Bab 22

Romance Completed 44291

"Ini nombor bilik encik, 431. Bellboy kami akan tunjukkan arah bilik encik." Gadis manis yang memakai tag nama Syida itu memberikan kad kunci bilik sambil tersenyum mesra.

"Thanks. Garden view macam yang I request?" Tanya Hadif. Kalau boleh dia mahu segalanya sempurna.

" Ya, encik. Oh, dan jangan lupa garden candle light dinner encik pukul 8 malam ni."

"Hah, great! Thank you." Balas Hadif sambil tersenyum.

"Sayang, come." Dia memanggil Qeisya yang sedang duduk di kerusi lobby. Segera dia mengatur langkah berjalan seiringan. Ah, mereka sangat bahagia. Segalanya sangat indah.

"Wah, cantiknya bilik ni." Ucap Qeisya sebaik saja mereka tiba di bilik hotel tersebut. Hiasan yang ringkas dengan suasana cahaya malap benar-benar menenangkan. Diserikan lagi dengan taburan bunga ros di atas katil. Gubahan tuala yang digubah seperti angsa juga tampak menarik. Dia membuka tirai tingkap, sekali lagi hatinya tertarik dengan keindahan pemandangan taman bunga yang dihiasi dengan indahnya bunga orkid dan kolam buatan beserta air terjun buatan. Bunyi air terjun tersebut menambahkan lagi suasana damai dan tenang.

"Sayang suka tak?" Tanya Hadif sambil merangkul pinggang Qeisya.

"I love it! Thank you sayang." Balas Qeisya lalu menghadiahkan sebuah kucupan mesra di pipi Hadif. Bagaikan mimpi menjadi realiti, dia kini berada di dalam dakapan Hadif.

Hadif memandang anak mata Qeisya sedalam-dalamnya. Senyuman masih lagi menguntum manis. Kedua-duanya bagaikan hanyut dalam lembah asmara masing-masing. Jiwa mereka bergelora dengan rasa cinta yang tiada sempadan.

"I'll always love you." Bisik Hadif di telinga Qeisya.

"Me too."

Suara Qeisya yang berbisik memukul lembut gegendang telinga Hadif. Namun lama kelamaan bisikan itu menjadi semakin kuat. Suasana menjadi gelap seketika namun suara Qeisya masih lagi bergema.

Serta-merta Hadif terduduk. Dia meraup wajahnya. Cuba untuk mententeramkan jiwa yang gundah. Ah, dia bermimpi rupanya. Hadif kembali merebahkan tubuhnya. Niat dihati untuk menyambung lena yang terganggu namun semakin kuat dia mencuba, semakin jelas bayangan wajah Qeisya menerpa.

"Ish, dah kenapa aku ni?" Marah Hadif pada diri sendiri seraya terduduk sekali lagi. Dia akhirnya bangun lalu membasuh wajahnya dengan harapan bayangan wajah Qeisya terut menghilang. Hadif mengambil kain tuala lalu mengelap mukanya yang basah. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu melangkah ke arah balkoni.

Angin petang menyapa lembut wajah. Terasa segar. Dia memeriksa telefon bimbitnya dan ternyata terdapat lima panggilan tidak dijawab daripada Anis Ayuni. Bertubi-tubi pesanan masuk melalui aplikasi whatapps. Hadif hanya membiarkan saja. Dia sudah boleh menjangka siapa gerangan yang menghantar pesanan tersebut. Tidak lama kemudian, telefonnya bergetar lagi.

"Hello, sayang! You pergi mana tak angkat telefon? Telefon tu ada buat apa? Kenapa tak buka whatapps?" Belum sempat Hadif menjawab, bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Anis.

"I baru bangun tidur."

"Tidur? Ya ampun, malam ni majlis pertunangan kita, you still boleh rilek? Boleh tidur?"

"Dah tu you nak I buat apa? Majlis kita kan malam ni, bukannya petang ni. Chill sayang."

" Alah you ni, semua benda you pandang remeh je. You buatlah apa yang patut. Ready untuk majlis kita." Anis Ayuni membebel di hujung talian.

"Haa, yelah." Balas Hadif pendek. Kalau panjang balasnya maka lagi panjang bebelan si buah hati.

Panggilan ditamatkan tidak lama kemudian. Hadif kembali semula ke dalam bilik lalu merebahkan badannya. Sekali lagi bayangan Qeisya menjelma. Serta-merta fikirannya melayang lalu mencampakkan dirinya ke alam nostalgia yang amat memeritkan.

Bayangan Qeisya yang merayu supaya tidak ditinggalkan begitu jelas di ruang matanya. Begitu juga bunyi tangisan anak yang baru berusia seminggu. Segala-galanya begitu jelas dan nyata. Tiba-tiba Hadif berasa sebak. Kesal dengan perbuatannya sendiri. Menjadikan Qeisya dan anaknya mangsa kepada rakusnya nafsu terhadap Anis Ayuni.

Hanya dia tahu punca dia melepaskan Qeisya. Hanya dia tahu luluhnya hati ketika menyaksikan air mata Qeisya jatuh pada malam dia melafazkan cerai tapi dia terpaksa. Sedaya upaya dia menunjukkan ego agar tidak langsung air matanya jatuh.

"Sayang, I'm pregnant." Masih terngiang-ngiang suara perempuan simpanannya pada tika itu. Masih jelas saat Anis Ayuni menunjukkan alat tersebut. Jelas dua garisan terpapar pada alat kecil yang berada di tangan Anis.

Hadif buntu. Dia harus memilih antara Qeisya atau Anis. Qeisya baru saja melahirkan zuriatnya namun Anis juga sedang mengandungkan benihnya. Keadaan Anis yang mabuk teruk dan selalu pitam-pitam memerlukan Hadif untuk selalu berada di sisinya. Hadif berbelah bahagi. Hatinya menyayangi Qeisya namun dalam masa yang sama tidak mungkin dia akan membiarkan Anis terkontang-kanting sendiri. Dia harus bertanggungjawab lalu dia memilih untuk melepaskan tanggungjawabnya terhadap Qeisya dan memilih Anis.

Malangnya kandungan Anis tidak bertahan lama apabila disahkan gugur pada usia tiga bulan. Hadif memutuskan untuk terus bersama Anis memandangkan Qeisya sudah pun sah diceraikan. Dia juga tidak punya kekuatan untuk menjenguk anaknya kerana rasa bersalah yang terbit membuatkan dia malu untuk berdepan dengan Qeisya dan anaknya. Akhirnya Hadif memilih untuk melupakan mereka.

Namun pertemuan yang tidak dijangka pagi tadi benar-benar membuatkan dia sedar tentang rasa cinta yang masih tersisa untuk Qeisya. Hadif keliru, dia sepatutnya fokus pada majlisnya malam nanti namun hatinya kini berbolak bahagi.
Bagi Hadif, masih belum terlambat untuk memujuk Qeisya sebelum dia benar-benar menikahi Anis tapi adakah Qeisya sudi menerimanya kembali? Layanan dingin Qeisya seolah-olah menidakkan semuanya namun bolehkah dia mengalah sebelum berjuang? Hadif buntu, hadif keliru. Dia tidak tahu langkah apa yang mesti diambil. Qeisya atau Anis? Perjuangkan atau lupakan saja? Ah, dia benar-benar tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience