Bab 6

Romance Completed 44219

Adam Ar-Wardi meletakkan kotak kek di atas meja makan ruangan dapur. Anak tekak meminta untuk dibasahkan. Segera dia berlalu ke peti sejuk. Mencari cecair untuk dilalukan ke kawasan tekak.

"Abang Adam, cantik tak kek anniversary ayah dengan ibu?" tanya adiknya, Maya yang teruja untuk melihat isi kotak.

"Entah, abang tak jenguk."

"Alaa abang ni, kita kena tengok dulu kemudian barulah ayah dengan ibu tengok." ujarnya seraya membuka kotak kek.

"Hah Maya, tengok je tau! Jangan terus makan pulak." sampuk abangnya yang sulung, Aliff. Adam tersenyum. Tahu benar perangai Aliff yang suka menyakat Maya.

Maya memuncungkan bibirnya. Kononnya merajuk padahal jari jemarinya lincah membuka ikatan reben pada kotak.

"Eh, abang! Ape ni?"

Semua perhatian tertumpu kepada Maya. "Apahal pulak adik aku ni? Mestilah itu kek. Dah namanya pun kek anniversary." getus hati Adam.

"What wrong Maya?" tanya Aliff lalu melangkah mengambil tempat di sebelah Maya. Adam pula masih lagi bersandar pada peti sejuk.Gelas yang berisi air jus berbaki suku sahaja lagi di tangannya.

"Adam, dah kenapa ni farewell party? Bukan sepatutnya anniversary ke?" giliran Aliff pula yang menyoal.

Berkerut dahi Adam apabila disoal Aliff. Setahu dia, memang ada tempahan kek sempena ulang tahun perkahwinan daripada ayahnya. Tapi kenapa farewell party pulak?

"Aku pergi ambik je Aliff. Aku tak tahu pulak kenapa jadi macam ni tapi yang pasti ayah memang ade tempah kek kat kedai tu. Ni, resit kek. Siap ada nama ayah kat resit tu." Adam membela diri.

"Tidak semua perpisahan itu membawa duka, jadikan ini sebuah perpisahan yang gembira" Maya membaca nyaring ucapan yang tertera pada kek.

"That doesn't sound romantic to me." ujar Maya.

"Jangan-jangan salah kek tak?" Aliff menduga.

Tiba-tiba Adam teringat seorang wanita yang turut berada di kedai tersebut sewaktu dia mengambil kek yang ditempah oleh ayahnya. Mungkin wanita pertengahan umur itulah tuan empunnya kek yang diberikan kepadanya. Berkemungkinan besar mereka berdua tertukar kek! Ah, sudah! Adam menepuk dahi.

"Aliff, aku rasa aku mungkin dah tersilap ambik kek. No! I mean this is not our cake."

"Yeah, I can see it. For sure ini memang bukan kek kita sebab kita tak buat farewell party."

"Tak, maksud aku...aku rasa kek ni dah tertukar. I mean masa aku nak ambik kek ni, there was a lady also getting for her cake. Maybe tuan kedai dah tertukar kek ni."

"Mungkinlah kan..." Maya menyampuk sambil mengangguk mendengar penjelasan Adam.

"So, macam mana sekarang? Tak mungkin kita nak buat suprise kat ibu guna kek ni. Kita nak happy plus romantic tapi atas kek ni tulis tentang perpisahan pulak." Ujar Aliff sambil tertawa kecil.

Dia sudah pun terbayang reaksi ibunya jika rancangan itu diteruskan.

"Alaa, pakai je lah kek ni. Stick with our plan. Cuma nanti pasal kek ni, kita maklumkan je perkara sebenar. Sayang pulak kalau tak dimakan kek ni." giliran Maya pula bersuara.

"Yeah, I agree." sokong Adam. Ada benarnya apa yang Maya cakapkan tu. Tak pasal-pasal membazir pulak nanti.

"Hmm, bolehlah. Apa yang penting our celebration tu still on. Sekurang-kurangnya kita ingat ulang tahun ibu ayah. Pasal kek belakang kiralah."

Aliff menyatakan persetujuannya. Adam dan Maya mengangguk laju. Menyokong seratus peratus kata-katanya.

Ibu, ayah... selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 23 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience