Bab 60

Romance Completed 44291

Sesungguhnya kehidupan ini terlalu singkat untuk kita. Entah esok, entah lusa kita akan berhenti bernafas. Kebahagian yang dicari seharusnya dinikmati seiring dengan perjalanan hidup. Bahagia itu sebenarnya sentiasa ada, cumanya kita yang terlalu sibuk mengejar sehinggakan kita mengabaikan perkara-perkara lain yang datang bersama bahagia itu sendiri. Lalu, kerana itulah kita sering merasakan bahagia itu bagaikan masih jauh. Akhirnya hati pula akur tentang diri yang masih tidak mencapai bahagia. Ah, tidaklah hati sedar bahawa kita yang buta.

Begitu juga dengan cinta. Ada yang mengatakan dia bahagia kerana cinta namun ada juga yang derita kerananya. Ada juga yang kata cinta itu kekuatan namun tidak dinafikan ada yang lemah kerana cinta. Jadi apa sebenarnya cinta?

Cinta - Tidak pernah menyakiti sesiapa namun manusia sendiri yang sakit kerana cinta. Sakitnya kerana tidak tahu untuk menghargai perasaan cinta itu. Ada yang memilih untuk menganggungkan cinta, namun ada yang memilih untuk menduakan cinta. Pilihan manusia itulah yang menyebabkan cinta berubah maksud dan pengertiannya bergantung kepada manusia itu sendiri.

Bagi Irdina, dia sendiri pernah bahagia namun dia juga pernah derita. Sehinggakan pada suatu ketika, dia seolah-olah merasakan bahawa dia tidak layak untuk merasakan manisnya cinta apabila cintanya yang dirasakan suci dikhianati tanpa belas dan kasih. Cinta dirasakan mula menjauh. Eh, tidak! Bukan cinta yang menjauh tapi dia yang sengaja tidak mahu cinta mendekat. Dia takut, sekiranya dia sakit lagi kerana cinta. Dia menyalahkan perasaan itu sedangkan dia tahu cinta itu tidak bersalah.

Kehadiran Adam benar-benar membuatkan dia tewas dengan perasaan itu sekali lagi. Puas sudah ditolak ke tepi namun cinta yang Adam  bawakan terlalu besar. Tidak mampu dia menepisnya. Sedekit demi sedikit dia kembali membenarkan cinta itu menghampiri dan memenuhi segenap relung hatinya.

"Sayang, tengok Aidan menguap. Tengah tidur pun still menguap." Suara Adam menghalau segala angan yang berlegar-legar di fikiran Qeisya dalam sekelip mata.

Qeisya tersenyum sendiri. Tak habis-habis Adam merenung Aidan setiap kali balik dari kerja. Seusai mandi, mesti wajah Aidan akan ditatapnya dulu sebelum dia bermain dengan Adelia. Ah, syukur. Adam benar-benar melayan Adelia seperti anaknya sendiri. Kalau Aidan ada baju baru, Adelia pun mesti ada. Adelia sendiri pun bukan main lagi sayang dekat Adam. Pernah sekali tu Adam balik lambat sebab ada mesyuarat, dia pula yang over membebel sebab Adam lambat balik. Susah hati katanya.

Ada waktu Qeisya turut rasa cemburu melihat keakraban mereka namun cepat-cepat dia menyingkirkan rasa itu. Dia seharusnya bersyukur kerana hubungan mereka saling tak tumpah seperti anak dan ayah kandung. Walaupun status Adam hanyalah ayah tiri namun tiada siapa yang mampu membezakan mereka.

Qeisya melangkah ke arah Adam lalu memeluk tubuh lelaki itu perlahan. Adam kehairanan.

"Kenapa?" Adam menyoal. Disangkanya ada sesuatu yang mengganggu fikiran isterinya itu.

"Aik, nak peluk pun tak boleh?"

"Bukannya tak boleh sayang, tapi peliklah tiba-tiba sangat. Selalunya abang yang suka buat benda tiba-tiba macam ni."

"Eh, nak angkat bakul laa tu."

"Bukan angkat bakul sayang, dah hakikat abang ni romantik orangnya."

"Eii, mengada!" cubitan ketam singgah pada perut Adam. Mengaduh lelaki itu. Ah, tak habis-habis kena cubit ketam Qeisya.

"Abang..."

"Ya sayang, nak apa?"

"Tak nak apa-apa, cuma... Thank you tau sebab tak pernah putus asa dengan Sya."

"Ala sayang, terima kasih juga sebab mengalah akhirnya. Penat juga tau, degil tak habis-habis."

Sekali lagi perut Adam menjadi korban. Namun kali ini cubitan itu hanyalah cubitan manja. Adam tersenyum. Bahagia tak payah cakap! Akhirnya yang diidam berjaya dimiliki, mananya tak bahagia.

"Tapi... Kasihan Hadif, dia derita sampai ke hujung. Tewas dengan sakitnya sendiri." ujar Qeisya. Masih segar lagi saat Hadif cuba untuk menyambung kembali kasih yang putus di tengah jalan. Sehabis daya juga Qeisya menolak, entah kenapa hatinya terlalu keras untuk tidak kembali. Ada ketikanya dia menyesal sendiri. Jatuh kasihan pada bekas suaminya itu. Dia merasakan bahawa dialah punca Hadif kemurungan.

"Itu bahagian dia sayang. Kasihan memanglah kasihan. Kalau kasihan sedekahkan Al-fatihah untuk dia."

"Dia jadi macam tu sebab Sya..."

"Sya, tak baik cakap macam tu.  Semua tu asbab saja. Takdir kita ni semua dah tertulis cantik dah. Allah dah susun elok-elok. Kita mungkin tak rasa semua ni baik untuk kita, tapi Allah lebih tahu. Sya dengar sini, kalau bukan kerana Hadif mungkin tak ada kita. Kalau bukan kerana dia, mungkin abang akan mengundur diri terus."

"Eh, macam tu pula? Kan ke lebih mudah untuk abang masuk line kalau dia tak ada?"

"Eh, tak sama tau! Pernah ada satu tahap tu abang rasa abang nak redha, biarkan kasih Sya dengan Hadif kembali bertaut memandangkan dia yang lebih dahulu bersama Qeisya. Kiranya dia ada hak kalau dia nak kembali semula. Tapi ingat tak kejadian di Cameron? Haa, sejak tu abang rasa macam abang tak nak biarkan Sya terjebak dengan dia. Sya layak dilayan sebaik-baiknya, bukan disakiti."

"Abang masih dendam ke dengan dia?"

"Sya, abang tak pernah simpan dendam. Abang faham, dia nak kan Sya semula cuma cara dia mungkin silap. Tambahan lagi dia dah tak ada ni. Jujur abang cakap, sebenarnya abang doakan kesejahteraan dia di alam sana. Tak ada langsung dendam, rasa marah pun langsung tak ada waima sekelumit."

"Pemaaf betul ya suami Sya."

"Sya, hidup ni terlalu singkat untuk kita isi dengan dendam, marah, derita dan lain-lain perkara yang cuma mendatangkan kesan negatif. Tak bawa keuntungan apa pun, Sya. Abang nak Sya abaikan segala benda-benda negatif yang boleh memenuhkan kepala. Bebaskan aura positif ja."

"Kalau tengah dalam situasi negatif? Contohnya tengah ada musibah?"

"Cuba cari mana positifnya. Confirm adaaa." Yakin Adam bersuara.

Qeisya tersenyum. Memanjat syukur di dalam hati. Semoga mereka sama-sama melangkah ke jalan yang diredhai bersama-sama khalifah kecil yang telah diamanahkan kepada mereka.

Aaminn....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience