Bab 51

Romance Completed 44291

"Betul ke apa yang ibu cakap? Tell me the truth, sayang." Bagaikan orang sasau, Hadif tiba-tiba hadir tanpa diundang.

"Betul apa?" Qeisya yang terkejut dengan ketukan pintu bertalu-talu bagaikan terkena kejutan buat kali kedua sebaik saja wajah Hadif yang terpampang di depan mata. Ah, kalau dia tahu Hadif empunnya gerangan, sumpah dia tak kalut memulas kunci pada tombol pintu.

"You bakal berkahwin?"

"Kalau ya, kenapa?"

"How could you, Sya?! Sampai hati you buat I macam ni."

"Eh takk, Sya tak faham. Sampai hati apanya? Apa yang Sya dah buat?"

Bammm! Satu tumbukan padu singgah pada daun pintu.

"Jangan pura-pura tak tahu! You tahu niat I untuk berbaik dengan You! Dah kenapa You boleh dengan selamba beruknya decided nak berkahwin dengan orang lain?!"

Qeisya menelan air liurnya. Terasa gentar berhadapan dengan Hadif. Mata Hadif memancarkan amarah yang jelas kelihatan.

"Ibu yang aturkan semua ni...Sya.."

"Nonsense! Tak kan You tak boleh nak say no? Atau...You memang nak?" Hadif semakin mendekat, Qeisya yang sudah pun gementar semakin menggeletar. Dia mengundur lalu menolak daun pintu untuk menutupnya kembali namun Hadif lebih pantas membalas menyebabkan Qeisya hampir tersungkur.

"Hadif, get out." Arah Qeisya sebaik saja Hadif melangkah masuk. Hadif tersenyum lalu merapatkan pintu dan menguncinya.

"Oh, are you alone baby?" Soal Hadif. Matanya melilau mencari kelibat bekas mertua dan anaknya. Ah, sah! Langsung tiada kelibat mereka.

"Memang sungguhlah jantan tu terdesak nak kan You. Bekas I pun dia nak? I dah ratah you dulu, oh yaaa tapi itu dulu. Mungkin sebab tu jantan tu tak kisah. Betul tak?"

"Hadif, keluar! You tak ada hak buat Sya macam ni!"

Bagaikan angin lalu, kata-kata Qeisya langsung tidak diendah. Dia semakin hampir. Butang bajunya dilepaskan satu persatu. Ah, sudah! Qeisya segera lari mencari jalan untuk melepaskan diri. Dia berlari ke arah pintu menggunakan laluan yang bertentangan namun tangan Hadif pantas menarik baju Qeisya dan secara tidak langsung menyebabkan dia jatuh terduduk.

"Mungkin bekas yang dah lama, dia tak kisah... Agak-agak kalau bekas baru dia masih nak ke tak?" Ucap Hadif perlahan namun cukup jelas untuk membuatkan jantung Qeisya berdegup kencang. Dia ketakutan. Air mata sudah pun turun membasahi pipi. Esak tangisnya mula kedengaran. Sakit yang dirasa bagaikan hilang sebaik saja melihat Hadif kembali mendekat. Dia berusaha bangun namun segera tersadung apabila kakinya ditarik kasar. Entah bila Hadif sudah pun duduk di belakangnya menyebabkan dia tidak mampu bangun bagi menampung tubuh Hadif.

"Hadif, jangan buat Sya macam ni. Lepaskan Sya. Tolonglah..."

"No... Tidak sayang... Cuba You ingat balik, waktu I nak kan you, apa yang You buat. Boleh pulak you buat-buat tak tahu. You ignored I malah boleh decided nak kahwin dalam keadaan I masih merayu. Kenapa langsung tak nak bagi peluang?!"

"Lepaskan Sya..."

"I said no! Buruk sangat ke I di mata you? Kenapa buat I macam sampah?! You sedar tak I bekas suami you, I ayah kandung Adelia! Kenapa you kejam sangat langsung tak boleh nak bagi peluang untuk I betulkan kesilapan yang lalu? Kenapa you pentingkan diri? You abaikan I biarpun I merayu untuk peluang kedua, then tiba-tiba you dah nak kahwin dengan jantan lain!"

Qeisya meronta. Mencari peluang agar mampu melemahkan kedudukan Hadif namun ternyata dia hanya membuang tenaga. Hadif langsung tidak terkesan.

"Sayang...maybe ini akan buatkan you ingat semula tentang indahnya hubungan kita." Ujar Hadif lalu mencium leher Qeisya. Tangannya menjalar ke sana dan ke mari. Qeisya menjerit dalam tangisan. Semakin dia meronta, semakin berat rasa yang ditampung tubuhnya sehinggakan ada ketika dia merasakan sukar untuk mencuri nafas.

"Sial!" Bebanan yang ditanggung tubuh Qeisya menghilang sebaik saja jeritan itu kedengaran. Seketika kemudian wajah ibu dan anaknya muncul. Qeisya menoleh ke arah suara kecoh yang memenuhi ruang. Kelihatan Adam sedang menumbuk Hadif bertalu-talu.

"Adam, sudah! Mati anak orang tu nanti!" Jerit Puan Rogagah apabila Adam tidak berhenti dari menghayunkan tumbukannya. Sebaik saja mendapat peluang, laju saja kaki Hadif melangkah meninggalkan rumah itu.

"Tak habis-habis mengacau!" Adam membentak. Jiwanya penuh dengan api amarah. Celaka! Dia menyumpah namun hanya dia yang mendengarnya memandangkan hanya hati yang berkata-kata. Dia cuba untuk bertenang.

"Sya, anak ibu tak apa-apa?" Puan Rogayah memeriksa anaknya. Sedikit lebam pada bahagian bibir akibat tersungkur. Qeisya cuba bangun. Ah, sakit di bahagian belakang sehingga ke punggungnya jelas terasa. Barangkali akibat jatuh terduduk sebentar tadi.

"Adam..." Qeisya memanggil Adam sambil bersulam tangis. Entah mengapa, dia menangis teresak-esak sebaik saja mereka bertentang mata.

"Kenapa ni, Sya?" Tanya Puan Rogayah cemas.

"Sya takut... Sya takutkan Hadif. Ibu... Sya rasa tak selamat... Sya takut..." Bagaikan anak kecil Qeisya menangis. Ah, kalau diikutkan rasa hati, mahu saja Adam menerpa ke arahnya dan mendakap Qeisya seerat mungkin tapi dia masih waras. Dia masih sedar, masih ada batas yang perlu dijaga.

Dia mengambil Adelia dari dukungan Puan Rogayah. Memberi ruang untuk Puan Rogayah menenangkan anaknya sementara Adelia bersama dengannya.
Adam sekadar mampu menghantar dua beranak itu ke bilik Qeisya di tingkat atas dengan pandangan matanya saja.

"Jangan risau sayang, kalau Ayah Dam dengan Ibu dah kahwin, Ayah Dam janji akan jaga ibu dengan baik. Ayah Dam akan jadi perisai untuk Adelia dan ibu. Walau apa pun berlaku, Ayah Dam akan sentiasa ada untuk kalian." Tutur Adam seakan-akan sedang melafazkan ikrar janji kepada Adelia. Si kecil itu sekadar tersenyum memegang pipi Adam seolah-olah sedang memujuk Adam supaya kembali tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience