Bab 25

Romance Completed 44219

"Abang, akhir-akhir ni abang perasan tak Adam tu ada lain macam sikit?" Tanya Puan Nora kepada Encik Muazzam. Akhir-akhir ni anak bujangnya yang sorang tu tiba-tiba ringan mulut bercakap padahal sebelum ni dia agak pendiam.

"Abang perasan jugak. He seems so happy. Bahagia semacam. Dah ada buah hati kot?" Encik Muazzam sekadar meneka. Namun jika betul tekaannya, dialah insan yang paling gembira.

Sudah tiba masanya untuk Adam memikirkan tentang kehidupan berumah tangga. Selama ni Adam seperti orang yang tak ada perasaan. Tak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa malah Encik Muazzam dan isterinya langsung tidak pernah tahu jika anaknya itu pernah keluar dengan mana-mana kawan perempuannya. Tak seperti Alif, pernah jugak Alif kantoi sedang berborak di telefon.

"Eh eh, bang kalau betul dia ada buah hati, maknanya anak kita tu normal."

"Eh ape pulak tak normalnya? Dia memang normal, cuma tak reti nak bercinta kot."

"Jangan serius sangat bang, saya main-main je." Tersengih-sengih Puan Nora. Tiba-tiba Adam memberi salam. Baru balik dari jogging. Senyuman manis terukir jelas di wajahnya.

"Assalammualaikum ibu, ayah..." Ujar Adam sambil tersenyum-senyum.

Puan Nora dan Encik Muazzam berpandangan sesama sendiri. Adam yang bersiul kecil melangkah ke dapur lalu mengambil gelas. Wah, tampak senang benar hatinya. Puan Nora dan Encik Muazzam seperti merisik, mengintip tingkah laku Adam di sebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruang makan.

Adam menyanyi kecil, mengambil jus di dalam peti sejuk dan kemudian meminumnya. Puan Nora sudah tak dapat menahan rasa. Dia harus menyoal Adam. Sebagai seorang ibu, Puan Nora punya firasat yang kuat mengatakan sebab utama kepada perubahan tingkah laku anak bujangnya itu adalah kerana seorang wanita atau dalam bahasa mudahnya Puan Nora yakin anaknya sudah jatuh cinta.

"Adam, happy nampak? Adam jatuh cinta kat someone ke?" Terlebih dahulu Encik Muazzam yang bersuara. Serta-merta Puan Nora memandang suaminya. Soalan Encik Muazzam membuatkan Adam tersedak. Terbatuk-batuk Adam dibuatnya.

Adam termalu sendiri. Sukar untuknya bertentang mata dengan ibu dan ayahnya. Adam menunduk seolah-olah baru saja membuat kesalahan dan sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman.

"Bagitau ibu, siapa perempuan tu, Adam?" Tanya Puan Nora teruja. Ketika itu mereka bertiga sudah pun duduk di ruang tamu rumah. Encik Muazzam juga sedang teruja menunggu jawapan Adam.

"Cakaplah Adam, keluarga kita mana ada rahsia antara satu sama lain. Kenapa malu-malu sangat ni?" Encik Muazzam mengusik Adam. Makinlah tersipu Adam dibuatnya.

"Kami kenal ke siapa dia?" Belum pun Adam menjawab, Puan Nora menyoal lagi. Adam sekadar menganggukkan kepalanya. Terasa berat pula mulut menyahut.

"Eh macam pelik je kalau ibu ayah kenal siapa dia sebab Adam tak pernah perkenalkan mana-mana kawan perempuan pun. Macam mana ibu ayah nak kenal?" Soal Encik Muazzam.

"Sebenarnya ibu ayah dah pernah jumpa dia." Tidak jelas namun sempat ditangkap oleh telinga Puan Nora.

"Tak mungkinlah. Adam dah pernah bawak jumpa ibu ayah ke? Kenapa ibu langsung tak ingat? Abang ingat tak?" Encik Muazzam turut menggelengkan kepalanya.

"Dia datang sendiri." Pendek saja jawapan Adam. Puan Nora dan Encik Muazzam mengerutkan dahinya.

"Dia datang sebab...hantar kek."

Serta-merta Encik Muazzam menepuk meja secara tiba-tiba.

"Irdina? Qeisya Irdina?"

Adam mengangguk perlahan. Puan Nora tersenyum riang. Begitu juga dengan Encik Muazzam Adam tertunduk malu. Ketara sangatkah perubahan dia hinggakan ibu ayahnya boleh perasan?

"Ooo, patutlah Adam selalu beli kek akhir-akhir ni, hah kalau tak kek mesti roti. Rupa-rupanya ada sebab lain." Usik Puan Nora.

"Agak-agaknya lama lagi ke kita nak terima menantu ni?" Sambung Encik Muazzam.

"Ayah...ibu... Adam memang suka dia tapi Adam tak pasti perasaan dia kat Adam ni macam mana." Malu namun Adam tidak mahu ibu ayahnya terlalu berharap.

"Oh, maksud Adam? Adam dengan Qeisya bukan couple ke?"

Adam menggeleng kepala.

"Kitorang tak declare apa-apa pun, ibu. Bukan senang nak cakap tentang perasaan dengan Qeisya, lagipun kitorang baru je kenal."

"Ibu ingatkan Adam dengan Qeisya memang dah declare as a loving couple."

"Mungkin Qeisya memilih sangat kot?" Giliran Encik Muazzam menyampuk.

"Tak lah, ayah. Bagi Adam mungkin Qeisya masih terlalu berhati-hati. Yelah, walaupun dah setahun kena cerai dengan bekas suami dia dulu, tapi Adam boleh nampak dengan jelas dalam diri Qeisya. Dia tak pernah lupa tentang keruntuhan rumah tangganya. Nampak jelas sangat yang Qeisya tu semacam serik untuk move on to the next step, more to serious relationship." Adam berkata jujur. Sememangnya dia masih boleh merasakan ada benteng tinggi di antara dia dan Qeisya. Walaupun Qeisya seolah-olah mahu memberi ruang untuknya, namun benteng tersebut tetap teguh. Adam yakin dia mampu meruntuhkannya, hanya masa yang diperlukan.

"No need to rush, Adam. You'll get her soon." Dengan nada yang yakin, Encik Muazzam memberi semangat untuk Adam.

"Qeisya pernah berkahwin?" Tanya Puan Nora. Tidak pernah terlintas di fikirannya Qeisya pernah berkahwin dan sudah pun bergelar janda kerana usianya yang masih terlalu muda.

"Young marriage. Kena tinggal suami sebab suami ada perempuan lain masa dia tengah berpantang. Seminggu selepas bersalin, suami dia ceraikan dia dan sampai sekarang tak pernah jenguk pun Qeisya dan anaknya." Jelas Adam.

"Poor girl. Kuat semangat budak tu boleh berjaya macam sekarang. Ibu selalu jugak singgah kat kedai dia. She seems so happy. Dia dah berjaya pun sekarang."

"Doakan Adam dapat yakinkan dia ya, bu?" Adam lebih bersifat terbuka. Terasa lebih lapang jiwa selepas berterus-terang dengan kedua orang tuanya. Terasa lebih kuat semangatnya untuk mencuba mendapatkan hati Qeisya memandangkan adanya sokongan padu daripada Puan Nora dan Encik Muazzam.

Senyuman yang diukirkan di bibir Puan Nora dan Encik Muazzam ternyata memberi tanda positif tentang penerimaan mereka terhadap Qeisya. Adam senang dengan restu yang diberikan walaupun dia masih samar dan jauh untuk mendapatkan Qeisya. Namun, Adam tidak akan berputus asa selagi mana Qeisya belum ada yang memiliki. Adam tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience