Bab 36

Romance Completed 44291

"Hadif, bila kamu dan Qeisya nak rujuk balik? Dah tak sabar rasanya nak jadi mertua Qeisya semula." Puan Suraya menyoal bersulam senyum yang indah. Hati Hadif berbunga sebaik saja ibunya menyebut nama Qeisya.

"Hadif tengah uruskan tentang tu sekarang ni, bu. Masalahnya Qeisya macam tak bagi chance je. Terpaksa pikat dia semula. Everything start from zero."

"Anis?" Soal Puan Suraya. Ya, Anis tunangan Hadif. Bagaimana dengan Anis?

"Putus jelah. Bukannya dah sah jadi bini pun." Selamba saja Hadif menjawab. Sebenarnya dalam diam dia jadi serba-salah. Ibunya belum tahu tentang janin yang menjadi penghuni di dalam rahim Anis. Kalau diikutkan, itu merupakan benih keduanya yang bercambah. Benih yang pertama gugur, namun sejauh manakah benih kali ini akan bertahan?

Masih segar diingatan tangisan Anis sebaik saja dia selesai meneroka tubuh Anis yang tidak dilindungi dengan seurat benang. Ya, Anis tidak merelakan perlakuannya namun dia tertewas dek nafsu. Apalah daya Anis menolak tubuh Hadif yang sasa dari menindih lalu merampas kesuciannya.

"Apa yang you dah buat ni, Hadif?" Tutur Anis dalam sendu. Dia sendiri pun bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Diharapnya semua itu mimpi namun mana mungkin dia boleh bermimpi ketika jaga.

"Anis, bukannya lama pun. Kejap je tadi tu kan?" Balas Hadif sambil membetulkan pakaiannya.
"How could you do this to me?!" Anis meraung dalam tangisan. Hadif memandang Anis. Jatuh rasa kasihan. Ya, memang dia salah. Sekejap atau lama tidak dapat menyelamatkan dia. Dia memang salah!

Hadif mengambil tempat di depan Anis. Melutut di tepi katil. Tangan Anis disentuhnya. Mata mereka bertentang. Aduh, semakin jatuh kasihan melihat keadaan Anis yang menangis teruk. Ya, memang dia ada perasaan terhadap Anis. Rasa yang sangat selesa setiap kali berada di sebelah Anis dan rasa itulah yang menjadikan mereka pasangan kekasih meskipun baru beberapa bulan kenal.

"I'll never leave you as long as you stay with me. I am so sorry tapi I tak dapat kawal diri I. I rasa I dah jatuh sayang dengan you."

Anis masih lagi terdiam. Terkilan dan kecewa.
"Anis, trust me. I tak kan sia-siakan you. Trust me, sayang."

"I trust you untuk jaga I, bukan buat I macam ni."
Hadif menyeka air mata Anis. Sungguh dia sudah terlalu jauh, lupa pada isteri yang sedang sarat mengandung di rumah. Tapi Anis juga berada di tempat yang paling tinggi di hatinya. Dia tidak tahu untuk memilih. Dia membawa Anis ke dalam pelukan. Saat itu dirasakan bahawa seluruh jiwa dan raganya jatuh pada Anis dan bukan lagi Qeisya.

"Maafkan I, sayang. I janji, kita akan bersatu. I akan tanggung semua ni. I akan jaga you dengan nyawa I. Jangan nangis ya?" Hadif memujuk. Saat itu dia benar-benar memaksudkan setiap tutur katanya. Bukan sekadar untuk menyenangkan hati Anis semata-mata.

"Hadif!" Suara ibunya mematikan bayangan Hadif lalu mengembalikan Hadif ke alam nyata.

"Ibu tanya Anis macam mana?"

"Hah? Macam mana apa?" Hadif kebingungan.
"Ish, budak bertuah ni. Betul ke kamu nak putus tunang dengan dia? Habis tu penerimaan dia macam mana?" Puan Suraya mengulang soalannya.

"Macam mana lagi, bu. Mengamuklah! Tak payahlah ibu risau tentang tu, pandai-pandailah Hadif uruskan."

"Uruskan apa?" Tiba-tiba suara ayahnya mencelah. Ah, sudah. Harimau datang!

"Macam ni, bang. Tentang Hadif dengan Qeisya tu laa. Anak kita ni tengah cuba untuk pulihkan hubungan dia dengan Qeisya..."

Belum pun habis Puan Suraya memberikan penerangan, Encik Hisyam terlebih dahulu bersuara.

"Tak payah kamu ganggu Qeisya! Teruskan saja pertunangan kamu dengan Anis. Beberapa bulan lagi korang berdua akan berkahwin, tak payah nak tukar-tukar rancangan."

"Apa ni, bang? Sejak bila jadi pembangkang ni?" Marah Puan Suraya.

"Entah ayah ni. Datang tiba-tiba terus nak membangkang." Sambung Hadif dalam cuak. Dia berani bertutur begitu kerana adanya Puan Suraya. Jika tidak, semestinya dia menikus tanpa sebarang suara.

"Dulu kamu juga yang tergila-gilakan Anis. Sama macam kamu gila-gilakan Qeisya. Bila Qeisya dah jadi milik kamu, kamu sia-siakan dia. Kamu memilih Anis bukannya Qeisya yang memang dah sah jadi isteri kamu masa tu. Sekarang bila Anis hampir sah jadi milik kamu, kamu nak ulang semula perangai sampah kamu tu?"

"Abang...itukan dulu...mungkin dia tak matang lagi, tak boleh fikir mana baik mana buruk..." Puan Suraya cuba untuk meredakan suasana.

"Nonsense! Tak tahu beza baik buruk apa pulak kalau dah buntingkan bini, dah jadi bapak budak tapi perangai macam sampah. Tu ikut hati namanya, tapi tak pakai akal yang Allah kurniakan. Akal tu laa yang membezakan kita dengan binatang. Tapi akal budak ni ada kat mana? Lutut?"

"Abang! Dah kenapa cakap anak sendiri macam tu?" Puan Suraya bengang. Mulut suaminya memang lancang benar kalau sudah marah. Tak fikir perasaan orang lain. Ya, keadaan itu jarang berlaku kerana kebanyakkan masanya Encik Hisyam sangat-sangat romantik orangnya. Jarang benar marah namun kalau gunung berapinya meletus, jangan sesekali cuba cari pasal.

"Ayah, dah kenapa ayah nak sangat Anis jadi menantu ayah? Kenapa bukan Qeisya?" Soal Hadif. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata ayahnya.

"Qeisya tu kisah silam kamu dan tetap akan jadi kisah silam! Ayah malu nak berdepan dengan bekas mak mertua kamu, ayah malu nak berdepan dengan Qeisya gara-gara perangai kamu yang entah apa-apa. Cukup-cukuplah kamu seksa dia dulu, tak payah kacau dia dah!" Tegas suara Encik Hisyam dalam menutur setiap patah kata.

Hadif berlalu meninggalkan Encik Hisyam yang sedang bercekak pinggang. Puan Suraya turut membontotinya. Hati Puan Suraya lebih pedih jika terus berada bersama suaminya. Adalah lebih baik dia memujuk Hadif. Risau jika Hadif menukar fikiran kerana gertakan Encik Hisyam. Dia memang tak berkenan langsung dengan Anis. Dasar perempuan murah, perampas!

Encik Hisyam malas mahu melayan kedua-dua anak beranak itu. Dia mencapai alat kawalan jauh lalu mencari rancangan yang menarik. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Anis di skrin telefon.

"Assalammualaikum, Anis. Apa khabar?" Encik Hisyam bertanya sekadar berbahasa. Sebenarnya dia juga kurang berkenan dengan Anis gara-gara kesan lebam yang pernah ditemui pada leher anaknya dulu. Encik Hisyam yakin hubungan Anis dan Hadif sering berakhir di atas ranjang. Bagi Encik Hisyam Anis terlalu murah. Menyerahkan tubuh bukan pada suami. Dia nekad untuk menyatukan mereka pun sekadar untuk menghentikan kegiatan haram Anis dan Hadif.

Suara Anis kedengaran lemah dihujung talian. Meminta Encik Hisyam untuk berjumpa dengannya. Pelik namun Encik Hisyam bersetuju untuk berjumpa. Encik Hisyam yakin Anis mahu membincangkan tentang rancangan Hadif yang mahu mengakhiri hubungan mereka. Dia harus menyatukan mereka. Persetujuan dicapai sebelum mengakhiri perbualan ringkas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience