Bab 38

Romance Completed 44291

"Tolonglah! Hadif bukan budak kecik. Ayah tak boleh nak paksa-paksa macam ni." Hadif mendengus kasar. Meluap amarahnya apabila Encik Hisyam mendesak untuk mempercepatkan urusan perkahwinannya dengan Anis.

"Abang ni dah kenapa? Tak ada angin tak ada ribut, balik je terus nak serang Hadif macam ni. Dah kenapa nk sangat bermenantukan si perampas tu?" Puan Suraya membela. Sungguh, dia sangat bencikan Anis. Gara-gara Anis, kasih Hadif terhadap Qeisya merapuh. Anis jugalah punca kepada perpisahan Hadif dan Qeisya. Tak pasal-pasal cucu sulungnya tidak berbapa, terpisah dengannya malah lebih sakit apabila Anis tidak pernah pergi dari Hadif walaupun setelah Qeisya dan Hadif berpisah. Ternyata hati Anis terlalu nekad untuk merampas Hadif.

"Masalahnya sekarang kalau Qeisya bersama semula dengan anak kesayangan awak tu, kang tak pasal-pasal Qeisya pulak yang jadi perampas." balas Encik Hisyam.

"Eh, dah kenapa pulak? Qeisya tu cuma ambik balik apa yang pernah jadi milik dia. Padanlah muka perempuan tu kalau Hadif tinggalkan dia." Puan Suraya tersenyum sinis.

"Anis mengandung! Dalam rahim Anis tu ada cucu awak! Cucu kita! Abang tak nak Hadif lepas tangan macam tu je. Dah sedap meratah anak orang, lepastu senang-senang nak tinggalkan!"

Terasa darah berhenti mengalir di dalam tubuh Hadif. Alamak, harimau sudah tahu! Serta-merta dia membatu. Tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi.

" Alah, awak percaya sangat kata-kata si Anis tu dah kenapa? Awak yakin ke apa yang dia cakap tu semuanya betul?" Meskipun Puan Suraya terkejut namun hatinya masih menafi.

Mendengar saja ibunya yang masih memihak, Hadif mula mendapat akal.

"Ntah ayah ni...boleh pulak dia percaya Anis lebih dari anak sendiri." Hadif mula mengambil tempat di sebelah ibunya. Sekadar untuk menjadikan ibunya sebagai perisai sekiranya Encik Hisyam tiba-tiba menerkam.

"Habis tu? Kamu nak kata yang anak dalam perut dia tu bukan anak kamu? Eh, tak mungkin dia nekad untuk berjumpa ayah kalau bukan kerana terdesak."

"Memang bukan benih Hadif! Hadif tak pernah sentuh dia."

Tiba-tiba Encik Hisyam membaling surat khabar ke arah Hadif. Meluat rasanya melihat Hadif mati-matian membela diri.

"Engkau jangan nak tipu ayah! Tak payah nak berlagak suci sedangkan perangai kau serupa setan. Kononlah sangat kau tak pernah sentuh dia, habis tu yang buat love bite dengan leher kamu dulu sapa?! Betina mana kalau bukan Anis?"

"Abang...benda tu kan dah lepas..." tutur Puan Suraya lembut. Dia tahu suaminya kini menjadi api. Jika diteruskan, boleh rentung dibuatnya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Encik Hisyam yang merenung tajam ke arah Hadif.

"Ayah tak kira, sungguh pun betul anak dalam rahim dia bukan anak kamu, ayah tetap akan kahwinkan kamu berdua sebab ayah tahu kamu dengan Anis sudah terlampau jauh tenggelam dalam zina. Cukup sekadar ayah tahu yang kamu dengan dia pernah tidur bersama." Usai berkata, Encik Hisyam mencapai kunci keretanya lalu melangkah keluar tanpa menghiraukan panggilan isterinya.

"Ish, bertuah punya budak!" Puan Suraya mengetuk kepala Hadif.

"Aduh!"

"Tau pun sakit! Hati ni lagi sakit kamu buat perangai macam tu." Marah Puan Suraya. Jalan untuk Hadif dan Qeisya bersatu sepatutnya bebas rintangan, bukannya penuh cabang dan duri macam ni. Satu persatu halangan yang datang.

Hadif hanya berdiam diri. Sedar akan kesalahan sendiri tapi apa boleh buat, perahu sudah terlajak.

" Habis tu? Macam mana?" soal Hadif.

"Macam mana apa? Ibu tak nak cucu dari rahim perempuan murahan kamu tu. Apa-apa pun kamu dan Qeisya mesti bersatu semula. Tentang ayah kamu tu, pandailah kamu pujuk. Tak kan semua nak harapkan ibu." ujar Puan Suraya sambil berlalu meninggalkan Hadif terkulat-kulat sendiri.

Nak pujuk ayahnya? Hmm...lebih baik tak payah berangan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience