Bab 12

Romance Completed 44291

Adam menahan debaran dadanya. Aneh. Satu perasaan yang sangat aneh. Hanya kerana satu pertemuan, Adam kini dihantui satu perasaan yang sangat aneh. Penyakit apakah ini?

Antara simptom yang dialami oleh Adam ialah selalu berdebar, kadang-kala termalu sendiri, malah ada waktunya boleh pula tersenyum sendiri. Ahh, inilah penyakit gila bayang. Gara-gara sejenis virus yang digelar cinta pandang pertama.

Adam menarik nafas panjang. Membetulkan kolar baju yang sememangnya tiada cacat-celanya lalu dikumpulkan segala keyakinan untuk melangkah keluar dari kereta dan menapak masuk ke kedai kek milik Qeisya.

Ting! Loceng berbunyi sebaik sahaja pintu kedai dibuka. Serta-merta Qeisya memandang ke arah pintu. Adam terpaku. Bagaikan dibawa ke sebuah alam yang lain.

"Selamat datang, Encik. Boleh saya bantu?"

Qeisya menyapa Adam sebagaimana dia menyapa pelanggannya yang lain. Senyuman mesra sentiasa terukir indah untuk pelanggannya.

Namun serta-merta wajah Qeisya merona merah. Lelaki yang baru melangkah masuk ke kedainya itu....

"Bukankah ini anak Encik Muazzam? Kenapa dia datang sini? Ya ampun, dia tak tau ke aku malu tengok dia?" Qeisya berbisik sendiri. Peristiwa yang lepas menjelma kembali. Mengundang rasa malu yang amat.

"Cik... Err..." Adam tergagap. Serba-salah nak bercakap ke tidak. Qeisya langsung tak memandang malah sentiasa melarikan anak matanya agar tidak bertentang. Ish, tak boleh jadi ni.

"Cik, saya nak oder kek. Cik nak ambik oder saya ke tak?" ujar Adam penuh yakin setelah nafas panjang di curi secara senyap.

"Oh ya, ya... Hmm, nak oder kek apa ye?" Pantas tangan Qeisya mengambil kertas dan pen.

Namun dia masih menunduk, berpura-pura sibuk hendak mencatat.

"Saya nak kek hari lahir. Simple deco should be nice."

"Nak letak nama atas kek ke tak?"

"Hmm, tak payah. Tulis selamat hari lahir saja pun dah cukup. Hias kek dengan bunga-bunga je pun dah kira boleh dah. Takde special request. Esok saya datang ambik, boleh?"

Qeisya mengangguk faham. Senyap. Tidak banyak perkataan yang keluar dari mulut Qeisya ketika berdepan dengan Adam. Kalau boleh mahu saja dia menyorok bawah kaunter tapi apa boleh buat, kalau dia dah menyorok bawah kaunter, siapa pulak yang nak handle mamat sorang ni?

"Boleh saya dapatkan nombor telefon cik?"

"Hah?" Automatik Qeisya mengangkat kepalanya.

"Eh, jangan salah faham. Saya nak nombor telefon cik tu supaya senang saya nak hubungi cik kalau-kalau saya nak ambik kek tu nanti. It is just for...business matter."

"Oh, macam tu ya... Ni kad saya, kalau ada apa-apa Encik boleh call terus nombor yang tertera. Oh ya, boleh saya tau tempahan ni dibuat atas nama siapa ya?"

"Adam Ar-Wardi. Lepas ni jangan panggil saya Encik, terlalu formal. Saya tak suka."

Qeisya hanya mengangguk perlahan. Pelik, itulah apa yang Qeisya rasa sekarang ini. Bukankah lelaki ini adalah lelaki yang sama di rumah Encik Muazzam? Kenapa lain benar cara dan gayanya?

"Err...okay. Terima kasih ya Encik Adam Ar-Wardi. Semuanya RM35."

"Miss, panggil saya Adam sahaja. Buang perkataan Encik tu.." Balas Adam, tersenyum sambil mengeluarkan duit dari dompetnya.

Debaran di dada masih dalam.kawalan. Apa yang pasti dia mampu berlagak normal di depan Qeisya. Itu yang paling penting!

"Terima kasih. Ini resit Encik... Eh, resit Adam. Esok kalau datang nak ambik kek sila tunjukkan resit ni ye? Jangan hilangkan sebab tu bukti pembayaran."

Ahh, Qeisya terlalu serius. Qeisya membataskan perbualan mereka hanya kepada urusan jual beli semata-mata.

"Hmm, okay. Nombor telefon yang ada dekat kad ni memang boleh dihubungi ke?" Soal Adam untuk kepastian.

"Ya, boleh contact saya melalui nombor tu. For business matter memang saya guna nombor tu."

Adam senyum seraya mengangguk tanda faham.

"Tak apa Adam, hari ni kau dah dapat nombor telefon dia walaupun untuk urusan bisnes semata-mata. Nanti-nanti barulah kau akan dapat nombor telefon personal dia pulak., lepas tu baru dapatkan cinta dia. Rilek jangan gelojoh." Suara hati Adam berbicara. Sekaligus memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Adam kemudiannya berjalan keluar dari kedai dengan hati yang berbunga mekar. Terasa hatinya punya taman secara tiba-tiba.

Matahari yang memancar sudah tak terasa panasnya. Terasa indah dunia secara tiba-tiba.
Ahh, sudah! Anak bujang Encik Muazzam disahkan menghidap penyakit angau.

Penyakit ini boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom yang ditunjukkan olehnya. Malah terlampau jelas dia dijangkiti penyakit ini.

Secara tiba-tiba, Adam merasakan dia berada di tahap yang sangat kronik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience