Bab 59

Romance Completed 44291

Wajah mendung Puan Suraya dan Encik Hisyam jelas terpancar tanpa mampu diselindung sama sekali walaupun mereka berdua cuba untuk mengukir senyum kepada para tamu. Puan Rogayah segera melangkah ke arah bekas besannya. Tidak lama mereka bersapa sebelum tangis mereka bergabung menambahkan lagi pilu. Adam melangkah ke arah Encik Hisyam. Mereka bersalaman dan berbual. Sesekali kelihatan Encik Hisyam cuba menghapuskan air mata yang hampir mencemar wajahnya. Adam mengusap perlahan belakang Encik Hisyam. Qeisya pula bagaikan terkaku saat dia mengerling pada sekujur tubuh yang terbaring di ruang tamu yang telah dikosongkan. Hanya sekujur tubuh milik Hadif yang terbaring di situ ditemani oleh beberapa kenalan dan ahli keluarganya yang sedang membacakan Yaasin untuk disedekahkan kepada arwah Hadif.

"Bawalah Adelia melihat wajah arwah buat kali terakhir." Puan Rogayah muncul di depannya bersama Puan Suraya.

Qeisya memeluk wanita itu erat. Sekali lagi Puan Suraya menangis. Hatinya bukan saja sedih kerana kehilangan si anak, namun jiwanya turut runtuh. Teringat tentang besarnya keinginan Hadif untuk mendapatkan semula Qesiya, menyatu kembali kasih yang terputus di tengah jalan. Kecewanya hati apabila perjuangan itu tidak membuahkan sebarang hasil malah sebuah perjuangan baru pula muncul. Perjuangan untuk terus normal seperti insan lain tapi sayang sekali lagi dia tewas dengan permainan mental dan emosi yang sering berkecamuk.

Qeisya melepaskan pelukannya lalu mengesat wajah bekas mertuanya itu. Qesiya mendukung Adelia mendekati sekujur tubuh kaku yang berselimut putih. Hatinta berdedup kencang. Tidak sanggup rasanya untuk menatap wajah Hadif yang tidak lagi bernyawa. Kenapalah begini akhirnya?

Puan Rogayah mendekat. Ini kali terakhir mereka akan melihat Hadif di depan mata. Sebaik saja jenazah itu disemadikan, hanya gambar dan kenangan yang jadi penawar.

"Adelia, nak tengok ayah?" Tanya Puan Rogayah.

Adelia yang tidak faham dengan situasi itu sekadar membalas soalan Puan Rogayah dengan pandangan yang penuh persoalan.

"Ayah? Itu ayah." Kata Adelia sambil menunjuk ke arah Adam.

"Ya, sayang. Itu ayah Adam tapi ini ayah Hadif."

"Haaa..." Adelia mengangguk. Sungguh nama Hadif tidak asing didengarnya cuma dia tidak pasti siapa empunnya nama tersebut. Tiada langsung bayangan pemilik nama itu di dalam kotak memorinya.

Perlahan-lahan Puan Rogayah  membuka sedikit kain putih yang menutup wajah Hadif. Memberi ruang kepada Adelia untuk menatap wajah ayah kandungnya buat kali terakhir.

"Oh, ayah Hadif tengah tidur. Nenek jangan kacau." Adelia memberi amaran jangan bising dengan mendekatkan jari telunjuk di bibirnya.

"Tak, sayang. Ayah Hadif dah tak ada. Lepas ni Adelia dah tak boleh nak jumpa Ayah hadif." Qeisya cuba untuk menerangkan situasi tersebut.

"Ada, tu tengah tidur." balas Adelia.

"Ya, dia nak tidur panjang. Dia tak bangun dah."

Adelia mengangguk. Entah faham entah tidak, namun tiada lagi sebarang persoalan yang keluar daripada bibir si kecil itu. Ah, tak apalah. Nak jelaskan macam mana lagi kalau setakat itu saja pemahaman dia.

Setelah selesai segala urusan pengembumian, Qeisya meminta diri untuk pulang. Terasa sakit pula pinggangnya selepas seharian tidak merehatkan tubuh. Keadaan perutnya yang semakin membulat menambahkan lagi rasa penat dan sakit itu.

"Sayang okay?" Adam menyoal Qeisya di sebelahnya. Sudah beberapa kali dia mendengar Qeisya mengeluh.

"Okay je... Cuma sakit pinggang ni. Penat, lenguh, sakit...semua ada. Tak sabar rasanya nak sampai rumah. Nak baring-baring, rileks-rileks." balas Qeisya.

"Kamu berapa bulan dah, Sya?" Puan Rogayah menyampuk.

"7 bulan lebih. Aduh, lenguhnya." Qeisya mengeluh lagi.

"Nak bersalin?" Adam cuak.
g!
"Bersalin apanya pulak? Orang penat je laa..." Qeisya tergelak. Ah, diluarnya dia tergelak padahal hatinya pun seriau. Macam mana kalau betul apa yang Adam kata? Lenguh dan sakit pada bahagian pinggangnya lain daripada apa yang pernah dia alami sebelum ini. Dalam pada dia berkira-kira, tiba-tiba dia merasakan bagaikan ada satu letupan kecil.

"Ke hospital sekarang!" Qeisya menjerit. Adam yang tak tahu apa-apa mula kebingungan. Dah kenapa nak ke hospital sedangkan tadi Qeisya juga yang kata dia cuma lenguh dan penat. Teruk sangat ke rasa lenguh tu sampaikan perlu ke hospital?

"Kenapa, Sya?" Tanya Puan Rogayah yang turut hairan dengan arahan yang diberikan oleh Qeisya.

"Air ketuban pecah."

Adam terkejut. Dah kenapa pecah ketuban pula? Bukankah baru tujuh bulan usia kandungan isterinya?

"Tengok apa? Tengok depanlah, bang." tutur Qeisya kepada Adam.

"Nak bersalin dah ke?" Soal Adam lagi.

"Ya Allah, kalau ketuban dah pecah tu tanda nak bersalin dah tu. Cepat Adam terus ke hospital!" Giliran Puan Rogayah pula memberikan arahan. Risau pula dengan keadaan Qeisya. Sudahlah kandungannya belum cukup matang, boleh pula terpecah air ketuban dalam kereta.

"Ke hospital ke?" Tanya Adam lagi. Dia benar-benar buntu. Fikirannya pula tiba-tiba kosong. Hatinya cuak lain macam menyebabkan dia rasa macam tak tahu nak buat apa.

"Ya, hospital!" serentak Qeisya dan ibunya membalas soalan Adam yang entah apa-apa. Adam mengangguk laju. Dia menekan pedal minyak bagi menambah kelajuan. Hatinya berdebar lain macam. Adakah hari ini merupakan hari di mana dia akan bertemu dengan anaknya? Adakah hari ini merupakan hari di mana dia akan menggendong malaikat kecil yang selama ini menjadi penghuni rahim isterinya? Ah, Adam teruja! My son is coming! Jerit Adam di dalam Hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience