Bab 31

Romance Completed 44219

"Adam?" Qeisya terkejut melihat Adam yang berdiri di depannya. Adam tersengih. Eh? Bukankah Adam marah? Kenapa tersengih pulak?

"Betullah kata orang dulu-dulu, kalau dah jodoh tak ke mana." Balas Adam sambil tersenyum. Berdegup kencang jantung Qeisya memandang senyuman Adam yang tampak sangat menggoda disinari cahaya lampu dari gerai-gerai di kiri dan kanan mereka.

Adelia sudah pun mendepakan tangannya meminta Adam mendukungnya. Bagaikan mimpi, Qeisya masih tidak percaya dengan kehadiran Adam di situ. Adam dengan senang hati menyambut tangan Adelia yang terus memeluknya sebaik saja berada di dalam dakapan Adam. Adelia tersengih memandang Adam menampakkan beberapa batang giginya yang memutih.

"Oh ya, maaf kalau Sya tak dapat call Adam. Telefon Adam tercicir. Tak tau tercicir kat mana. Eh? Sya ada try call Adam ke?"

Qeisya mengangguk. Terjawab persoalannya tentang kehilangan Adam selama dua hari ini.

"Bila hilang?" Tanya Qeisya.

"Semalam. Nantilah beli yang baru. Kebetulan pulak dari jauh Adam dah kenal susuk tubuh Qeisya. Tu yang Adam terus kejar Sya."

"Adam buat apa kat sini?"

"Alaa, Sya ingat lagi Asyraf? Haa, harini dia sah jadi tunangan orang. Tu yang Adam pun join rombongan keluarga dia sekali. Semalam nak call Sya, masa tu baru Adam sedar telefon Adam dah takde. Nak pinjam telefon Asyraf, seganlah pulak sebab ada family dia. Segan kalau Asyraf kecoh, nanti habis satu dunia dicanangnya kisah Adam yang sanggup pinjam telefon dia semata-mata nak call Qeisya. Alah, Sya bukannya tak kenal dengan Asyraf tu." Panjang lebar Adam memberi penjelasan. Mahunya tak, dua hari mereka tidak berbual seperti biasa.

"Sya ingatkan Adam senyap sebab..."

"Hmm? Sebab apa?"

"Sebab marahkan Sya."

"Oh, because you dump me?"

Ouch, terasa sakit pula mendengar ayat Adam namun itulah hakikatnya. Qeisya sekadar mengangguk.

"Sya, I am not going to give up. Nak tak nak, kena ada usaha sikit. Hati Qeisya akan jadi milik Adam. One fine day, you'll know that this feeling is true." Suara Adam kedengaran lembut menyusup ke telinga Qeisya. Adam menunjuk dadanya seolah-olah sedang menunjuk cintanya yang tersemat hanya untuk Qeisya.

Sekali lagi, jantung Qeisya berdegup pada tahap yang tidak normal. Degupannya terlampau kencang. Oh tidak, kenapa Qeisya jadi begini?

"Oh, you kat sini stay mana?" Selamba Adam menyoal. Tidak mahu suasana di antara mereka terlalu kekok tanpa sebarang suara.

"Heritage Hotel." Sepatah saja Qeisya menjawab. Semuanya gara-gara Adam yang membuatkan hatinya tidak keruan.

"Qeisya, siapa ni?" Tiba-tiba suara Hadif mencelah.

"Saya Adam." Adam memperkenalkan dirinya sendiri tanpa sempat Qeisya memperkenalkannya.

Oh, ini rupanya Adam. Hati Hadif bersuara. Not bad. Dia memandang Adam dari atas ke bawah.

"Adelia, mari kat ayah. Kita balik hotel." Hadif cuba mengambil Adelia dari Adam namun si kecil itu merengek. Hadif masih lagi memaksa. Dia memegang tangan Adelia dan menariknya secara paksa ke dalam pelukannya. Adelia menangis kuat.

Serta-merta Qeisya mengambil Adelia dan memujuk. Ternyata Adelia masih memandang Adam dengan linangan air mata yang laju membasahi pipi.

"Yayah, yayah, yayah." Adelia memanggil Adam sambil memandang Adam. Hati Adam tercuit dengan tingkah laku Adelia yang sangat manja dengannya.

"Ini ayah Adelia." Hadif bersuara sambil memalingkan wajah Adelia secara paksa.

"Stop it! Sakitlah dia you buat macam tu!" Marah Qeisya. Hadif terlalu kasar, Qeisya sendiri pun tidak pernah berkasar melayan Adelia.

"Jom balik!" Dengan pantas Hadif menarik tangan Qeisya membuatkan kaki Qeisya terpaksa melangkah laju. Adam cuba untuk mengejar namun keadaan yang agak sesak di pasar malam membuatkan dia terlepas.

"Mamat tu rupanya bekas suami Qeisya." Getus hati Adam. Melihatkan keadaan Hadif yang pergi membawa Qeisya dan Adelia dengan perasaan marah membuatkan Adam dilanda risau. Sebelum ini Qeisya pernah dipukulnya sebelum dilafaz cerai. Apakah mungkin Hadif akan mengulangi perbuatannya? Adam segera mencari Asyraf. Dia masih lagi ingin mengejar.

"Adam, kau yakin ke dia akan apa-apakan Qeisya? Asyraf menyoal ketika mereka dalam perjalanan ke hotel kediaman Qeisya.

"Aku tak pasti tapi aku rasa something wrong bila aku tengok bekas laki dia."

"Aku peliklah. Kenapa Qeisya keluar dengan bekas laki dia? Kau tak rasa depa dua tu nak bersama semula ke?"

Soalan Asyraf membuatkan Adam geram. Besar matanya memandang Asyraf. Bagaikan harimau kelaparan yang hanya menunggu masa untuk membaham mangsanya.

"Okay, aku paham. Baik aku diam." Asyraf tersengih mengenang ketelanjuran kata yang diucapkan.

"Aku tengok cara dia paksa Adelia tadi pun aku dah rasa semacam. You should see his face."

"Haa, samalah macam kau. You should see your face." Asyraf ketawa mengekek. Tiba-tiba satu tumbukan padu singgah di bahunya.

"Bertuah! Geram pulak aku!"

Asyraf mengusap-ngusap bahunya. Sakit namun dia masih lagi tersenyum. Dia cuma tidak mahu Adam terlalu serius. Sebenarnya dia pun risau. Dari jauh dia melihat pertemuan di antara Adam, Qeisya, Adelia dan Hadif. Memang jelas api amarah yang terpancar pada wajah Hadif ketika mereka berlalu pergi.

Mereka tiba di lobby hotel 5 minit kemudian dan ternyata Hadif dan Qeisya belum lagi tiba di hotel. Adam yang menyamar sebagai ahli keluarga Hadif sudah mengesahkannya.

Kononnya Hadif yang meminta dia ke sana atas sebab sudah lama tidak bersua. Adam dan Asyraf duduk di sofa sambil memerhati setiap orang yang masuk ke hotel. Tidak lama kemudian Asyraf muncungkan bibirnya ke arah Hadif yang sedang berjalan laju 'mengheret' Qeisya yang sedang mendukung Adelia. Segera Adam berpaling ke arah mereka. Hadif dan Qeisya langsung tidak sedar akan kehadiran Adam di situ.

Adam dan Asyraf turut mengorak langkah. Lift yang dinaiki Hadif dan Qeisya berhenti pada tingkat empat. Segera Asyraf menekan butang lift setelah pasti lift yang dinaiki mereka terhenti pada tingkat tersebut. Sebaik saja tiba di tingkat empat, kiri dan kanan agak senyap sebelum Adam terdengar suara tangis seorang budak. Adam kenal suara itu.

"Adelia." Ucap Adam sepatah lalu cuba mengikuti suara tangisan itu. Suara yang sayup kedengaran semakin jelas. Asyraf sekadar membontoti langkah Adam. Dia mula cuak. Gaya mereka persis penyiasat.

Tiba-tiba mata Adam tertumpu pada sebuah bilik yang mana pintunya sedikit renggang. Terdapat botol susu yang menyekat pintu tersebut daripada tertutup rapat. Suara tangis semakin jelas malah diselitkan dengan suara rayuan. Adam yakin suara itu milik Qeisya. Pantas Adam menolak pintu tersebut sedikit demi sedikit. Bukannya apa, risau juga jika dia silap. Tak pasal-pasal kena saman di mahkamah.

"Aku ayah engkau! Bukan lelaki tu!" Kelihatan Hadif menengking Adelia sambil tangannya menggenggam kepala Adelia agar memandangnya. Qeisya sudah tidak lagi bertudung. Rambutnya yang panjang kelihatan agak kusut. Qeisya dihujani air mata. Apabila dia memegang kaki Hadif untuk merayu supaya Adelia tidak disakiti, ternyata Hadif semakin buas. Dia menendang Qeisya semahu-mahunya sebelum rebah menyembah lantai.

Adam segera mencapai Adelia dan Qeisya. Sempat juga dia melepaskan satu tumbukan yang berjaya menumbangkan Hadif.Benar kata hatinya, sesuatu pasti berlaku. Qeisya kini berada di belakang Adam. Berselindung di sebalik tubuh Adam. Hadif bangun sambil menyeka bibirnya yang mengeluarkan cecair merah pekat. Hadif merenung Adam tajam.

"Engkau dah kenapa?! Sibuk nak campur urusan keluarga aku sangat ni dah kenapa?!" Marah Hadif. Asyraf segera mencapai Adelia, risau jika Adam dikerjakan oleh Hadif. Tak pasal-pasal Adelia terkena sekali.

"Dengan perempuan bolehlah kau pukul, meh try dengan aku." Adam berkata yakin. Mencabar Hadif. Sakit pula hatinya melihat keadaan Qeisya dan Adelia disakiti.

"Aku tak ada masalah dengan kau, bro. Kau boleh ke tepi. Aku cuma ada masalah dengan perempuan tu!" Nyaring suara Hadif sambil tangannya menunjuk ke arah Qeisya yang masih lagi tersedu menahan tangis di belakang Adam.

"Aku tengok kau yang bermasalah kat sini. Kau bermasalah dengan diri kau sendiri. Kenapa kau tak boleh nak lepaskan Qeisya?"

Hadif merengus kasar.

"Kau dah kenapa? Nak sangat ke kat perempuan tu? Tak payah, bro. Dia...aku punya. Lagipun tak kan kau tak mampu cari anak dara? Nak juga janda aku? Hahaha! Hey bro, janda aku tu! Aku dah rasa, aku dah tebuk!" Hadif ketawa seorang diri.

Serta-merta Adam menghayunkan tumbukannya ke pipi Hadif. Berdesing telinganya mendengar tawa Hadif yang terus-menerus menghina Qeisya. Hadif terjatuh sebelum terhantuk pada bucu katil. Matanya mula berpinar. Tidak pasti sama ada kerana tumbukan Adam atau kerana hantukan itu.

"Qeisya, kemas barang. Ikut Adam sekarang." Adam memberikan arahan sambil matanya tidak beralih memandang Hadif yang masih terbaring. Laju saja Qeisya mencapai semua barang milik dia dan Adelia.

"Adam, tudung Sya.."

Serta-merta Adam berpaling ke arah tudung Qeisya yang berada di bawah badan Hadif. Selamba saja Adam menariknya tanpa mempedulikan Hadif. Dia menyerahkannya kepada Qeisya, menyuruh Qeisya memakainya segera sebelum Hadif bangun.

"Bro, itu memang barang baik tapi itu hak aku bro." Ucap Hadif sambil berdiri semula.

"Sekarang dia milik aku." Balas Adam sebelum memegang tangan Qeisya dan berlalu pergi.

"Kau akan menyesal, Adam!" Jerit Hadif dari dalam bilik. Adam hanya mengabaikannya. Adelia sudah pun senyap di dalam dukungan Asyraf. Qeisya hanya berdiam diri. Adam masih lagi serius. Jari mereka masih lagi bertaut. Dalam diam, Qeisya bersyukut kerana adanya Adam sebagai penyelamat mereka dua beranak, namun kata-kata Hadif tentang dirinya membuatkan dia rasa malui. Mereka masuk ke dalam perut kereta lalu meninggalkan tanah tinggi itu dan membelah hening malam.

"Tak kan kau tak mampu nak cari anak dara? Nak juga janda aku? Hahaha! Hey bro, janda aku tu! Aku dah rasa, aku dah tebuk!"

Kata-kata itu berulang-kali bermain di fikirannya sebelum akhirnya dia tertidur kepenatan bersama Adelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience