Bab 19

Romance Completed 44219

"Terima kasih, datang lagi ye?" Qeisya menyerahkan tempahan Adam. Sebuah senyuman terukir manis di bibirnya.

Adam terpaku sebentar. Tergamam dengan keindahan ciptaan tuhan yang sedang berada di hadapannya.

"Sama-sama. Jangan risau Qeisya, Adam mesti datang lagi."

Tiba-tiba Asyraf mencelah. Naik menyampah dia melihat gelagat Adam yang seumpama kayu apabila berdepan dengan Qeisya. Bagi Asyraf, sahabatnya yang satu tu harus dibantu. Kalau tak sampai ke tua tak kahwin. Nak mengorat perempuan pun tak boleh kalau tiba-tiba jadi kayu bila berdepan dengan perempuan.

Adam tersentak sebaik saja Asyraf mencelah. Terlupa pulak kehadiran Asyraf yang ada di sebelah.. Sebentar tadi Asyraf beria-ria untuk mengikutnya mengambil tempahan kek yang dibuat oleh Adam.

Sebaik saja kotak kek bertukar tangan, Asyraf pun mengajak Adam untuk beredar. Langkah kaki Adam terasa berat untuk melangkah namun dia terpaksa melangkah memandangkan segala urusan telah pun selesai. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia melangkah keluar dari kedai itu.

"Kenapa kau cepat sangat ajak aku keluar dari kedai? Aku tak sempat lagi nak borak-borak dengan Qeisya." Adam meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja mereka berdua sudah berada di dalam perut kereta.

"Hek eleh engkau pun Adam, ada hati nak berborak dengan Qeisya? Kau tau tak tadi tu aku nampak kau dah macam batang kayu. Bergerak pun tak, bercakap pun tak malah kalau tak silap aku bernafas pun kau tak." Asyraf berseloroh. Sengaja mahu menyakat Adam.

"Kau yang tak bagi aku peluang nak cakap dengan dia. Ish, tiba-tiba mencelah. Entah dari mana datang, tak malu mencelah orang nak bercakap." Marah Adam.

Ternganga Asyraf bila Adam bertutur begitu. Padahal tadi Adam langsung tak bercakap, bila masanya pulak dia yang jadi punca kepada kebisuan Adam waktu tu?

"Eh, memang laa aku mencelah sebab kau senyap. Orang kata terima kasih pun kau tenung gitu je. Kang tak pasal-pasal Qeisya takut tengok kau. Dah macam pervert!"

Kali ini giliran Adam pula ternganga. Pervert? Eh, sampainyalah hati Asyraf!

"Ah, menyesal aku bawak kau sekali. Tak untung langsung!" Getus Adam.

"Okay, kau tunggu sini eh. Kau tunggu je!"

Tiba-tiba Asyraf keluar dari kereta dan masuk ke kedai milik Qeisya semula. Adam mula berdebar. Entah apa yang Asyraf buat ni?!

Dia mula gelisah sendiri. Risau tanpa punca. Ah, tiba-tiba Asyraf keluar dari kedai dengan senyuman yang lebar. Di belakangnya Qeisya yang berjalan mendekati kereta seiring dengan langkah kaki Asyraf. Sampai je dekat kereta, Asyraf memberi isyarat untuk menurunkan tingkap. Adam dengan penuh rasa yang teragak-agak mula menurunkan tingkap tanpa menoleh.

"Ye, Adam nak bercakap dengan Sya ke?" Soal Qeisya sebaik saja tingkap diturunkan. Baru sebentar tadi Asyraf menyatakan bahawa ada hal penting yang Adam nak cakap. Kononnya terlalu penting hinggakan tak boleh diberitahu di dalam kedai.

Serta-merta Adam memandang muka Asyraf. Kelihatan Asyraf tanpa rasa bersalah beepura-pura memandang ke arah lain. Qeisya masih lagi menunggu Adam untuk bertutur. Sebenarnya dia pun rasa pelik dengan Adam. Makin lama makin aneh kelakuannya. Kadang-kadang kata-kata Kak Yati turut mempengaruhi hati Qeisya tapi dia tidak mahu terus membuat kesimpulan.

"Macam ni Sya. Kawan saya sorang ni memang pemalu orangnya. Sebenarnya dia nak ajak Qeisya makan malam tapi itu laa, boleh pulak dia senyap. Kesian Cik Qeisya dok tertunggu-tunggu dia bercakap." Sekali lagi Asyraf tiba-tiba bersuara memecahkan kesunyian.

Adam menepok dahi. Buat hal sungguhlah ada kawan macam Asyraf! Langsung tak terlintas di fikirannya untuk mengajak Qeisya keluar makan. Tapi kalau Qeisya setuju apa salahnya, betul tak?

"Bertuah punya kawan! Jangan nak cari pasal dengan aku, Asyraf. Ada jugak kau kena kunyah aku kang." Balas Adam geram.

Qeisya mula mengangguk. Semakin faham dengan permainan Adam. Ini bermakna tekaan Kak Yati ada betulnya. Malah kata hati Qeisya turut menyatakan perihal yang sama namun peristiwa lalu membuatkan dia menafikan semua. Tapi sampai bila dia harus menutup hatinya?

Tidak dinafikan dia memang senang dengan Adam. Dia bukannya buta tak boleh nampak kelakuan Adam setiap kali berdepan dengannya, tapi memori hitam yang lalu seolah-olah menyekat hatinya untuk membiarkan benih bercambah subur.

"Cannibal!" Balas Asyraf berserta jelingan.

"Macam ni laa Adam. Datang balik ke kedai dalam pukul 8 malam, kita dinner. Adam belanja, deal?" Qeisya akhirnya bersuara. Dia nekad, Adam layak diberi peluang. Tambahan pula, dia rasa kasihan melihat muka Adam yang memerah menahan malu.

Bagaikan dipukau, Adam mengangguk tanpa sebarang suara. Qeisya senyum sebelum berpaling dan meninggalkan Adam. Asyraf menepuk pintu bumbung kereta bagi menyedarkan Adam yang tersengih walaupun kelibat Qeisya tidak lagi kelihatan.

"Weh Adam, untung kau bawak aku kan?" Ujar Asyraf sambil mengangkat-angkat kening sebelah kanannya persis Ziana Zain.

"Kau memang kawan bertuah!" Balas Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience