Bab 13

Romance Completed 44219

"You, kita couple setahun lebih dah. Sampai bila nak macam ni?" Anis memandang Hadif yang sedang menyandar di sebelahnya.

Hadif merenung Anis lembut. Dirangkulnya bahu Anis supaya merapat dengannya. Anis tersenyum. Senang hatinya apabila berada di dalam pelukan Hadif.

"Okay, now tell me... Apa yang sayang nak?"
Anis tersenyum lagi.

"I nak kita kahwin." balas Anis jujur. Kepalanya sengaja dilentokkan ke dada bidang milik Hadif.
Hadif membelai rambut Anis perlahan. Kahwin? Itu yang Anis inginkan?

"You yakin ke nak jadi isteri I? Maksud I, sayang betul-betul yakin nak hidup dengan I?" Hadif menyoalnya kembali

"Hadif, I yakin dengan pilihan I. Kalau I tak yakin, tak mungkin you berada di sini sekarang. I sayangkan you. I sanggup buat apa saja untuk you."

Hadif senyum. Ya, betul apa yang Anis katakan. Dia memang sayangkan Hadif. Kalau tak, mana mungkin dia boleh berada di dalam rumah Anis. Lebih spesifik di dalam bilik Anis, menyandar di atas katil milik gadis itu.

"I tak nak hilang you." ucap Anis manja. Dada Hadif dikucupnya lembut. Giliran dia pula yang merangkul tubuh Hadif.

"Siapa kata you akan kehilangan I? I am here! I'll never leave you."

"I tak yakin. Kalau tak ada apa-apa ikatan macam ni, I akan sentiasa risau. Yelah, bila-bila masa saja you boleh tinggalkan I. Kalau tak pun, tiba-tiba ada betina lain rampas you daripada I."

Hadif tertawa. Entah betina mana yang Anis risaukan. Tak mungkin ada orang lain yang akan mencintai dia sama seperti Anis.

"Sayang, I bukannya artis sampai ada perempuan lain tergila-gilakan I."

"Alaa, kita tak tau. Entah-entah esok lusa ada perempuan yang lagi hot ke lagi seksi ke datang dekat you, terus you lupakan I." Anis mencebik bibir. Kononnya merajuk. Alah, merajuk manja.

"Sayang, you are smoking hot enough! I tak pandang perempuan lain dah. I janji. Kalau bukan kerana you, tak mungkin I tinggalkan isteri I dulu. Semua tu sebab rasa cinta I pada you jauh lebih utuh. I kotakan janji I masa tu kan? I leave her sebab you. I love you!"

Anis tersenyum lagi. Hadif mencium pipinya lama. Ya, kerana Anis rumah tangga Hadif dan Qeisya mula meretak sebelum.tumbang menyembah bumi.

"Kalau you betul sayangkan I, you ceraikan bini you."

Ya, itulah ayat yang dimuntahkan oleh Anis pada suatu ketika dahulu. Serta-merta Hadif pulang ke rumah dan melafaz cerai kepada Qeisya.

Anis pada awalnya tergamam dengan keputusan Hadif yang sanggup menceraikan Qeisya ketika anak mereka masih lagi merah. Namun, itulah bukti cinta Hadif terhadapnya. Anis menjadi bangga.

Bangga kerana memiliki cinta Hadif yang dirasakan terlalu agung untuknya. Anis jatuh ke dalam pelukan Hadif. Menyerahkan mahkotanya dengan rela sebagai tanda kasih dan sayang. Sebagai tanda menghargai pengorbanan Hadif dan juga sebagai tanda bahawa dia merupakan milik Hadif satu-satunya.

"I sayangkan you." bisik Anis perlahan.

"I sayangkan you lebih lagi." balas Hadif.

"You tak rindukan anak you?"

Serta-merta Hadif melepaskan pelukannya terhadap Anis.

"Anis, you jangan rosakkan mood I please?" ujar Hadif serius.

Anis mula memujuk. Ciuman demi ciuman diberikan sehingga akhirnya Hadif rebah ke dalam pelukan. Ah, hubungan mereka sudah lama seperti suami isteri cuma tiada ikatan yang menghalalkan.

Hadif senang dengan cara yang sebegini. Tidak terlalu terikat. Namun walaupun begitu permintaan dari Anis untuk mengahwininya bukanlah pertama kali diungkapkan.

Hadif hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyunting Anis kerana hatinya benar-benar digenggam.oleh gadis itu.

Hadif tahu Anis sudah tidak sabar untuk selalu berada di sebelahnya. Hadif juga tidak mahu melepaskan Anis dan kerana itu Hadif nekad untuk berkahwin sekali lagi. Kali ini dia yakin, Anis yang terbaik untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience