Bab 35

Romance Completed 44219

Wajah Anis kelihatan pucat. Dia menangis teresak-esak tanpa mampu mengawal perasaannya. Qeisya serba-salah. Hati perempuannya sedikit terusik melihat keadaan Anis yang agak serabut. Ya, dia juga pernah merasa apa yang Anis rasa. Bezanya cuma pada waktu itu dia sah bergelar isteri Hadif, dan anak mereka sudah selamat dilahirkan. Anis pula hanya tunangan, dan si kecil baru saja berdegup di dalam sana.

"Maaf, Qeisya. Sebelum ni Anis dah buatkan Hadif ceraikan Sya. Masa Anis bertemu dengan Hadif, Anis tak tahu dia suami orang. Bila Anis dapat tahu status sebenar Hadif,semuanya dah terlambat. Anis terlalu murah! Senang-senang diratah Hadif." Ujar Anis lagi bersulam tangis.

"Anis rasa kotor. Disebabkan Hadif lelaki pertama yang menyentuh diri ni, Anis mula pentingkan diri. Anis nak dia jadi lelaki pertama dan terakhir yang sentuh Anis. Abaikan tentang Qeisya dan anak Qeisya demi kepentingan sendiri. Anis rampas dia." Kali ini lebih kuat tangisan Anis.

Qeisya terkedu. Sungguh dia sakit ditinggal mentah-mentah, tapi keadaan Anis dirasakan lebih perit. Anak di dalam kandungan hadir sebelum termeterainya sebuah ikatan perkahwinan. Bagaimana Anis mahu menanggung malu nanti? Ada anak tapi belum bernikah. Ada anak tidak berbapa. Ada anak namun tidak sah tarafnya. Bagaimana dengan penerimaan keluarga Anis? Bagaimana pula dengan nasib Anis? Dibuang keluarga atau dibimbing? Ah, belum lagi bila difikirkan tentang nasib anaknya. Dijaga elok atau dibuang? Allahu, berat dugaan Anis bila difikir-fikir semula.

"Anis merayu, Sya. Tolong...jangan ambil semula Hadif." Tiba-tiba Anis melutut di hadapan Qeisya. Merayu semahu-mahunya. Tiada lagi istilah malu.

"Anis, apa yang Anis buat ni?" Serta-merta Qeisya menyuruh Anis bangun. Wajah Anis sudah pun memerah kerana tangis yang tidak berkesudahan.

"Anis, Sya tak pernah setuju pun untuk bersama dia. Sya tak tahu pun kenapa Hadif jadi macam tu. Sya dengan dia tak pernah bercakap tentang perkara ni." Qeisya kebingungan. Memandai saja Hadif membuat keputusan yang bersangkut-paut dengan dia tanpa sebarang persetujuan.

"Sya tak nak Hadif lagi?" Tanya Anis.

"Tak! Sya tak nak dia."

"Betul ke?"

"Betul. Sya dah ada orang lain."

"Oh ya? Sya tak nak kahwin dengan orang tu? Kalau Sya dah kahwin, mungkin Hadif akan berhenti kejar Sya dan beri perhatian pada Anis semula."

Gulp! Tercekik air liur Qeisya dibuatnya. Dia hanya ingin menyejukkan hati Anis. Dia bukannya serius pun ada orang lain. Kalau ada pun siapa? Adam ke? Ah, Adam! Mana agaknya Adam menghilang? Sudah tiga minggu Adam menyepi tanpa sebarang berita. Adam betul-betul merajuk ke? Tak kanlah sampai menghilangkan diri macam tu.

Eh, tak! Adam tak menghilang. Adam masih ada cuma dia tak seperti dulu. Dia tak call Qeisya dah. Tiada lagi ucapan selamat pagi atau pun pesanan mesra, malah tiada juga bertanya khabar. Sungguhlah Adam tidak serius. Besar kemungkinan kasihnya Adam hanya kerana kasihan dan simpati semata-mata.

"Hah? Siapa Adam? Cinta baru Qeisya ke?" Suara Anis yang menerpa memukul gegendang telinga membuatkan Qeisya kembali ke alam nyata.

"Hah?" Qeisya bingung sendiri.

"Tadi Qeisya ada sebut nama Adam. Dia ke yang Qeisya maksudkan?"

Qeisya menggigit bibir. Tak sangka nama Adam terkeluar dari bibirnya tanpa sedar. Dah kenapa sampai macam tu sekali?

Anis tersenyum. Lapang sedikit dada, ringan sedikit beban. Terasa batu yang menghempap bahunya mula jatuh ke tanah. Ternyata keputusannya untuk bertentang mata dengan Qeisya merupakan satu keputusan yang tepat.

"Wish me luck, Qeisya. Walaupun Anis dah berdosa pada Qeisya, tapi Anis tetap perlukan doa Qeisya. Memang... Qeisya boleh gelar Anis macam-macam, Anis mengaku Anis ni muka tak malu, dah buat salah tapi tetap merayu pada Qeisya untuk kembalikan Hadif yang Anis dah rampas. Padahal Hadif dulu milik Qeisya yang sah, tapi Anis yang pentingkan diri. Tetap nak kan Hadif. Maafkan Anis... Anis jahat pada Qeisya."

Air mata Anis sudah pun kering. Tiada lagi sebarang titisan air mata yang jatuh membasahi pipinya. Qeisya tersenyum. Sebuah senyuman yang ikhlas dari hati. Sungguh, tiada langsung rasa benci yang singgah.

"I am proud of you, Anis. Tetap jumpa Qeisya untuk minta maaf walaupun benda dah lama. Well, Anis ni baik sebenarnya. Tak jahat mana pun. Kalau Anis jahat, Anis tak kan buat keputusan untuk jumpa Qeisya. Mesti susah Anis nak decide untuk jumpa Qeisya ke tak, kan?"

Anis mengangguk perlahan. Bukan setakat sekali dua dia berfikir malah sudah berpuluh ribu kali sebelum dia datang bertemu Qeisya. Rasa malu, menyesal, risau dan cuak semuanya bercampur.

"Dah, jangan risau tentang Sya dengan Hadif. We are not belong together. Ni ha, baby dalam perut tu jangan tak jaga elok-elok. Makan kena betul, jangan buat kerja berat-berat. Paling penting jangan pernah rasa kehadiran dia tu satu beban." Pesan Qeisya sambil memandang Anis yang sudah pun dalam mood tenang sepenuhnya.

"He will amaze you." Ujar Qeisya.

Anis sudah pun mengukir sebuah senyuman. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada Qeisya kerana memaafkan dia malah secara tidak langsung Qeisya telah membantunya mengurangkan bebanan masalah yang berkaitan dengan hubungannya dengan Hadif. Anis meminta diri setelah hampir dua jam berada di situ.

Qeisya kembali sebaik saja Anis berlalu pergi. Adam... Sekali lagi nama itu meniti di bibir. Kali ini Qeisya sendiri sedar dengan perbuatannya. Tiba-tiba hatinya dirundung sayu. Kenapa Adam terus menyepi? Apakah benar Adam sudah melupakan dia? Tak kanlah dia yang nak mulakan semula? Tak ke sama seperti perigi mencari timba kalau macam tu?

"Qeisya..." Puan Rogayah memanggil namanya. Kelihatan Qeisya masih lagi termenung jauh tanpa menyahut panggilannya.

"Bertuah punya anak. Hei, Sya!" Laung Puan Rogayah sambil menepuk bahu anaknya. Qeisya sedikit terkejut dengan kehadiran ibunya.

"Eh, ibu... Bila sampai?"

"Bila sampai apa pulak? Lama ibu ganti tempat kamu kat kaunter tu. Siapa perempuan tadi tu, Sya? Lama betul dia bercakap dengan Qeisya." Ujar Puan Rogayah lalu mengambil tempat di sebelah Qeisya.

"Tunang Hadif."

Puan Rogayah membesarkan matanya sebagai tanda meminta kepastian. Qeisya mengangguk.

"Apa dia nak? Hadif curang dengan dia ke? Alaa, mesti betul tekaan ibu ni kan? Bukannya apa Sya, orang tua-tua dulu selalu cakap once a cheater will always be a cheater." Bersungguh-sungguh Puan Rogayah menutur kata.

Qeisya tergelak. "Hek eleh, memandai ibu je, kan? Bila masanya pulak orang tua-tua dulu kata macam tu?"

"Alah, Sya tak lahir lagi masa tu...manalah Sya tahu." Balas Puan Rogayah selamba.

"Ibu..." Perlahan saja Qeisya memanggil. Niat di hati ingin berkongsi situasi yang sedang ditempuhnya kini. Manalah tahu ibunya ada jalan penyelesaian untuk lari daripada Hadif yang terlalu memaksa agar bersama semula.

Qeisya keliru. Apakah betul tindakkannya menidakkan terus kehadiran Hadif yang pernah muncul sebagai baja kepada suburnya hati namun kemudian menjadi racun yang membunuh jiwanya?

"Hadif...nak Qeisya balik. Qeisya tak mau..."

Puan Rogayah memandang anaknya. "Kalau tak mau tak payah. Siapa yang paksa?"

"Tapi Hadif terlampau memaksa. Tadi tu tunang dia sendiri pun cakap Hadif sanggup putuskan pertunangan mereka semata-mata nak bersama Qeisya semula."

"Tak payah, Sya. Ibu sendiri tengok macam mana kau serupa bangkai hidup selepas dia tinggalkan Sya dulu, lepastu sekarang senang-senang nak ambil Sya balik. Ni haa, hati ibu sakit bila tengok keadaan Sya dulu. Ya, Sya memang dah besar tapi Sya tetap anak ibu. Walau macam mana sekali pun, hati ibu ni tak sanggup nak tengok anak ibu sakit."

Qeisya mengeluh. Dia sendiri pun tak mahu disakiti tapi kehadiran Hadif betul-betul menyesakkan dadanya.

"Ibu ada idea macam mana nak lari dari Hadif?" Soal Qeisya. Sekadar bertanya pendapat.

"Sya kahwinlah!" Selamba saja Puan Rogayah memberi cadangan.

"Ish, ibu ni! Sya tak nak kahwin dengan Hadiflah!"

"Eh eh, siapa pulak suruh kamu kahwin dengan Hadif? Macamlah tak ada lelaki lain."

Qeisya mengangkat keningnya. Hairan, keliru dan tertanya-tanya siapakah lelaki lain yang cuba ibunya sampaikan.

"Adam."

Gulp! Tertelan air liur Qeisya dibuatnya. Macam mana Puan Rogayah tahu tentang Adam? Puan Rogayah mula bangun dari duduknya lalu melangkah keluar meninggalkan Qeisya yang masih terdiam.

"Adam tu kan ada. Baik budaknya. Kalau Qeisya setuju jadi isteri Adam, Qeisya tak payah risau dah. Restu dah ada ni haa.." ucap Puan Rogayah sambil tersenyum.

Sejauh mana Puan Rogayah kenal Adam? Hati Qeisya mula tertanya-tanya. Ibu dia kenal Adam ke? Macam mana? Baru saja dia mahu menyoal, Puan Rogayah sudah pun menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience