Bab 3

Romance Completed 44219

"Terima kasih, datang lagi ye." Qeisya tersenyum manis. Dia berasa puas. Walaupun belum layak untuk digelar sebagai usahawan berjaya tapi dia sudah cukup puas.

Kepuasan diraih kerana dia tahu kisah semalam hanya sekadar kenangan. Dia kini tahu bahawa hidupnya bukan lagi untuk mengenang kisah semalam. Kisah hitam yang mampu merobek jiwanya kini disemadikan sedalam-dalamnya.

Lembaran baru harus diberikan tumpuan memandangkan apa yang mendorong Qeisya untuk membuka lembaran itu merupakan hartanya yang paling berharga. Dhia Adelia.

"Ramai pelanggan hari ni, Sya?" Soal Puan Rogayah yang baru saja sampai ke kedai kek milik Qeisya. Adelia tersenyum manis. Menampakkan beberapa batang giginya yang sudah mula tumbuh.

"Boleh tahanlah, bu. Banyak yang buat tempahan untuk birthday kek." balas Qeisya sambil mengagah anaknya. Serta-merta Adelia berpindah tangan.

"Hah, eloklah tu. Berbaloi duit yang ibu laburkan untuk kamu buat modal berniaga."

"Thank you sangat sebab give me your trust, bu. Bukan sikit duit yang ibu laburkan. Tambah lagi dengan duit simpanan Qeisya, akhirnya tadaa! Qeisya's Cake House pun wujud." ujar Qeisya sambil mendepakan tangannya.

"Haa, itulah! Ibu dulu pun risau jugak sebenarnya. Yelah, takut duit yang ibu labur tu jadi lebur. Nasib baik berhasil." Puan Rogayah berseloroh.

Sesungguh hati ibu milik Puan Rogayah benar-benar bahagia melihat perubahan Qeisya. Dia tersentuh dengan kejayaan Qeisya pada hari ini.

Kejayaannya untuk bangkit setelah tersungkur teruk. Kejayaannya untuk menepis kata caci dan hinaan jiran tetangga yang sibuk mempersoalkan tentang Qeisya diceraikan ketika dalam pantang, ketika usia perkahwinan baru setahun. Paling penting adalah kejayaan Qeisya untuk kembali membina kekuatannya. Tanpa kekuatan itu Qeisya masih lagi murung. Adelia juga masih tidak dihiraukan. Syukur Qeisya sudah kembali normal.

"Hahaha, pandailah nak mengata orang."

Sedikit pun Qeisya tidak terasa. Puan Rogayah dah diibaratkan seperti booster kepada Qeisya untuk bangkit.

"Syukurlah, Sya. Dulu ibu pun naik risau tengok kamu macam mayat hidup dekat rumah. Siang malam termenung. Jantung kamu berdegup tapi tubuh kamu dah macam tak ada roh."

"Aik, dulu disamakan kita ni dengan biawak. Sekarang samakan Qeisya dengan mayat hidup pulak?" Qeisya tertawa kecil. Puan Rogayah turut serta.

"Ibu, boleh Qeisya mintak tolong tak?" perlahan saja suara Qeisya. Risau jika permintaannya tidak dapat ditunaikan.

"Nak mintak tolong ape? Kalau Ibu boleh tolong Ibu tolonglah, tapi kalau tak boleh mintak maaflah ye."

"Macam ni, esok Yati dengan Shamim mintak cuti. Yati kena temankan ayah dia ke hospital, Shamim pulak nak balik kampung sebab ade kenduri tahlil. Jadinye, Qeisya kekurangan tenaga dekat kedai ni haa..."

Belum pun sempat Qeisya menghabiskan ayatnya, Puan Rogayah terlebih dahulu menyampuk.

"So nak mintak tolong ke?"

Qeisya tersengih panjang. Tepat sekali tekaan Puan Rogayah.

"Ibu ni buat kek tak reti, Sya. Tapi kalau makan kek tu reti sangat. Kalau ada sijil pengiktirafan untuk kemahiran makan kek, Ibu rasa Ibu layak untuk dapat sijil tertinggi."

Qeisya ketawa nyaring. Terhibur dengan sifat selamba Puan Rogayah. Alahai, loya buruk sungguh!

"Apelah Ibu ni, mana ada sijil merapu macam tu!" ujar Qeisya bersulam tawa yang masih bersisa.

"Yelah, sebab tu Ibu kata kalau ada.... Hah, habis tu nak mintak tolong buat apa?"

"Macam ni, esok ade 5 biji kek Qeisya kena siapkan. Birthday kek so nak kena decorate sikit-sikit supaya nampak cantik, ceria, meriah... So, disebabkan Yati dengan Shamim cuti maka secara tidak langsungnya tinggallah Kak Yana dengan Qeisya je yang ada esok. Qeisya nak mintak tolong ibu jaga bahagian depan. Esok Qeisya akan busy dekat belakang. Kak Yana tak reti nak deco kek mak."

"So, ibu jadi bos? Ish, dengan senang hatinya ibu terima jawatan tersebut, Sya."

"Yeay, thank you my beautiful lady! Sayang Ibu ketat-ketat. Eh, bos!" ujar Qeisya seraya memeluk bahu Puan Rogayah.

Adelia tertawa kecil melihat ibunya memeluk Puan Rogayah. Serta-merta tumpuan Puan Rogayah dan Qeisya jatuh sepenuhnya kepada Adelia yang sedang tertawa.

Cerialah sayang. Senyumlah selalu, penuhilah kesunyian ibu dengan gelak tawamu. Warnailah kegelapan ibu dengan sinar bahagia yang kau bawa. Moga kita sentiasa bersama, Dhia Adelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience