"Kalau macam ni, sampai besok pun tak termakan mummy korang yang hampir pengsan dekat ruang tamu tu.." Tergelak kecil Tan Sri bila lihat Lana dan Ryu kelam kabut pusing badan dan buat-buat sibuk.

"Ryu..Ikut papa kejap, ada hal papa nak cakap ni. Lana okay tak kalau papa pinjam Ryu sekejap?" Cepat je Lana angguk kepala.

Ryu membasuh tangan, sempat mengerling ke arah Lana sebelum berlalu.

"Sayang masak sedap-sedap tau, abang lapar ni.." Sempat lagi mengusik sebelum mengekori Tan Sri.

Tanpa Ryu di sisi, pekerjaan jadi lebih pantas. Semua masakan ekspress, takdenya dia larat nak masak steak bagai. Nak nasi pelangi bagai siap bersteak kan? Nah, hambik mu! Nasi ditanak sekali dengan daging kambing hiris yang dia tumis dahulu dengan rempah ratus sebelum beras dimasukkan, nak bagi warna pelangi dia bubuh beberapa pewarna masakan lalu ditanak hingga masak. Siap buat acar sayur dipotong dadu yang super simple untuk bagi seimbang.

Tercengang-cengang Puan Sri melihat makanan yang terhidang di atas meja makan. Tan Sri Danial dan Ryu Rozzan tak cakap banyak, terus melahap dengan penuh berselera. Melihat dua lelaki yang menduduki tempat tertinggi dalam hati makan tanpa banyak songeh, Puan Helena kunci mulut walaupun masih rasa tak puas hati permintaan tak dimakbulkan. Ikut makan dengan wajah monyok. Hairannya, habis licin sepinggan nasi. Nak menambah macam dua lelaki di depannya, ego masih tinggi melangit. Terus bingkas bangun dan berlalu naik ke bilik tanpa sepatah kata.

"Takpe, biar Lana bersihkan dapur. Pergilah temankan papa dekat ruang tamu tu." Ryu muncul mahu membantu namun segera diusir oleh Lana. Lagipun, berapa sangatlah setakat empat orang makan kan.

Sekejap je selesai semuanya. Lana bergegas naik untuk membersihkan diri. Hampir terbabas ke bilik mak mentua huhu...Mujur cepat tindakan, kalau tak pasti dimaki oleh Puan Sri!

Bergegas masuk ke bilik mandi siap bawa persalinan. Target Lana mahu siap mandi sebelum Ryu masuk ke dalam bilik. Resah bila memikirkan dia bakal tidur sebilik dengan Ryu Rozzan. Bukan tak pernah, tapi kali ini peelnya lain macam. Ryu Rozzan tu...Lain macam gediknya sekarang..Menyeramkan!

Lana keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Langkah kaki terus diatur menuju ke meja solek, mahu mengeringkan rambut dengan hair dyer.

"Wangii..."

Ah sudah!! Mamat ni sejak kapan masuk bilik? Pantas bola mata bergolek mencari pemilik suara gedik itu. Terundur Lana hingga tubuh terlanggar bucu meja solek. Habis berjatuhan botol-botol di atas meja akibat gegaran yang terhasil. Tuala di atas kepala melorot jatuh seiring dengan jatuhnya rahang Lana!

Ryu Rozzan sedang berbaring mengiring menghadap Lana di atas katil, siap menopang kepala dengan sebelah lengan. Tanpa baju okay, hanya joggers tersarung di tubuh. Terserlah muscle-muscle yang membuatkan sepasang mata Lana sukar dikalihkan!

"Nak abang bantu keringkan rambut tak?"

Ahh sudah, tak habis-habis menggedik! Lana telan air liur..Takleh jadi kalau terusan macam ni! Ryu bingkas bangun sambil pamer senyuman menggoda. Celaka! Berlaga terus tempurung lutut Lana!

Yuhuu haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience