Bab 49

Romance Completed 44291

"Kau okay?" Fariz menyapa Anis yang termenung jauh. Hatinya bagaikan mati untuk segala-galanya. Dah masuk seminggu dia pulang ke kampung, tak pernah sekali pun Hadif bertanya khabar, bertelefon malah sebarang pesanan pun langsung tak ada. Setegar itu hati Hadif. Benarkah Hadif bersungguh mahu dia pergi?

"Ayu?" Fariz memanggil namanya lagi.

"Hah?" Bagaikan baru berpijak di bumi nyata, dia tersentak dengan kehadiran Fariz yang sudah pun tercegat di depannya.

"Kau okey?" Fariz mengulang soalannya.

"Okay." Jawab Anis pendek lalu kembali termenung. Anis ingatkan dia akan tabah, tak sangka pula dia selembik ini. Makin lama makin parah hatinya menangis. Jiwanya meraung dan menjerit sakit.

Fariz berlalu meninggalkan Anis yang kembali melayan perasaannya.

"Pak cik tak tahu nak buat apa. Sehari dua dia nampak elok. Boleh berbual macam biasa. Siap boleh tolong mak cik masak dekat dapur tu haa. Tapi lepas masuk hari ketiga atau keempat macam tu, dia tak lain macam." Luah Encik Aziz. Semalam dia sendiri yang menghubungi Fariz agar bertandang ke rumah. Meminta pandangan dan buah fikiran. Tak ada orang lain yang kenal anaknya dengan baik selain dari Fariz, teman baiknya sedari kecil.

"Berat sangat ke masalah dia, Pak cik? Risau saya tengok keadaan dia. Termenung macam tu..."

Encik Aziz melepaskan satu keluhan. Nak diluah, seumpama membuka aib anaknya sendiri. Nak disimpan, dia sendiri tak pasti bagaimana cara untuk berdepan dengan masalah ini.

"Sebenarnya...Ayu tu...mengandung..." Perlahan saja suaranya menutur kebenaran namun nada perlahan itu sudah cukup untuk membuatkan Fariz terkejut besar. Mata Fariz membulat memandang Encik Aziz. Seolah-olah menginginkan kepastian.

"Jantan tu tak guna. Dah tahu ada janin dia dalam rahim Ayu, boleh pula dia yang putuskan hubungan dengan Ayu. Pak cik mengaku Ayu pun salah sebab dah berzina tapi tindakan lelaki tu yang buatkan Pak cik agak terkilan."

"Berapa bulan usia kandungan?"

"Entahlah, mungkin baru sebulan lebih macam tu."

"Betul ke mereka tak ada hubungan dah?"

"Betul... Buktinya dah seminggu Ayu balik, telefon tanya khabar pun tak ada. Ayu tu Pak cik larang dia dari berhubung dengan Hadif. Pak cik tak nak dia yang terhegeh-hegeh sedangkan si jantan tu langsung tak kisah tentang dia. Geram! Penat-penat kita besarkan anak jadi elok, dia senang-senang hancurkan anak orang."

"Habis tu, macam mana dengan Ayu sekarang? Bayi yang bakal lahir nanti macam mana pula kalau keadaan dia masih macam tu?"

Encik Aziz mengeluh perlahan. "Mungkin suatu masa nanti Ayu akan elok macam sebelum ni. Hanya masa yang menentukan."

"Kenapa pak cik tak kahwinkan Ayu?"

"Gila kau Fariz? Kahwinkan dia dengan Hadif tu dah sama macam pak cik gali kubur untuk anak sendiri."

"Tak..bukan dengan Hadif tapi dengan orang lain."

"Siapa nak kan perempuan yang dah memang sah-sah tak suci, lagi-lagi dalam perut tu ada benih jantan lain. Cuba kamu cakap."

"Saya." Pendek saja jawapan Fariz namun mampu membuatkan dunia Encik Aziz terhenti sejenak. Masa ibarat berhenti berputar. Segala-galanya sepi. Senyap sunyi malah dia sendiri kaku. Hilang kata untuk diucap. Perasaannya ibarat terbang bersama ditiup angin bayu. Kosong! Adakah ini mimpi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience