Bab 26

Romance Completed 44219

Bab 26

"Qeisya..."

Buat kedua kalinya, mereka bertentang mata. Hadif mengambil tempat di depannya. Terkejut Qeisya dengan kehadiran Hadif di situ.

"Qeisya datang dengan siapa? Adelia ada?" Hadif bersuara dengan nada yang ceria. Qeisya hanya mengangguk sambil memuncungkan bibirnya ke arah Adelia yang sedang bersama Puan Rogayah. Mereka sedang asyik memilih juadah untuk dijadikan santapan, masih tidak perasan akan kehadiran Hadif.

"Besar dah dia, Sya. Comelnya..." Mata Hadif masih lagi fokus kepada Adelia yang sekali-sekala tertawa apabila diusik Puan Rogayah.

"You buat apa datang sini? Bukan ke you tak suka fast food?" Bukan menghalau, sekadar bertanya.

"Taklah, I nampak you dari jauh so I datanglah sini."

Qeisya sekadar mengangguk. Terasa kekok pula dirinya berdepan dengan Hadif.

"Sya belum kahwin lain?"

Qeisya sedikit tersentak mendengar soalan Hadif namun tidaklah begitu ketara. Dia sekadar menggelengkan kepalanya.

"Sya still tunggu I?"

"Eh tak lah. Sya dah move on. Sya tak tunggu sesiapa pun. Kita dah ada life masing-masing."

"Sya, I tahu I dah terlambat untuk perbetulkan segalanya tentang kita tapi boleh tak kalau kita cuba lagi sekali?"

Qeisya cuba tersenyum. Namun terasa kelat.

"Sya, tolong fikirkan tentang ni. I tahu semua ni nampak nonsense tapi I nak perbetulkan semua ni. Maafkan I, Sya."

"Hadif, Sya dah maafkan Hadif. There is nothing left between us. Benda dah lepas, nak perbetulkan macam mana lagi? Apa kata kita lupakan semua tu. Sya tak simpan sebarang dendam pun, just go on with your life. I am doing just fine."

"Yes, I can see that. Tapi macam mana dengan Adelia? She is not fine. She is not okay with this. Growing up without a father. Tak kan kita nak tutup mata dengan semua tu."

Qeisya mula tidak senang duduk. Datangnya Hadif tidak diundang, tanpa disangka perihal mereka yang sekian lama terkubur cuba dibangkitkan semula.

"Dah lah, Sya tak nak cakap tentang ni semua dah. Kisah kita dah tamat, so biarlah tamat. Tak payah start new chapter. Hadif buka buku baru dengan orang lain, bukan Sya."

"Sya, I minta maaf. I tahu I salah. I tahu I terlalu ikutkan sangat rasa hati I masa tu. I nak tebus semula kesalahan I pada you dan Adelia." Hadif merayu. Hatinya terusik setiap kali melihat Adelia. Ya, anak itulah yang ditinggalkan demi Anis Ayuni suatu ketika dahulu dan kerana itulah dia kembali. Dia bersalah.

Semakin direnung wajah Qeisya yang kegelisahan dengan permintaannya, semakin tersebar pula rasa sayangnya pada Qeisya yang dulunya pernah menipis. Nama Qeisya yang pernah tersingkir dari carta hati kini muncul kembali. Hadif sendiri tidak tahu wujudnya sisa kasih dan sayangnya terhadap Qeisya, apatah lagi selepas setahun tidak bersua, baru kini dia tahu rupanya masih ada ruang untuk Qeisya di hatinya. Selama ini hanya Anis Ayuni yang berkuasa. Hanya nama itu yang memenuhi setiap pelusuk hatinya namun sejak pertama kali bersua dengan Qeisya seminggu yang lepas membuatkan dia jatuh cinta semula.

Ya, jatuh cinta sekali lagi. Qeisya cinta pertamanya, dan ternyata Qeisya mampu membuatkan dia jatuh cinta buat kedua kalinya.

"Eh, Hadif?" Puan Rogayah menyapanya. Dari jauh dia sekadar memerhati gelagat Hadif dan Qeisya, inilah kali pertama dia melihat Hadif semula setelah sekian lama. Sebenar dia malas untuk menyapa tapi Adelia sudah merengek mahukan Qeisya.

"Ibu..." Ucap Hadif sambil menghulur tangan untuk bersalam. Adelia berpindah tangan sebelum Puan Rogayah menyambut huluran salam Hadif.

Adelia hanya memandang Hadif. Langsung tidak berkelip. Barangkali dia tertanya-tanya tentang siapakah lelaki yang berada di depannya kini. Hadif menghulurkan tangannya ingin mendukung Adelia namun si kecil itu mengelak bahkan mula merengek. Hadif membatalkan niatnya. Pilu di hati apabila anaknya sendiri tidak mahu disentuh. Ah, manalah si kecil itu kenal siapa Hadif. Selama hidupnya, dia tidak pernah kenal Hadif walaupun Hadif ayah kandungnya.

"Dia takut tu. Dia memang tak biasa dengan orang lain." Puan Rogayah cuba untuk memecahkan suasana kekok.

"Oh ye ke?" Pendek saja balas Hadif namun sebenarnya hatinya masih menahan pilu atas tolakan Adelia sebentar tadi.

"Tapi Adelia tak takut pula dengan Adam ye, Sya?" Tiba-tiba Puan Rogayah menyebut nama Adam pula.

"Adam?" Hadif mengerutkan dahinya. Siapa pula Adam?

"Alah, cikgu sekolah. Adelia elok je mintak dukung Adam. Langsung tak menolak."

Hadif tersenyum kelat. Siapa Adam? Kekasih baru Qeisya ke?

"Meh Adelia, ayah dukung." Sekali lagi Hadif mencuba namun Adelia tetap menolak.

"Mungkin dia nak tidur sebab tu merengek." Serba-salah pula Qeisya melihat tingkah-laku Hadif yang nampak ikhlas mahu mendukung Adelia. Dari riak wajahnya, tampak benar Hadif kecewa. Dia tidak akan menghalang Hadif berjumpa Adelia, bermain dengannya malah Qeisya sememangnya berharap agar Hadif akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada Adelia tapi untuk kembali semula sebagai seorang isteri kepada Hadif, awal-awal lagi Qeisha angkat tangan. Dia tak mungkin akan kembali. Di hatinya kini langsung tiada lagi nama Hadif.

"Adam siapa, Sya?" Hati Hadif dijentik sekelumit cemburu.

"Kawan je." Balas Qeisya jujur. Ah, begitu juga dengan Adam. Masih tidak mampu membuka hatinya. Adam memang baik tapi Qeisya yakin Adam mendekat hanya kerana simpati dengan dirinya. Simpati dengan takdir hidupnya yang berliku.

"Oh, okay. I kena pergi dulu, nanti kita jumpa lagi ya? I nak Adelia tahu yang I ni ayah dia." Hadif menyimpan harapan.

"Jangan risau, I tak pernah cerita yang buruk-buruk tentang ayah dia." Padahal hakikatnya Qeisya langsung tak pernah menyentuh tentang Hadif ketika bersama Adelia.
Hadif meminta diri sambil matanya tidak pernah lari dari menatap wajah Adelia.

"Nak pulak kamu layan dia,Sya?" Tanya Puan Rogayah sebaik saja Hadif berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Sepedih mana pun luka yang dia toreh kat dalam ni, Sya tak kan pernah halang dia untuk jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Tambahan lagi, dia datang bukan sebagai musuh tapi kerana Adelia."

Puan Rogayah sekadar mengangguk. Setahun yang lalu memang dia mengharapkan Hadif akan hadir sebagai seorang ayah namun entah mengapa, hari ini dia rasakan hadirnya Hadif bagaikan satu gangguan. Di saat dia mahu Hadif lenyap, saat itu jugalah Hadif hadir.

Puan Rogayah memandang Adelia yang sedang menguap. Hatinya terdetik simpati. Ya, Adelia perlukan seorang ayah tapi tak semestinya Hadif. Puan Rogayah sudah tawar hati dengan Hadif. Sewenang-wenangnya memperlakukan anaknya sebegitu.

Puan Rogayah tak pernah lupa keadaan Qeisya yang semacam separuh gila ditinggal suami. Bukan senang untuk menaikkan semangat Qeisya, bukan senang untuk memujuk hati Qeisya, untuk menjadikan Qeisya sebagai seorang manusia seperti hari ini bukanlah sesuati yang mudah. Memakan masa berbulan lamanya.

Belum lagi betapa banyaknya air matanya yang terbazir melihat keadaan Qeisya, melihat keadaan Adelia yang terabai, hanya Allah yang maha mengetahui luluhnya hati seorang ibu pada waktu itu. Puan Rogayah menaruh harapan terhadap Adam memandangkan lelaki itu pernah meminta izin untuk mendekati Qeisya.

"Saya nak minta izin untuk mendekati anak aunty." Adam menunduk malu.

Puan Rogayah tercengang apabila Adam tiba-tiba datang dan meminta izin mendekati anaknya, Qeisya.

"Apa maksud Adam?" Tanya Puan Rogayah yang sedang mengemas kaunter. Ketika itu Qeisya tidak ada di kedai. Puan Rogayah yang menggantikan tempat Qeisya.

"Saya...tertarik dengan anak aunty. Saya takut dikatakan mahu mengambil kesempatan terhadap Qeisya. Jadi biarlah saya berterus-terang dengan aunty." Merah muka Adam menahan malu tapi dia tak mahu membawa Qeisya keluar makan malam tanpa kebenaran Puan Rogayah.

"Saya...saya nak ajak Qeisya keluar makan malam." Sambung Adam lagi apabila melihat Puan Rogayah yang terdiam.

"Bila?"

"Malam ni..."

"Sya setuju ke nak keluar dengan kamu?"

"Saya dah tanya Qeisya, dia setuju tapi saya tetap perlukan izin dari aunty."

"Alhamdulillah, haa bawaklah dia keluar tapi aunty minta tolong satu benda je. Tolong jaga anak aunty baik-baik. Jangan nak buat naya kat anak aunty, jangan nak buat benda tak elok. Kalau malam nanti balik budak tu dalan keadaan yang tak sepatutnya, haa siap kamu aunty cari sampai ke lubang cacing." Puan Rogayyah memberi pesan siap-siap.

Adam menghembus nafas lega. Dia mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau betul kamu tertarik dengan Qeisya, aunty doakan kejayaan kamu untuk ambil hati dia. Restu aunty ada untuk kamu." Ucap Puan Rogayah sebelum Adam meninggalkan kedai dalam keadaan yang sangat lega.

Qeisya menepuk bahu ibunya menyebabkan Puan Rogayah sedikit terkejut.

"Termenung pulak. Makanlah, boleh balik. Penatlah nak dukung Adelia."

Puan Rogayah tersenyum. Adelia sudah pun lena di dalam pelukan Qeisya.

"Yalah, tapi nanti ibu nak ke watson sekejap. Sya masuk kereta dulu."

"Nak buat apa kat watson?"

"Ibu nak mintak kerja kosong." Balas Puan Rogayah selamba. Qeisya mencebikkan bibirnya. Sedar akan dirinya yang sedang dipermainkan. Puan Rogayah tergelak melihat muncung Qeisya.

"Dah kamu tu, ada ke patut tanya nak buat apa. Mestilah nak beli barang. Dah tahu bertanya pula."

Akhirnya tawa dua beranak itu bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience