“Aduh!!!”
“You stupid brat!”
“Aduh! Aduh! Stop it! Sakit tau tak?!” Badan sudah tak mampu menanggung tendangan bertubi-tubi itu.
“Tak guna kau Ryu Rozzan! Aku tinggalkan baby sekejap je dekat kau gara-gara dah tak tahan nak terkencing, kau boleh tiba-tiba melompat dari atas katil tu? Kau mati ada aku kisah, kalau baby ni ada apa-apa terpijak oleh kau ke apa, aku akan bunuh kau!” Menggigil suara melenting akibat marah yang teramat. Kaki berhenti menendang. Terus bercekak pinggang di hadapan lelaki yang masih bergolek ke kiri dan ke kanan di atas lantai berjubin putih itu.
Mana tak mendidih darah. Sebentar tadi, memanglah bayi itu berada dipangkuannya. Asyik menangis tak mahu tidur walaupun sudah kenyang sampai termuntah-muntah minum susu. Kebetulan bayi terlelap bila pinggang sudah lenguh mendodoi, dia pula rasa nak terkencing. Takkan nak bawa bayi masuk ke dalam tandas pula kan?
Jadi, dia baringkanlah bayi di pangkuan Ryu Rozzan yang sudah hampir dua puluh empat jam pengsan tak sedar-sedar itu. Kebetulan lagi di situ takde baby crib. Bukan lama, sekejap je! Mahu tak tercabut jantung bila sampai saja di situ dia lihat Ryu tiba-tiba bingkas berdiri di atas katil sambil terjerit-jerit macam orang gila.
Mujur dia ada di situ dan bertindak pantas dengan mengambil bayi yang sudah mulai menangis, terkejut agaknya bila dengar jeritan nyaring Ryu Rozzan.
“Aku tak benarkan!!!”
Setan benar mamat sekor ni! Dalam wad hospital boleh terpekik-pekik macam orang gila? Ni bukan saja pesakit kronik, pelawat yang datang sihat sejahtera pun boleh mati mengejung dengar pekikan maha dahsyat Ryu Rozzan!
Buk!
Tiba-tiba Ryu jatuh tergolek di bawah katil. Sempat ternganga sekejap sebelum ketawa berdekah-dekah terletus di bibir.
“Kah kah kah! Padan muka! Meroyan tak habis-habis!” Kemain dia ketawakan Ryu Rozzan.
Berkerut dahi bila lihat Ryu mengangkat tangan sambil memandang ke arah pintu seolah mahu memanggil seseorang. Hish…mamat nikan, masih di alam mimpi kot! Dia datang lalu menyerang Ryu Rozzan dengan tendangan bertubi-tubi selepas jururawat datang dan mengambil bayi tersebut dari pangkuannya. Mahu lelaki itu sedar di samping mahu melepaskan kemarahan kerana buat dia dan bayi terkejut setengah mati.
“Dah sedar ke mr playboy?”
Ryu Rozzan terpisat-pisat bangun dan duduk di atas lantai sambil menggosok mata. Setelah kesedaran kembali sepenuhnya, bola mata terus meliar, memerhati sekeliling.
“Fiona! Tolong suruh mereka kembalikan Lana pada aku.” Ryu terus menerpa lantas memeluk kaki Fiona.
“Aku tak mahu Lana dibawa pergi…please…tolong aku Fiona.”
Fiona tercengang seketika. Bingung-bingung memandang Ryu Rozzan. Macam kerasukan hantu liar! Apa saja mimpi lelaki ini agaknya…hati kecil tertanya-tanya. Fiona membongkokkan badan lalu merenung tepat ke anak mata beriris hazelnut Ryu Rozzan. Sepasang mata cantik yang merah basah digenangi air mata. Mengapa begitu sedih kelihatannya?
“Kau dah kenapa Ryu Rozzan? Siapa yang merampas sebenarnya ni? Kau tu yang dah rampas Lana dari aku! Kalau aku tak ingat kau bapak pada bayi comel tu, dah lama aku koyak rabakkan wajah hensem kau ni faham tak?” Macam samseng taik kucing, siap jongket-jongket kening.
“Aku nak Lana…aku tak percaya yang dia tinggalkan aku Fiona.”
“Siapa tinggalkan kau ni Ryu Rozzan? Helo!!!” Jari dipetik tepat depan wajah Ryu Rozzan.
“Ke kau ni masih bermimpi sebenarnya? Wake up Ryu Rozzan! Lihat sekeliling kau. Tak nampak? Kau masih di hospital menyusahkan para doktor dan jururawat tau tak? Kalau tahu kau akan pengsan nampak darah, baik awal-awal tak payah masuk temankan Lana. Biar pakcik tua tu je temankan. Kau pengsan Ryu Rozzan! Kamu nanya? Ulang sekali lagi biar ku cili mulut tak guna kau tu, bikin panas bertanya-tanya!”
Bingung-bingung, Ryu perhati sekeliling. Dia pengsan nampak darah? Masuk temankan Lana dan pengsan melihat darah? Otak ligat berfikir. Jadi, selepas dia pengsan apa yang berlaku lepas tu semuanya mimpi-mimpi belaka? Biar betul!
“Fiona…aku yang masuk ke dalam bilik bersalin dan temankan Lana kan? Lana bersalin secara normal dan bukan caesarean kan? Aku pengsan masa nak panggil doktor sebab banyak darah keluar sampai kain yang dipakai Lana basah kan?”
Fiona tercengang. Tidak tahu harus dibalas apa pada pertanyaan bertubi-tubi Ryu Rozzan.
“Selepas aku pengsan, tiada apa-apa berlaku kan? Lana tiada masuk ke bilik pembedahan kan? Semua itu hanya mimpi ngeri kan? Lana kesayangan aku…masih ada kan? Dia tak pergi tinggalkan aku kan?”
Berapa banyaklah perkataan kan yang Ryu guna ni? Pening, Fiona menggeleng-gelengkan kepala.
“Ahhh…sekarang baru aku faham. Kau mimpi buruk kan? Kau mimpi yang Lana pergi tinggalkan kau, begitu? Damn, aku harap ia jadi realiti…” Sempat lagi Fiona berbisik perlahan, namun Ryu mampu mendengar. Terherot tinggi bibir Ryu.
“Padan muka Allah bagi kau mimpi macam tu! Bini kau tengah tanggung kesakitan kau boleh pulak pengsan berjam-jam lamanya tau tak! Lana masih lemah, kena urus lagi bayi sorang-sorang. Mujur ada aku dan Haraees tau tak? Kemain kau syok beradu dekat sini kan? Sengaja nak lari dari tanggungjawab ke tu?” Dah mula dah, Fiona dan mulut longkangnya.
Ryu bingkas berdiri. Wajah bercahaya seperti bulan tengah mengambang. Senyuman lebar terukir hampir sampai ke telinga. Fiona terus berpeluk tubuh. Bibir terbiut-biut. Tak guna betul. Tak cukup pedas ke sindiran dia tadi? Asal mamat ni boleh sengih-sengih pulak? Sengaja nak tayang lesung pipit yang terpaling cute di dunia ke tu?
“Thank you Fiona!” Laju langkah kaki diorak usai mengucapkan terima kasih pada Fiona.
“Now where are you going Ryu?” Laju Fiona menyoal bila melihat Ryu tergesa-gesa mahu pergi dari situ.
“Jumpa bidadari surgaku!” Ryu yang sudah jauh di hadapan menjerit kecil, sebelah tangan terangkat untuk melambai tanpa memalingkan badan.
Laju langkah dituju ke bilik Lana. Dia masih ingat bilik tersebut, semua masih jelas di ingatan walaupun sedikit terganggu dengan mimpi ngeri itu. Ah! Ryu terus menggeleng. Mimpi tak guna tu harus segera dipadam dari kotak memori. Nyah!!!
Pintu bilik Lana dihampiri. Sempat menarik nafas dalam-dalam sebelum daun pintu diketuk perlahan.
“Sayaaang…” Kemain meleret tarikan suara. Kemudian, daun pintu ditolak perlahan-lahan.
“Baby dah tidur dah tu. Kau pun tidurlah. Kau masih lemah dan pucat. Aku ada untuk tengok-tengokkan baby comel ni.”
Bola mata terang bercahaya sebentar tadi tiba-bila bertukar jadi malap. Kemudian mulai dipenuhi dengan percikan api cemburu. Benci! Mengapa lelaki itu ada di situ? Buku lima terkepal kuat.
“Takpe, aku boleh temankan Lana. Raees, kau boleh balik sekarang.” Terus dihalau seketul Haraees Reza tanpa basa basi.
Lana dan Haraees memandang Ryu, masing-masing kelihatan terkejut dengan kemunculan Ryu secara tiba-tiba itu.
“Kau dah sihat?” Haraees bertanya diiringi tawa kecil. Tawa yang jelas-jelasnya mengejek Ryu Rozzan. Begitu hensem, begitu sasa dan begitu sempurna ukirannya…siapa sangka boleh pengsan nampak darah?
“Aku tak sakit okay! Perkara macam tu…takkan berulang lagi!” Tegas dan keras! Wajah penuh konfiden. Malangnya, Haraees terus gelakkan dia. Tak guna betul! Lawak ke?
“Asal kau gelak?!” Suara naik seoktaf. Haraees bingkas bangun, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Berjalan penuh macho menghampiri Ryu Rozzan.
“Psyt…baby baru tidur.” Haraees merapatkan wajah ke telinga Ryu.
“Bikin malu ah Ryu…takpe, rahsia kau selamat di tangan aku. Tapi Fiona…hurm… faham-faham jela.” Haraees tergelak lagi, gelakan yang membuatkan darah seketul Ryu Rozzan mulai menggelegak.
“Raees!” Terpaksa mengawal suara kerana tidak mahu tidur si kecil terganggu.
“Aku blah dulu Ryu. Selamat menjadi bapa mithali!”
Terketap rahang apatah lagi melihat Haraees melangkah penuh berlagak menuju ke pintu. Mencerlung mata mengiringi pemergian Haraees Reza.
“Abang…”
“Ya sayang…” Kemarahan yang menguasai sebentar tadi terus sirna mendengar suara lunak Lisa Alana memanggilnya. Senyuman manis terus terukir di wajah ketika bola mata mereka bertaut.
“Sayang dah fikirkan nama anak kita?”
“Hah, nak fikirlah ni. Jom kita bincang sambil abang urut-urut sayang. Abang rindu sangat pada sayang.” Dengan tak malunya Ryu terus duduk di birai katil. Wajah Lana ditatap sepuasnya sebelum jemari naik merapikan beberapa helai rambut Lana yang jatuh ke dahi. Seketika, wajah putih pucat itu dibelai perlahan.
“Thank you sayang…for everything.” Dahi Lana dikucup lembut.
“Nak peluk boleh?” Amboi, sopan santunlah pulak! Lana angguk lalu mendepakan tangan.
Perlahan, Ryu tarik tubuh yang masih kelihatan lemah itu masuk ke dalam pelukannya. Alangkah bahagianya dia rasa saat itu. Dapat merasa kehangatan tubuh Lana, dapat mencium wangian yang terbit dari tubuh Lana dan dapat merasa hembusan nafas hangat Lana di dadanya. Ryu menutup mata. Membiarkan suasana sunyi menyelubungi. Membiarkan kehangatan tubuh mereka menyatu.
“Huaaa! Huaaa!”
“Bayi dah terbangun.”
“Biar abang uruskan.” Pelukan dilepaskan walaupun masih belum puas. Takpe, dia masih punya banyak waktu untuk itu.
Penuh konfiden, Ryu turun dari katil dan melangkah menuju ke baby crib. Si kecil yang tak padan dengan suara nyaringnya. Ryu renung penuh terpesona wajah kecil yang berkerut seribu dengan mulut kecil terbuka luas ketika melalak. Sampai merah wajah! Nangis yang bersungguh-sungguh.
Ya! Berkali-kali direnung pun memang tetap tiada wajah dia tercop pada bayi itu. Jemari Ryu mengesel halus pipi merah si kecil. Seumur hidup, ini kali pertama dia melihat dan menyentuh bayi sekecil itu. Tak sedar, setitik air mata jatuh ke pipi. Anak aku!
Baik! Dia boleh lakukan ini. Ryu menggosok-gosok tapak tangan dengan level konfiden mencapai seratus peratus. Bayi comel itu didukung. Masih melalak menangis! Ok takpe, mungkin bayi mahu didodoikan. Dia mulai menari perlahan.
“Lompat si katak lompat, lompat! Lompatlah tinggi-tinggi, tinggi!”
Lana yang sedari tadi hanya diam memerhati hampir meledakkan tawa. Mujur tangan sempat mencekup mulut. Terus pandang ke arah lain bila Ryu tiba-tiba berpaling melihatnya.
“Baby tak nak berhenti menangis sayang. Dia lapar kot.”
“Dia dah muntah tadi kekenyangan. Abang periksa lampin pakai buang dia, penuh agaknya. Sebab tu rasa tak selesa.”
Ryu angguk. Bayi dibaringkan semula di dalam katil bayi. Dia boleh buat semua ini dengan mudah tanpa perlu minta tunjuk ajar Lana. Yes, dia yakin benar dengan kemampuan diri. Benda mudah je!
“Ah betullah, dah kembung sangat dah ni.” Lampin pakai buang berjaya ditanggalkan dengan mudah.
Baru hendak memakaikan lampin baru, tiba-tiba bayi berhenti menangis. Hairannya, wajah masih berkerut dengan kening terbengkok dan hampir bercantum. Muncung kecil itu memanjang ke depan. Ryu yang kehairanan merapatkan wajah untuk melihat. Sakitkah si kecil? Mengapa buat muka macam tu?
Bruttt!!!
Angin banyak yang menghasilkan kuasa tembakan yang bukan kaleng-kaleng. Habis bertempiaran cecair warna gelap di atas tilam. Paling sadis, separuh najis si kecil memenuhi wajah dan pakaian Ryu Rozzan. Tak cukup dengan itu, Ryu disiram pula dengan air kencing si kecil. What a day!
“L…Lanaaa…” Hilang sayang-sayang Ryu Rozzan. Tersekat-sekat suara memanggil Lana.
“Kah! Kah! Kah!” Tawa berdekah-dekah Lisa Alana memenuhi bilik.
Tepi katil bayi dipaut keras. Pandangan mulai berpinar-pinar. Arghhh!!! Kuatkan semangat Ryu Rozzan. Takkan nak pengsan lagi? Mampus dia dikutuk oleh Haraees Reza nanti!
Nooo! Kuatkan semangat! Malangnya, pandangan semakin lama semakin kabur. Lemah!
Share this novel