Bab 55

Romance Completed 44291

"Eh, Qeisya?" Satu suara menegurnya dari belakang. Qeisya segera menoleh.

"Allahu, Anis! Lama tak nampak."Qeisya memandang Anis yang tampak sarat.

"Wah, sarat dah ni!" Qeisya pula yang teruja.

"Katanya kembar, itu yang berat semacam ni." balas Anis sambil tertawa kecil.

Qeisya semakin teruja. Kembar? Ya Allah, dikurniakan seorang saja pun dah seronok, apatah lagi dikurniakan dua sekali gus.

"Qeisya pun ada isi ke ni?" Giliran Anis pula menyoal. Logiklah dia bertanya kerana mereka terserempak di ruang barangan bayi.

"Alhamdulillah, baru lagi. Sengaja nak tengok-tengok dulu. Suami yang excited lain macam sebenarnya."

Tidak dinafikan, Adam yang teruja asyik menyinggah ke ruangan barangan bayi setiap kali masuk ke pasaraya. Tak kisahlah Mydin atau Aeon Mall, semuanya dia nak singgah!

"Ibu...ayah cakap adik boy, Lia want girl." Tiba-tiba Adelia yang sudah pun menginjak usia 2 tahun lebih itu muncul bersulam tangis. Ah, tak habis-habis lagi Adam nak mengusik Adelia. Tidak jauh dari mereka Adam sedang mengekek ketawa. Bertuah betul!

"Lia, boy atau girl Lia tetap sayang adik kan?" Qeisya menyoal sambil menjeling Adam.

"Kalau boy nanti adik tak nak kawan Lia." Adelia mencebik.

"Eh, tak lah! Adik Lia akan sayang Lia, main sama-sama Lia sebab Lia kakak yang baik. Betul tak?"

Adelia menganggukk setuju. Betul kata ibu, adik mesti nak kawan dengan dia sebab dia good girl. Mesti adik suka.

"Alolo anak ayah merajuk ke tu?" Adam muncul dari belakang Adelia lalu mengendongnya. Mengekek Adelia suka apabila dikendong Adam. Amboi, tadi bukan main lagi mengadu.

"Eh, tadi nangis, sesaat kemudian boleh tergelak." Anis menegur Adelia.

"Ayah, aunty ada baby dalam perut. Tengok perut aunty besarr!"

Bertaut tawa mereka mendengar kata-kata yang meluncur laju dari bibir Adelia.

Seketika kemudian, Fariz muncul mendapatkan Anis.

"Sayang, kalau bab shopping barang baby bukan main laju berjalan tinggalkan abang." Fariz mengeluh. Hairan dari mana isterinya dapat tenaga seperti itu. Anis tersengih.

"Kami gerak dulu ya. Isteri tak penat lagi, tapi ni haa suami dah mengeluh." ujar Anis meminta pamit. Sebaik saja mendengar kata-kata Anis, laju saja tangan Fariz menampar manja belakangnya.

"Haip, tak baik mengata!"

Sekali lagi mereka bertaut tawa. Anis dan Fariz memohon diri. Qeisya menghantar mereka keluar dari ruangan tersebut dengan iringan mata. Seronok pula melihat gelagat mereka berdua. Jelas terpancar bahagia dari riak wajah masing-masing.

"Oh, itu rupanya suami Anis. Sya, tadi abang sempat berborak dengan suami dia. Abang tak kenal pun tu suami Anis. Sengaja berborak kosong, bertegur sapa macam biasa."

"Haa, lepas tu?"

"Abang usiklah sikit, anak first mesti ecxited beli barang baby. Dia kata anak second tapi anak first dulu tak ada peluang nak beli barang sebab meninggal dalam kandungan."

Qeisya terdiam. Maknanya kandungan sebelum ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience