Bab 34

Romance Completed 44219

Walaupun Hadif sudah bersedia dengan segala kemungkinan, tapi ternyata dia tidak bersedia dengan amukan Anis yang menggila. Apa saja objek yang dicapai, semuanya dilontarkan ke arah Hadif. Tidak kisahlah pasu bunga, pinggan mangkuk malah pisau dan gunting juga dilontarnya sesuka hati.

Wajah Anis memerah menahan gelora hati yang memuncak. Hatinya sakit bagai disiat-siat, jiwanya pedih bagai dicincang. Tiada angin tiada ribut, burung-burung pun bersiul riang tanpa ada cacat-cela namun tiba-tiba saja berita yang Hadif sampaikan menyebabkan bukan saja ribut malah tarnado, juga tsunami bergabung memusnahkan segalanya.

"Apa salah aku?!" Anis bertanya seraya menjerit. Air mata sudah menjelaskan tentang segala rasa yang di tanggungnya. Sedih, pedih, rasa seperti dipermain, marah, benci... Aah, semuanya bergabung.

"It is not you..." Perlahan suara Hadif. Baru kali ini dia menyaksikan amukan Anis. Sebelum ini Anis yang dia kenal bukanlah daripada spesis ganas namun gedik, manja dan suka dibelai. Ternyata di sebalik semua itu, Anis boleh tahan kasar dan ganas. Sedikit cuak hadir di hati Hadif.

"Habis tu?!"

"Sorry, Anis. I tak boleh nak nafikan perasaan ni. I love her more than I want you."

"Nonsense! I bagi semua yang you nak! I serahkan tubuh I, I layan you elok-elok. Makan minum pakai you semua I jaga. Apa lagi yang lebihnya dia dari I?"

"You memang sempurna, tapi I tak tahu... Hati I memilih dia."

Anis masih lagi mengah menahan amarahnya. Dadanya turun naik menahan rasa yang menggila. Benci rasanya mendengar alasan bodoh Hadif. Apa makna segala pengorbanan yang dia lakukan demi Hadif? Suatu ketika dahulu, dia di gelar perampas, pemusnah masjid malah tidak kurang juga yang memanggilnya bohsia sedangkan pada tika itu dia tidak tahu tentang status Hadif yang merupakan suami orang. Ketika hatinya benar-benar terpikat, barulah segalanya jelas. Namun sudah terlambat, dia mengandungkan anak Hadif.

Pada saat itu, Anis sedar dan tahu tentang dirinya. Sedar akan hinanya dia. Tiada yang layak memiliki dia selain Hadif, insan pertama yang menyentuhnya. Maka dia pun nekad untuk mendapatkan Hadif walau apa jua cara yang dia lakukan. Dia tidak mahu dirinya yang sudah tiada dara, akhirnya dimiliki insan lain. Bagi Anis itu sangatlah tidak adil. Dia bukanlah perempuan yang suci, maka tidak layak merasa bahagia dengan insan lain selain Hadif kerana Hadif yang telah mencemarkan kesuciannya.

Pada awalnya Hadif mendapatkan dia dengan cara yang kotor. Hadif boleh dikatakan menyentuhnya tanpa rela pada kali pertama. Kemudian adanya kali kedua ketika Hadif melafaz janji untuk bertanggungjawab sejak dari kejadian yang pertama. Kemudian hubungan mereka menjadi lebih serius apabila ada yang ketiga dan entah yang ke berapa kali sejak dari itu hingga kini. Hadif yang menggoda dia, Hadif yang mendambakan dia, Hadif jugalah yang menjerat dia. Hadif dalang kepada keruntuhan rumah tangganya sendiri dan tiada siapa yang tahu tentang itu kecuali Anis.

Saat mereka mengikat tali pertunangan, Anis merupakan insan yang paling lega dan gembira. Dia lega kerana akhirnya perjuangan untuk mendapatkan Hadif akan berakhir. Akhirnya dirinya yang kotor tidak lagi terumbang-ambing. Dia tidak layak untuk lelaki lain. Lelaki-lelaki lain tidak bersalah. Tidak wajar dia menghukum mereka dengan menerima dirinya yang sudah tidak lagi sempurna. Susah payah dia memujuk hati untuk menyayangi Hadif, namun setelah dia benar-benar mencinta, ini pula balasan Hadif. Gila!

"Kau mesti kahwin dengan aku!" Anis mencekak kolar baju Hadif secara tiba-tiba. Hadif yang terkejut tidak sempat menghalang. Nasib baik tubuhnya tidak rebah dengan jerkahan Anis yang tiba-tiba.

"Tak boleh, I nak Qeisya! I tak nak libatkan you lagi dalam hubungan kami." Perlahan suara Hadif sambil meleraikan genggaman Anis pada kolar bajunya. Anis menunduk lalu menyembamkan wajahnya pada dada Hadif. Semakin lama semakin berat rasa tubuh Anis sebelum Hadif sedar Anis pengsan!

"Anis, Anis..." Hadif memanggil Anis namun tiada respon. Dia mengangkat tubuh Anis ke atas sofa. Anis masih lagi kaku. Tiada sebarang pergerakkan.

Aduh, Hadif buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Eh, bukan! Bukan tidak tahu tapi tidak pasti apa yang patut dia lakukan. Aah, sama saja maksudnya! Timbul kesal dihatinya kerana terlalu mengejut memberi khabar sehinggakan Anis pengsan. Dia sebenarnya tidak menyangka penerimaan Anis sebegitu rupa. Ingatkan Anis sekadar akan menangis dan merayu-rayu agar tidak ditinggalkan. Langsung tak terlintas akan amukan Anis atau tentang Anis yang tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Serta-merta dia teringat Naim. Pantas dia mendail nombor telefon Naim. Nasibnya baik kerana Naim baru saja menutup kliniknya. Persetujuan dicapai lalu alamat Anis diberikan kepada Naim. 15 minit kemudian, kedengaran ketukan pintu rumah yang menandakan ketibaan Naim.

"Isteri baru ke? Tak jemput aku pun kahwin." Ucap Naim sebaik saja terpandang Anis yang sedang berbaring di atas sofa.

"Alah, nantilah aku jelaskan. Kau tengok-tengokkan dia dulu." Balas Hadif.

"Eh, kejap. Boleh aku pinjam toilet? Tadi kau call dengarnya macam emergency sangat. Tak sempat aku melepas hajat terus aku datang jumpa kau."

"Kau pergi je dalam sana. Tak jauh dari dapur tu, ada pintu tandas. Tak kan aku kena hantar sampai betul-betul depan pintu tandas pulak. Kau cari je sendiri ye?" Arah Hadif sambil menunjukkan kawasan dapur. Naim tersengih lalu menghilang di sebalik dapur. Hadif masih lagi setia menemani Anis. Bertuah punya kawan, bukannya dia nak periksa keadaan Anis dulu tapi tandas juga yang dicari sebaik saja sampai.
Beberapa minit kemudian, Naim muncul bersama sesuatu di tangannya.

"Did you know about this?" Tanya Hadif sambil menayangkan alat kecil yang mempunyai dua garisan merah di tengah-tengahnya. Kali pertama Hadif melihat alat itu adalah ketika Qeisya hamil. Eh, hamil?

Hadif menggeleng perlahan. Dia terduduk di atas lantai. Tak mungkin Anis mengandung. Tak kanlah sekali lagi hubungannya akan terhalang kerana adanya insan kecil di dalam rahim Anis? Oh tidak!

"Kau kena bawak dia ke klinik aku untuk pemeriksaan lanjut. Aku kena periksa keadaan baby tu sekali. Buat masa ni kau kena jaga dia elok-elok. Biarkan dia rehat cukup-cukup. Selain dari tu semuanya elok cuma tekanan darah dia rendah sedikit." Ujar Naim sebaik saja memeriksa keadaan Anis.

"Boleh buang tak?" Tanya Hadif tiba-tiba.

"Buang apa?"

"Baby tu..."

Mengucap panjang Naim apabila mendengar jawapan Hadif.

"Eh, dah kenapa? Hadif, kalau kau buang tak ke sama je engkau membunuh? Kenapa sampai nak buang?"

"Kitorang belum kahwin..."

"So? Kahwinlah cepat. Kau bukannya perlu mintak izin dengan bini lain pun. Kau tu duda. Kalau dah buntinkan anak orang tu, jangan dibunuh. Kahwin!" Tegas nada Naim.

"Tapi...aku ada rancangan lain... Aku nak kahwin semula dengan Qeisya..."

"Qeisya? Bekas isteri kau dulu tu?" Naim menggeleng-gelengkan kepalanya. Dulu dia menentang tindakan Hadif menceraikan Qeisya, dan kali ini hatinya turut menentang niat Hadif untuk memperisterikan Qeisya semula.

"Tak payahlah kau kacau Qeisya lagi. She had enough. Banyak sangat derita yang kau tabur kat dia. Tak rasa bersalah ke?"

"Ish, kau ni! Ya, memang aku salah dan kerana tu laa aku nak dia balik. Aku nak baiki segala kesilapan aku. Aku nak bagi bahagia kat dia. Aku nak tebus balik semua."

"Semudah tu? Kau tahu tak dulu Qeisya dah macam orang gila selepas kau tinggalkan dia. Sekarang bila dia dah elok, kau nak dia balik?"
Berderau darah Hadif kerana Naim menentangnya. Kenapa tiada sesiapa pun yang faham tentang niatnya untuk menebus semula setiap kesalahan yang pernah dia lakukan terhadap Qeisya? Kenapa semuanya lebih memihak kepada Qeisya dan memohon dia menjauhi Qeisya? Dia bukannya sejenis virus yang boleh memusnahkan Qeisya. Dia hanya ingin kembali dan mencantum semula kepingan hati Qeisya yang pernah dia hempas pada suatu ketika dahulu.

"Itu dulu! Memang aku jahat, aku curang! Tapi itu dulu. Kenapa kau tak nak faham? Semua tu masa lalu. Aku sekarang ni tengah bercakap tentang masa depan aku dengan Qeisya. Aku nak bahagiakan dia. Aku nak dia. Kau faham tak?"

Suara Hadif meninggi. Suasana terasa tegang di antara Hadif dan Naim. Mereka saling berpandangan. Hanya mereka yang mampu mentafsir pandangan mata mereka masing-masing.

"Stop talking about that bitch. Both of you... Please, get out from my place." Tiba-tiba Anis bangun sambil memicit kepalanya. Dia menepis tangan Hadif yang mahu menyentuhnya. Naim segera bangun lalu melangkah ke arah pintu tanpa mengucap sepatah kata.

"Anis, I am so sorry..."

"Tak payah nak sorry. Lebih baik you keluar. Hati I sakit, pedih! Keluar..."

Anis berbaring semula. Menutup matanya yang terasa panas tiba-tiba. Terasa empangan air matanya semakin goyah dan rapuh. Hadif bangun lalu melangkah keluar. Tiba-tiba dia rasa bercelaru. Jiwanya kusut, fikirannya pula berserabut. Wajah Anis dan Qeisya saling datang bersilih-ganti.

Ahh, beratnya dugaan ini buat Hadif. Memilih di antara dua pilihan. Walaupun salah satu pilihan itu merupakan yang terbaik, tiada halangan malah sudah direstui namun hatinya tetap tamak mahukan pilihan yang kedua. Sebelum ini dia sudah nekad untuk memilih Qeisya namun hatinya mula diserbu rasa bersalah apabila mengenangkan kehadiran si kecil di dalam rahim Anis. Ah, tak mungkin si kecil itu mampu menghalang bahagianya. Si kecil itu cuma alasan untuk dia terus bersama Anis. Ya, hanya sebuah alasan!

Hadif pun turut bangun meninggalkan Anis melayan perasaan. Bertarung dengan peningnya sendiri. Menanggung segala rasa kecewa dan sakit hati. Kejamnya Hadif, memberi cinta lalu merosakkan segalanya tatkala bahagia hanya di depan mata. Anis menangis semahu-mahunya. Wajah Qeisya bermain di mata. Dia harus bertemu Qeisya. Dia harus merayu agar Qeisya tidak kembali bersama Hadif. Dia tidak mahu terkontang-kanting sendiri membesarkan anaknya. Semakin deras air mata Anis apabila mengenangkan semua itu. Akhirnya dia tertidur bersulam air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience