Bab 54

Romance Completed 44219

"Assalammualaikum bidadari kesayangan."

Segera saja Qeisya menoleh ke arah tuan empunnya suara. Kelihatan Adam terjingkit-jingkit masuk sebaik saja dia melihat Adelia yang baru terlena di atas katil. Qeisya menahan tawa. Apa masalahnya sampai kena berjalan terjingkit-jingkit macam tu?

"Berjalan macam biasa je tak boleh ke?"

Adam bagaikan baru tersedar. Ya tak ya jugak, dah kenapa nak berjingkit? Tersengih sendiri menahan malu. Kali pertama ditegur wanita kesayangan sebaik saja sah bergelar isteri pagi tadi membuatkan dia malu sendiri. Sedaya upaya dia menyembunyikan ras malu itu dan berlagak seperti biasa.

Qeisya mengalihkan Adelia ke katilnya sendiri. Dia merenung wajah lena si kecil itu. Ah, nyenyak benar! Penat sangatlah tu. Dari pagi tadi asyik bermain sampaikan tak tidur dah tengah hari.

"Alahai, tengah tidur pun comel."

Entah bila Adam sudah pun berdiri di sebelahnya.

"Apa?" soal Adam apabila Qeisya memandangnya tidak berkelip.

"Hensem sangat ke sampai tak berkelip mata tu?"

Qeisya tergelak kecil. Tak habis-habis nak perasan. Masuk bangkul angkat sendiri! Eh, tapi tak dinafikan Adam memang berada dalam kategori kacak cuma malaslah dia nak memuji sangat. Menjadi-jadi perangainya nanti.

"Allah, untungnya hamba-Mu ini. Anak comel, isteri cantik." ujar Adam lalu menyentuh wajah Qeisya.

Sentuhan itu membuatkan Qeisya tertunduk malu. Selama mereka kenal, tidak pernah Adam menyentuhnya begitu. Sentuhan yang diberikan dirasakan sangat lembut, disertakan dengan pujian itu membuatkan dia terasa segan untuk menatap mata Adam. Apatah lagi dengan panggilan isteri yang diucapkan, Qeisya bagaikan baru tersedar semula bahawa kini Adam sudah pun menjadi sebahagian dari hidupnya secara rasmi.

"Sya sayang, perjalanan kita taklah indah tapi abang janji abang akan pastikan perjalanan kita selepas ni akan dipenuhi dengan semua yang indah-indah." ujar Adam perlahan. Sungguh dia bergetar saat menggelar dirinya sebagai abang, namun sedaya upaya dia cuba untuk mengawal segalanya.

"Terima kasih sebab sudi terima kami berdua." ujar Qeisya pula. Sejujurnya, Qeisya langsung tidak pernah menyangka mereka akan bersatu jua akhirnya. Paling tak sangka bila kedua orang tua mereka masuk campur. Ah, kalau bukan kerana mereka, rasanya Adam terus menyepi dan memendam rasa sendiri kerana Qeisya berkali-kali menidakkan Adam.

"Terima kasih sebab sudi terima abang..." giliran Adam pula berterima kasih. Masakan tidak, bukan mudah nak yakinkan Qeisya. Menahan rasa kecewa akibat ditolak mentah-mentah pun dah cukup sesak dadanya.

Adam memberanikan dirinya memaut pinggang Qeisya. Mata mereka bertentang antara satu sama lain. Qeisya meletakkan tangannya pada dada bidang Adam dan tersenyum. Ah, detakan dadanya jelas terasa pada tapak tangan Qeisya.

"Rilekslah! Jantung hampir terkeluar ni!" Qeisya mengusik.

"Berdebarr uiee! Tak pernah buat macam ni tau!" Adam membalas. Akhirnya kedua-duanya bersulam tawa. Sekurang-kurangnya situasi mereka tidak lagi janggal gara-gara usikan itu. Adam mengeratkan pautan tangannya pada pinggang isterinya. Qeisya menatap Adam kembali dan tanpa mampu untuk menolak, hatinya jatuh sepenuhnya pada lelaki itu. Spontan dia membalas pelukan Adam dan menyandarkan kepalanya pada dada Adam. Detakan jantung Adam yang kencang bagaikan satu irama baginya. Sungguh dia selesa berada di dalam pelukan itu. Satu kucupan penuh kasih singgah di kepalanya. Usapan lembut Adam dikepalanya juga membuatkan dia semakin asyik dan masih tidak mahu melepaskan pelukkan.

Ya Allah, ternyata cinta tidak pernah pergi meninggalkan dia. Cinta itu sentiasa ada, cuma dia yang tidak nampak. Eh, bukan! Dia sengaja membutakan matanya supaya tidak melihat cinta itu hadir. Rasa takut untuk kecewa sekali lagi membuatkan dia memilih untuk mengabaikan cinta walaupun hatinya pernah meminta agar cinta jangan pergi meninggalkan dia sendiri. Qeisya mengangkat kepalanya lalu memandang Adam semula.

"Kenapa pandang-pandang macam tu? Alah, hensem sangat ke abang ni sampai nak tengok berkali-kali?"

Qeisya tidak menyahut namun perlahan dia menghadiahkan satu kucupan. Adam membalas walaupun dia sedikit terkejut namun tidak dinafikan dia terasa bahagia menerima kucupan itu.

"Suami Sya memang handsome." balas Qeisya sambil tersenyum. Giliran Adam pula memberikan kucupan. Balasan dari Qesisya membuatkan Adam sedar bahawa tiada lagi istilah bertepuk sebelah tangan. Puas sudah dia menantikan bunyi tepukan yang terhasil dan hari ini, akhirnya tepukan tangan sudah pun bersambut.

"Jom, jadi makmum abang. Kita solat sama-sama."

Qeisya mengangguk. Hatinya memanjatkan rasa syukur. Benarlah kata orang, selepas hujan akan munculnya pelangi.

Readers sekalian, patut ka dibuat sambungan tentang Hadif? or just end it here?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience