Aaahhhh!!!
Welcome back dear self hehehe...
Tercanak tegak di luar lapangan terbang yang baru setengah jam lalu dibanjiri manusia-manusia yang dimuntahkan dari perut kapal terbang, termasuk dirinya.
Kini dia sedang berdiri di luar bangunan, wajah didongak ke langit, kedua belah tangan dikuak luas-luas, sepenuh hati dihirup udara segar memenuhi setiap rongga paru-paru. Udara yang sekian lama dirindu..Tanah airku, tanah tumpahnya darahku..tapi bukan tanah tertanamnya tembuni hehe...
Dia..gadis biasa, mempunyai ketinggian sederhana, berkulit cerah, tubuh badan sederhana, rambut hitam pekat separas bahu, mata bulat beriris hitam pekat dihiasi bulu mata hitam lebat panjang melentik. Boleh dikategorikan sebagai gadis cantik, kalau tak mana mungkin dia jadi rebutan di kampung halaman hehe.
Lisa Alana nama diberi, biasa dipanggil Lana je..baru menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Hampir empat tahun berada di negeri orang, akhirnya hari ini..kaki menjejak bumi kelahiran.. Siapa tidak teruja? Siapa tidak gembira kan?
Terfeeling kejap melihat keadaan sekeliling. Tu belum lagi menjejak kaki ke kampung halaman yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya. Aah, tak sabar! Dia perlu segera balik kerana esok merupakan hari penting buatnya.
Kaki dikuak ke depan, mahu menghampiri teksi yang tersusun kemas di sepanjang bahu jalan. Mujurlah barang-barang yang lain telah dia hantar awal-awal lagi. Bersama Lana kini hanya sebuah beg pakaian kecil serta beg tangan. Langkah terhenti akibat gangguan bunyi telefon bimbitnya. Baru hendak membuka beg tangan, sebuah tangan kurus menyambar beg yang tergantung di lengan.
"Heyyy!!!!"
Jeritan Lana tenggelam dek bunyi membingitkan dari eksos motorsikal buruk yang mengeluarkan asap hitam tebal, laju melintas di depan dan pergi bersama beg berisi dompet dan telefon..
"Tolonggg!!!! Pencurii!!!"
Beberapa pemandu teksi yang kebetulan melihat berlari anak menghampiri.
"Laa..pasal apa cuai sangat ni dik?"
"Buat laporan polis saja dik!"
Huhu! Lana mengeluh dalam hati. Dia tak kisah pasal duit, cuma ada seratus lebih je, cukup-cukup untuk tambang balik. Henfon yang dirisaukan! Bagaimana mahu berhubung dengan keluarga? Bagaimana dengan acara penting esok? Huwaaaa....
Lana pandang sekeliling. Dia harus dapatkan semula beg tangannya walau dengan apa cara sekalipun! Tanpa fikir panjang, Lana terus berlari ke arah lebuh raya.
Sreett!!!!
Fuhh!! Ini perkara paling gila Lana pernah buat, hampir saja badan ditabrak oleh sebuah kereta mewah jenama terkenal luar negara. Tangan yang didepa luas perlahan Lana turunkan, terasa tempurung lutut sudah berlaga sesama sendiri.
"Move stupid!! Go kill yourself somewhere else!!" Satu kepala terjegil dari celah cermin pemandu yang diturunkan.
Berkaca mata hitam, ukiran wajah cukup sempurna.
"Encik tolong saya please.. please..beg tangan saya dicuri.."
"Go away!!"
Lana tetap bertegas tidak berganjak.
"Encik..saya betul-betul terdesak Encik, tolong..At least bantu saya dapatkan balik dompet dan henfon. Saya tidak punya sesiapa di sini encik!"
"I said move or I'll crush you!!"
Lana ketap bibir..Ah! Berani ke? Lana terus tutup mata. Walaupun badan mulai menggigil, dia tetap nekad tidak mahu berganjak. Kembang bulu roma bila dengar bunyi enjin mengaum kuat. Sudah! Jap lagi badannya pasti hancur lumat. Namun, selepas beberapa detik menunggu, tiada apa-apa berlaku! Lana celik mata...
"Ke tepilaa woii!! Kau penyebab kesesakan lalu lintas tau tak?!"
"Nak kena tangkap ke? Sayang, cantik tapi gila!"
Huwaaaa!!! Mengapa begitu kejam? tiada satu kereta pun sudi berhenti dan menolong Lana tau. Dengan selamba, kereta yang lalu membelok ke tepi untuk mengelak lalu meneruskan perjalanan, hanya tohmahan dan cacian yang diberikan..Lana tak nak, Lana nak huluran tangan untuk membantu, jangan hanya lalu dan menjeling..Kejam!
Perlahan, Lana bergerak ke bahu jalan. Now what? Lana gosok pelipis. Langkah diteruskan tanpa arah. Mata meliar, pasti ada balai polis berdekatan. Yup, tempat paling selamat untuk dituju buat masa ini. Kot-kot abam polis baik hati terus hantar Lana balik kampung lagi cun!
Sepenggal perjalanan, hanya bangunan pencakar langit di kiri kanan. Kecewa, penat dan hampir putus asa, Lana berhenti di sebuah perhentian bas. Punggung dihempas di tempat duduk, badan yang letih lesu disandarkan pada dinding. Lana kerling jam yang terbelit di pergelangan tangan, argh! dah petang huhu..Pasti keluarga di kampung dah ribut dia tak kunjung tiba. Bagaimana dengan majlis besok?
Ponnn!!
Terkejut sampai terlompat Lana dibuatnya. Sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di depannya membunyikan hon.
"Hey! I've got a deal for you!"
Lana menjeling wajah yang tersembul di sebalik cermin gelap yang diturunkan pelahan-lahan.
"Kau siapa?" Tanya Lana mendatar.. Riak wajah menunjukkan dia langsung tidak berminat.
"Kau hampir bunuh diri merayu minta tolong dekat aku tadi kan? Aku tak punya banyak masa ni!"
Lana merenung kereta mewah dan lelaki itu silih berganti. Aah, mamat ni yang hampir menabrak Lana tadi..
"Aku janji akan tunaikan permintaan kau, Lisa Alana!"
Huish! Terus menegak badan Lana..Mata dicerlung. Wajah penuh curiga.
"Macamana kau tahu nama aku hah?”
"Masuklah cepat, aku takde niat jahat okay! Kau tolong aku dan aku akan tolong kau balik, that's the deal. Kalau taknak sudah, aku boleh je cari orang lain!"
Lana mulai gelabah bila lelaki itu memandang lurus ke depan lantas menaikkan cermin. Oh no! Pantas Lana melompat lalu berdiri di hadapan kereta mewah itu.
"Waaitttt!! Aku setuju!!"
"Masuk cepat!"
Lana terkocoh-kocoh tarik pintu dan duduk di sebelah lelaki itu. Kereta mewah itu terus meluncur di atas lebuhraya. Lana tunduk, tidak berani memandang ke sisi.
"Pretend to be my wife Lisa Alana..just for an hour!"
What?!!
Wajah Lana automatik terteleng ke sisi. Bola mata hampir tertonjol keluar. Macamana lelaki ni tahu namanya pula ni?
"Are you crazy? Aku tak kenal kau pun! Nama aku..Mana kau tahu nama aku?"
"Tak perlu kenal..Aku cuma nak kau bantu aku keluar dari situasi yang menyulitkan. Kita takkan berjumpa lagi lepas ni!"
Lana termangu sekejap, menimbang baik buruk keputusan yang bakal dibuat. Tapi yela, dia memang tiada pilihan selain bersetuju, dia juga tersepit. Dia perlukan pertolongan lelaki itu untuk sampai ke kampung halaman.
"Dan nama kau..ni hah!! Aku kebetulan berada di belakang sebuah motorsikal buruk yang tiba-tiba melempar beg kau ke tepi jalan. Aku berhenti dan kutip. Duit dan telefon kau takde, dan kena kebas!" Lelaki itu menarik sebuah beg dari sisi tempat duduknya lalu menyerahkan pada Lana.
Yup! Itu memang beg tangan milik Lana. Segera diperiksa, semua ada kecuali seperti yang diberitahu oleh lelaki itu huhu.. Tak guna punya pencuri!
"Jom!"
Ehh?! Terkejut Lana bila lelaki itu sudah memarkirkan kenderaan lalu bergegas keluar. Lana termangu-mangu, bingung sekejap!
"Hoi! Keluarlahh!! Kau nak aku buka pintu bagai? Layan kau macam princess?"
Terkocoh-kocoh Lana tolak daun pintu lalu keluar dari perut kereta mewah itu.
"Kat dalam tu nanti, panggil aku sayang ke, darling ke..berlagak gedik..hurm.. Pandai-pandailah kau berlakon, jangan kantoi sudah!"
Eii!! Tak nak! Lana cebir bibir. Seram sampai bulu halus di tengkuk mencanak tinggi!
"Perluke? Aku tak nak!"
"Tak nak sudah, kau boleh blah!" Lelaki itu pusing badan membelakangi Lana lalu angkat kaki lebar-lebar.
Lana Terpempan! Dia pandang sekeliling..Argh!
"Tt...Tungguuu!!"
Langkah kaki terhenti. Perlahan, lelaki itu berpaling.
"A..aku..nak jadi isteri solehah.." Usai berkata, wajah Lana terus jadi merah seperti udang panggang.
Aduh! Cari bala betul.. Tak! Lana memang nak jadi isteri solehah buat suami, dan dia cukup sedar suami yang dimaksudkan sudah tentu bukanlah lelaki yang punya seraut wajah terukir sempurna di depannya. Kata-kata itu ikhlas dari dalam hati! Ditujukan buat seseorang yang sudah lama jadi penghuni sekeping hatinya. Lana curi-curi kerling pada lelaki itu, wajah tampan itu jelas berubah.
"K..Kau nak jadi apa? Arghh!! Lantak kaulah, jom masuk, kita takde masa ni!"
Lelaki itu terus bergegas pergi. Lana kelam kabut mengekori di belakang.. Mereka masuk ke dalam sebuah restoran berkonsep barat yang sangat mewah.
"Kau boleh dekat sikit dengan aku tak? At least buatlah macam kita ni nampak mesra dan intim, ni tak, kau macam babysitter aku pula!"
Lana herot bibir tinggi-tinggi. Wajah secantik bidadari surga dikata babysitter? Nak kena penampar surga agaknya mamat ni! Baru tercelik sikit deria keenamnya!
"Puas hati?!" Lana merapatkan badan hingga hampir bergesel lengannya dengan lengan lelaki itu.
Hanya kerlingan Lana terima sebagai balasan. Mereka jalan beriringan menghampiri sebuah meja yang dihuni oleh seorang gadis seksi yang jelas kelihatan sudah tidak senang duduk. Wajah masam mencuka bertambah disimbah perahan lemon sebaik sahaja terpandang lelaki itu menghampiri ditemani Lisa Alana.
"Ryu Rozzan!!! How dare you!!" Gadis cantik itu menjerit dengan wajah merah padam.
Dengan selamba, lelaki yang dipanggil Ryu itu melabuhkan punggung sambil ekor mata memberi signal pada Lana untuk duduk di sebelah. Malangnya, belum sempat Lana bertindak, gadis itu sudah berdiri di hadapan Ryu Rozzan sambil cekak pinggang.
"So this is how you wanted to end our relationship? By bringing a girl? Do you think I am stupid?!!"
"Accept it, Trisha! I don't love you..And she's not an ordinary girl..she's my wife!"
Entah mengapa, ada getar di hati Lana mendengar kata-kata Ryu..huish!! Lana tarik nafas, cuba menenangkan hati yang tiba-tiba berdebar karau.
"Wife? Since when hah?!! Nak menipu pun agak-agaklah Ryu!! Do you think I'm still a child?"
"Aku tak kisah kau percaya ke tidak Trisha! I'm leaving, stop bothering me!!"
"Hahaha..Am I dreaming here? Out of all girls, you picked her to be your wife? Are you kidding me?"
Amboi..Lana dijeling dengan tajam oleh Trisha, siap tayang wajah ala-ala menyampah dan jijik depan Lana. Jelingan yang bukan alang-alang, siap tengok Lana atas bawah dengan pandangan mengejek. Celaka!
"Apa tengok-tengok? Aku isteri dia yang sah! Kau tu cuma perempuan tak tahu malu, dah tahu suami orang masih menempel!"
Hah! Hambek kau!! Tengok lagi orang macam tu, menyampah betul hati Lana melihat gelagat Trisha!
"A..apa kau cakap?!!"
Lana buat tak dengar, siap melintas depan Trisha dan dengan sengaja langgar bahu gadis itu dengan kasar hingga terundur sedikit Trisha dibuatnya.
"Abang..jom balik, menyampah sayang lihat perangai tak tau malu perempuan ni.." Entah ler dari mana Lana dapat keberanian, siap lontar suara manja lagi depan Ryu Rozzan.
Ryu kelihatan terkesima seketika, namun akhirnya tersenyum menampakkan belahan dalam di kedua belah pipi..Lana sampai tertelan air liur tanpa sengaja! Aduh..Ni manusia ke dewa kekacakan?
"Okay sweetheart!"
Ryu Rozzan bingkas bangun. Tanpa sebarang amaran, bahu Lana dipeluk erat. Hampir terlompat Lana dibuatnya.
"Tunggu!!" Trisha menjerit kuat.
Ryu dan Lana yang sudah berada beberapa meter di depan serentak menoleh.
Pangg!!
Lana terpempan! Terasa sebelah pipinya pijar dan pedih.
"This is for calling me shameless..and this.." Sekali lagi tangan Trisha terangkat tinggi.
"For stealing Ryu from me!!"
Akibat masih terkejut, otak Lana beku buat seketika. Dia hanya mampu tadah pipi dengan mata terkatup rapat.
"Go to hell Trisha!!"
"Arghhh!!"
Jeritan kesakitan Trisha membuatkan Lana kelam kabut celik mata. Pergelangan tangan Trisha dicengkam oleh Ryu lantas ditolak dengan kasar hingga tersenget badan Trisha, hampir je dia terhempas ke lantai..Lana sekali lagi terpempan! Bola mata bergolek ke arah Ryu dan pandangan mereka bertaut.
"Kau tak apa-apa?" Tanya Ryu sambil menyentuh pipi Lana.
Lana menepis lembut tangan Ryu lalu geleng. Sakit memanglah sakit, tapi Lana tidak mahu meraih simpati ataupun perhatian Ryu..No! Itu cari nahas namanya. Takut dari simpati bertukar sayang huhu..Lana sudah punya pilihan hati, dan dia sudah bersumpah untuk setia hingga ke hujung nyawa..Lelaki seperti Ryu Rozzan perlu dijauhi, bukan dirapati..Aura magnetik lelaki ini sangat merbahaya untuk kaum perempuan haish!
"Now tunaikan permintaan aku.." Pinta Lana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
Ryu Rozzan menghidupkan enjin lantas memandu dengan kelajuan sederhana.
"Spill it Lisa.."
Huish..Lana segera gosok tengkuk. Lain macam meremangnya bila dengar panggilan Ryu pada Lana. Tak pernah dia dipanggil dengan nama depan sebelum ini, semua saudara mahupun sahabat handai memang memanggilnya Lana sahaja selama ini.
"Aku kena balik ke kampung halaman sekarang. Pasti ibu dan ayah aku dah naik risau."
"Mana?"
"Kampung Sri Meranti, Zon Selatan."
"Huish! Jauh tu..Silap-silap esok pagi baru sampai." Keluh Ryu dengan pantas.
Lana tunduk, segan tapi terpaksa. Hari sudah beransur gelap, kalaupun Ryu hantar dia ke terminal bas, kaunter tiket pastinya sudah ditutup. Pemandu bas semua sudah berada di kediaman masing-masing. Jadi, Lana kena tunggu esok. Dia tidak boleh balik esok, majlis penting itu pada hari esok dan dia tidak boleh terlepas!
"Tolong hantar aku. Kau sudah berjanji!" Desak Lana.
"Aku tak kata pun tak nak hantar kau."
Lana menarik nafas lega. Gembira bukan kepalang mendengar jawapan Ryu.
“Buckle up Lisa!”
URGHH!!
“It’s Lana!!”
“Whatever!”
Ryu melempar sebuah pek kecil agak kembung dan sejuk ke arah Lana.
“Tempel dekat pipi tu..”
Lana mengerling. Ehh..Baik juga hati mamat ni ya..Senyum simpul tanpa sedar..
Share this novel