Bab 14

Romance Completed 44219

Puan Suraya dan Encik Hisyam menjenguk ke luar apabila mendengar bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Kedua-dua mereka mengeluh lalu memandang antara satu sama lain.

Hadif keluar dari perut keretanya sambil bersiul. Wah, senang hati nampaknya. Ya, senang dengan layanan yang diberikan oleh kekasih hati, Anis. Sebaik saja melangkah masuk ke rumah, Hadif tergamam. Dua pasang mata memandangnya dengan wajah yang serius.

"Dah kenapa ni?" Hatinya berbisik. Cuak, itu satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaannya pada tika itu. Manakan tidak, kebiasaannya kalau muka kedua-dua orang tuanya serius semacam, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sudahlah Encik Hisyam garang. Walau sebesar semut pun kesalahan yang dilakukan, dia tetap menyinga seolah-olah kesalahan tersebut sebesar gajah. Hadif tak mahu lagi bertumbuk dengan ayahnya. Cukuplah masa dia menceraikan Qeisya dulu, ayahnya naik hantu. Rasa nyawa bagai di hujung tanduk.

"Hah, dah kenapa tercegat macam patung tu? Tak reti bagi salam?"

Hadif terkejut sedikit mendengar suara lantang Encik Hisyam. Puan Suraya memandang Hadif ke atas dan ke bawah.

"Kamu dari mana?"

"Err, Hadif jumpa kawan bu...." jawab Hadif perlahan sambil bersalam dengan ibu dan ayahnya.

"Duduk Hadif, ibu dengan ayah ada benda nak cakap." kata Puan Suraya ketika Hadif bersalam dengan ayahnya. Hadif mengambil tempat di sebelah Puan Suraya.

"Nasib baik ayah duduk kerusi single, kalau tak mau nya aku kena duduk sebelah ayah." Hadif menarik nafas namun tersekat sewaktu melepasnya.

"Sebelum tu, ayah nak tanya kamu. Kawan mana yang kamu jumpa tu?" Encik Hisyam bersuara. Perlahan namun terselit ketegasan di situ.

"Adalah kawan tu ayah. Kawan sama-sama belajar dulu."

"Kawan tu jugak ke yang buat kesan merah dekat leher kamu tu?"

"Shit!" Serta-merta Hadif membetulkan kolar baju agar menutupi kesan tersebut.

"Kamu buat maksiat ke? Hah?!" Encik Hisyam mula meninggikan suaranya. Matanya membuntang memandang Hadif.

"Ya Allah, Hadif! Apa Hadif dah buat? Cakap!"

Giliran Puan Suraya pula yang menyinga.
Kerdil yang Hadif rasakan sekarang. Dua lawan satu, mana mungkin dia boleh menang.

"Ada isteri kau ceraikan, ada yang halal yang haram ini jugak yang kau cari?"

"Ayah, cukuplah! Hadif bukan budak kecik lagilah. Ayah jangan anggap Hadif macam tu boleh tak?"

Serta-merta Encik Hisyam berdiri.

"Oh, kamu bukan budak lagi ye? Habis tu kalau kamu dah besar, tak bermakna kamu bebas bermaksiat!"

"Hadif, kenapa Hadif buat ibu ayah macam ni?" Puan Suraya mula dibanjiri air mata. Encik Hisyam masih lagi serupa singa lapar.

"Ibu, ayah.... Kalau betul ibu ayah nak Hadif berhenti buat semua ni, kahwinkan Hadif."

Serentak Puan Suraya dan Encik Hisyam memandang Hadif.

"Siapa perempuan tu?" soal Encik Hisyam. Nada suaranya mengendur sedikit.

"Anis Suraya."

Sepatah jawapan Hadif namun sudah cukup untuk membuatkan ibunya naik hantu semula. Puan Suraya benar-benar anti dengan nama itu. Puan Suraya tahu dialah punca kemusnahan rumah tangga anaknya suatu ketika dahulu.

Anis Suraya. Gadis yang berperwatakan seksi dan manja. Mana mungkin Puan Suraya boleh lupa. Dikala menantunya sedang menunggu hari untuk berjuang di dewan bersalin, gadis itu muncul dalam kamus hidup Hadif.

Dengan mata kepalanya sendiri dia melihat Anis Suraya memeluk Hadif dan mengucup bibir Hadif sewaktu Anis menghantar Hadif pulang ke rumah. Kedua-kedua mereka tidak perasan bahawa tingkah laku mereka diperhati oleh Puan Suraya disebalik langsir bilik.

Sakit hati Puan Suraya apabila Hadif pulang ke rumah, dengan selamba mencium dahi Qeisya. Kononnya rindu selepas penat bekerja. Ah, drama! Tambah sakit hatinya bila dua bulan kemudian, Qeisya diceraikan tanpa alasan yang kukuh.

"Dah habis ke perempuan dalam.dunia ni sampai perempuan tu jugak yang Hadif gila-gilakan? Ibu tak kan izinkan!" Puan Suraya membantah sekeras-kerasnya. Tak ingin bermenantukan perempuan seperti Anis.

"Ibu, apa yang ibu tak puas hati sangat ni? Ibu tak kenal Anis so ibu tak ada hak nak judge Anis jahat ke, buruk ke atau apa-apa pun dia."

Menggeledak hatinya apabila Puan Suraya menentang hasrat untuk menyunting Anis. Tak habis-habis dengan perasaan benci terhadap Anis.

"Memang! Memang ibu tak puas hati. Kalau perempuan tu yang Hadif nak, ibu tak kan izinkan. Tak ingin ibu bermenantukan orang macam tu. Dah tau kamu tu suami orang, tetap jugak nak cium sana cium sini."

"Apa ibu merapu ni? Hadif bukan berstatus suami orang pun sekarang. So? What is the big deal?" Berkerut dahi Hadif mendengar tutur kata Puan Suraya.

"Sudah, sudah! Cukup! Sekarang giliran ayah pula untuk bercakap." tiba-tiba Encik Hisyam menyampuk setelah lama terdiam. Hampir serentak kedua-dua beranak itu memandang Encik Hisyam.

"Baiklah, kamu kahwinlah dengan siapa pun yang kamu mahukan. Tapi ayah nak ikut adat. Minggu depan kita merisik, lepas tu bertunang. Paling kurang pun setahun. Dalam tempoh setahun tu kamu kena bertahan sebab dugaan orang bertunang ni besar. Dugaan kahwin lagi besar. Kalau kamu boleh tempuh tempoh setahun tu tanpa ada sebarang masalah, maka itu bermakna kamu bersedia untuk tempuh dugaan berkahwin."

Hadif tersenyum. Setahun? Ah, pejam celik tak sedar berlalu. Hadif yakin dia dan Anis boleh menempuh segala macam dugaan kerana sepanjang hubungan mereka terjalin, mereka jarang bergaduh atau bermasam muka. Anis tahu cara memujuk, Hadif faham kehendak Anis. Hadif yakin mereka ialah 'perfecf match'!

Puan Suraya pula menarik muncung. Masam wajahnya..

"Sayang, this is the best for him. Tak kan nak biarkan dia ke hulu ke hilir usung anak dara orang!"

Encik Hisyam cuba membela diri. Ah, muncung-muncung isterinya senang nak bagi normal. Muncung isterinya tak sekeras mana.Cukup dilembutkan dengan pelukan dan sebuah ciuman di dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience