Bab 52

Romance Completed 44291

"Lebam sana, lebam sini dah kenapa? Kamu accident ke?" Tanya Puan Suraya cemas. Laju saja dia berlari mendapatkan Hadif yang baru sampai ke rumah. Hadif diam seribu bahasa. Hatinya masih sakit dengan peristiwa yang berlaku. Ah, dasar pengacau! Sikit saja lagi Qeisya akan jadi miliknya semula.

"Hadif, kamu dah kenapa ni?" Puan Suraya menyoal lagi.

" Tak ada apa-apalah, ibu."

"Tak ada apa-apa macam mana kalau balik-balik dalam keadaan lebam sana sini macam ni.Tadi keluar elok saja." Puan Suraya masih lagi gundah. Risau melihatkan keadaan anaknya.

"Orang kata tak ada apa, tak ada apa-apalah!" Hadif membentak. Puan Suraya tersentak. Ah, sah! Something went wrong somewhere. Dia harus mencungkil.

"Kalau kamu tak cerita sekarang tentang apa yang berlaku, kamu kena bersedia untuk berdepan dengan ayah." Satu ugutan dilayangkan.

"Hadif bertumbuk dengan jantan tak guna tu. Geram betul! Dia yang merampas tapi acah-acah suci macam tak buat salah!"

"Allah, yang kamu pergi cari masalah tu dah kenapa?"

"What? Eh hello, dia yang buat masalah! Dia yang merampas hak orang. Sibuk nak bekas isteri orang jugak dah kenapa? Tak laku? Anak dara lain dah tak ada?"

Puan Suraya diam sejenak. Kenyataan yang baru diketahui dari suaminya tadi harus disuarakan. Hatinya tak puas berteka-teki sendiri sedangkan tuan empunnya badan ada di depan mata.

"Hadif, ibu nak tanya..." Perlahan saja suara Puan Suraya menyoal. Walaupun masih teragak-agak, namun dia nekas untuk terus menyoal. Hadif tidak menyahut sebaliknya sekadar melontar pandang kepada ibunya. Menanti soalan yang bakal diberikan.

"Hadif rogol Anis?"

"What the hell? Eh, benda merepek apa yang ibu cakapkan ni?" Ah sudah, dia kembali menyinga.

"Hadif mungkin jahat tapi Hadif bukan perogol!" Dia mempertahankan dirinya walaupun pada hakikat apa yang dikatakan adalah benar tapi siapa juga yang mahu mengaku salah.

"Demi Allah, Hadif tak pernah sentuh Anis?"

"Dah kenapa sampai nak bawak nama Tuhan pulak?"

"Cakap Hadif, demi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam bahawa anak yang sedang dikandung Anis sekarang tu bukan anak Hadif?"

"Ibu, stop talking nonsense! Tak habis-habis nak salahkan Hadif dah kenapa? Dah berjangkit dengan ayah?"

"Diam!" Nyaring lontaran vokal Puan Suraya. Hatinya semakin yakin bahawa semua yang suaminya ceritakan adalah benar belaka memandang Hadif asyik berdalih.

"Just tell me the truth!" Puan Suraya menagih kebenaran dari mulut Hadif sendiri. Walaupun dia sedar perit untuk menerima, namun hatinya puas seandainya mulut itu yang mengungkapkannya sendiri.

"Ya! Anak tu anak Hadif. Benih Hadif! Puas? Itu yang ibu nak dengar?"

"Dah kenapa kamu putuskan pertunangan kamu dengan Anis kalau kamu sedar itu benih kamu? Kenapa masih nak kan Qeisya?"

"Eh, ibu juga yang kebulur nak bermenantukan Qeisya dan sekarang Hadif jugak yang salah?"

"Kalau ibu tahu tak adanya ibu menyokong tindakan kamu!"

"Tak payah nak berlagak baik! Ibu juga yang anti dengan Anis,kan? Dah tu kenapa nak sebut-sebut nama Anis sekarang? Hadif dengan dia dah tak ada hubungan! So, just shut up!"

Pangg! Satu tamparan singgah di pipi Hadif. Perit menjalar bukan kepalang. Sepantas kilat Puan Suraya menghayunkan tamparan ke pipi anak kesayangan yang sering kali di dorong dan di sokong. Tangannya menggeletar. Perasaan bercampur-baur. Hatinya retak dek kecewa dengan sikap Hadif. Jiwanya serabut dengan masalah yang telah diciptakan oleh anaknya itu. Ya Allah, berdosanya dia menghina Anis yang ternyata mangsa kepada kerasukan Hadif. Di matanya, Anis tak pernah baik. Anis murahan, Anis perampas. Ah, segala yang buruk semuanya Anis sedangkan yang membusuk dan berulat di depan mata langsung tidak dipandang.

"Kau keluar dari rumah ni sekarang jugak! Aku tak ada anak macam kau!" Perasaan kesal dan marah membuak-buak menyebabkan Puan Suraya mengusir anaknya. Kalau boleh, dia tak mahu memandang wajah Hadif buat sementara waktu. Kalau diikutkan hati, mahu mati anaknya dikerjakan jadi lebih baik Hadif pergi dari situ sebelum dia benar-benar kerasukan.

Helaan nafas Hadif naik dan turun dengan pantas. Hatinya remuk teruk apabila insan yang sering ada untuknya walau dalam apa jua situasi sudah pun membina benteng malah dia diusir oleh insan tersebut. Di manakan dia membawa diri? Sebak mula bertandang. Sebelum air mata lelakinya jatuh, dia segera berpaling lalu melangkah pergi lalu dengan lantas menghidupkan enjin keretanya dan memandu tanpa hala tuju yang jelas.

Rasa kesal mula terbit perlahan-lahan. Silapkah dia dalam memilih hala tuju? Kenapa semuanya tidak berjalan lancar seperti apa yang dia impikan? Apa lagi yang tertinggal untuk dia mencapai bahagia? Adakah ini yang dikatakan karma kerana telah menyakiti Qeisya suatu ketika dahulu?

Bayangan wajah Anis mula bermain-main di ruangan matanya. Seakan-akan baru tersedar dari lena yang panjang, dia tersentap. Anis sedang melalui sengsara sama seperti apa yang Qeisya sedang lalui anggaran perbuatan dia. Ya Tuhan, kasihan Anis. Air mata lelakinya mula gugur. Dia tewas dengan perasaan bersalah yang hadir kerana telah mengabaikan hati dan perasaan Anis. Sekian lama sudah dia tidak bertanyakan khabar wanita itu. Bukankah itu wanita yang dipujanya suatu ketika dahulu? Sama seperti Qeisya yang pernah bertakhta di hati namun ditinggal pergi kerana perangainya yang serupa syaitan. Pantang mendapat peluang, semua dilahap tanpa memikirkan kesan dan akibat yang akan ditanggung. Allah, dialah pemangsa yang sentiasa mencari mangsa. Malang bagi Anis dan Qeisya kerana pernah mencintai dia.

Dia harus mencari Anis. Dia harus memperbetulkan segalanya sebelum terlambat. Dia tidak mahu perkara yang berlaku antara dia dan Qeisya berulang semula. Cukuplah sekali! Dia tidak mahu kehilangan Anis sebagaimana dia telah kehilangan Qeisya. Dia tidak mahu rasa bersalah memburunya kerana telah meninggalkan Anis sebagaimana dia meninggalkan Qeisya. Ya, dia seharusnya fokus pada Anis. Qeisya cumalah masa lalu, Anis dan bayi yang bakal lahir itulah masa depannya. Allah, maafkan Hadif sayang. Hadif menangis lagi. Sungguh dia berdosa...dia bersalah... Kasihan Anis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience