Bab 7

Romance Completed 44219

Puan Rogayah serba-salah. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia pura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi nanti anaknya juga yang menjadi mangsa. Tak pasal-pasal reputasi baik kedai anaknya tercemar.

Sudahlah semangat Qeisya baru pulih. Kalau sekali lagi Qeisya diuji, entah apa akan jadi. Jangan-jangan jadi serupa Kassim Selamat, nangis tak henti-henti lepas tu jadi buta. Aduh!

Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mahu tak mahu dia harus jujur. Alah, paling-paling pun Qeisya cuma terkejut. Tak mungkinlah mereka akan berbunuh hanya kerana kesilapan sekecil itu. Puan Rogayah memujuk hati. Nafas ditarik dalam lalu...

"Allah, kenapa baru sekarang nak bagitahu Qeisya?" soal Qeisya lalu mengerling jam di dinding kedai. Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 2 petang.

"Ibu, kalau ibu bagitahu Qeisya awal-awal bolehlah Qeisya call Encik Muazzam untuk mintak maaf. Barulah nampak macam responsible sikit. Sekarang dah pukul 2, entah-entah Encik Muazzam ingat kita sengaja lepas tangan. Why bu? Why? Kenapa baru sekarang nak bagitahu Qeisya?"

"Alaa, baru dapat kekuatan." selamba saja Puan Rogayah menjawab.

Qeisya terlopong. Tak masuk akal langsung. Baru dapat kekuatan? Qeisya memandang Puan Rogayah tanpa berkelip. Menanti pembelaan diri Puan Rogayah yang seterusnya.

"Yelah, nak kena ada kekuatan baru boleh terus-terang. Kalau tak kuat, macam mana telinga ni nak menahan bebelan Qeisya. Bebelan Qeisya pun boleh tahan hebatnya, tau. Menurun Ibu agaknya. Ibu pun hebat membebel."

"Eh, disamakan kita dengan dia pulak. Ibu, kedai Qeisya ni still baru lagi. Encik Muazzam tu antara one of my first customer tau. Ramai pelanggan yang datang selepas tu sebab Encik Muazzam yang recommend kedai Sya. Oh my, mesti Encik Muazzam rasa Qeisya tak ambil peduli, kan?"

Puan Rogayah tidak menafikan kata-kata Qeisya. Ya, beberapa bulan yang lepas Encik Muazzam menjejakkan kakinya ke kedai Qeisya yang baru beroperasi pada hari pertama.

Puan Rogayah tahu Qeisya sangat "menjaga" pelanggannya. Senyuman tidak pernah lekang walaupun pada awalnya emosi Qeisya sendiri masih belum stabil. Namun, senyuman manis Qeisya sentiasa terukir ketika berdepan dengan para pelanggan.

"This is your first day? Wow, no wonder you look happy! Believe me dear, with that smile on your face I am pretty sure you'll capture lot of heart to come over. Trust me, itu merupakan salah satu cara untuk buatkan your customer feel pleasure. Uncle tahu sebab uncle juga usahawan seperti kamu. Oh well, I really hope that you are doing well for your first day." ujar Encik Muazzam dan kata-kata itulah yang Qeisya pegang.

"Maybe Qeisya boleh call Encik Muazzam. Give him something sebagai tanda minta maaf. Apa pendapat ibu?"

Puan Rogayah mengangguk tanda setuju. Jika itu jalan yang Qeisya fikirkan, mungkin itulah yang terbaik.

"Tapi nak bagi apa? Qeisya dah rosakkan kejutan ulang tahun perkahwinan dia.. "

"Haa, apa kata Qeisya bagi kek coklat cheese?" Puan Rogayah memberikan cadangan.

"Haa, good idea! Puan Nora suka kek tu. Setiap kali datang mesti dia akan beli satu. Lagipun ngam jugak untuk buat ganti rugi kek Encik Muazzam." Qeisya mula tersenyum lagi.

Puan Rogayah menarik nafas lega. Senangnya Qeisya terpujuk.

"That cake cost is RM15 so sesuai sangat untuk buat ganti rugi extra charge Encik Muazzam for his cake. Semalam Qeisya ade buat extra charge untuk decoration kat cake Encik Muazzam dalam RM13." Ujar Qeisya lagi.

Walau rasional bagaimanapun yang dia fikirkan, dia tetap perlukan sokongan Puan Rogayah. Selagi mana Puan Rogayah tidak menyatakan sokongannya secara terang-terangan, selagi itu jugalah Qeisya akan mengeluarkan segala isi dan sebab musabab sesuatu keputusan itu diambil.

"Ibu, betul tak bu? Okay tak?" tanya Qeisya untuk kepastian.

Puan Rogayah mengangguk laju seperti burung belatuk. Lega. Hanya itu yang Puan Rogayah rasakan.

"Qeisya akan call dia. Thank you."

Puan Rogayah tersenyum senang. Terlepas beban akibat daripada rasa bersalahnya. Masalah selesai. Oh, indahnya dunia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience