Bab 29

Romance Completed 44219

Telefon bimbit milik Qeisya sunyi pagi ini. Tiada ucapan selamat pagi yang dihantar Adam seperti pagi-pagi yang sebelum ini. Bila memikirkan tentang Adam, tiba-tiba Qeisya rasa serabut yang amat!

Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 9 pagi. Biasanya jika sebelum ini, sekurang-kurangnya Adam akan menghantar tiga atau empat pesanan. Sedikit kelainan yang Qeisya rasakan apabila rutinnya berubah tanpa membaca pesanan ringkas dari Adam. Hatinya terasa kosong, sunyi. Entah mengapa, terasa ada awan mendung yang berarak di atas kepalanya.

Mana Adam ni? Merajuk ke dia? Hati Qeisya mula tertanya-tanya. Qeisya mula mengimbas kembali kejadian yang berlaku malam tadi. Adakah itu puncanya? Benarkah Adam ikhlas seperti yang dinyatakan? Tapi bagaimana Qeisya nak tahu kebenarannya? Adakah dia yang terlalu menyekat hati untuk menerima Adam? Tapi, apa yang harus Qeisya lakukan jika Adam sama seperti Hadif? Bagaimana jika benar cinta yang lahir untuk Qeisya itu bukanlah cinta yang sebenarnya cinta tapi diselitkan rasa kesian semata-mata? Jika benar, Qeisya yakin rasa cinta itu tidak akan kekal lama.

Dalam pada masa yang sama, Qeisya jadi keliru dengan dirinya sendiri. Merindui Adam yang bukan miliknya. Adakah dia juga mencintai Adam? Qeisya kurang pasti. Apa yang dia tahu hatinya seolah-olah neronta untuk mendengar suara Adam. Melihat senyuman Adam yang menggoda. Tidak dinafikan dia senang bersama Adam, jika sebelum ini dia benar-benar mengharapkan Adam akan mengucapkan cinta tapi kenapa lain pula jadinya bila Adam benar-benar meluahkannya?

Entah mengapa hatinya sukar menerima. Qeisya buntu. Dia tidak pasti sekuat manakah cinta Adam. Dia juga tidak pasti benarkah Adam memaksudkan ikhlas itu. Bagaimana kalau dia terluka lagi selepas membuka pintu hatinya? Apakah dia tidak layak untuk bahagia? Oh tidak, dia tidak sanggup menahan kecewa. Terluka selepas hati mencinta terlalu perit untuk ditanggung. Qeisya tidak sanggup mengulangi keadaan itu lagi. Bukan mudah untuknya bangkit, tiada siapa yang tahu tentang apa yang dilaluinya kecuali Puan Rogayah. Ah sudah, hati Qeisya menangis lagi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tanpa sempat melihat siapa pemanggilnya, dia terus mengangkat dan meletakkannya di telinga.

"Hello, Adam!" Serta-merta nama Adam yang terkeluar dari bibirnya.

"Hadif di sini, Sya. By the way, siapa Adam?" Kedengaran suara Hadif di hujung talian. Qeisya menepuk dahinya kerana terlalu gelojoh.

"Tak, takde sesiapa. Ha, kenapa? Mana you dapat nombor ni?" Qeisya menyoal. Biasanya hanya Adam yang akan menghubunginya melalui nombor peribadi dan bukannya nombor untuk urusan kerja. Tak ramai yang tahu tentang nombor peribadinya.

"Ibu bagi." Balas Hadif. Bagaikan tak percaya apabila Hadif mengatakan bahawa Puan Rogayah merupakan sumber yang memberi nombor tersebut kepada Hadif.

"I yang minta kat ibu sebab I nak lunaskan tanggungjawab I yang tertunggak."

"So, you nak buat apa?"

"I sendiri pun tak pasti. Apa yang I tahu, I nak jumpa Adelia. I nak dia kenal siapa I."

"Boleh, Sya tak halang pun. Datanglah ke kedai. Adelia ada kat kedai."

"No, I mean kita keluar? Bawak Adelia jalan-jalan. Bukan di kedai please?"

"Kita?"

"Yes, kita. Bukannya apa, Adelia dia tak nak dengan I. Kalau I dukung dia mesti nangis. Macam mana I nak dia kenal I kalau dia asyik menangis?"

Qeisya terdiam sebentar. Kepalanya tengah berfikir ligat. Ada betul juga apa yang Hadif katakan. Adelia menolak Hadif mentah-mentah. Tidak seperti ketika bersama Adam. Ah sudah, Adam lagi!

"So nak bawak dia jalan-jalan ke mana?" Qeisya menyoal. Baginya tiada tempat yang sesuai untuk membawa Adelia memandangkan dia masih kecil.

"Cameron Highland? You suka suasana macam tu kan? Dingin, sejuk malah kalau tak silap I sekarang banyak strawberi."

"Sekarang bukan tentang Sya, tapi tentang Adelia. Lupakan semua benda yang Sya suka, fokus untuk Adelia."

"Sya, you need it. I berhutang dengan you. I never been there for both of you. So, please? Biarkan I bayar hutang I. This feeling...it's hurt."

Qeisya mendiamkan diri sejenak. Seketika kemudian, satu keluhan berat dilepaskan. Mungkin ada eloknya dia bersetuju. Adam pun langsung tak menghubungi dia. Mungkin juga Adam tiada rancangan untuk membawa Adelia keluar hujung minggu ini. Kebiasaannya hujung minggu akan dihabiskan bersama Adam dan Adelia tapi jika Adam berterusan berdiam diri, rasanya mungkin Adam tiada sebarang agenda yang diatur.

"Okay." Qeisya akhirnya akur.

Di hujung talian Hadif hampir melompat kegembiraan. Akhirnya mereka akan keluar bersama juga. Sedaya-upaya dia mengawal suaranya agar tidak kedengaran terlalu teruja. Cameron Highland satu pilihan yang bijak bagi Hadif. Sambil menyelam minum air. Itulah yang dia rancangkan.

Sebuah kenangan di antara dia dan Qeisya pernah tercipta di sana. Bulan madu mereka yang pertama dan terakhir terkubur di sana. Hadif yakin, jika kenangan itu diulang kembali, Qeisya mesti akan layu di dalam pelukannya. Akhirnya mereka pasti akan bersatu semula menjadi sebuah keluarga. Hadif yakin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience