Bab 42

Romance Completed 44219

"Ehem..." Senyap.

"Ehem!" Kali kedua Puan Rogayah berdehem barulah dia berjaya meraih perhatian Qeisya.

"Kenapa, bu? Sakit tekak?" Tanya Qeisya.

"Sya, ibu nak tanya ni..." Mukadimah. Puan Rogayah memulakan langkah dengan mukadimah yang biasa-biasa saja. Alah, topiknya saja sudah cukup luar biasa.

"Hmm, tanyalah..." Balas Qeisya. Matanya masih lagi tertancap pada skrin televisyen. Tidak menunjukkan minat pada perbualan yang dimulakan oleh ibunya.

"Hadif masih ada jumpa kamu ke? Masih merayu?"
Mendengar saja nama Hadif, automatik mood Qeisya terjun ke laut.

"Masih laa ye? Tengok muka tu mencuka pun dah tau..."

"Masih laa...naik muak! Konon nak perbetulkan kesilapan laa,dulu tu khilaf laa...alah, malaslah nak layan.."

"Haa, ibu rasa kalau kamu tu kahwin baru dia berhenti mengacau."

Hampir tersedak air liur Qeisya mendengar tutur ibunya.

"Dah kenapa tiba-tiba sentuh pasal kahwin ni?" Soal Qeisya pelik.

Puan Rogayah membetulkan duduknya. Dia tersenyum namun hatinya berdebar. Bimbang jika Qeisya mengamuk mendengar kata-kata yang bakal dia luahkan.

"Betullah, kalau Qeisya dah kahwin, sekurang-kurangnya ibu tak risau sangat kalau-kalau dia datang mengacau sebab Qeisya ada laki. Kalau macam sekarang ni, ibu masih ada risau ni haa kat dalam hati. Takut kalau-kalau satu hari nanti Qeisya balik ke rumah dengan lebam sana sini."

Puan Rogayah merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Cameron Highland dulu. Ya, dia sangat terkejut lebam pada bibir dan tubuh Qeisya. Pelakunya pula tak lain dan tak bukan ialah orang yang sedang merayu menagih kasih Qeisya.

"Pandailah Qeisya jaga diri. Tak payahlah risau."

"Hek eleh, jaga diri konon... Sya tu perempuan, kalau dataang hantunya si Hadif tu apalah sangat yang Sya mampu buat. Malam tu pun kalau bukan sebab Adam, maunya lunyai Sya kena kerjakan dengan Hadif tu."

Adam. Ya, lama sudah tuan empunnya nama tidak menghubungi dia. Semudah itukah Adam melupakan dia? Bila difikir-fikir, semakin remuk pula rasa hati. Semakin dikenang, semakin pedih rasanya.

"Sya... Ooo Sya!" Sergah Puan Rogayah. Qeisya sedikit terkejut.

"Bertuah punya anak! Kita tengah bercakap boleh pulak dia termenung."

"Haa, ibu cakap apa?"

"Ibu cakap last week ada orang datang merisik Qeisya. Ibu dah setuju. Nanti hujung minggu bertunang terus."

Bagaikan dipanah halilintar, sekali lagi Qeisya terkejut.

"Ibu, Qeisya tak nak! Kenapa ibu setuju? Kenapa tak tanya Qeisya dulu?" Qeisya membentak. Sesuka hati ibunya mengatur jalan hidup. Dia bukannya budak kecil. Dia dah besar, dah jadi mak budak dah pun. Pandai-pandai dialah nak tentukan hala tuju hidupnya.

"Nak tanya Qeisya buat apa? Memang tau Sya tak nak."

"Kalau dah tau Sya tak nak, kenapa setuju? Tak payahlah atur hidup Sya. Pandailah Sya fikirkan sendiri. Sya tak terfikir ke situ pun. Tak nak lah!" Qeisya bertegas.

"Ibu tak kira, kalau kamu nak menconteng arang kat muka ibu, dipersilakan Sya. Sya boleh kata cancel, tak nak tunang dengan keluarga tu sendiri hujung minggu ni. Tapi kalau Sya masih anggap ibu ni ibu Sya, maka ibu mohon tolong ikut apa yang ibu buat. Semua ni untuk kebaikkan Sya. Kalau nak tunggu Sya sendiri, rasanya masuk kubur dulu ibu daripada tengok Sya kahwin lagi."

"Ibu...kenapa buat Sya macam ni...?" Soal Qeisya bersulam tangis. Sungguh hatinya dipaksa supaya setuju. Pada waktu ini, wajah Adam mula memenuhi ruangan mindanya. Mana Adam? Adam juga yang dicari hatinya. Qeisya berlalu meninggalkan Puan Rogayah. Dia menapak lemah ke biliknya. Puan Rogayah hanya menghantar dengan mata.

Alahai anak, bukannya dia sengaja tapi dia tahu anaknya itu perlu dibantu. Kisah silamnya sering menghantui membuatkan rasa seriknya terlalu tebal. Biarlah Qeisya membawa rajuk hatinya. Biarlah Qeisya menangis kerana biasanya selepas hujan akan adanya pelangi. Semoga bahagia bersama Qeisya selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience