Bab 41

Romance Completed 44219

"Boleh Sya bantu?" Tanya Qeisya kepada Hadif yang kini sedang berdiri di hadapannya. Wah, sudah semakin selalu lelaki itu muncul. Nampak gayanya tak serik lagi selepas kes di Cameron Highland.

"Qeisya, we need to talk." Balas Hadif serius. Ah, dia harus tampak serius dan tegas. Benda yang dia nak bincangkan ni bukannya benda main-main.

Qeisya menunjukkan bilik rehat yang terletak di penjuru kedainya. Dia tidak mahu jika hal peribadinya diketahui umum. Cukuplah kedatangan Hadif menimbulkan persoalan di hati para pekerjanya. Hadif membontoti langkah kaki Qeisya.
Qeisya sengaja mengambil tempat di kerusi 'single'. Risau jika Hadif melabuh punggung di sebelahnya. Hadif mengambil tempat duduk berdepan dengan Qeisya. Lebih mudah untuk berkomunikasi jika duduk berdepan.

"Hah, nak cakap pasal apa?" Soal Qeisya acuh tak acuh. Kalau boleh Qeisya mahu straight to the point. Tak payah banyak sangat bunga. Terus saja kepada isi.

"Sya, jom kahwin? Kita bina semula apa yang dah runtuh. We can be happy as a family." Begitu juga Hadif, terus memuntahkan isi hati tanpa berselindung.

"Nak bina apa lagi? Benda dah tak ada..."

"Tak! Kita masih boleh bahagia. Kita satu keluarga. Qeisya, Adelia dengan I mampu hidup bahagia bersama."

"Tak payah nak berangan. Sekali Sya dah terkeluar dari mulut buaya, tak mungkin Sya nak serah diri jadi mangsa sekali lagi."

"I tak kan sakitkan hati you lagi. I janji! I nak berubah. I nak jaga Qeisya dan Adelia. She need me as her father, Sya."

"She need a father tapi tak semestinya you, Hadif. Anyone can be her father as long as orang tu boleh terima dia dalam hidupnya."

"Anyone? Kenapa bukan I? I ni ayah kandung dia...ke you yang dh ada someone?"

"Baru sekarang nak mengaku you ayah kandung dia? Kenapa tak dulu? Kenapa tak dulu, Hadif?!" Suara Qeisya mula meninggi.

"Mana you pergi waktu kami berdua perlukan you? Apa yang you buat waktu kami susah? I mungkin memaafkan you, Hadif tapi I tak kan lupa walau sepatah pun perkataan yang you ucap pada malam you ceraikan I."

"Oh my god, why people keep talking about that shit?!" Hadif meraup rambutnya ke belakang.
"Sya, tu kisah lama. Years ago dah berlalu! Kenapa you perlu ungkit kisah yang dah bertahun berlalu tu? Ya, masa tu I khilaf dan atas sebab tu la I muncul depan mata you sekarang ni untuk perbetulkan segala kesilapan I dulu. Tolonglah faham, manusia boleh berubah kan? So do I, Qeisya."

"Ya, manusia boleh berubah. Itu jugalah apa yang you pernah kata dulu dan itulah yang berlaku pada you masa tu. Sekarang, Sya nak tanya apa lagi yang you nak perbetulkan sedangkan semuanya dah musnah? Sekarang baru nak perbetulkan? Allahu, dah terlambat!"

"We can make it, Sya. Trust me, we can make it!"
Qeisya menggelengkan kepalanya. " No, we can't. Dalam hati Sya dah tak ada istilah kita. You tak payah nak perbetulkan semua. You just need to be her father, not my husband."

"Sya berdendam ke? Sampai macam ni sekali Sya tak boleh terima I?"

"Tak sampai berdendam pun cuma serik. Dah lah, tak naklah cakap benda ni. Sya tengah kerja sekarang ni. So tak boleh nak lama-lama." Ujar Qeisya lalu melangkah ke arah pintu.

"Sya! Kalau dulu Sya pernah jatuh cinta dengan I, Hadif Arfie maka dengan ini I bersumpah yang you akan jatuh buat kali kedua dan kalau I tak dapat you, jangan harap ada orang yang akan dapat you jugak!" Tegas suara Hadif namun hanya dijadikan lauk telinga Qeisya.

Laju tangannya memulas tombol pintu meninggalkan Hadif sendiri lalu melangkah ke dapur. Ah, pandailah Hadif keluar sendiri. Pintu keluar tak tersorok, besar pulak tu. Tak kan kena pimpin pulak kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience