Bab 50

Romance Completed 44219

"What? No! Tak mungkin semudah itu." Hadif menggelengkan kepalanya. Sedaya upaya dia menafikan segalanya. Tak mungkin!

"Habis tu kamu ingat ibu menipu?" Puan Suraya menjeling tajam. Dirasakan tindakan Hadif untuk mendapatkan Qeisya semula adalah terlalu lembap. Perlahan sangat hinggakan ada insan lain yang merampas Qeisya. Ah, Qeisya sepatutnya milik Hadif. Qeisya yang seharusnya bergelar menantu Puan Suraya!

"Habis tu macam mana ni, ibu?"

"Eh, macam mana apanya pulak? Tak reti nak ambil hati Qeisya dah?"

"Masalahnya sekarang Qeisya tak sama dah macam dulu. Sekarang ni apa yang Hadif buat semuanya tak kena. Mesti sebab lelaki tu." Hadif merujuk kepada Adam. Lelaki yang hadir dalam hidup Qeisya selepas dia.

"Habis tu, tak kan nak lepaskan Qeisya macam tu je?"

Hadif mendiamkan diri. Mencari jalan untuk memusnahkan jalan indah bagi Qeisya dan Adam.

"Ibu nak sangat Qeisya kembali dalam hidup ibu. Sebelum ni, dialah kawan ibu. Semu benda ibu buat dengan dia. Selepas kamu berpisah, ibu rasa kehilangan sangat. Silap ibu masa tu tak pernah nak halang kamu tinggalkan dia. Kamu ni pun satu, bodoh! Disebabkan gilakan sangat perempuan murah tu kamu lepaskan Qeisya. Gila talak!" Puan Suraya melepaskan amarahnya lagi.

Bayangan Qeisya yang keluar dari butik pengantin bersama seorang lelaki kembali muncul di ruangan matanya. Dia jadi keliru, perasaan ragu pun muncul. Dia bukannya tak boleh nak meneka  tujuan Qeisya ke situ. Biarpun dia sedaya-upaya cuba menepis namun naluri hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itulah pasangan Qeisya yang bakal mengakhiri impiannya untuk bermenantukan Qeisya.

"Ibu yakin dia keluar dari butik tu?" Hadif menyoal lagi.

"Ya Allah, Ibu ni celik lagi! Tak buta,tak rabun. Tak mungkin ibu silap orang. Ibu kenal Qeisya walau dari bayangnya sekali pun."

"Sial, lelaki tu memang tak serik."

"Ibu rasa seolah-olah semua ni dah berakhir." Perlahan saja ungkapan yang dilontarkan. Hatinya dirundung pilu. Dia buntu sendiri.

"Perjuangan ni tak berakhir lagi! Dia bukannya dah sah jadi milik orang. Tak ada orang lain yang boleh dapatkan Qeisya selain Hadif."

"Habis tu kamu nak buat apa?"

"Adam... Kalaulah dia tak ada, mesti Qeisya dah jatuh ke tangan Hadif. Ish, dah kenapalah lelaki tu muncul waktu macam ni!"

"Kamu slow sangat! Nak dapatkan bekas isteri balik pun tak reti. Bukannya orang lain pun, bekas sendiri tapi orang lain pulak yang mendapat."

Kata-kata dari Puan Suraya seolah-olah mencabar egonya. Perasaan geram di hatinya seolah-olah baru saja disimbah minyak menjadikan dia terbakar dek perasaan amarah. Otaknya mula giat berfikir. Ah, Adam harus disingkirkan. Tanpa sebarang pamit, Hadif melangkah laju keluar dari rumah.

"Hei, nak ke mana tu?" Jeritan Puan Suraya tidak diendahkan. Sebentar kemudian kedengaran deruman enjin kereta semakin menjauh.

"Ish, bertuah punyak budak! Aku tak habis cakap lagi boleh dia blah macam tu je." Puan Suraya mengomel sendiri.

"Dah kenapa membebel seorang diri?" Tiba-tiba Encik Hisyam muncul sambil menghirup secawan kopi. Dia kemudiannya meletakkan kopi tersebut dia atas meja lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Pandangan dihalakan semula ke arah isterinya.

"Abang, punah harapan saya." Ujar Puan Suraya lalu melangkah ke arah suaminya.

"Harapan apa?"

"Ish, benci betullah! Buat-buat tak tahu pulak."

"Haih, memanglah abang tak tahu sebab tu abang tanya. Itu pun salah?"

"Haritu saya nampak Qeisya tapi... Dia keluar dari butik pengantin dengan seorang lelaki ni. Tak tahulah kenapa tapi hati ni kuat sangat kata lelaki tu bakal suami dia. Tak merasalah saya nak bermenantukan dia lagi."

"Hah, Alhamdulillah baguslah tu. Awak dah ucap tahniah ke dengan Qeisya?"

Kata-kata Encik Hisyam disambut dengan tamparan kuat di pahanya. Wajah Puan Suraya semakin mencuka.

"Dah kenapa? Abang salah cakap?"

"Abang sengaja,kan?"

"Sayang, hidup Qeisya biarlah dia yang tentukan sendiri. Kamu kena ingat, dia tu bekas menantu kita. Walaupun kamu dah anggap dia sebagai anak tapi hakikatnya dia tetap bekas menantu kita. Bekasss, awak faham tak maksud bekas?"

"Ish, orang fahamlah tapi..."

"Hah kalau faham baguslah. Maknanya awak kena faham yang awak tak ada hak nak masuk campur dalam urusan peribadi dia. Tu ha, kalau urusan anak lelaki kita tu barulah awak ada hak nak bantu luruskan jalan dia. Ini tak, habis semua simpang kiri kanan dia nak jenguk sedangkan jalan lurus ada di depan."

"Saya memang tengah nak uruskan si Hadif, tapi uruskan dia dengan Qeisya. Bukannya dengan betina murah tu. Senang betul hati saya bila pihak mereka pulangkan semula cincin tunang."

"Eh, mereka pulangkan cincin tunang?" Terkejut Encik Hisyam. Biar betul Anis menyerah sedangkan benih di dalam rahimnya sedang membesar.

"Lupa nak cerita, tiga hari lepas mereka dah pulangkan. Abang outstation masa tu, sebab tu lupa nak cerita."

"Allahu, Anis pun tak contact abang. Kenapa dipulangkan? Macam mana dengan kandungan Anis? Cucu kita tu.."

"Ish, diamlah. Apa pulak cucu kita? Tu Adelia tu cucu kita! Entah-entah benih orang lain yang sedang diusungnya, tapi sengaja nak kambing hitamkan Hadif. Hah, sebab tu abang asyik nampak buruk Hadif je. Mudah sangat nak percayakan orang lain. Hadif dah cakap tu bukan benih dia. Abang dah kenapa?"

"Awak tu yang dah kenapa asyik nak sokong Hadif?"

"Dah si Hadif tu anak saya!"

"Awak silap! Hadif tu bukan anak awak, tapi anak kita. Awak faham tak? Kita! Jadi abang pun ada hak untuk betulkan segala salah silap dia. Hadif tu satu-satunya anak kita, abang tak nak suatu hari kelak kubur kita sempit disebabkan kegagalan kita dalam mendidik dia dari segala segi. Awak sedar tak anak kita tu tak hidup berlandaskan landasan yang sepatutnya?"

"Sampai hati abang cakap macam tu... Abang tak sayangkan Hadif ke?"

"Disebabkan abang sayangkan dialah abang masih pedulikan segala salah dia, kerana sayangkan anak kita abang masih sudi tegur kesilapan dia. Kalau tak sayang, dah lama abang tak ambil kisah tentang dia."

"Kalau Hadif dengar apa yang abang cakap sekarang, mesti dia sedih."

"Biar, biar dia dengar! Lagi elok, manalah tahu kalau-kalau dia insaf terus. Hah, tentang Anis. Kalau bukan kerana Hadif yang rogol dia, mesti dia tak nekad untuk rampas Hadif dari Qeisya dan kalau bukan kerana dia sedar diri dah tak suci, tak kuasa juga dia bertahan untuk bersama Hadif. Disebabkan Hadif, dia hukum diri untuk bertahan. Ya, dia tak sanggup orang lain menjadi mangsa untuk terima kekurangan dan akibat atas perbuatan Hadif. Akhirnya dia yang awak salahkan sedangkan anak kita sentiasa betul. Awak tak pernah nak cuba bertentang mata dengan Anis. Awak tak pernah nak cuba untuk terima kekurangan dia akibat daripada perbuatan anak kita."

Rogol? Hadif merogol? Tak mungkin. Puan Suraya terdiam. Tak mungkin anak yang ditatangnya bagaikan minyak penuh sanggup melakukan perbuatan keji macam tu.

"Abang nak satukan dia dengan Hadif sebab abang percaya Anis bukan seburuk yang kita sangka. Dia tetap bertahan untuk teruskan kandungan tu walaupun Hadif mengugut untuk tinggalkan dia sekiranya kandungan tu diteruskan. Dia sanggup bertahan seorang diri dan sebab tu mata abang jterbuka dan abang sedar dia masih ada nilai moral yang tinggi. Dia masih sedar dosanya membunuh janin tu. Awak perempuan dan seharusnya awak lebih faham susahnya mengandung tanpa suami, payahnya bertahan dengan kandungan tu lebih-lebih lagi seorang diri. Dia abaikan kepentingan diri sebaliknya memilih untuk menempuh perjalanan tu biarpun sedar Hadif tak akan ada disebelahnya. Berdosanya kita sekiranya kita biarkan dia tanggung perit jerih tu sendiri akibat perbuatan anak kita."

Puan Suraya kehilangan kata. Antara percaya dan tidak, dia masih berusaha untuk menepis setiap satu kata-kata yang dilontarkan oleh suaminya. Tak mungkin!

"Sekarang cuba awak fikir, apa nasib Anis selepas ni? Masa depan dia gelap. Ada anak tapi tak bersuami. Bayangkan cemuhan yang akan dia terima. Allahu..." Hati lelaki Encik Hisyam dirundung sayu. Wajah mendung Anis muncul diruangan matanya. Kekesalan muncul dalam sekelip mata. Tak berjayakah dia menyatukan Anis dan Hadif? Hakikat bahawa cincin pertunangan telah dipulangkan membuatkan dia patah hati. Apa yang berlaku, Anis?

Perlahan-lahan dia bangun lalu mencapai telefon bimbitnya. Pantas dia mendail nombor Anis. Dia menunggu seketika namun panggilan itu tidak berjawab. Satu keluhan dilepaskan. Beratnya bebanan yang berada di bahunya kini. Anis, tolonglah bertahan dan kekal tabah. Encik Hisyam kembali mendail nombor yang sama. Namun masih tidak berjawab. Kali ketiga dia mendail semula dan kali ini ada satu suara dihujung talian namun suara itu bukanlah milik Anis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience