Bab 37

Romance Completed 44291

Bab 37

Anis dan Encik Hisyam bertanya khabar sebelum mereka memesan minuman. Kaca mata hitam Anis menghalang Encik Hisyam menatap matanya yang mengecil kerana sering menangis. Jika dilihat dari luaran, Anis kelihatan sangat tenang.

"Ada apa ya nak jumpa? Penting sangat ke sampai susah untuk Anis discuss melalui telefon?" Encik Hisyam terus bertanya.

"I'm pregnant." Balas Anis pendek. Anis nekad, kehadiran bayi tersebut mesti diketahui oleh Encik Hisyam memandangkan Hadif masih bertegas dengan keputusan untuk meninggalkannya.

"Apa? Anak siapa?" Terkejut Encik Hisyam mendengar pengakuan Anis.

"Anak Hadif."

Encik Hisyam bagaikan tidak percaya. Semurah itukah Anis menyerahkan tubuh sehingga mengandung?

"Dah kenapa murah hati sangat? Senang-senang serahkan tubuh untuk Hadif tu?" Encik Hisyam masih cuba untuk mengawal suaranya. Ya, memnag dia berpendapat Anis murah namun tidak menyangka murahnya Anis sehingga mengandungkan anak di luar ikatan pernikahan.

"Betul ke anak Hadif atau anak orang lain? Jangan jadikan Hadif sebagai kambing hitam. Kalau dalam perut tu anak orang lain dan bukannya anak Hadif macam mana?"

"Pak cik, saya hina tapi saya tak sehina tu. Anak ni anak Hadif. Tak pernah lagi lelaki lain menyentuh saya selain Hadif."

"Macam mana nak percaya? Kalau dengan Hadif pun kamu boleh serahkan tubuh kamu, tak mustahil kamu dah pernah serahkan dengan orang lain. Apa bukti kamu yang itu anak hasil hubungan kamu dengan Hadif ?"

Air mata Anis mula mencemar duli. Terasa dirinya dihina. Ya, dia dan Hadif berzina tapi hanya Hadif satu-satunya pasangan Anis. Tiada yang lain. Hadiflah lelaki pertama yang meneroka mahligai yang dijaga sekian lama.

"Pak cik,saya dan Hadif berzina. Memang saya akui tapi saya bukan pelacur yang senang-senang menyerahkan tubuh saya kepada lelaki lain. Hanya Hadif satu-satunya yang pernah bersama saya."

"Macam mana pak cik nak tahu? Macam mana kamu nak yakinkan pak cik?"

" Kenapa pak cik tak tanya anak pak cik? Saat kali pertama dia merenggut maruah saya tanpa saya rela, tanya dia kenapa dia sanggup rosakkan saya? Siapa lagi yang mahukan saya kalau bukan dia yang kena bertanggungjawab? Dia bukannya mangsa yang saya suka-suka untuk jadikan kambing hitam tapi sayalah mangsa nafsu serakah dia yang sebenar. Pak cik boleh anggap saya murah, pak cik boleh hina saya tapi pak cik kena tahu juga perangai anak pak cik tu macam mana." Balas Anis berserta sendu. Encik Hisyam terkedu. Sekeji itukah Hadif.

"Masa tu saya tak tahu pun dia suami Qeisya. Kalau saya tahu awal-awal lagi saya dah jauhkan diri. Saya cuma tahu selepas dia rosakkan saya. Saya jadi pentingkan diri. Saya mahu dia bertanggungjawab. Saya nekad untuk rampas dia dari Qeisya kerana saya sendiri jijik dengan keadaan saya. Dia lelaki pertama menyentuh saya maknanya dia jugalah yang kena akhiri semua ni. Saya tak nak lelaki lain di luar sana jadi mangsa. Terima saya yang sudah pun kena tebuk sedangnkan Hadif sendiri bebas selepas rosakkan saya. Dia ambil dara saya tanpa saya rela. Pak cik tau tak? Saya tak relaaa!"

Anis tenggelam bersama sendu. Beberapa pengunjung restoran berpaling ke arahnya. Kehairanan melihat Anis yang tiba-tiba menangis. Encik Hisyam cuba untum menenangkan Anis. Risau jika dia yang dituduh mengapa-apakan Anis. Naya dia kena belasah kang.

"Eh, Hadif? You buat apa datang cari I?" Tanya Anis sebaik saja pintu rumah dibuka separuh. Hadif memang selalu menghantarnya ke rumah setiap kali mereka keluar namun hanya di luar pintu rumah sahaja. Tidak pernah lebih dari itu.

"I miss you." Ujar Hadif sambil menyandar pada daun pintu.

"Tapi tak payahlah sampai cari I kat rumah. Esok kita jumpa jugak,kan?" Balas Anis sambil tersenyum. Kalau diikutkan, esok mereka sudah pun berjanji untuk menonton wayang bersama.

"Lama sangat nak tunggu esok. I nak you malam ni." Dengan suara yang paling menggoda, Hadif menutur kata. Dia cuba menolak daun pintu agar lebih luas terbuka namun Anis masih mampu menahan.

"Hadif, janganlah tolak." Pinta Anis. Dia sedar dengan kelakuan Hadif yang agak lain pada malam itu. Dia sendiri cuak berdepan dengan Hadif yang seperti mahu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Please...let me go in..." Hadif masih lagi menolak dengan badannya. Pertahanan Anis pula semakin goyah. Tidak mampu menampung berat tubuh Hadif. Serta-merta Hadif melangkah masuk lalu menutup semula pintu. Dia memandang Anis bagaikan singa kelaparan.

"Hadif, you buat I takut. You better go home now." Arah Anis namun kaki Hadif semakin mendekat.
"Nak takut apa sayang?" Balas Hadif lalu membelai rambut Anis. Hadif semakin merapat. Menjerat Anis sehingga tubuhnya tersandar pada dinding.

"Hadif, stop it!" Anis memberi arahan. Mengelak sentuhan dari Hadif. Buat kali pertama, dia rasa tidak selamat berada bersama Hadif. Lain benar rasanya jika dibandingkan dengan sebelum ini. Dia sentiasa rasa sangat selamat jika Hadif berada di sebelahnya tapi sekarang, rasa selamat itu hilang begitu saja.

"Just enjoy it..." Ujar Hadif lalu cuba merapatkan bibirnya ke bibir Anis. Segera Anis mengelak. Tiba-tiba tangan Hadif memicit pipinya. Memaksa wajah Anis menghadapnya sebelum bibirnya rakus mencemar duli pada bibir Anis.
Anis menolak Hadif lalu cuba melarikan diri ke dalam bilik. Belum sempat pintu bilik ditutup, Hadif sempat menahan daun pintu lalu menolaknya membuatkan Anis terjatuh ke lantai. Peluang itu digunakan Hadif sebaik-baiknya. Dia menindih Anis lalu membuka bajunya. Anis yang ketakutan mula menangis. Merayu agar dia tidak diapa-apakan.

Hadif tersenyum. "Jangan risau, I tak kan cederakan you. I buat you sedap je, bukan sakitkan you."

"Jangan, Hadif. Lepaskan I..." Anis semakin takut. Tubuh berat Hadif yang menindihnya tidak mampu ditolaknya. Penat meronta, Anis memukul-mukul dan mencakar Hadif. Namun Hadif semakin ghairah meneroka tubuh Anis yang sebelum ini dijaga dan dipelihara penuh rapi.

Anis tenggelam bersama tangis. Tenaganya sudah habis. Hadif mengikat tangan Anis menggunakan baju Anis sendiri bagi mengelakkan Anis mencakarnya. Dalam sekelip mata, tubuh Anis tidak lagi dilindung sebarang benang.

"Anis? Anis?" Encik Hisyam menyedarkan semula Anis yang semakin tenggelam bersama sendu. Risau pula dia apabila pengunjung-pengunjung lain mula memandang mereka semacam.

"Pak cik, dia rampas semuanya dari saya. Dia jahat tapi saya tak ada pilihan."

Encik Hisyam mengeluh. Terasa bahu berat secara tiba-tiba. Selama ini dia menyangka Anis murah,keji dan hina rupa-rupanya anaknya sendiri lebih keji dan hina. Jatuh kasihan pada Anis yang sedang menunduk di depannya kini. Bersalahnya dia menganggap Anis busuk sedangkan Hadif sendiri memburuk dan mereput, namun tiada bauan busuk kerana bijaknya dia bersembunyi.

"Anis, dia tak kan tinggalkan Anis. Pak cik akan buat yang terbaik." Ujar Encik Hisyam setelah agak lama mendiamkan diri. Memikirkan ayat terbaik untuk menyenangkan hati Anis sekaligus memberi ruang untuk Anis agar lebih tenang.

"Saya minta maaf..." Balas Anis perlahan.

"Tak payah minta maaf, tindakan Anis untuk bertemu hari ni memang betul. Kalau tak..." Kata-kata Encik Hisyam terhenti di situ. Berat rasa bibir untuk mengungkap kata. Kalau tak, dia tak akan tahu kisah sebenar di sebalik tingkah laku Anis yang terlalu nekad untuk meruntuhkan masjid Qeisya dan Hadif. Ahh, sebenarnya Hadif sendiri yang meruntuhkan masjidnya. Bukanlah Anis semata-mata.

Pertemuan mereka berakhir setelah janji dilafazkan oleh Encik Hisyam. Janjinya untuk memastikan Anis dan Hadif bersatu sekaligus janji untuk memastikan anak di dalam kandungannya itu akan mempunyai bapa sebagai mana sepatutnya. Sekali lagi Anis mengecap ketenangan yang dicarinya setelah sekian lama hatinya gusar dan resah dengan tingkah laku Hadif yang cuba berpaling. Dia memegang perutnya yang masih kempis.

"Semoga ada sinar untuk kita berdua sayang "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience