Bab 27

Romance Completed 44291

Hadif duduk termenung. Kepalanya masih lagi ligat memikirkan siapa gerangan lelaki yang bernama Adam. Benarkah itu kekasih Qeisya? Adakah Qeisya benar-benar sudah melupakan dia? Hadif jadi tidak keruan. Dia risau jika Qeisya benar-benar melupakan dia. Dia risau jika benar sudah tiada peluang untuk dia memperbaiki segala kerosakan dan kehancuran yang dicipta olehnya.

Tengah Hadif ligat berfikir mencari jawapan kepada persoalan yang berlegar di kepalanya, tiba-tiba Anis mengambil tempat di sebelahnya.

"Best ke cerita ni sayang?" Tanya Anis sambil mengunyah kudapan ringan. Dia bersandar pada tubuh sasa Hadif.

"Boleh laa..." Jawab Hadif. Dia sebenarnya langsung tidak ambil tahu tentang cerita yang sedang bersiaran di skrin televisyen itu sebabnya dari tadi dia asyik berfikir tentang Qeisya dan siapa Adam.

Sesekali dia mengusap rambut Anis. Dia mula tertanya-tanya. Kenapa setelah sekian lama baru hatinya pulang kepada Qeisya? Kenapa sebelum ini dia sanggup lakukan apa saja demi Anis termasuklah menyakitkan Qeisya malah meninggalkannya? Kenapa selama ini dia terlalu buta kerana Anis? Apa yang paling menghantui Hadif ialah kenapa selepas sekian lama, keutamaannya lebih kepada Qeisya sedangkan Anis kini sah bergelar tunangannya? Kenapa begitu mudah hatinya berubah?

Terdetik rasa bersalah. Anis sangat setia. Jatuh bangunnya Anis tetap berada di sisi tapi kenapa hatinya mula berubah? Masih jelas di ruang matanya senyuman bahagia Anis saat dia membawa khabar tentang hubungan mereka yang bakal melangkah ke alam baru iaitu alam pertunangan. Hanya setahun saja tempoh masa yang diperlukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

"Sayang, malam ni you overnight tak?" Tanya Anis. Matanya masih lagi fokus pada skrin televisyen.

"Tak, mana boleh overnight selalu sangat. Nanti hairan pulak orang tua kat rumah tu." Balas Hadif. Sebenarnya hatinya berbelah bahagi. Jasadnya di depan Anis, namun fikirannya melayang memikirkan Qeisya.

"Alaaa, sunyilah I malam ni."

"Takpelah, malam ni je you sunyi... Selepas setahun nanti I akan sentiasa ada untuk nenemani malam-malam you."

"Tak sabar nak jadi isteri you. Orang kata dugaan waktu bertunang ni ada lain sikit."

Hadif tercekik air liur. Terasa dengan kata-kata Anis. Ya, ujian waktu bertunang memang lain. Sepertimana yang dirasakan oleh Hadif sekarang ini. Sejak bergelar tunangan Anis, hati Hadif jadi lain. Wujud pula cinta lama di hati.

"Alah, mana-mana hubungan pun akan ada ujian. Jangankan bertunang, berkahwin, bah kan berkawan pun ada ujian sendiri." Hadif berdalih.

"Memanglah tapi sekarang ni you belum sah jadi milik I so logiklah kalau I risau. Takut kalau you berubah hati, tak pun takut entah-entah esok lusa ada yang menyondol kebun I, haa masa tu putih matalah I."

"You ni banyak sangat berfikir. Sondol kebun apa bendanya? Pejam celik je setahun ni."

"Memanglah kena banyak fikir sebab I sayang you."

"Kalau sayang memang kena banyak fikir ke?"

"Yup, mestilah! Banyak benda tau nak kena fikir. I kena fikir macam mana kalau you tiba-tiba tinggalkan I, macam mana kalau tiba-tiba dalam hati you ni ada perempuan lain. I kena fikir apa tindakan I kalau semua tu berlaku. Sama ada I bunuh you aje atau bunuh perempuan tu, atau kedua-duanya sekali."

Gulp! Kelat payau pekat rasa air liur Hadif. Anak tekak terasa sakit menelan air liur mendengar kata-kata Anis.

"Hey baby! Kenapa muka berubah? You ingat I akan betul-betul bunuh you ke?" Anis tergelak. Terasa lucu pula melihat muka Hadif yang terkejut.

"You ni pun, kalau bercakap tak payah la psycho sangat."

Anis masih lagi menahan sisa tawanya.

"Kenapa you nak risau? You memang ade perempuan lain ke apa? Ke you dah terfikir nak curang?"

"Tak payah merepeklah! Tadi you serius sangat, sekali dengan muka you nampak serius. Gila tak seriau?" Balas Hadif seraya bergurau. Sebenarnya dia agak risau jika Anis dapat menghidu kelainan pada tingkahnya.

"Oh, boleh tahan I berlakon." Balas Anis sambil tersenyum sebelum berlalu ke dapur meninggalkan Hadif di ruang tamu.
Hadif mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah jika tidak mahu ibu dan ayahnya bising.

"Eh, nak balik dah ke?" Tanya Anis yang baru saja siap membancuh air.

"Baliklah, kang bising pulak ibu ayah kat rumah."

"Eh, awal lagi kan? Temankan I sampai I masuk tidur boleh?"

"Tak boleh sayang. Nanti I overnight lagi ye?" Hadif memujuk Anis yang sedang memucungkan bibirnya.

"Selama ni you okay je dengar ibu ayah you membebel. Kenapa harini you risau pulak kalau depa membebel? Dah biasa dah kan?"

"Kalau hari-hari dengar depa membebel macam tu kat telinga I, esok lusa boleh pekak telinga ni tau."

Anis tertawa mendengar Hadif. Dia mengucup Hadif perlahan. Terasa berat untuk melepaskan Hadif pulang namun apakan daya, Hadif belum lagi sah menjadi suaminya. Mahu tak mahu Hadif terpaksa pulang untuk coverline. Ada betulnya juga apa yang Hadif katakan sebentar tadi. Kalau selalu sangat overnight, ibu ayah Hadif mesti akan ragu.

Hadif tersenyum sebelum melangkah meninggalkan rumah Anis. Sebaik saja duduk di dalam keretanya, bayangan Qeisya mula mengganggu semula.

"That girl really can drive me crazy." Bisik Hadif perlahan. Perasaan ini... Adalah perasaan yang sama ketika mereka masih bercinta dulu. Rasa yang mengiringi setiap degupan jantungnya kini adalah sama seperti ketika dia mula-mula jatuh cinta kepada Qeisya.

"I fall for you twice, Qeisya." Hadif membisikkannya perlahan. Dia memejamkan mata. Cuba mengusir perasaan yang hadir dan mengisinya dengan Anis namun ternyata dia gagal. Perasaannya terhadap Qeisya ternyata lebih kuat. Terasa rindu menekan dada. Anis? Aduh, bersalahnya dia terhadap gadis itu. Gadis itu sudahpun menyerahkan segalanya termasuk mahkotanya, apakah tegar untuk Hadif membiarkan Anis dan mengejar Qeisya semata-mata kerana cinta lama yang kembali berputik? Tapi bagaimana harus dia mengatur pertemuannya dengan Qeisya sebagai permulaan kepada satu hubungan yang baru? Bagaimana dengan Adam? Bukankah Adam akan menjadi penghalangnya?

Adam? Ya, siapa sebenarnya Adam? Di mana dia boleh menemukan lelaki itu? Lelaki yang semakin merapat dengan Qeisya. Lelaki yang cuba mengambil alih tempatnya sebagai ayah kepada Adelia. Oh ya, Adelia!

Hadif menepuk dahinya. Dia tersenyum. Dia boleh menjadikan Adelia sebagai alasan untuk bertemu Qeisya. Tak mungkin Qeisya akan menolak. Demi memastikan Adelia mendapat kasih seorang ayah, Hadif yakin Qeisya tidak akan menghalang.

Hadif mula mengatur rancangan di dalam kepala. Otak ligat berfikir untuk mencari jalan kembali rapat dengan Qeisya. Apa yang Hadif tahu dia perlu mendekati Qeisya sekali lagi walau apa pun caranya. Dia mesti menyaingi Adam. Dia mesti mendahului jika tidak mahu berputih mata.
Anis? Simpan dahulu. Anis tidak boleh dilepaskan. Hadif tidak akan sesekali melepaskan Anis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience