Bab 4

Romance Completed 44219

"Qeisya, berapa ketul kek dah siap?" Kak Yana mendekat seraya mengambil tempat di hadapan Qeisya yang sedang tekun menghias tempahan pelanggan.

"Lagi seketul je kak." balas Qeisya tanpa memandang Kak Yana. Matanya masih lagi melekat pada kek yang berada di depannya.

"Kak, boleh tolong hulurkan buttercream dengan nozzle corak bunga tulip tu? Berat pulak kaki nak melangkah." sengih Qeisya sambil tersenyum. Kononnya untuk memancing Kak Yana.

Tanpa banyak soal, dia mengambilkan buttercream dan nozzle yang diminta.

"Thank you kak! Haa, sebab tu Qeisya sayang akak lebih."

"Eleh, kalau sayang lebih kena bagi lebih tau."

"Bagi lebih ape kak?"

Kak Yana tersenyum lalu berbisik. "Bagi lebih gaji. Haa, kalau macam tu barulah nampak sayang lebih."

Qeisya membulatkan matanya. "Itu tak adil namanya tu kak."

Kak Yana tersenyum cuma. Bukannya dia serius pun, sekadar bergurau. Diterima bekerja di kedai kek milik Qeisya pun dia dah bersyukur. Bukan senang nak dapat kerja sekarang. Kalau memilih kerja, bersedialah anak tekak makan batu dengan kayu.

Sekarang, nak hidup semuanya kena pakai duit. Memanglah duit bukan segala-galanya tapi dalam hidup kita pada hari ini, segala-galanya perlukan duit.

Qeisya terima Kak Yana dalam keadaan kosong. Kosong dari sebarang ilmu baking, tapi Qeisya bagi ilmu langsung tak berkira. Bak kata Qeisya nanti dah pandai boleh buka bisnes sendiri.

"Sya, bukan kat depan dah ada 5 biji kek dah ke? Ni siapa punya order lagi sebiji kek ni?" soal Kak Yana. Setahu dia hanya ada 5 tempahan kek hari jadi untuk hari ini.

"Order dari Encik Muazzam, kak. Dia buat majlis kecil untuk ulang tahun perkahwinan katanya. Bertuah badan Puan Nora, kan kak?"

"Encik Muazzam buat suprise ke ni?" soal Kak Yana teruja.

"Eh, dia pulak yang over. Hahaha. Ye kak, katanya berpakat sekali dengan anak-anak. Mesti best kan kak?"

Tiba-tiba hati Qeisya dijentik rasa cemburu. Ulang tahun perkahwinan? Ya, dia pun dapat kejutan. Malangnya bukan seperti yang diharapkan tapi kejutan yang diberikan penuh dengan kekecewaan. Dia diceraikan!

"Sya sayang, nak request sebiji kek boleh tak?" tiba-tiba Puan Rogayah menjenguk ke bahagian dapur.

Suara Puan Rogayah mengusir rasa yang hadir. Qeisya segera kembali ke alam nyata.

"Request apa?" tumpuan segera dialihkan kepada Puan Rogayah.

"Kawan ibu nak order kek untuk majlis perpisahan staf dekat syarikat dia tu. Ibu tahu, sedar dan waras dah suntuk sangat nak order tapi tak salah kalau Ibu nak try jugak. Hmm, boleh Qeisya buat kek untuk kawan Ibu? Nanti petang baru ambik"

Serta-merta mata Qeisya mengerling pada jam yang tergantung elok di dinding. Kedua-dua jarum menunjuk tegak pada nombor 12. Qeisya membuat perkiraan masa.

"Hmm, bolehlah kot sebab kek tempahan semalam pun dah siap tapi Kak Yana tolong Sya boleh? Hah, Ibu pun sama. Maknanya ibu kena jaga bahagian depan tu sampai petang. Tak boleh half day kalau macam ni. Boleh ke?"

"Boleh! Thank you, dear. Masitah mesti suka." Puan Rogayah tersenyum lebar. Qeisya menggeleng cuma.

Oh, Puan Masitah rupanya. Qeisya dah tahu sangat tentang hubungan rapat Puan Rogayah dan Puan Masitah. Kiranya dah sampai tahap "anything for you" sekiranya Puan Masitah yang meminta tolong. Begitu juga sebaliknya.

Persahabatan yang terjalin di antara Puan Rogayah dan Puan Masitah begitu utuh dan teguh. Sejak dari bangku sekolah lagi. Hubungan itu semakin rapat apabila Puan Masitah merupakan orang kuat Puan Rogayah ketika suami kesayangannya meninggal dunia akibat kemalangan.

Puan Rogayah hilang tempat bergantung. Hanya Puan Masitah tempatnya untuk meluahkan rindu. Puan Masitah pendengar yang baik, mungkin kerana itulah Puan Rogayah selesa dengannya.

"Kak Yana boleh tolong sediakan bahan kek boleh? Tak ada extra cake yang dah ready dah."

"Uii, mestilah bos. Qeisya kan bos, tak kanlah Kak Yana nak cakap tak nak tolong pulak kan. Kang tak pasal-pasal kena buang kerja." Kak Yana berseleroh sambil mengekek kecil.

Hampir saja "sepit ketam" Qeisya singgah di pinggang Kak Yana tapi Kak Yana lebih pantas mengelak. Qeisya tersenyum melihat keletah Kak Yana.

Tak padan dengan usia perangai macam budak-budak. Bukan hanya Kak Yana malah Shamim dengan Yati pun dua kali lima. Bagi Qeisya, perangai kebudak-budakkan mereka inilah yang menceriakan lagi hari-harinya.

"Sya, akak tolong bake cake teruslah ye? Nak "meroti" pun macam tak perlu lagi sebab kat depan ade banyak lagi."

"Bagai Sya mengantuk, akak sorong bantal je kak. Bukan bantal je, dengan selimut dengan tilam bagai. Silalah kak, silakan." Qeisya tersenyum senang.

Bolehlah berehat sebentar. Luangkan masa sebentar bermain dengan Adelia. Rasa-rasanya Adelia mesti dah "full charged". Lama juga dah rasanya Adelia tidur di bilik rehat khas yang terdapat di ruang hadapan.

Bilik yang direka khas untuk Adelia juga dijadikan ruangan untuk solat dan berehat seketika bagi para pekerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience