Bab 32

Romance Completed 44219

"Adam..." Qeisya menangis semahu-mahunya. Penat sudah Adam memujuk namun Qeisya masih dengan pendiriannya. Qeisya mahu Adam melupakannya. Mudah bagi Qeisya mengucapkan namun berat bagi Adam memenuhi permintaan Qeisya.

"Sya, jangan buat Adam macam ni. Adam ikhlas sayangkan Qeisya." Adam merayu lagi. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia bertemu secara empat mata namun keadaan Qeisya yang segan kerana peristiwa yang lepas membatalkan niatnya. Adam tidak mahu terlalu memaksa. Sudah cukuplah Qeisya tertekan kerana Hadif, jangan pula kerana dia.

"Adam betul-betul sayangkan Sya. Ni semua ikhlas dari hati Adam. Berhenti tuduh Adam simpati, cuba buka mata hati Qeisya agar boleh nampak niat sebenar Adam." Adam mengeluh berat. Buntu untuk meyakinkan Qeisya yang terus menerus mengatakan dia keliru tentang perasaannya sendiri, sama ada benar-benar sayang atau jatuh sayang kerana kesian melihat arus kehidupan Qeisya yang penuh onak dan duri.

"Adam, just take a try to forget everything about me. Adam tak cuba, mana Adam tahu." Dalam sendu Qeisya menutur kata.

"Adam kenal Qeisya saat Qeisya baru bangkit. Hidup Qeisya dihempap dugaan yang sangat berat. Adam tahu tentang tu, sebab tu Adam dekatkan diri. Adam jangan keliru tentang punca utama kita rapat. Adam selalu cakap Adam akan jadi kawan untuk Qeisya bersandar, kan? Adam kata Adam sudi pinjamkan bahu sebagai tempat Qeisya melepaskan tangis. Ingat tak? Semuanya berdasarkan sebuah persahabatan saja."

Adam meraup wajahnya. Memang benar dia selalu mengungkapkan kata-kata itu namun dia sememangnya sudah tertarik pada Qeisya, bukan pada kisah hidup Qeisya. Dia bersama Qeisya bukan kerana simpati yang menggunung, sebaliknya kerana sayang yang tumpah secara tiba-tiba pada seseorang yang dia baru kenal.

"Sya, memang Adam selalu kata macam tu. Tapi fikir logik laa sayang. Tak kanlah Adam terus nak jadikan Qeisya girlfriend sebaik saja Adam kenal Qeisya. Lagilah Qeisya akan tolak Adam sebab Qeisya tak kenal, entah anak siapa, tiba-tiba datang jumpa Qeisya terus kata nak jadi boyfriend. Tak ke gila tu?"

Bergetar hati Qeisya mendengar Adam menyebut perkataan 'sayang'. Kalau boleh dia mahu mendengarnya selalu namun Qeisya tidak mahu Adam terlibat lagi dalam masalahnya. Cukuplah malam itu Adam menjadi penyelamatnya. Cukuplah malam itu Adam bertumbuk dengan Hadif gara-gara dia. Adam sudah menyaksikan lebih dari apa yang sepatutnya dia tahu. Bila diingatkan kembali, dia jadi malu. Adam sudah pun melihat rambut yang selama ini disembunyiakn disebalik tudung. Malah jari mereka bertaut pada malam kejadian. Selama ini Qeisya menjaga batas mereka sebaik mungkin, namun malam itu dia hanya membiarkan tangannya di pegang Adam.

Kata-kata nista yang dilemparkan Hadif juga menjadi punca Qeisya malu untuk berhadapan dengan Adam. Ya, memang benar. Adam layak mendapat cinta dari seseorang yang jauh lebih baik dari dia. Anak dara dan bukannya janda anak satu.

"Qeisya, sedikit pun Qeisya tak rasa cinta Adam ke? Sedikit pun Qeisya tak nampak ke sayang Adam yang hadir untuk Qeisya dan Adelia?" Dengan nada kecewa, suara Adam kedengaran lemah.

"No, I can't see any love."

"Yes, memang Qeisya tak nampak sebab Qeisya tak cuba untuk bukakan hati Qeisya untuk Adam. Malah Adam tak dapat nak tunjukkan sebab Adam tak ada kesempatan untuk tunjukkan cinta Adam ni. Qeisya tak benarkan, macam mana Adam nak tunjukkan? Tapi Adam harap Qeisya dapat rasa tentang getaran cinta ni. Jujur sayang, betul ke Sya tak rasakan apa-apa?" Adam meminta kepastian.

Qeisya terdiam sejenak. Ya, kadang-kala ada ketikanya dia dapat merasakan apa yang Adam rasa. Mungkin benar, dia yang terlalu berjaga-jaga sehinggakan hatinya juga tidak tidak dibenarkan untuk merasa cinta yang disampaikan oleh Adam. Hatinya dingin walaupun sebenarnya dia bahagia dengan kehadiran Adam. Ya, yang bermasalah bukannya Adam tapi dia.

"Maaf Adam, mungkin bukan jodoh kita."

"Tak, jodoh kita tidak sampai disebabkan kedegilan hati Qeisya."

"Adam, cukuplah! Qeisya penat tau tak? Fikiran Qeisya pun serabut sangat dah ni."

"See? Qeisya yang lari dari masalah. Alang-alang dah serabut kenapa tak nak selesaikannya terus? Kenapa harus berhenti di tengah jalan? Come on, Qeisya. I'll always be by your side."

"Sudahlah, Adam! Sekarang ni pun Qeisya tengah cuba untuk kurangkan masalah Qeisya tau tak? Cukup-cukuplah Hadif muncul sebagai masalah, mana lagi nak fikir tentang Adam pulak. Banyak sangat masalah yang Sya kena settle. Penat, serabut tau tak?"

"So, Qeisya pun serabut ke fikir tentang Adam?"
Pertanyaan Adam dibiarkan tanpa jawab. Tidak tahu bagaimana harus merespon Adam yang kedengaran berjauh hati.

"Adam ingatkan Qeisya akan berjuang macam mana Qeisya pernah berjuang sebelum ni. Adam ada di sebelah supaya Qeisya tahu yang Adam ada untuk menyokong Qeisya tapi tak sangka pula, Adam dianggap sebagai masalah. Maaf ye sebab dah buat Qeisya serabut dengan kehadiran Adam. From now, Adam tak kan paksa Qeisya dah. Gunakan ruang dan peluang ni untuk selesaikan masalah Qeisya ya, sayang?"

Qeisya masih lagi membisu bersulam air mata. Panggilan dimatikan oleh Adam. Oh, beratnya rasa pilu yang ditanggung Qeisya. Tiba-tiba dia merasakan Adan akan pergi meninggalkan dia sendiri. Tapi silap dia juga, terlalu berkeras hati sedangnya sering tersenyum ketika bersama Adam. Entah apa kurangnya Adam, sehinggakan dia masih menolak cintanya. Eh, tak! Kekurangan itu bukan pada Adam tapi pada dia. Adam sempurna, hanya dia yang memiliii kekurangan itu. Qeisya merebahkan dirinya. Dia menangis sepuas-puasnya. Selepas ini dia berjanji untuk tidak menangis lagi. Dia akan tabah, dia akan cekal. Tiada lagi tangisan. Qeisya akhirnya terlelap dalam sisa tangisnya sendiri.

Entah berapa lama dia terlelap, dia sendiri pun tak tahu. Bunyi loceng pintu yang bertalu membuatkan dia terjaga. Jam di dinding dikerling. Ah, pukul 10 pagi. Patutlah ibunya tiada di rumah. Mesti Puan Rogayah sudah ke kedai ditemani si kecil Adelia.

Qeisya bangun lalu membetulkan rambutnya. Matanya yang sembab di sorok dengan sedikit make up. Seusai itu dia mencapai selendang dan membaluti kepalanya. Qeisya berlari-lari untuk membuka pintu namun sebaik saja dia mengenal pasti siapa tetamunya, segra dia menutup semula pintu namun ternyata tetamunya lebih pantas. Dia menahan pintu yang ditolak Qeisya agar tidak tertutup.

"Qeiya, I minta maaf! I merayu tolong maafkan I." Hadif memohon maaf.

"I dah maafkan. Dah, pergi dari sini."

"Tak, you tak maafkan I. Cara you usir I sekarang ni pun dah cukup sebagai bukti."

"I tak nak ada sebarang urusan dengan you."

"Sya..." Suara Hadif mula lemah. Dia berhenti berbalas tolakan pintu menyebabkan Qeisya berjaya menutup pintu.

"Sya, I tak kan berganjak dari depan rumah you kalau you tak nak bercakap dengan I."

"Terpulanglah, Hadif. Stay laa selama mana." Balas Qeisya lalu berlalu ke dapur. Terasa perutnya berkeroncong meminta untuk diisi. Dia mula membakar roti untuk dijadikan santapan. Air coklat panas menjadi pilihan untuk membasah anak tekaknya. Sedar tak sedar dia menghabiskan hampir sejam di dalam dapur termasuk dengan mengemas seusai makan. Dia menjenguk pintu melalui tingkap yang berada berdekatan, ternyata Hadif masih di situ. Bersandar pada pintu dan termenung.

Ah, biarlah! Qeisya mula mengambil tempat di hadapan televisyen lalu membuka siaran. Teringat pula dengan drama korea yang dirakamnya. Dia yang masih belum berkesempatan untuk menyaksikan episod terakhir drama Voice S1 itu membuatkan dia terus menekan punat untuk menyaksikannya. Drama yang berdurasi satu jam 30 minit itu membuatkan dia lupa pada Hadif yang masih lagi bersandar di depan pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience