Bab 2

Romance Completed 44219

"Sayang, tak sangka kita nak kahwin dah, kan?" Hadif tersengih panjang. Wajahnya kelihatan ceria.

"Rasa macam tak percaya tapi tinggal dua bulan lagi nak tunggu awak lafaz akad. Jangan tersasul nanti ye?" Qeisya sengaja mengusik.

Kebetulan pula akhir-akhir ini ada saja video pengantin yang viral akibat tersasul ketika lafaz akad. Berdekah juga dibuatnya. Malah kawan mereka sendiri juga tidak ketinggalan. Asyik tergagap. Kecoh apabila dia tergagap menyebut nama bakal isteri. Akibat gagap, nama bakal isteri pun dah tak serupa nama, maunya tak kecoh!

"Alaa, this is Hadif Arfie. Hadif akan buat yang terbaik. Everything akan perfect! Don't worry, sayang" balas Hadif dengan penuh yakin.

"Yelah, sayang. Kalau tak perfect pun tak apa, yang penting lepas tu saya sah jadi isteri awak."

"Eh, of course! Tak kanlah orang lain pulak yang jadi isteri saya. Kot jiran sebelah pulak yang sah jadi isteri saya. Eh, pelik tu." Hadif ketawa kecil.

Lucu pula apabila dia terbayangkan situasi itu. Tak mungkinlah dia gementar masa lafaz akad nanti sampai tersebut nama jiran sebelah dan bukannya Qeisya Irdina. Nonsense!

"Merepeklah awak ni!" Qeisya turut ketawa. Tercuit hatinya. Terasa semakin sayang.

"Eh, saya pulak yang merepek. Dia yang merapu kita pulak yang dikatanya merepek."

Qeisya membesarkan matanya apabila dia dikatakan merapu. Alah, bukannya dia marah pun. Sekadar mengada.

"Hah, besar lagi mata tu. Macamlah saya takut. Makin jatuh cinta saya dibuatnya. Masuk kali ni entah kali ke berapa dah saya jatuh cinta."

Qeisya tersenyum bahagia. Sungguh, dia tidak sabar untuk hidup bersama lelaki itu. Tidak sabar untuk menghabiskan hidupnya bersama Hadif. Tidak sabar untuk menjadi yang halal buat Hadif. Ah, segala-galanya tentang Hadif.

"Dah kenapa dok termenung jauh tu, Qeisya?"

Gelombang suara Puan Rogayah mematikan lamunan Qeisya. Serta-merta dirinya meninggalkan masa silam.

"Muka dah macam biawak asyik nangis. Bawak-bawaklah senyum barulah serupa manusia."

Qeisya tersenyum pahit. Tercuit sedikit hatinya apabila Puan Rogayah menyamakan dia dengan biawak.

"Apalah ibu ni. Tak patut tau samakan Qeisya dengan biawak."

"Dah muka kamu serupa gitu. Ni ibu nak cakap, kamu dengar elok-elok. Tutup telinga belah kiri kamu tu supaya nanti tak keluar. Ibu tak nak nanti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri."

Qeisya membetulkan duduknya. Namun dia masih menunduk. Tidak mempunyai kekuatan untuk bertentang mata dengan ibunya.

"Qeisya, kamu tu hilang laki je bukannya hilang anak. Hilang laki kamu boleh cari baru. Hilang anak belum tentu boleh senang-senang nak cari. Hah, buat anak senang tapi nak pastikan anak tu jadi bukan kerja kita. Ni hah, cuba kamu tengok muka anak kamu ni. Tak kesian ke? Kalau kamu asyik termenung, macam manalah Adelia ni nak dapat kasih sayang kamu? Jangan nanti kamu menyesal."

Panjang lebar Puan Rogayah berleter. Menasihati satu-satunya anak kesayangan. Bukan sekali, malah sudah berkali-kali dia cuba untuk menaikkan semangat Qeisya sampaikan dia buntu. Kehabisan idea untuk memberikan ceramah, motivasi dan yang seangkatan dengannya. Harapannya cuma satu, agar Qeisya mampu bangkit.

"Alolo, kesian cucu opah. Udahlah hilang kasih ayahnya, kasih ibu pun tak dapat. Tak apalah cu, opah ada." ujar Puan Rogayah selamba apabila Qeisya tidak memberikan sebarang respon.

Berdesing telinga Qeisya dek kata-kata ibunya. Ada benarnya apa yang dikatakan tapi entah kenapa hatinya terasa tidak cukup kuat untuk bangkit. Kenapa dia selemah itu?

Hadif, entah apa yang kau buat sekarang. Tidak ingatkah kau tentang Adelia? Nafkah Adelia kau abaikan. Entah hidup entahkan mati Hadif, Qeisya tak tahu.

Qeisya menjatuhkan pandang pada Adelia yang sedang selesa berbaring di pangkuan opahnya. Terbit rasa bersalah terhadap puteri kecil itu.

Sudah dua bulan Qeisya murung, maknanya sudah dua bulan jugalah Adelia diabaikan. Bukan dari segi kasih sayang semata-mata, malah segala-galanya. Puan Rogayah yang menjaga makan pakai Adelia sepanjang tempoh itu.

"Adelia, berdosanya ibu. Salurkan kekuatan untuk ibu, sayang. Kamulah satu-satunya penyebab ibu masih di sini. Kamulah punca ibu masih bernafas. Maafkan ibu kerana terlalu lemah."

Getus Qeisya dalam hati. Rasa bersalah mula menggunung. Dia harus bangkit demi Adelia. Untuk kesekian kalinya, empangan air mata runtuh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience