Bab 28

Romance Completed 44291

Adam tersenyum mendengar suara Qeisya di hujung talian. Ini bukanlah kali pertama mereka bercakap di talian selama berejam lamanya. Sesekali terselit gelak tawa Qeisya yang membuatkan Adam terasa bahagia tiba-tiba.

"Adam, jam 11 dah ni. Tak nak tidur lagi ke? Esok Adam kerja kan?" Tanya Qeisya. Risau jika Adam mengantuk. Dia baru perasan jarum jam sudah menunjukkan angka 11. Tak terasa masa berlalu jika on call dengan Adam.

"Haha, tak ngantuk lagi. Tak tahulah Qeisya kalau-kalau Sya ngantuk."

"Sya pun sama, tak ngantuk pun. Yelah,macam mana nak ngantuk kalau Adam asyik buat lawak. Bercakap tentang benda tak masuk akal." Balas Qeisya terselit tawa sedikit.

Adam ketawa kecil.

"Dia yang mudah geli hati, kita pulak yang dikatanya bercakap tak masuk akal. Ni Qeisya gelak-gelak ni tak bangun pulak Adelia? Baru teringat nak tanya tentang si kecik tu. Asyik sangat bercakap ngan Sya sampai lupa nak tanya khabar Adelia."

"Haha, dia dah tidur dah. Adelia ni sejenis yang tidur mati. Dia tak bangun pun kalau Sya buat bising atau tergelak bagai nak rak ke ape."

"I miss her. Rindu dia manja-manja ngan Adam." Ikhlas, Adam berkata jujur.

"Adam, why did you do this?" Tanya Qeisya. Nada suaranya serius. Ya, Qeisya tertanya-tanya kenapa Adam merapatkan dirinya dengan Adelia. Jika diikutkan, Adelia bukan siapa-siapa Adam. Jika benar pun dia sukakan Qeisya, kenapa tumpuan Adam lebih kepada Adelia?

Hanya sekali mereka keluar berdua, selepas itu pertemuan mereka mesti ada Adelia malah Adam siap berpesan untuk membawa bersama Adelia.

"Do what?"

"This! Kenapa Adam berusaha nak gembirakan dia? Adam kesiankan Adelia ke?"

" Adam memang sukakan budak-budak, bukannya sebab Adam kesian. Lagipun kenapa Adam nak kena kesiankan dia? Adam tahu Adelia bahagia bersama Qeisya so kenapa perlu ada kesian untuk dia? She is lucky to have you as her mother."

"But too bad she didn't know her father." Hampir tenggelam suara Qeisya.

"Sya, jangan cakap macam tu. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Sya cakap macam ni seolah-olah Sya nak salahkan takdir. Forget about your past, Sya. Move on...with me." Tiba-tiba suasana senyap seketika di antara mereka.

Qeisya tergamam mendengar kata-kata Adam. Move on with him? Betul ke apa yang Qeisya dengar?

"Did you said with you?" Qeisya mengulang semula apa yang didengarnya untuk mendapatkan kepastian. Mukanya terasa panas menahan malu biarpun Adam tiada di depannya.

"Sudi ke?" Adam bertanya. Malu. Segan.

"Why me?"

"Well, because it is you."

"Sejak bila?"

"Lama dah. Adam sendiri pun tak pasti sebenarnya. Apa yang Adam tahu, Qeisya hadir dalam hati Adam sebelum Adam kenal siapa Qeisya. Sejak kali pertama kita berjumpa rasanya."

"Macam mana Adam boleh sukakan Qeisya? Perkenalan kita terlampau singkat!" Antara percaya atau tidak, Qeisya mula disapa pelbagai persoalan. Ya, memang sebelum ini dia boleh merasakan Adam seolah-olah menyimpan perasaan terhadapnya, namun tidak sekalipun Adam pernah menyuarakannya. Dia tidak mahu jika dikatakan syok sendiri maka dia hanya mengambil langkah untuk berdiam diri dan hanya menunggu Adam untuk meluahkan segala.

Tapi kenapa apabila tibanya hari ini, lain pula yang Qeisya rasa? Jika benar Adam mencintai dia, adakah benar kerana rasa cinta itu sendiri atau sebenarnya dipengaruhi dengan rasa simpati atas apa yang berlaku dalam hidupnya?

"Adam ikhlas ke?"

"Benda serius macam ni tak kanlah Adam nak buat main."

"Jangan bergurau macam ni, Adam. Tak baik tau."

"Eh, bergurau ape pulak? Adam serius. I am falling in love for you!"

Sekali lagi, Qeisya terdiam. Entah mengapa hatinya terasa pilu. Terasa adanya sendu di relung hatinya kini lalu membiarkan dirinya tercampak ke alam nostalgia yang amat memilukan. Tanpa dapat ditahan, setitis dua air matanya jatuh mencemari pipi.

"Adam kesiankan Sya, kan? Adam kesiankan Adelia sebab takde ayah, betul tak?" Bersulam sendu, Qeisya mula dipengaruhi emosi.

"Allahu, Adam ikhlas. Adam sukakan Qeisya bukan kerana simpati. Adam sayangkan Adelia bukan sebab Adam kesiankan dia. She live well and I'm happy for her. Takde benda yang Adam nak kesiankan."

"Tipu! Kita kenal baru berapa bulan, tak kan boleh suka, tak mungkin boleh sayang. Adam jangan terburu-buru, please. Adam terpengaruh dengan rasa simpati ni. Adam kesiankan kami."

"Qeisya!" Adam meninggikan suaranya sedikit. Terasa hampa apabila Qeisya berulang-kali menuduhnya sebagai penipu. Berkali-kali dia menafikan namun Qeisya masih lagi tenggelam sendiri. Suasana sedikit tegang sedangkan sebelum itu, keadaan mereka sangat harmoni dengan gelak tawa yang saling bertaut. Tapi kini? Sangat berbeza!

"Dah lah Adam, Sya nak tidur."

Talian dimatikan. Adam mencampakkan telefonnya ke atas katil sebelum dia turut merebahkan tubuhnya. Jujur salah, tak jujur pun salah. Adam meraup wajahnya. Inilah kali pertama dia merasa kesal.

Ya, kesal dengan perbuatannya yang jujur menyatakan rahsia hati. Kesal dengan penerimaan Qeisya yang ternyata di luar jangkaannya. Selama ini Qeisya tampak selesa ketika bersamanya, Adam ingatkan ada ruang dan peluang untuknya bertakhta di hati Qeisya namun ternyata sia silap. Selama ini, layanan Qeisya dirasakan sempurna untuknya. Apa mungkin dia perasan sendiri? Mungkin benar Qeisya sekadar ingin berteman?

Ah tidak! Adam sekali lagi menafikan segalanya. Jika benar Qeisya sekadar ingin berteman, kenapa ada ketikanya Adam dapat merasakan satu keistimewaan yang Qeisya berikan dalam hubungan mereka? Mereka sering berbual di telefon selama berejam lamanya malah boleh dikatakan sudah menjadi satu kemestian buat mereka untuk berbual di telefon sebelum tidur.

Tak mungkin Qeisya langsung tidak dapar merasakan cinta Adam yang mengalir untuknya. Tak mungkin Qeisya tidak mengetahui isi hatinya kerana dia selalu memberikan hint yang terlalu jelas. Adam mula buntu sendiri. Apakah Qeisya sedang mempermainkan dia? Jika tidak, bagaimana lagi harus dia lakukan demi meyakinkan Qeisya? Adam berfikir sendiri dan tanpa sedar dia terlena. Hanyut dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience