Bab 16

Romance Completed 44219

"Sya, hari ni Encik Adam ada buat tempahan kek lagi ke?" Tanya Kak Yana. Qeisya yang sedang tekun menghias kek sekadar mengangguk. Tangannya masih lagi sibuk membentuk bunga mawar untuk dihias di atas kek.

"Dah jadi regular customer kita dah dia tu, Sya. Paling win dalam masa sebulan ni akak kira-kira adalah dalam lapan kali dia oder kek. Uih, apa yang dia celebrate selalu sangat tu?" Soal Kak Yana lagi.

Qeisya berhenti menghias kek. Dia memandang Kak Yana yang sedang menyediakan bahan kek untuk diadun.

"Kak, syukurlah... Salah satu rezeki kita datang melalui Adam tu tau. Haa so ikut dia nak raikan apa sekali pun. Betul tak kak?"

"Memang laa tapi akak curious jugak dah kenapa selalu sangat beli kek. Akak rasalah mungkin ada maksud yang tersurat di sebalik setiap pembelian Encik Adam tu." Seusai bertutur, Kak Yana mengerling Qeisya sambil tersenyum simpul.

Belum pun sempat Qeisya membalas kata-kata Kak Yana, tiba-tiba Syamim terlebih dahulu menyambung.

"Aah Kak Yana, Mim pun rasa ada udang tersembunyi di sebalik batu." Syamim turut tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Kak Yana.

"Kalau bukan bersembunyi di sebalik batu, mungkin udang tu ada bersembunyi di sebalik mee." Ahh, sudah! Yati turut bersuara.

Qeisya membuntangkan matanya ke arah mereka bertiga yang sedang tersengih. Aih, tiga lawan satu? Mana boleh jadi ni.

"Hamboi korang bertiga, seronok laa ye berpakat kenakan orang. Ada maksud tersurat laa, tersirat laa, lepas tu ada udang ada batu ada mee laa bagai... Eh, ape ni? Tak faham laa." Balas Qeisya. Terhenti seketika kerja-kerjanya dek keletah ketiga-tiga pekerjanya. Macam-macam perangai.

"Hek eleh, tak tahu ke pura-pura tak tahu?" Yati mengangkat keningnya persis Ziana Zain. Kak Yana tergelak kecil.

"Entah laa Qeisya ni..orang pekak pun boleh nampak yang Encik Adam tu ade hati kat Qeisya." Syamim menyampuk.

Kali ini Qeisya sendiri turut tergelak. "Biul laa Syamim, orang pekak memang laa boleh nampak. Dia pekak bukannya buta."

Buat seketika keadaan di dapur riuh seketika. Gelak tawa mereka memenuhi ruang dapur. Bergabung bersama bunyi mesin pengadun.

Gelak tawa mereka terhenti apabila telefon bimbit Qeisya berdering. Pantas Qeisya membuka sarung tangan yang dipakainya lalu mencapai telefon bimbit. Syamim, Yati dan Kak Yana mula bergerak ke stesen masing-masing bersama sisa tawa mereka.

"Assalammualaikum." Dihujung talian suara Adam berkumandang.

"Walaikumsalam. Nak ambik kek dah ke? Kek dah siap dah." Sahut Qeisya. Sejak kedai buka sampai laa pukul 10 pagi, ini sudah kali keempat Adam menelefon.

"Eh, tak... Bukan nak cepat pun." Jawapan Adam menimbulkan tanda tanya. Kalau tak nak cepat, kenapa sampai empat kali call?

Mula-mula tadi kononnya nak remind balik tentang oder, kali kedua kononnya nak pastikan sama ada dia dah remind kan balik tentang oder. Lepastu kali ketiga Adam bertanya tentang jangka masa kek boleh di ambil dan sekarang kali keempat, entah apa lagi alasannya padahal kek dah siap tapi dia pulak kata tak nak cepat.

"Habis tu? Kenapa Adam call ni?" Soal Qeisya. Dalam diam Qeisya cuba menjerat Adam. Barangkali mungkin ada betulnya apa yang dikatakan oleh Kak Yana, Syamim dan Yati. Ada ketikanya Qeisya dapat mengesan kelainan pada layanan Adam namun apabila rasa itu ada, serta-merta Qeisya mengusirnya. Tidak mahu dikatakan perasan sendiri membuatkan dia tidak ingin memikirkan tentang semua itu.

"Adam terdial... Eh, nanti petang baru Adam ambil kek. Okay bye, assalammualaikum Sya." Talian telefon terus dimatikan. Qeisya tersenyum. Alahai Adam, dah macam tak ada kerja lain asyik nak menelefon.

"Hah, Qeisya senyum! Mesti tu Encik Adam, kan? Haa, sebab tu laa Qeisya tersenyum." Tiba-tiba Kak Yana memunculkan diri. Tertangkap Qeisya yang baru saja menguntum senyum. Terkejut Qeisya dibuatnya.

"Kak Yana!"jerit Qeisya geram lalu cuba mengejar Kak Yana yang sudah pun menjauhkan diri darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience