Bab 11

Romance Completed 44219

"Masalah muntah-muntah yang isteri kau alami sekarang ni bukannya luar biasa pun. Takde salah makan atau keracunan. Semua ni gara-gara kau jugak.." ujar Naim serius.

Berkerut dahi Hadif mendengar tutur kata Naim. Mana tak nya, dia yang dikatakan menjadi punca kepada masalah muntah-muntah yang dialami oleh Qeisya. Apa yang dia dah buat?

"Apa salah aku? Aku jaga makan minum dia terbaik tau. Tahap lima bintang gitu."

"Ish, kau ni pun...aku dah kata bukan sebab keracunan makanan."

Qeisya mengambil tempat di sebelah Hadif sambil menguntum senyum terhadap Naim. Hadif memandang Naim serius.

"Dah kenapa Qeisya nak senyum-senyum kat Naim?" Hadif menyoal diri sendiri namun hanya dia yang mendengarnya.

"Ish, lembapnya lahai line kau. Bini kau ngandung, lima minggu." akhirnga Naim berterus-terang. Malas untuk menatap wajah Hadif yang kebingungan.

Serta-merta Hadif teesenyum lebar. Hilang sudah raut wajahnya yang bingung. Tersengih sendiri.

"Aku ingatkan sebab apa rupanya...." Hadif tersengih memandang Qeisya. Jelas kegembiraan di wajahnya.

Qeisya turut bahagia. Bunting pelamin mana nya tak seronok. Tak sempat nak meminta Allah dah bagi rezeki anak. Qeisya benar-benar bersyukur dengan kurniaan ini. Patutlah rasa lain macam. Rupa-rupanya ada si kecil di dalam rahim.

"Tak payah risau, benda ni normal. Perubahan hormon dalam tubuh tu tapi aku ade bagi vitamin untuk Qeisya makan. Haa, jangan tak makan pulak." ujar Naim seraya memandang Qeisya.

Qeisya tersenyum simpul. Naim kenal dia bukan main lama lagi dah, jadi Naim sememangnya sedia maklum Qeisya bukan jenis yang pandai telan ubat. Minum air bergelas-gelas semata-mata nak telan sebiji ubat. Itu pun kadang-kadang jalan kadang-kadang tersekat di kerongkong.

"Okay, thank you my buddy. Tau lah aku nak jaga Qeisya."

"By the way, Sya kau jangan buat kerja berat-berat. Kalau rasa pening rasa nak pitam, bawak-bawaklah baring dulu ye."

"Okay, Naim. Insyaallah Sya akan jaga baby elok-elok. Jangan risau sangatlah."

Senyuman Hadif masih tidak lekang di bibirnya. Perlahan-lahan kedua mereka melangkah keluar dari klinik Naim. Teguh tangan Hadif memimpin Qeisya ke arah kereta.

"Sayang, tak sangka ada baby kita dalam rahim sayang ni." sambil itu tapak tangannya diletakkan di atas perut Qeisya yang masih kempis.

Qeisya tersenyum memandang reaksi suaminya.

"Mudah-mudahan pregnancy journey Sya berjalan dengan indah. Masih terlalu panjang perjalanan ni untuk Sya tempuh."

"Kenapa cakap macam tu? Sya macam tak semangat je."

"Bukan tak semangat tapi itu harapan Sya. Sekarang ni pun Sya dah rasa lemah, tak bermaya, lembik asyik muntah. Nak makan tapi tak boleh telan. Seksa rasanya. I hope everything will be ease after this memandangkan Sya rasa teruk sangat mabuk ni. Kalau sampai ke hujung Sya macam ni, rasanya Sya mungkin tak kuat."

"Sya, itu Sya jangan risau. Kalau Sya lembik, lemah, tak bermaya sekali pun Sya jangan risau. I, as your man will always be by your side. Just tell me what I should do to make you feel better."

Qeisya tersenyum. Bahagia menjalar di segenap ruang hatinya. Ahh, kalau macam ni muntah-muntah sampai sembilan bulan pun dia sanggup kalau Hadif sentiasa ada di sisinya.

"Astaghfirullah..." Qeisya bangun lalu meraup wajahnya.

Tanpa dipinta air matanya mengalir laju. Kenapa? Kenapa harus Hadif yang hadir dalam tidurnya? Kenapa kenangan itu yang muncul dalam mimpinya?

Qeisya lencun dek air mata. Rindu? Ahh, bukan itu rasa yang hadir. Qeisya pasti rindu bukanlah apa yang dia rasa. Sebaliknya yang hadir adalah rasa pedih, perit, sakit, kecewa, marah dan benci. Kesemua rasa ini bercampur menyebabkan jiwa Qeisya rasa terseksa, hatinya pula meredup. Bahagia hanya hadir bila Dhia Adelia gembira.

Serta-merta Qeisya memandang wajah si kecil yang sedang lena. Qeisya menangis lagi. Jatuh kasihan pada si kecil yang diyatimkan oleh ayahnya sendiri.

Qeisya yakin Hadif pasti tidak kenal Dhia yang sekarang. Kali terakhir Hadif pernah bersua dengan Dhia Adelia hampir setahun yang lepas. Semasa proses cerai mereka.

Hampir setahun sudah berlalu namun jiwa Qeisya masih terseksa. Sebak selalu hadir tatkala menatap wajah Dhia Adelia. Ya Allah, bilakah rasa ini akan pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience