Bab 47

Romance Completed 44219

"Sayang juga Sya dekat Adam ya?"

"Ish, menyampah! Nak romantik pun agak-agaklah. Orang tengah serius!" Marah Qeisya di hujung talian. Sungguh dia khuatir. Ugutan Hadif yang ditumpukan khas untuk Adam benar-benar menghantui dia. Kalau gilanya Hadif datang, entah apa yang dia mampu lakukan.

"Biarlah, Sya. Dia nak datang jumpa Adam sekalipun, biarlah. Dia yang ada masalah dengan Adam."

"Memanglah tapi dia tu gila!"

"Haih, gila dia je yang kita nak risau? Habis tu, gila kita dia tak tahuuu!"

Adam tahu Qeisya risau disebabkan ugutan Hadif tapi biarlah. Pandai-pandailah dia handle Hadif. Tahulah dia nanti langkah yang perlu diambil.

"Janganlah cakap macam tu. Tiba-tiba Sya rasa macam Sya punca semua ni. Sya rasa bersalah sangat."

"Sya bukan puncanya. Masalah ni berpunca dari Hadif sendiri. Tak reti nak handle perasaan sendiri, sentiasa nak turutkan rasa hati, tapi tak pula reti nak fikirkan kesan yang akan ditanggung."

"Sya rasa serba salah...kalaulah Sya turutkan apa yang dia nak, mesti dia tak akan aim Adam."

"Sya nak turutkan kehendak dia? Pertaruhkan hidup Sya sekali lagi dengan dia?"

"Kita tak boleh nak kata dia jahat atau apa...siapa tahu mungkin dia betul-betul dah berubah? Kita tak boleh nak judge dia."

"Selepas apa yang berlaku akhir-akhir ni, Sya yakin dia dah berubah?" Adam menyoal dengan nada yang agak serius.

"Main ugut-ugut macam ni, itu ke cara orang yang dah berubah? Hmm, malah kes di Cameron hari tu pun Adam tak boleh nak lupakan then how come pula Sya boleh come out dengan semua tu?"

"Ah, tak tahulah! Serabut!" Balas Qeisya.

"Tak payah nak serabut. Tak payah fikir langsung. Tentang Adam pandai-pandai Adam jaga diri. Kalau Adam tak reti nak jaga diri, macam mana nak jaga Qeisya dengan Adelia? Tak gitu?"

Belum pun sempat Adam menangkap kata-kata Qeisya, telefonnya terlebih dahulu tercampak ke lantai. Bahagian tepi telinganya terasa berdesing seketika akibat daripada pukulan yang diterimanya.

"Ahh, sial! Tak kena pulak!" Suara yang dikenali melontarkan kata-kata. Segera Adam menoleh. Nasibnya baik kerana dia sempat mengelak kayu besbol yang sedang dihayunkan oleh Hadif menghala terus ke arah kepalanya. Adam terkejut bukan kepalang. Macam mana Hadif boleh muncul secara tiba-tiba?

"Hahaha, kau patut tengok muka kau dekat cermin sekarang! Pucat lesi macam nampak hantu!" Hadif mengejek sambil ketawa. Cis, ada hati nak jaga Qeisya dan Adelia konon!

"Kau nak apa?!" Adam cuba bertenang. Hadif bersenjata sedangkan dia tangan kosong. Silap langkah boleh retak tengkorak sekiranya Hadif betul-betul menghala tepat kayu besbol itu ke arah kepalanya.

"Kau tahu aku nak apa! Tak payahlah nak pura-pura tak tahu."

"Kau memang tak serik, ya? Kau nak aku belasah kau lagi?" Adam menyoal kembali. Ah, sebelum ini pun Hadif sengaja berlagak kuat. Alih-alih sekali tumbuk pun dah tumbang namun dia juga tahu pada waktu ini Hadif mempunyai kelebihan iaitu kayu besbol yang dipegang kejap di tangannya. Perlahan-lahan rasa terkejut mula menghilang sedikit demi sedikit. Dalam pada masa yang sama dia mula memikirkan cara untuk melepaskan diri dari Hadif. Dia tahu silap langkah Hadif boleh saja memukulnya tanpa belas dan kasihan.

"Itu waktu kau, sekarang waktu aku!" Hadif tiba-tiba meluru ke arah Adam.

Laju kaki Adam mengorak langkah. Ah, malang betul pagi-pagi lagu sudah bersarapan dengan amarah si Hadif. Rancangannya untuk berjogging pada pagi itu ternyata tidak berjalan dengan lancar. Dia keluar lebih awal dari jam kebiasaannya kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa diluar tapi sebaliknya.

"Woi,pengecut!" Jerit Hadif sambil turut mengejar Adam.

Mendengar saja Hadif memanggilnya dengan gelaran pengecut, hati Adam mula panas. Serta merta dia berhenti dan berpaling ke arah Hadif yang masih meluru ke arahnya. Dalam hati Adam sedang berkira-kira untuk mengambil langkah pada waktu yang sesuai. Dia bersedia sambil menunggu Hadif mendekat dan sebaik saja Hadif mendekat, laju saja Adam meluru ke arahnya lalu merangkul tubuh Hadif dan menjatuhkan Hadif ke tanah. Hadif yang terkejut dengan tindakan pantas Adam langsung tidak sempat mengimbangkan diri malah pegangannya pada kayu besbol turut terlepas. Ah, sudah!

Adam mengambil kayu tersebut sebelum berdiri semula. Kini, giliran dia pula yang memiliki senjata. Apa nak jadi, jadilah! Nak sangat gaduh kan? Orang menjual, kita membeli.

Hadif menyumpah. Ah, situasi sudah tertukar. Kelebihan kini berpihak kepada Adam. Hadif bangun perlahan, memandang marah pada Adam yang sedang bersedia dengan segala kemungkinan. Nafas Hadif turun naik menahan amarah. Sial! Dia menunding tepat ke arah Adam.

"Kau jangan ingat kau dah menang! Selagi aku masih hidup dan selagi kau masih kacau milik aku, aku tak akan pernah berhenti untuk belasah kau."Ujar Hadif lalu dengan penuh keterpaksaan dia melangkah menjauh meninggalkan Adam. Semakin Hadif menjauh barulah Adam dapat menarik nafas lega. Dia melepas lelah, tercungap sedikit.

Eh, malang betul. Tak jogging lagi pun dah tercungap. Dia menoleh ke kiri kanan memerhati keadaan sekeliling. Ah, baru seorang pengunjung yang tiba untuk berjogging pada pagi itu. Masih sunyi lagi, jam pun masih awal. Menyesal pula keluar awal. Mood Adam untuk meneruskan lariannya pada pagi itu serta-merta mati. Dia mengheret kayu besbol milik Hadif. Mengambil semula telefonnya yang tercampak ke tanah akibat serangan curi Hadif. Sepuluh panggilan tidak berjawab dari Qeisya. Adam sekadar menghantar pesanan ringkas menyatakan dia dalam keadaan baik. Tunggulah dia sampai ke rumah barulah dia bercerita.

Dugaan betul! Dah kenapa Hadif perlu hadir untuk berebutkan Qeisya pula? Bukannya tak ada perempuan lain! Dulu dah dapat, dibuang macam sampah. Sekarang sibuk nak balik? Ish, tak payahlah menyibuk! Nak dapatkan hati Qeisya pun dah cukup payah, nak ditambah pula dengan halangan dari orang gila seperti Hadif tu... Hmm, tak boleh ke kalau biarkan dia bercinta macam orang lain? Tak payahlah ditambah dengan rencah lain. Aduh, semoga semakin lancar hubungan mereka dan dijauhkan dari segala ujian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience