Bab 30

Romance Completed 44219

Bab 30

Qeisya memandang sekeliling bilik. Hatinya diusik rasa sayu. Tidak banyak yang berubah di hotel tersebut. Mungkin hanya pekerjanya saja yang berubah. Tiada lagi senyuman si gadis manis yang menjadi penyambut tetamu sebaliknya sudah diganti dengan seorang lelaki tampan yang mesra.

Bilik Qeisya betul-betul yang menghadap taman. Qeisya masih ingat, di taman itulah Hadif mengucapkan janji sehidup semati yang dimungkiri dalam tempoh enam bulan kemudiannya. Di situ jugalah tercipta kenangan makan malam romantik mereka yang kini tidak lebih dari kenangan silam. Qeisya mengeluh. Terdetik rasa menyesal kerana bersetuju. Entah kenapa hatinya tidak gembira.

Ya, memang benar dia sukakan suasana yang dingin dan tenang namun kehadiran Hadif di sisi membuatkan dia rasa kaku, kayu malah tidak selesa. Hadif yang kini bukanlah Hadif yang dia pernah kenal dahulu.

Sesekali dia merenung Adelia yang lena di atas katil empuk bersaiz king. Adelia masih menolak Hadif. Qeisya mencapai telefonnya. Mana Adam? Sudah dua hari Adam menghilang. Tak kan masih merajuk kot? Tak logik kalau merajuk sampai dua hari. Bukannya masalah besar pun. Qeisya membebel sendiri.

Dia memarahi Adam yang tidak menghantar sebarang khabar, jauh sekali untuk menelefonnya. Apa Adam sudah berbalik hati? Atau adakah benar dia hanya singgah di dalam hidup Qeisya kerana simpati semata-mata? Adam bodoh, Qeisya merindu. Ditinggalkan senyap tanpa sebarang membuatkan Qeisya gelisah sendiri.

Qeisya sendiri jadi tidak pasti. Apakah perasaan yang dialaminya kini adalah sebuah cinta? Benarkah dia mencintai Adam yang belum lama muncul dalam hidupnya? Ah, serabut! Tiba-tiba boleh teringat Adam. Sikit-sikit Adam, sikit-sikit Adam.

Qeisya menghempas tubuhnya di sebelah Adelia. Dia merenung siling. Kosong. Tiada apa yang dia fikirkan. Dia membuang Adam jauh-jauh dari fikirannya. Qeisya ingin lena seketika. Penat memikirkan Adam yang menghilang tanpa sebarang berita.

Baru saja hampir terlelap, telefon bimbit Qeisya berdering. Serta-merta dia mengangkat telefon tanpa tahu siapa pemanggilnya.

"Hello?"

"Hello, bitch! Hey, kau buat apa berdua dengan tunang aku?!" Kasar nada suara pemanggil.

Qeisya terduduk. Hairan dan terkejut.

"Sorry? Siapa ni? Saya tak berdua dengan tunang sesiapa. Saya berdua dengan anak saya sekarang ni." Balas Qeisya jujur.

"Dasar perempuan murahan! Tak payah nak berlagak suci. Berdua dengan anak, konon! Engkau kalau aku dapat siap kau!" Suara tersebut masih lagi keras.

"Eh, nak siap-siap kan orang pulak. Eee, tak payah. Saya memang dah siap. Awak tu je yang separuh siap. Perangai tuu haa, biadab lain macam. Tak sempat siap laa tu. Adab takde." Balas Qeisya perlahan namun mempunyai maksud yang agak dalam.

"Oi, kurang ajar!" Suara itu mengherdik.

"Dah tu, awak spesis terlebih ajar ke macam mana? Tak bagi salam tak tanya khabar, tiba-tiba tuduh saya keluar dengan tunang awak. Ei, tak hingin! Siapa tunang awak pun saya tak kenal. Apa-apa pun awak jangan risaulah ye, walaupun tunang awak handsome persis Izzue Islam ke, Aliff Aziz ke, haa taste saya bukan hak orang. So, memang tak laa saya nak kacau tunang awak."

"Eii, geramnya aku! Kau tunggu ye, aku balas perbuatan kau!"

Tiba-tiba panggilan diputuskan. Mata Qeisya sudah pun kembali segar. Hatinya sedikit membuak. Laju saja jarinya mendail nombor Adam. Namun segera dimatikan apabila dia menyedari tindakannya itu mungkin mengundang malu. Adam masih marah, Adam merajuk. Tak mungkin Adam sudi mendengar luahannya tentang perkara yang baru saja berlaku. Selama ini pada Adam laa tempat Qeisya berkongsi cerita, selama ini Adam jugalah pakar motivasinya yang tidak berbayar. Malah Adam jugalah yang mampu menenangkan sendu atau api amarahnya dengan nasihat. Paling tidak pun Adam akan meminjamkan telinganya untuk mendengar. Tapi sekarang Adam...

Hmm, Qeisya mengeluh. Hatinya meronta. Di mana Adam? Kenapa Adam tidak mempedulikan dia? Katanya sayang, katanya cinta tapi semudah itu Adam melupa dan menghilang tanpa khabar berita. Qeisya merintih. Kalaulah Adam ada, mesti Adam mampu mententeramkan dia selepas insiden serangan tadi.

Tanpa sedar mata Qeisya mula berkaca. Hatinya sayu dan pilu. Kalau boleh mahu saja Qeisya mendail nombor Adam dan mendapatkan kepastian, tapi kalau Adam masih kekal dengan jawapan yang sama, apakah dia akan percaya dan menerima Adam atau sebaliknya? Mungkin juga dia tetap menafikan setiap apa yang Adam pertahankan. Entah mengapa hatinya begitu sukar untuk menerima penghuni baru bagi mengisi kekosongan sejak dilukakan Hadif.

Beberapa ketukan di pintu bilik membuatkan Qeisya segera mengesat air mata yang mula memenuhi tubir matanya sebentar tadi. Segera membalut kepalanya dengan selendang sebelum membuka pintu bilik. Kelihatan Hadif berdiri di situ sambil tersenyum.

"Tak nak keluar jalan-jalan? Tak kan kita nak terperuk dalam bilik je sepanjang hari?" Hadif memulakan bicara apabila Qeisya sekadar membisu.

"Oh ya, jalan-jalan? Ke mana?" Balas Qeisya.

"Ladang strawberi? Jom, petik strawberi. Teringin pulak nak makan strawberi coklat."

"Lepas tu?"

"Mana-mana je yang you rasa nak pergi. Kalau I memang nak ke ladang, nak petik buah sendiri. Lagi puas makan."

"Nak ke pasar malam? Boleh?"

Hadif mengangguk sambil tersenyum. Tahu benar selera Qeisya yang lebih gemarkan menu jalanan jika dibandingkan dengan menu hotel.

"Give me 10 minutes."

Sekali lagi Hadif mengangguk atas permintaan Qeisya. Dia melangkah ke lobby hotel. Menunggu Qeisya di situ sementara Qeisya bersiap-siap. Hadif melabuhkan punggungnya pada sofa empuk hotel sambil memerhati keadaan sekelilingnya. Suasana yang sangat tenang dengan alunan muzik yang perlahan, memukul lembut gegendang telinganya.

Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan adanya panggilan yang masuk. Nama Anis tertera di skrin telefon. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, baby... I rinduu..." Suara Anis merengek di hujung talian.

"Sayang, I bukannya pergi lama pun. Besok I balik dah."

"Tapi you pergi sana dengan ex wife you, you tinggalkan I sorang-sorang semata-mata dia." Nada suara Anis yang manja berubah keras.

"Eh, I kat sini bukan dengan dia sorang, I pergi sekali dengan anak I. You dah janji tak kan halang I jumpa Adelia, kan?"

"Alah, memanglah I tak halang you jumpa Adelia tapi dah kenapa mak budak tu nak kena ikut sekali?" Anis marah. Sakit rasa hati apabila niatnya untuk ikut serta dihalang Hadif. Anis mula curiga.

"Memanglah mak dia kena ikut sekali sebab budak tu still breastfeeding. I tak reti nak jaga stok susu badan. Payah nak jaga. Leceh."

"What? Maknanya you tengok dada ex wife you setiap kali budak tu menyusu ke?"

"What the hell are you talking about, Anis? Buat apa I nak tengok dada orang?" Mengarut! Benar-benar mengarut. Bagi Hadif, tuduhan Anis agak tidak berasas. Qeisya bukannya bodoh, awal-awal lagi dia siap pam susu untuk diletakkan ke dalam botol sebagai bekalnya jika ingin keluar. Tak juga Qeisya tiba-tiba menyelak baju untuk menyusukan Adelia. Tak kan benda macam tu pun Anis tak boleh fikir sendiri?

"I hate her! You jumpa Adelia ni sebagai satu alasan je kan? You memang nak mak budak tu sebenarnya, betul tak? Kalau tak kenapa you tak izinkan I ikut sekali?" Anis masih lagi meluahkan amarahnya. Nada suara Anis tinggi dan keras.

"Ah, malas nak bertekak dengan you. Bukannya paham pun!" Serta-merta Hadif menamatkan panggilan. Serabut!

Dari jauh kelihatan Qeisya sedang memimpin tangan Adelia yang sudah pandai berjalan. Hatinya tiba-tiba berbunga semula. Hilang segala masalah apabila melihat Qeisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience