Bab 21

Romance Completed 44291

Hadif Arfie melangkah masuk ke dalam kedai. Semerbak aroma bun, kek dan yang seangkatan dengannya menusuk hidung. Harum, wangi malah membuka selera Hardie secara tiba-tiba. Oh, patutlah Anis menjadikan kedai kek tersebut sebagai pilihannya untuk diberikan amanah membuat kek pertunangan mereka. Jika dari segi aromanya saja sudah mampu memancing selera, apatah lagi rasa dan bentuk kek. Pasti menarik!

Kedai tersebut hanya sederhana besar namun pelanggannya boleh tahan. Masing-masing sedang memilih bun dan roti yang berkenan di hati. Malah terdapat beberapa orang pelanggan sedang memilih dekorasi kek daripada album kek untuk membuat tempahan.

Hadif segera melangkah ke arah seorang gadis di kaunter yang baru saja selesai melayan seorang pelanggan. Senyuman manis diukir oleh gadis tersebut sambil mengucapkan selamat datang. Tertera nama "trainee" pada tag nama yang dipakainya. Oh, bukan pekerja tetap. Hanya pelajar yang sedang menjalankan latihan industri di kedai tersebut.

"Saya datang nak ambik kek yang di tempah atas nama Ayuni." Hadif segera menyatakan hajatnya.

"Oh sekejap ya, encik." Balas si gadis lalu menghilang di sebalik pintu yang tertera tulisan "staf only". Seketika kemudian barulah gadis tersebut muncul bersama seseorang yang cukup dia kenali. Seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya.

"Qeisya." Sepatah keluar dari bibir Hadif. Agak terkejut sebenarnya. Langsung tidak terlintas di fikirannya bahawa kedai itu milik Qeisya, bekas isteri yang ditinggalkan demi Anis. Memang dia pernah mendengar khabar angin tentang Qeisya daripada orang tuanya, namun tidak pula dia menyangka dalam banyak-banyak kedai kek di sekitar itu, kedai Qeisya juga tempat Anis membuat tempahan.

Qeisya cuba mengawal hati. Setelah sekian lama berpisah, inilah kali pertama dia dan Hadif bersua kembali. Qeisya harus profesional.

"Maaf ya, Suraya baru harini masuk kerja so dia masih kurang arif tentang tempahan dan sebagainya tapi tak apa, saya sendiri yang akan uruskan semuanya." Sehabis baik, Qeisya bertutur dengan tenang. Dia melihat buku tempahan yang terkandung nama pelanggan dan tarikh tempahan akan diambil. Ternyata nama Anis Ayuni tertulis di dalamnya dan tarikh hari inilah sepatutnya kek tersebut diambil oleh pelanggan. Tak sangka pula Hadif yang datang sebagai wakil.

"Qeisya, you look different. What is the word? Alah, yang describe tentang gaya tudung you sekarang ni. Hurmm, oh yeah! Hijabista!"

Qeisya sekadar tersenyum. Tak selera untuk menyambung. Dia segera ke arah chiller dan mengeluar kek milik Anis lalu menyerahkannya kepada Hadif.

"Seriously Qeisya, you look stunning." Hadif masih lagi memuji. Sungguh dia amat tertarik dengan penampilan bekas isterinya itu. Sesuai dengan gelarannya yang kini bergelar bussines woman.

"Mana anak I?" Pertanyaan Hadif ternyata menyalakan sumbu amarah Qeisya. Dari merah tapak kaki Dhia Adelia, dia langsung tak pernah menjenguk, tak pernah ambil tahu tentang si kecil itu. Kenapa baru hari ini dia tiba-tiba berminat tentang Dhia Adelia?

"Oh, baru tahu ke you ada anak? Sebelum ni you ingat ke tentang dia?" Separuh berbisik, Qeisya bersuara.

"I memang tak pernah lupa anak kita." Balas Hadif, memandang tepat ke arah Qeisya.

"Anak kita? Tak payah nak guna perkataan kita sedangkan dia cuma ada I sebagai ibu dan ayah."

"I cuma tanya khabar dia, kenapa you nak marah? Lagipun you tak ada hak untuk halang I jumpa dia."

"Eh, I memang tak pernah nak halang you jumpa dia tapi you sendiri yang yatimkan dia. You sendiri yang memilih untuk tak ambil tahu tentang dia." Nada Qeisya tegas namun masih lagi berbisik. Ah, Hadif! Ini bukan masa yang sesuai untuk kau bertanyakan tentang dia.

Qeisya memandang sekeliling risau jika ada yang memerhati tingkah laku mereka berdua. Hadif masih lagi memandangnya. Pandangan Hadif berubah sayu secara tiba-tiba.

"I menyesal dengan perbuatan I. You see, I masih belum ada pengganti. Mungkin kita boleh bina semula apa yang dah hancur sebelum ni?" Ujar Hadif tiba-tiba. Hatinya sayu apabila memikirkan layanan Qeisya terhadapnya. Sikap acuh tak acuh Qeisya pada hari itu ternyata membuatkan jiwanya sakit. Hatinya pedih.

Jika dulu, dialah raja, dialah segalanya. Qeisya tidak pernah melayannya teruk walauoun ketika Qeisya marah sekalipun. Qeisya tetap melayannya dengan penuh santun dan lemah-lembut. Apa pun yang dia minta, pasti akan dituruti sehabis baik. Tapi Qeisya yang ada di depannya kini bukanlah Qeisya yang lalu. Qeisya sudah berubah.

"Hadif, you memang dah gantikan I dengan Anis sejak dari dulu lagi. Sejak dari I masih bergelar isteri you. By the way, selamat menjadi tunangan orang. Terima kasih kerana memilih untuk berurusan dengan kami." Segera Qeisya terus melangkah pergi meninggalkan Hadif tanpa sempat lelaki itu menghalangnya.

Hati lelaki Hadif bagaikan dirobek kejam. Jiwanya terdera dengan layanan dingin Qeisya. Terbit rasa sayangnya terhadap Qeisya secara tiba-tiba. Rasa yang sekian lama tenggelam kini timbul semula lalu menyesakkan dadanya. Kenapa? Kenapa harus wujudnya sayang sedangkan ada Anis yang bertakhta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience