“Baguslah dah dapat kerja..Setahun kau duduk peram lemak habiskan beras di rumah! Bapak bukan apa Lana, kau tu perempuan..Daripada susah-susah cari kerja, kahwin kan bagus..Tapi tulaa, kau tak laku dah dekat kampung ni..Jadi bapak lepaskan kau ke bandar tu, di samping cari duit, cari laki Lana oii. Bapak nak juga timang cucu..Nak harap mak kau beranak lagi, taklah..Nak naik mak kau pun payah sekarang huhu, kalau sebulan dapat sekali tu sudah cukup bagus..Ni dah masuk tiga bulan Lana oii!!”
Lana dan Puan Meliana bertaut pandangan. Ni dah masuk 18SX bapak oiii!!! Nak meluah hal dalam kelambu biar di bilik dengan mak je huhu…Salah tempat pak!!!
“Ni pinggang ni..Dah mulai dah kebas-kebas Meliana oii!!”
Kelam kabut Lana memasukkan pakaian yang telah siap dilipat kemas-kemas ke dalam beg besar dibantu oleh mak. Mak ni pun satu, boleh-bolehnya dia buat-buat tak dengar keluhan bapak. Kesian tau orang tua tu, dah melambak bil air hahaha!
“Jaga diri baik-baik Lana..” Sempat mak berpesan ketika mengiringi Lana turun ke bawah rumah.
“Baik mak..”
“Hahh! Dekat bandar tu nanti, kalau misalnya kau terjumpa bakal menantu tak jadi bapak tu, sampaikan salam bapak padanya ya. Bagitau dia, kalau ada masa datanglah lawat bapak mentua tak jadi dia ni, bapak niat nak turunkan ilmu silat terbang bapak pada budak tu..”
Tergelak Lana mendengarnya, namun segera mulut dicekup bila lihat wajah serius bapak. Bahaya!
“Berani sungguh budak tu permainkan bapak, dia tak kenal lagi siapa Pak Samad!!”
“Ahh sudahlah bang! Benda dah lepas, tak payah ungkit lagi. Orang tu tak nak anak kita, kita tak terhegeh-hegeh bang..Zaff dah janji nak masuk meminang kan? Nanti didengar Zaff, merajuk budak tu!!”
Pak Samad mencebik bila kata-kata dibidas oleh isteri. Terus tarik mula kelat!
“Hahh! Ni lagi satu hal..Kau percayalah sangat janji-janji terang bulan budak Zaff tu Meliana oii.. Dah masuk setahun dah..Bayang-bayang pun tak muncul! Sesibuk mana pun, hal-hal penting macam tu takkanlah tak boleh minta cuti sehari dua kan? Sedangkan Perdana Menteri yang kawal satu negara ni pun boleh bercuti berhari-hari Meliana oii!!”
Lana hanya mampu pasang telinga, menahan rasa mendongkol dalam hati. Tak habis-habis dengan isu Aizaff Nafees! Dia takkan tergugat okay, cinta Aizaff seutuh Taj Mahal! Dia tetap sabar menunggu, suatu hari Zaff pasti datang tunaikan janji.
“Sudah-sudahlah bapak, mak.. Lana dah nak gerak dah ni..”
Axia putih yang masih berkilat dihampiri. Ni penganggur bukan sebarang penganggur tau, dalam tempoh setahun macam-macam bisnes Lana buat hingga mampu mengeluarkan sebuah kereta untuk kemudahannya menghantar pesanan pelanggan. Perniagaan MLM, bisnes kuih muih dan katering..Macam-macam! Jangan pandang rendah pada seorang Lisa Alana si gadis kampung ni hehe..
“Hati-hati Lana..”
Lana melambai sebak sebelum kereta mulai bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. Takpe Lana, bila rindu baliklah melawat, dah ada kereta sendiri, mudah sikit…hati memujuk sayu..
Lana akan tinggal serumah dengan bekas rakan seuniversiti, Fazura. Menyewa sebuah apartment kos rendah di tengah bandar. Fazura juga sebenarnya yang tolong Lana untuk dapatkan pekerjaan sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Gaji boleh tahan juga, cukuplah untuk menanggung diri sendiri dan bayar pinjaman pendidikan.
Takpe, Lana masih aktif dengan bisnes online, pendapatan melalui bisnes tu mampu juga menampung bayaran ansuran kereta, juga sebagai duit belanja adik-adik di kampung. Bolehlah dari tiada kan.
Kehidupan di bandar memang agak mencabar berbanding di kampung. Serba serbi perlu duit. Seminggu je ulang alik ke tempat kerja, hampir separuh duit yang Lana bajet untuk sebulan terguna. Tu pun dia sudah cukup berjimat cermat, tak makan luar. Hari-hari bawa bekal ke tempat kerja.
“Lana..Hari ni tak keluar makan lagi ke?”
Tu ialah Tuan Amir Khan, pangkat bos tapi bukan tuan punya syarikat..Lagak je lebih. Punya dua bini. Sejak hari pertama lapor diri, Lana dah perasan dah mata miang Tuan Amir meratah seluruh tubuh dia dengan rakus. Hampir setiap hari melintas depan meja Lana. Rakan sekerja siap bagi warning mengenai kemiangan lelaki tua tu.
“Tak tuan, Lana bawa bekal.” Mahu tak mahu je menjawab, terpaksa kerana masih ada rasa hormat.
“Saya bercadang nak keluar lunch tapi tak seronok pulak makan seorang diri. Sudi tak Lana temankan?”
Ah sudah!!
Bos miang dah mulai memancing dah! Lana paksa senyum, dalam hati mengutuk!
“Takpe tuan, Lana bawa bekal.”
“Tak bosan ke hari-hari makan makanan dari rumah? Sekali sekala makanlah dekat luar, tukar-tukar selera..”
Macam mendalam tau maksud si tua miang ni! Lana masih berusaha untuk senyum, walau terasa senget benar senyuman yang terukir.
“Saya suka makanan rumah tuan. Bersih, sedap dan yang paling penting halal..” Menyindir tu! Kalau masih tak sedar, tak taulah..Memang sah-sah biul orang tua ni!
“Takpelah kalau macam tu, Lana makanlah ya. Saya pergi dulu.”
Sila..sila!!! Usir Lana dalam hati. Tuan Amir Khan berlalu dengan wajah cemberut. Jual mahal kau ya? Tengok apa aku buat nanti..gerutu hati busuk si tua miang keladi!
Tamat waktu rehat, Lana meneruskan kerja yang tertangguh. Begitu khusyuk tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ketika jam hampir menginjak ke waktu pulang, Fazura datang.
“Belum settle ke? Dahlah tu, besok masih ada. Jom balik!”
“Ala, sikit je lagi ni. Kau baliklah dulu.”
“Laa, kau tak baca latest info eh? Malam ni syarikat buat dinner di sebuah hotel untuk meraikan pekerja baru, termasuk kau ler tu.”
Eh, dah seminggu kerja baru nak sambut? Aneh!
“Jom ahh, kita tak nak terlambat pergi makan free..” Fazura terus tarik tangan Lana.
Mahu tak mahu, Lana angkat punggung selepas mematikan komputer. Mereka beriringan keluar. Meskipun acara malam itu dikira acara formal, tapi tiada kod pakaian ditetapkan jadinya Lana belasah je pakai blouse longgar dan seluar jeans.
“Aummm!! Seksiii!!” Punggung Lana ditampar kuat oleh Fazura.
Cis, bedebah!
“Kalau aku jadi Aizaff, dah lama aku pinang kau tau, takut lama-lama direbut orang..”
Lana tergelak sumbang. Aizaff Nafees.. Sukar dihubungi, dah hampir tiga bulan menyepi tanpa khabar. Last berbual melalui telefon yang tak sampai seminit. Ketika itu Zaff bagitahu dia dihantar ke sebuah hospital terletak jauh di pedalaman.
Lana pasrah walau kerinduan sudah tak tertanggung. Awal-awal dulu, dia dan Aizaff selalu video call, jadi rasa rindu terubat walaupun kadang-kadang sekejap saja. Kini…habuk pun tarak! Betulkah doktor langsung tak punya masa? Entahlah, apapun Lana kena yakin dan percaya pada kekasih hati.
Acara makan-makan plus karaoke-karaoke dalam sebuah mini hall hotel tiga bintang berlangsung dengan santai. Lana Cuma duduk memerhati, tak berminat langsung mahu ikut berdansa mahupun menyanyi. Bukan kerana suara tak merdu ke apa, tapi kerana dia perasan bola mata Tuan Amir Khan yang tak berkalih darinya.
Mata miang itu meratah rakus setiap inci tubuh badan setiap kali Lana berdiri atau bergerak ke tandas. Meluat sungguh, macam tak pernah nampak perempuan si tua miang keladi ni! Seram sejuk lihat cara Tuan Amir renung Lana!
Lana mulai tidak senang duduk bila Tuan Amir bingkas bangun lalu menghampiri Lana. Aduh, bala betullah orang tua ni! Lana pandang sekeliling dengan resah, masing-masing sibuk buat hal sendiri.
“Lisa Alana…Di antara bintang-bintang di sini, kamu yang paling bersinar di mata saya…hehehe…”
URGH!!!
Ayat lapuk! Lana cuba senyum, tak nak sakitkan hati bos miang keladi tu, dia belum sampai sebulan kerja, tak dapat gaji lagi huhu..
“Wanna dance with me?”
Mati terus senyuman Lana. Tak sedar diri betul, dah tua ntah-ntah menghidap osteoporosis ada hati nak terkinja-kinja? Pleaselaaa…Lana yang masih muda belia ni pun tak berminat berhibur dengan cara seperti itu, apatah lagi nak menari dengan lelaki..Mohon simpang malaikat 44!
Kalau bukan kerana dipaksa Fazura, dia lebih suka memerap dalam bilik, baring-baring sambil cuba menghubungi Aizaff Nafees. Kadang-kadang timbul keraguan dalam hati mengenai kesetiaan Aizaff padanya, tipulah kalau dia tidak pernah terfikir tentang itu. Namun, cuba ditepis jauh-jauh..Bagi Lana, hubungan jarak jauh memang perlu kesabaran dan kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan.
“May I Lisa Alana?” Tuan Amir menghulur tangan, sambil tersenyum penuh yakin.
“Maaf Tuan, saya memang tak reti dan tak minat menari.” Menolak dengan sopan, nada suara juga masih mampu dikawal walau dalam hati rasa meluat yang teramat!
“Saya boleh ajarkan, mudah je. Just follow my steps..Come on, please..” Masih mendesak, siap merayu dengan lagak gentleman, hampir je Lana termuntah melihat gaya yang dipamerkan oleh Tuan Amir, macam segak je..Macam macho je..Padahal dah tua berkeriput, kepala juga sudah dipenuhi uban namun diwarnakan hitam!
“Maaf tuan, saya minta permisi. Nak ke tandas kejap..” Tak tahan berlama-lama di situ, Lana bingkas bangun lalu angkat kaki.
“Janganlah macam ni Lana. Tak pernah ada perempuan menolak ajakan saya sebelum ni tau. Baiklah, saya akan berterus terang…” Tangan Lana pantas disambar bila melihat Lana bergegas mahu pergi dari situ.
Tuan Amir Khan tersenyum.
“Saya sangat tertarik dengan Cik Lana. Spend a night with me. Just name your price Lana..Saya akan bayar berapa sahaja jumlah yang kamu mahukan.”
Lana gigit bibir bawah. Tak pernah maruah diri direndahkan seperti yang dilakukan oleh si tua keparat itu! Tangan direntap dengan kasar. Terbuntang mata Tuan Amir, terkejut!
“Maaf tuan, saya tidak berminat. Saya mahu duit halal. Lagipun, I’m taken!” Seraya berkata, Lana angkat tangan, lalu ditayangkan cincin emas di jari manis di hadapan Tuan Amir.
Semakin tercabar Tuan Amir dengan penolakan Lisa Alana..Jemari terkepal erat. Lana memusing badan, lalu terus angkat kaki dengan laju, meninggalkan Tuan Amir yang merenung penuh maksud tersirat, terutama pada punggung Lana yang meliuk ke kiri dan ke kanan ketika melangkah. Bibir dijilat tanpa sedar!
“Lisa Alana, malam ini kau pasti akan jadi milik aku!” Henfon dalam kocek seluar ditarik keluar.
Lisa Alana tidak bercadang mahu kembali semula ke dalam mini hall tersebut. Selepas keluar dari tandas, dia melangkah menuju ke arah pintu utama. Separuh perjalanan, tangannya tiba-tiba direntap dari belakang.
“Where are you going Lana? Majlis kan belum selesai, jom masuk!”
Entahlah bila masa Tuan Amir Khan ni berada di belakang mengejar, masih punya stamina meski badan tembam dan perut seperti ibu mengandung 7 bulan.
“Tuan! Apa ni? Lepaskan tangan saya boleh tak? Saya perlu balik sekarang.”
Lana merentap tangannya, malangnya Tuan Amir malahan pantas menarik tangan Lana mendekatinya. Senyuman miang terukir di wajah. Teringin juga nak rasa kehangatan tubuh menggiurkan Lana.
“Tuan!” Hampir tersungkur di dalam pelukan Tuan Amir, mujur sel-sel otak pantas berhubung, kedua belah tangan dilunjur ke depan, tepat menongkat di dada Tuan Amir, menghalang diri dari tersembam di badan montel Tuan Amir.
Bila sudah stabil, Lana cepat-cepat berundur. Encik Amir Khan masih tidak berputus asa, terus cuba merapati siap pamer senyum miang. Lana terus berundur dan berundur.
“Janganlah macam ni tuan, saya benar-benar mahu balik ni..” Masih cuba sedaya upaya mengawal diri, walaupun rasa mahu membunuh saja saat itu.
“Malam masih muda ni, apa kata kita duduk kat restoran tu dan minum dulu?”
“Tapi tuan….”
“Takde tapi-tapi, sekejap je. Saya janji lepas basahkan tekak yang kering ni, saya lepaskan Cik Lana pergi."
Tangan Lana kembali dipegang. Lana menarik tangannya dengan pantas.
“Boleh tuan, tapi tak perlulah pegang saya..Saya boleh jalan sendiri, lagipun tak manis dipandang.”
“Erm..Baiklah..” Mengalah dengan senyuman terpaksa, Encik Amir mendepakan tangan, menjemput Lana jalan beriringan bersamanya menuju ke restoran hotel berhampiran lobi.
“Lana nak minum apa?” Encik Amir bertanya ketika seorang waitress menghampiri dan menyerahkan menu.
Lana geleng kepala.
“It’s okay tuan, saya tak haus malah masih kenyang lagi.”
Tuan Amir Khan masih tidak berputus asa nampaknya. Senyuman masih tersungging, wajah penuh tekad.
“Janganlah macam tu, temankan saya. Minum je pun..Two fresh orange juice ya..”
Geram, menyampah, meluat!! Itu yang dirasakan oleh Lana sekarang. Namun terpaksa bertahan demi duit gaji hujung bulan!
“So, biasanya lepas kerja Lana balik ke rumah terus ke atau macamana?”
“Ya tuan, biasanya begitulah. Saya tak gemar keluar berpeleseran tuan.” Tetap menjawab walau muka sudah mula biut-biut menahan rasa meluat.
Malangnya, lain pula pentafsiran Tuan Amir. Di matanya, Lisa Alana kelihatan sedang tersipu-sipu malu. Bibir bawah digigit dengan geram. Tak sabar mahu menjamah tubuh menggiurkan di depannya. Entah sudah berapa kali air liur ditelan.
Tidak lama kemudian, seorang pelayan lelaki datang membawa dulang berisi dua gelas jus oren segar. Lana mengerling sebentar, tertelan juga air liur melihat warna kuning jingga menyerlah dipenuhi ketulan-ketulan ais, menyelerakan sungguh!
“Jemputlah minum dulu Lana. Saya ke tandas sebentar ya.” Tuan Amir bingkas bangun dalam keadaan tergesa-gesa, seperti dikejar hantu je lagaknya.
Mencurigakan betul tau orang tua licik ni! Baik juga kalau Lana blah masa orang tua tu pergi ke tandas kan? Otak licik mulai mengatur strategi. Lana menyambar handbag di atas meja, tanpa sengaja tali handbag memukul gelas Tuan Amir, hampir tertumpah semua isi kalau saja tangan Lana tidak menangkap gelas tersebut dengan pantas. Mujur masih ada separuh isinya.
Lana cepat-cepat menarik tisu dari kotak tisu lalu membersihkan hingga langsung tiada bekas tumpahan di permukaan meja. Jus oren milik Lana dengan pantas berganti tempat. Kemudian, Lana bingkas bangun untuk membuang tisu-tisu yang telah kotor di dalam tong sampah.
Ketika Lana kembali semula ke tempat duduk, Tuan Amir kelihatan baru mahu melabuhkan punggung. Lebar sungguh senyuman si lelaki miang itu.
“Wah, haus nampaknya Lana ya. Tinggal separuh..” Senyuman Tuan Amir semakin dilebarkan.
“Ya Tuan Amir, saya nak balik cepat.”
“Eh, tunggulah dulu. Sekurang-kurangnya biar saya habiskan minuman saya dulu.” Halang Tuan Amir.
Jemari menarik gelas yang sepatutnya milik Lana lalu disua ke mulut. Tuan Amir teguk sampai separuh.
“Jemputlah minum Lana, kita habiskan sama-sama minuman ni sebelum beredar ya..”
Lana terus menyambar gelas lalu diteguk jus tersebut hingga ke titisan terakhir. Tuan Amir sengih sampai telinga sebelum melakukan hal yang sama.
“Dah habis kan? Sekarang saya perlu beredar tuan..” Seraya berkata, Lana bingkas bangun.
Tuan Amir Khan ikut berdiri. Senyum musang terpamer di wajah.
“Biar saya hantar Lana sampai pintu depan ya..”
“Eh, tak payahlah tuan..”
“No, I insist Lana..”
Arghhh!!! Menyampah!!
Lana cepat-cepat melangkah, tidak mahu Tuan Amir berjalan menyainginya.
“Lana..Tunggulah dulu..” Terkocoh-kocoh Tuan Amir mengejar di belakang.
“Lanaaa…..” Suara mulai berubah! Menegakkan bulu roma.
Langkah semakin dilajukan, seram!! Si tua miang ni dah kenapa? Tak segan silu melontar suara penuh gedik di khalayak ramai!
“Why it’s so hot here ah? Urghh!!” Makin lain suara Tuan Amir, buat Lana hairan dan tertanya-tanya jadinya.
Perlahan, kepala dipusing ke belakang untuk melihat.
Oh dear!!
Tuan Amir sudah membuka kot dan kemeja yang membungkus tubuh. Tertonjol ke depan perut buncit berbulu kasar Tuan Amir, hampir jatuh tertonggeng Lana melihat.
Orang tua tu dah kenapa? Macam cacing kepanasan. Dengan riak wajah super menggerunkan, pandang orang macam nak terkam!
Lana berundur beberapa langkah, tak sanggup nak tengok, macam lembu nak mengawan!
“Sayang…Let’s ah..ah..tonight!” Tuan Amir menerpa seorang pelayan perempuan yang kebetulan melintas di depannya. Terjerit ketakutan pelayan itu dibuatnya.
Lana tak tunggu lama. Terus melangkah laju menghampiri pintu.
“Lanaaa sayangg..Wait..daddy’s coming…”
Nooo!!!
Lana terus berlari anak. Buat-buat tak kenal, bikin malu!! Dasar orang tua senteng!! Ketika hampir mahu keluar dari bangunan itu, pintu kaca berwarna hitam gelap di depan ditolak dari arah luar. Tak sempat mengelak akibat panik dan kelam kabut, tubuh Lana merempuh sebuah tubuh yang kebetulan mahu masuk ke dalam.
“Aduh!” Wajah tersembam di dada seseorang, berkemeja serba putih dengan tali leher bergaris terbelit kemas di leher, dan wangian yang sungguh memukau kalbu!
“Erk!” Satu dengusan kecil terletus dari bibir empunya badan, maskulin dan macam biasa didengar..eh?
Lana kelam kabut dongak wajah. Bola mata bertembung!
“L….Lana!”
Tulang temulang tiba-tiba mencair. Pandangan berpusing dan seketika kemudian, terus bertukar jadi gelap gelita huhu..
Share this novel
5tgc
5tgcc v
5t