Bab 15

Romance Completed 44219

"Sayang, I dah bagitau ibu ayah I tentang kita." ujar Hadif sambil tersenyum.

Anis mula tertarik untuk mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Hadif. Serta-merta dia berhenti mencuci pinggan dan merangkul pinggang hadif sambil tersenyum. Senyuman di bibir Hadif sudah cukup untuk menjelaskan tentang berita baik yang ingin disampaikan.

"So?" sambil tersenyum Anis bertanya. Seolah-olah dia tidak faham maksud senyuman Hadif.

"They agreed." Bisik Hadif lalu mengucup dahi Anis.

"Oh my god! Bestnya! Rasa macam tak percaya yang I akan jadi wife you." Anis terjerit kecil. Bunga-bunga kebahagiaan terasa mekar

"Kita tunang setahun then you'll be mine." balas Hadif. Sekali lagi menghadiahkan kucupan demi kucupan buat Anis.

Anis yang semakin tenggelam bersama berita gembira itu hanya membiarkan Hadif mengucup seluruh wajahnya. Bahagia apabila diperlakukan begitu. Terasa dirinya dihargai.

"I tak sabar nak tunggu you jadi wife I yang sah. I nak you sentiasa ada di sebelah I bila I nak tidur, bila I bangun... I nak you sentiasa ada untuk I." ucap Hadif sambil membawa Anis ke dalam pelukannya. Tubuh Anis dipeluk erat.

Anis yang seronok dipeluk turut membalas pelukan Hadif dengan lebih ketat. Bahagia. Hanya itu yang dia rasa.

"I pun tak sabar nak jadi isteri you...kalau you nak, sekarang pun I boleh jadi isteri you.''

Hadif tersenyum. Ah, Anis memang dah serupa isteri. Makan minum Hadif semuanya Anis yang uruskan. Kalau nak makan masa hari bekerja, Hadif akan ke rumah Anis. Di rumah, Anis akan menyediakan segala jenis lauk-pauk kegemaran Hadif.

Malah hubungan mereka juga bukan setakat di meja makan tapi sudah pun terlanjur entah kali yang ke berapa puluh seumpama suami isteri. Sentuhan dari Hadif untuk Anis tiada erti terhad dek kerana haram. Kononnya cinta, kasih dan sayang menyebabkan segala yang haram mula 'dihalalkan' oleh mereka berdua.

"Jom jadi isteri I malam ni..." Hadif memberi isyarat. Kucupan yang berkali-kali diberikan kepada Anis membuatkan dia jadi teringin. Jiwa lelakinya mula teransang. Lagi-lagi apabila setiap perlakuannya direlakan oleh Anis.

Anis tersenyum simpul. Dia mula faham isyarat yang diberikan. Dia menjeling ke arah bilik. Jelingan yang membawa maksud 'Greenlight' mendorong Hadif dengan segera mendukung tubuh Anis sambil kakinya melangkah ke arah bilik. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci dari dalam bilik.

Ah, sekali lagi mereka berdua bergaul seumpamanya suami isteri. Anis menyerahkan dirinya buat yang kesekian kalinya. Buat seketika, kedua-duanya hanyut bersama gelora hati yang dipenuhi nafsu tanpa peduli tentang dosa. Seolah-olah kedua-dua mereka tidak tahu apa itu zina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience