Bab 20

Romance Completed 44219

Bamboo House menjadi pilihan Qeisya. Bukanlah sebuah restoran mewah, hanya kedai makan biasa yang dihias dengan cukup cantik dan kreatif. Kerusi dan meja makan dibuat dari kayu yang diukir seperti batang-batang buluh.

Suasana di sekeliling kedai kelihatan cukup ekslusif dengan hiasan lampu kecil berwarna kuning cair di atas meja selain daripada bunyi air terjun kecil buatan yang terletak tidak jauh dari kaunter pembayaran.

Suasana janggal menerpa sejak mereka sampai. Qeisya sekadar membisu. Adam pula berpura-pura menoleh ke kiri kanan, seolah-olah sedang memerhati suasana di sekeliling. Qeisya memarahi diri sendiri. Marah kerana terlalu mudah bersetuju untuk keluar bersama Adam. Marah kerana tidak berfikir terlebih dahulu tentang akibat dari perbuatannya. Hanya kerana ingin mencuba sekali lagi, akhirnya dia berada di sini bersama Adam.

Qeisya berpura-pura menghirup minumannya. Lain benar rasanya Adam pada malam itu. Padahal sebelum ini boleh saja Adam bercakap seperi biasa,malah boleh bertelefon tanpa henti tapi bila berdua, Adam rupa-rupanya bisu. Ah, menyesal tak sudah Qeisya dibuatnya.

"Qeisya..." Tiba-tiba Adam bersuara tatkala Qeisya sedang bermonolog sendiri memarahi Adam.

"Hmm..." Pendek saja Qeisya menyahut. Sebenarnya bercampur dengan rasa sedikit terkejut.

"Thanks ya sebab sudi keluar makan dengan Adam." Antara dengar atau tak, Adam mengatur ayatnya.

Qeisya tersenyum. Terasa lucu melihat gelagat Adam yang gelisah tak tentu pasal hinggakan suaranya mahu tak mahu keluar dari tekak.

"Terima kasih sebab sudi ajak keluar." Balas Qeisya. Tidak lama kemudian, suasana kembali janggal.

Sebaik saja pesanan mereka sampai, masing-masing diam sambil menikmati hidangan. Seketika kemudian Qeisya menumpukan perhatiannya kepada Adam yang sedang gigih mengasingkan sayur di tepi pinggan.

"Eh, kenapa asing-asing tu? Makanlah, tak mati kalau makan sayur tu."

Adam tersentak ditegur Qeisya. Terasa merah muka menahan malu. Dia tersengih sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Sayang tau sayur tu...membazir." ucap Qeisya lagi.

"Bukan apa Sya, kalau sayur-sayur dalam mee macam ni Adam memang tak reti nak makan." Balas Adam jujur.

"Alaa, tak susah pun Adam. Ambik sayur tu, masuk mulut lepastu kunyah-kunyah then telan. Haa, kan senang?"

"Alaa, kalau cakap je memang laa senang. Cuba laa makan kalau nak tau susah ke tak."

"Ish, tak susah pun lah." Qeisya mengambil sayur yang telah diasingkan oleh Adam di sisi pinggan lalu memasukkan ke dalam mulutnya sendiri dengan selamba.

"See? Tak susah pun." Dia kemudiannya mengambil saki baki sayur yang tinggal lalu menyuakan ke mulut Adam. Bagaikan anak kecil yang dipaksa makan oleh ibunya, Adam menutup mulut serapa-rapat yang boleh.

"Ish, tak matilah kalau makan sayur. Jangan membazir laa, Sya pantang tengok orang tak habiskan makanan kat pinggan termasuklah sayur-sayur ni. Kalau tak nak sayur cakap laa awal-awal tadi, tak laa orang masak mee tu letak sayur." Qeisya membebel.

"Alaa sikit je pun bukannya Adam membazir banyak. Ish, Qeisya ni membebel macam mak orang."

Qeisya meletakkan kembali sayur hijau itu di pinggang Adam. Dia merenung Adam sejenak sebelum kembali bersuara.

"Sya memang mak orang pun. Sya ada anak sorang."

Adam membalas pandangan Qeisya. Jelas terlihat wajah Qeisya yang berubah sayu secara tiba-tiba. Adam mula memarahi dirinya sendiri. Risau jika Qeisya terasa dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Tau..." Perlahan saja suara Adam namun cukup jelas di telingan Qeisya.

"Tapi Adam tak kisah. Lain kali kita bawak anak Sya keluar sekali." Adam menyambung ayatnya setelah melihat Qeisya masih berdiam diri. Seketika kemudian, Qeisya memandangnya semula sambil tersenyum. Agak sinis senyumannya.

"Kenapa? Jatuh kesian ke dekat Sya? Muda-muda dah jadi janda anak satu?" Soal Qeisya serius. Matanya tajam memandang Adam.

Adam menepuk dahi. Bukan itu yang dimaksudkannya. Sumpah dia langsung tak berniat begitu.

"Allahu, bukan macam tu Sya. Adam dah memang tau tentang status Qeisya sebelum kita keluar makan. Adam tau tentang kewujudan anak Qeisya tapi Adam tak kisah pun, Adam masih nak berkawan dengan Sya. Ikhlas ni tau. Bukannya sebab kesian atau simpati." Panjang lebar Adam cuba untuk kembali menenangkan Qeisya yang sedikit beremosi.

Qeisya menarik nafas perlahan. Ini kali pertama dia berdepan dengan lelaki lain selain bekas suaminya dulu. Terasa bayangan Hadif yang mempengaruhi jiwanya pada tika itu. Dia memejamkan matanya sejenak bagi mendapatkan ketenangan.

"Sorry..." Ujarnya perlahan.

Adam tersenyum. Lega apabila suara Qeisya tidak lagi menegang. Terasa suasana kembali kepada asal.

"Kenapa nak ajak anak Sya keluar sekali? Adam nak kenal dengan dia ke?" Soal Qeisya. Jarang ada yang mahu bertanya tentang pengarang jantung hatinya itu. Ada pun lelaki lain yang cuba membuka hati Qeisya, langsung tiada yang berani menyebut tentang si kecil kesayangannya. Tapi Adam sudah pun menyebut tentang Adelia pada makan malam pertama mereka. Adakah Adam benar-benar mahu mengenali Adelia atau sekadar mahu mengambil kesempatan?

"Eh, mestilah nak kenal dengan dia. Adam nak berkawan dengan mak dia so mestilah kena berkawan dengan anak dia sekali. Lagipun Adam suka budak." Balas Adam sehabis selamba. Wlaaupun muka Adam merah menahan malu, namun dia tidak mahu menyembunyikan niatnya yang sebenar.

"Her name is Adelia. Dhia Adelia." Qeisya memperkenalkan nama anaknya.

Adam memandang Qeisya sambil tersenyum. Maka fahamlah Adam bahawa Qeisya memberikan lampu hijau untuk terus berkawan dengan dirinya sekaligus dengan si manis Adelia. Niat Adam suci, bukan untuk mensia-siakan peluang yabg diberikan. Adam nekad, Qeisya is the one!

Pencarian Adam untuk mencari penghuni hati telah berakhir tapi Adam tidak mahu terburu-buru. Berikan mereka sedikit ruang dan waktu untuk mengenal hati budi masing-masing. Bukan senang untuk meyakinkan Qeisya, baru sebentar tadi Adam tersilap kata sudah mampu membuatkan Qeisya berubah mood. Barangkali peristiwa lalu masih terlalu jelas di ruangan mata Qeisya.

Kadang-kadang Adam tertanya-tanya sendiri apa kurangnya Qeisya sehingga dia diceraikan? Apa lagi yang suaminya mahu pada ketika itu sedangkan mereka sudah punya anak? Ahh, entahlah. Adam hanya mengisi persoalan itu dengan jawapan nafsu manusia sukar untuk dipuaskan. Ada yang halal memilih yang haram. Moga ada jalan untuknya memiliki hati Qeisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience