Bab 45

Romance Completed 44291

"Sya, tak ke lebih indah kalau dari dulu kita macam ni?"

Qeisya mengerling. Terasa dia tersipu malu. Ada benarnya apa yang diucapkan namun tidak pula dia mahu membahaskan tentang itu lebih jauh.

"Sya, masih tak yakin ke dengan perasaan Adam?"

Qeisya melabuh pandang pada seraut wajah tenang milik Adam. Entah bila hatinya mula menerima kehadiran Adam. Dia sendiri pun tidak sedar. Saat hatinya meronta dan bergelut untuk menerima kembali kehadiran insan yang bergelar lelaki di dalam hidupnya, saat itu juga Adam berjaya menempatkan diri di suatu sudut. Dia sendiri tidak pasti tentang perasaanya terhadap Adam. Cintakah, Kasihkah, atau sayang?

Apa yang pasti dia sangat selesa bersama Adam. Terasa senang dengan kehadiran Adam walaupun dia pernah cuba untuk menyingkirkan lelaki itu dari hidupnya. Semakin disingkir, semakin kerap pula muncul di depan mata. Sepanjang waktu Adam menyepi, diri terasa kehilangan. Hati terasa kosong. Ada ruang yang tidak diisi.

"Adam, nak tanya boleh?" Qeisya menjawab soalan Adam dengan menyoalnya kembali.

Adam memandang Qeisya sejenak sebelum menumpukan semula pandangannya ke arah jalan raya. Dia menanti dan bersedia untuk menjawab pertanyaan yang akan diutarakan.

"Kenapa Adam bersungguh-sungguh sangat nak dapatkan Sya? Sya bukan ada apa-apa pun, cantik pun tak. Ada anak pulak. Kalau orang lain, selepas kahwin  ada masa untuk berdua dengan pasangan tapi kalau dengan Sya, kita tak dapat nak rasa saat honeymoon tu."

"Well, kenapa nak berdua kalau boleh bertiga? Lagi ramai lagi meriah." Adam menjawab selamba.

Qeisya tak rasa itu jawapan yang dia inginkan. Jawapan itu dirasakan sangat tidak meyakinkan. Riak ketidakpuasan jelas terpapar di wajah Qeisya membuatkan Adam tersenyum kecil.

"Sya, soal hati dan perasaan ni sesuatu yang misteri. Adam tak tahu nak jelaskan macam mana cuma cukuplah sekadar Qeisya tahu yang Adam benar-benar ikhlas. Semuanya lahir dari hati. Benda tu datang sendiri. Tak pernah terlintas langsung pun dalam fikiran Adam tentang masa berdua selepas kahwin sebab Adam ikhlas terima Adelia dalam hidup Adam. She is my pumpkin pie. Lagi pula tang mananya Sya tak cantik? Kalau Sya nak tahu, kali pertama Adam tengok Sya sebenarnya hati Adam dah terpaut. Indah sungguh ciptaan Tuhan."

"Macam mana kalau Adam ada anak sendiri nanti? Boleh ke Adam sayang Adelia sama macam Adam sayangkan dia sekarang?" Qeisya menyoal lagi. Sungguh itulah perkara yang paling dia risaukan.

"Awalnya Sya bercakap soal anak dengan Adam? Tak sabar dah ke?" Usikan Adam dibalas dengan jelingan.

"Ish, menyampah! Orang tengah serius." Marah Qeisya yang menyebabkan Adam tergelak kecil.

"Qeisya, kasih dan sayang Adam tak akan berubah. That little sweet girl betul-betul dah curi hati Adam. How I wish to take a good care of her, being a part of her life, making she proud and so many more. Trust me, I am ready to be her father sampai bila-bila." Adam berkata jujur namun terpulang kepada Qeisya sama ada mahu percaya atau tidak.

"Thank you." Hanya itu yang mampu Qeisya ucapkan. Dihujung tubir mata bergenang air mata yang hampir jatuh. Dalam diam, dia merasakan keikhlasan itu. Kata-kata Adam dirasakan sangat menyentuh perasaannya. Andai ini adalah jalan dia dalam memiliki cinta, maka inilah jalan yang terindah. Tidak dinafikan pada awalnya tiada sebarang perkembangan yang positif namun akhirnya dengan adanya campur tangan orang tua masing-masing, tiba-tiba perubahan drastik berlaku.

"Sya, sejak dari hari pertama Qeisya jadi tunang Adam tiba-tiba Adam rasa macam masa terlalu perlahan."

"Dah kenapa pulak?"

"Tiga bulan dirasakan terlalu lama. Tak sabar nak jadikan Sya milik Adam sepenuhnya." Ujar Adam sambil menguntum senyum.

Qeisya merasakan wajahnya tiba-tiba terasa panas. Bertuah punya tunang! Nak mengusik pun janganlah terang-terang. Dah termalu, tak ada tempat nak menyorok!

"Maluu ke tu?" Usik Adam lagi.

Qeisya sengaja memalingkan wajahnya. Melontar pandang ke luar tingkap. Namun di bibir terukir senyum bahagia. Sudah lama perasaan itu pergi namun ternyata Adam telah membawanya kembali.

Kali pertama keluar berdua gara-gara fitting baju kahwin menjadikan suasana agak kekok namun rasa yang hadir pada waktu itu menjadikan suasana agak manis untuk dijadikan kenangan. Ah, pasti indah untuk diimbau semula suatu ketika kelak. Semoga segalanya dipermudahkan. Izinkan seketul Qeisya merasa bahagia bersama Adam. Semoga jodoh milik mereka dan berpanjangan hendaknya.

"Sya, semalam Adam pergi klinik. Cek mata."

"Kenapa dengan mata Adam?" Soal Qiesya. Serta-merta dia berpaling semula.

"Itulah, Adam rasa macam mata Adam ada problem sikit akhir-akhir ni."

"Doktor kata apa?" Serius Qeisya ingin tahu.

"Doktor tak kata apa...cuma itulah. Dalam mata Adam ni ada Qeisya. Toleh kanan nampak wajah Qeisya, toleh kiri pun sama. Kalau Adam pejam mata pun ada Qeisya. Ish, berat masalah ni."

Qeisya terasa geram mendengar punchline Adam. Namun dalam masa yang sama dia terasa lucu. Amboi mengada, siap bagi punchline.

"Sya rasa Adam tak payah pergi cek mata, lebih elok Adam pergi cek hati tu."

"Dah kenapa?"

"Sebab dalam hati ada taman! Ish, geram betul. Ingatkan sungguh laa sakit mata ke apa!"

"Malaslah nak cek hati sebab dah tahu dah apa yang doktor nak cakap."

"Eh, tak jumpa lagi pun dah boleh tahu?"

"Mesti nanti doktor kata dalam hati ada Sya."

"Eee, mengada!" Qeisya terjerit kecil. Entah hati siapa yang penuh bunga setaman. Rasa-rasanya hati Qeisya yang penuh dengan bunga mekar.

Adam ketawa melihat reaksi Qeisya. Terasa bahagia walaupun hanya sejam dua keluar bersama. Ah, nanti dah kahwin mesti lagi bahagia. Bangun pagi ada Qeisya. Sebelum tidur pun ada Qeisya. Ah, parah!

Sedang asyik bergurau, sedar tak sedar sudah pun sampai ke rumah Qeisya. Terasa berat hati Adam untuk mengucapkan selamat tinggal namun Adam masih sedar adanya batas yang perlu dijaga. Qeisya belum lagi sah menjadi isteri. Bergelar tunangan Qeisya bukanlah satu tiket untuk dia melanggar batas tersebut. Bersabarlah hati.

"Sya, malam nanti ada keluar ke?" Soal Adam sebaik saja Qeisya keluar dari perut kereta. Qeisya mengerutkan dahinya lalu menggeleng.

"Kenapa?"

"Betul ke ni tak keluar ke mana-mana?"

"Eh,betullah. Sya tak jarang keluar malam. Dalam sebulan rasanya sekali dua je keluar malam. Itu pun kalau perlu."

"Betul ni?"

"Haih, betul!"

"Habis tu yang Qeisya datang dalam mimpi Adam setiap malam tu apa?"

Haish, terkena lagi. Qeisya menggigit bibir menahan geram. Tak habis-habis lagi Adam rupanya. Adam pula tergelak melihat reaksi Qeisya. Comel pulak bila geram.

"Bye, sayang. Jemputlah datang ke dalam mimpi Adam. I love you, Sya." Ujar Adam sebelum memijak pedal minyak perlahan seraya berlalu pergi.

Hati Qeisya berdegup laju apabila Adam memanggilnya sayang. Terasa sedap pula panggilan itu apabila Adam yang menuturnya. Terasa indah pula nada panggilan sayang memukul lembut gegendang telinganya. Eh, tapi berlainan pula dengan jantungnya yang berdegup kencang. Degupannya pada kadar yang sangat tidak normal. Terlalu kencang sehinggakan dinding dadanya hampir runtuh akibat menahan rasa. Qeisya tersenyum. Andai ini rasanya, izinkan cinta datang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience