Bab 24

Romance Completed 44291

Anis merenung cincin pertunangannya sambil tersenyum. Cincin bertakhta berlian itu terletak cantik di jarinya. Dia semakin yakin pada cinta Hadif. Hanya tinggal setahun saja lagi, dia akan berubah status menjadi isteri kepada lelaki itu.

Setahun? Agak lama sebenarnya tempoh yang dimahukan oleh keluarga bakal mertuanya namun dia tiada pilihan lain. Jika itu yang mereka mahukan, dia harus menurutinya. Anis tahu dalam tempoh setahun nanti, sudah tentu akan ada ujian yang akan menguji sekuat mana kasih dan sayang di antara mereka.

Anis yakin hatinya tidak mungkin akan berbagi namun dia jadi tidan ragu pada sekeping hati milik Hadif. Jika dulu Hadif sanggup tinggalkan isterinya yang baru saja bersalin, maka Anis jadi tidak yakin jika Hadif tidak mengulangi hal yang sama.

Anis jadi takut sendiri. Dia takut sekiranya perkara yang sama akan berulang. Jika dulu dia yang menjadikan Qeisya sebagai mangsa, namun kini dia jadi takut sekiranya dia pula yang menjadi mangsa. Anis tidak pernah bertemu dengan Qeisya, dia sekadar tahu namanya saja. Andai suatu hari nanti Qeisya datang merampas Hadif, Anis tidak tahu apa tindakan yang sepatutnya diambil.

Loceng rumah yang berbunyi menyebabkan Anis teraentak seketika. Jarum jam telah pun menunjukkan pukul 10 malam. Siapa lagi yang datang ke rumah pada waktu macam ni?

"Sayang, I ni. Cepatlah bukak pintu." Kedengaran suara Hadif di luar sana membuatkan Anis melompat kegembiraan. Buah hati datang, manalah tak gembira. Abis berlari-lari membuka pintu lalu memeluk Hadif sebaik saja terlihat Hadif.

Hadif membalas pelukannya berserta ciuman mesra di bibir Anis. Dia mengunci pintu dengan segera sebelum kembali memeluk dan mengucup Anis. Dia menolak Anis sehingga ke ruang tamu. Anis sedia maklum tentang apa yang bakal terjadi namun dia hanya nembiarkannya. Dia rela, dia senang diperlakukan begitu.

Dia gembira Hadif menginginkan dia. Dia bahagia dengan setiap sentuhan mesra Hadif. Dia bahagia bila Hadif memperlakukannya seperti seorang isteri. Sekurang-kurangnya Hadif memilih dia dan masih setia dengannya. Anis takut jika dia menolak, Hadif akan mencari kekasih lain. Kekasih yang boleh melunaskan segala keinginnannya. Ah, tidak! Anis tak rela! Lagipun, Anis juga menginginkan Hadif, sudah semestinya dia tidak akan menolak.

Hadif melepaskan kucupannya lalu memandang Anis. Tangannya membelai rambut Anis yang lembut. Anis tersenyum bahagia.

"Lambatnya you datang malam ni?" Tanya Anis manja sambil tangannya mengusap perlahan dada bidang Hadif.

"Alah, I datang lambat pun takpe sebab I overnight kat sini." Balas Hadif separuh berbisik sambil tangannya merayap ke setiap pelusuk tubuh Anis yang mana boleh dicapai.

Overnight? Wah, hati Anis melompat gembira. Inilah kali pertama Hadif sudi bermalam di rumahnya. Jika sebelum ini, Hadif pasti akan pulang walau lewat macam mana sekalipun. Meninggalkan Anis sendiri selepas puas bersamanya.

"You overnight?" Bagaikan tidak percaya, Anis menyoal bagi mendapatkan kepastian.
"Ya sayang. Lagipun, kita tetap akan duduk serumah suatu hari nanti. Tak lama lagi kita jadi suami isteri. Now, kita dah sah bertunang. Apa salahnya I stay dengan you."

Ah, bertunang tidak menghalalkan namun bagi Hadif tiada apa yang salah memandangkan mereka tetap akan bersatu suatu hati nanti. Segalanya akan terlindung dengan sebuah perkahwinan suatu hari nanti. Lagi pula sebelum bertunang, mereka sememangnya sudah kerap bersama. Kenapa menidakkannya selepas sah bergelar tunangan?

Giliran Anis mengorak langkah. Dia mengucup bibir Hadif rakus. Menolak Hadif terus ke bilik tidur. Memeluk Hadif seerat yang boleh. Hadif hanya menuruti langkah yang diatur oleh Anis. Seronok bersama Anis tidak seperti ketika dia bersama Qeisya. Bukanlah bekas isterinya itu tidak pandai melayannya ketika di kamar, tapi entah kenapa Anis juga yang dicari. Layanan Anis juga yang dinanti.

Qeisya? Ah, kenapa waktu-waktu begini ada Qeisya di dalam kepalanya? Hadif mula memarahi diri sendiri. Dia harus singkirkan Qeisya dan berseronok bersama Anis memandangkan Anis sudah memberikan lampu hijau untuknya bersama. Kenapa harus disiakan peluang ini hanya kerana adanya Qeisya di dalam kepalanya? Lagipun, bukankah kerana ingin melupakan Qeisya juga yang membuatkan dia berjumpa Anis?

Ah, disaat hatinya berbelah bahagi ingin kembali dan menyambung semula hubungannya dengan Qeisya, Hadif membuat keputusan untuk berjumpa Anis. Dia harus tetapkan hatinya untuk Anis dan kerana itulah dia datang kepada Anis. Dia harus fokus pada permainannya dengan Anis, hanya dengan itu dia dapat melupakan Qeisya. Jika dulu kaedah itu berkesan, kenapa kini tidak? Hadif yakin tempat Anis masin lagi berada pada carta yang paling tinggj di hatinya namun Hadif jadi tidak pasti apabila ukiran nama Qeisya yang pernah terpadam sebelum ini kembali timbul. Hadif harus menyingkirkannya.

Semakin lama dia pun semakin hanyut dalam permainan Anis yang semakin rancak. Hadif memejamkan matanya, menikmati segala apa yang dilakukan Anis. Ah, inilah bahagia yang dicari. Serta-merta nama Qeisya kembali terpadam malah nama Anis kembali menyinar. Anis memang yang terbaik untuknya. Kini Hadif kembali pasti, Anis pilihan yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience